Friday, October 15, 2010

MRSM Mersing ...





Aku nak bercerita tentang MRSM . Aku tau ramai yg memasang cita-cita nak masuk MRSM .
Image kat atas ni menunjukkan kawasan pertama yg akan kita nampak apabila kita masuk je MRSM mersing tu . Tu bangunan kafe dan tempat berehat.




Image ni pulak tempat beriadah budak-budak ribena . Biasa petang-petang aku bersenam dgn sepupu aku , aku selalu nampak budak aspura dgn aspuri beriadah . Ada yg main bola , ada yg joging , ada yg main badminton ,ada yg main tennis ,ada yg baca buku kat wakaf tu .
Berhati-hati kat kawasan sini yek... agak licin .




Budak-budak MRSM tgh mendengar motivasi atau taklimat kat dewan MRSM . Aku selalu pergi dewan ni . Sebenarnya dewan kita lagi megah dari dewan MRSM ni . Haha. Dewan ni biasa je, aku pergi pun sebab nak main badminton . Kalau geram ke haper boleh aje nak lepas geram kat sini . Jerit je kuat-kuat ....




Aspura . Asrama Putera . Aspura ni dekat dgn tempat riadah yg anda semua nampak di atas tadi . Asrama dia okeylah takde yg menyeramkan . Cuma malam-malam korang akan dengar banyak bunyi katak dgn kucing . Amacam ada naik bulu roma ?? Jadi sila berhati-hati ..




Ni pulak contoh bilik tidur . 1bilik 4 orang . Sempit ke ? Taklah bilik dia biasa je cuma tempat letak barang-barang kecik arr.. Anda kenalah biasa kan membasuh pakaian setiap kali ada masa dan sentiasa melipat pakaian anda . Jgn sesekali menyepahkan bilik kerana takut org lain tak selesa pulak . . Tidur kat katil pulak kena hati-hati sebab kalau dah enak mimpi cloud nine tu tak maknanya korang nak sedar bahawa korang dah pun jatuh dari katil . Bukannya rendah katil mcm ni .




Kalau rasa nak beli apa-apa boleh beli kat kiosk sini . Koperasi pun ada . Kalau rasa kebulur sgt tu beli ajelah mee maggi kat sini pastu masak . tak pun boleh aje kalau nak beli biskut kering nanti cicah air teh .

No comments: