Saturday, January 30, 2010

Berhabuk Ke Tidak ni ... ?

Yeah setelah beberapa hari aku tidak menulis blog . Makin berhabuk lagi berdebu blog aku ni . Yelah kan jadual aku sangat padat sejak minggu lepas termasuklah minggu ni bulan ni .(sadis sungguh) . Bulan depan pulak aku sememangnya busy , aha tau takpe aku ada ujian formatif pertama . Alahai sekolah ~ . tak taulah aku apa nak jadi ....
Esok dah start kawat . Penat , penat .
Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan untuk merempuh segala cabaran sepanjang aku berkawat kaki dengan senior ku . Amin ..
* * * * * * * * * * * * * * *
Pada 6 February 2010 akan diadakan aktiviti " Merentas Kota(sebenarnya merentas desa , tapi disebabkan kawasan sekolah aku kawasan elit tanpa sebarang hutan kalau nak dikira pokok tu adalah dalam sepuluh batang tentera satu jalan ) Hihhihihi
Yang pasti minggu ni aku kena kuatkan staminaku untuk lari sepanjang 5km . Ya ampun jauhnya . Tapi tahun lepas aku dah test lari . Memang gila jauh lah . Itupun ada yang kena lintas jalan . Sengal !
* * * * * * * * * * * * * * *
Semalam aku ada tanya Aisyah kalau-kalau dia ada tulis novel baru . Boleh jugak aku membaca di samping mengisi kekosongan bosan ini .
Ya Allah Aisyah itu memang dianugerahkan bakat yang ssngat terpendam . Dia memang layak jadi penulis .
Aku pun ada novel sendiri , tajuk belum setting lagi tapi jalan ceritanya dah ada . Tak taulah cerita itu best atau tidak aku rasa aku dah berusaha sedaya upaya tak memerah otak hanya untuk menulis karya aku itu . Tinggal nak taip and then print cerita tu . Nanti aku cuba jadi syarikat yang boleh publish cerita itu . Sebenarnya aku nak hantar kat PTS je cerita tu .
* * * *
Ini ialah antara sinopsisnya ..
Sabrina yang keletihan itu mengambiol keputusan untuk pulang ke rumah . Semasa berjalan , tiba-tiba seorang lelaki terlanggar dia dengan rasa yang sangat tidak bertanggungjawab . Lelaki tadi hanya selamaba berjalan tanpa rasa kasihan terhadap sabrina yang sedang tunduk mengutip fail dan bukunya yang bertaburan . Sabar jelah .. Dengan rasa sakit hati Ina menjerit ke arah lelaki tadi
" woi mamat kau dah tahu langgar orang tu cubalah ringan-ringan kan badan tolong orang , ni tidak buat bodoh je entah- entah kau ni memang bodoh nak mampus mamat ? "
lelaki yang mendengar teriakan itu berpaling dengan keningnya terangkat sedikit . Lalu dia memjawab" Hei mak cik kau kalau nak orang tolong kau cubalah cakap-cakap baik " Ina yang mendengar hanya menahan sabar . sabar Ina sabar .
" Eh ! mamat gila kalau kau taknak tolong sudahlah . Pergilah berambus sana . Dahlah bodoh , pemalas pulak tu tambahan lagi mamat ni memang takde otak . Otak kat lutut agaknya . Hei mamat berambuslah kau , kau ingat muka tu hensem sangat ke ? kau ingat aku ni nak sangat tatap muka kau tu " jawab Ina bersahaja ..
* * * * *
Itulah antara sinopsis nya. Kalau bacalah sendiri ye ..
bye


Thursday, January 28, 2010

I'm Back . Jadualku benar-benar padat .

Hari ni kembali dari jadual yang padat amat untuk mengisi blog yang sudah beberapa hari tidak ku sentuh yelah bagi budak menengah mcam aku ni sangat busy mcm orang office pulak .
Hari ni aku rasa sangat happy ... Adalah sebabnya tu . hEHEHEhehe
Aku belum mereng lagi ..

Hari ni aku nampak sumber inspirasiku dari jauh itu sedang duduk kat kantin . Sebenarnya aku tak boleh cam dia sangat yang sebab dia dah pakai songkok . ISh ! dia nampak lain sangat bila dah dikenakan songkok atas kepala . Dalam hati aku cakap " hensemnya dia"
Bila hati ni mahu membenci
makin menyukainya adalah ... Pelik hati ini ..
tadi aku ada letak beg kat pondok depan sekolah . Masa aku letak beg tu ada satu beg yang mcm aku pernah tengok . Apalagi aku pun checklah beg bimbit dia . Aku ternampak satu kertas yang tertulis nama dia " .............." . TERKEJUTnya aku . Aku terus letak beg dia jauh-jauh ..
Patutnya budak tu tidak boleh muncul pun dalam hidup aku .
Pastu tadi masa mak dia sampai , sumber inspirasiku itupun mengambil beg dia dia pandang aku sekejap .
Yelah dah amik beg kat tempat duduk takkan nak pandang longkang kot .. bukan ke sewel namanya tu . Hahahaha
Patutnya dia pandang aku lama sikit , budak tu memang sombong sikit.. dia tegur aku pun tak ingin . Aku sebenarnya tak ingin nak tegur dia lantakklah apa nak jadi ( ceh sebenarnya nak tegur dia saja nak cover)

Hari ni aku ingat nak balik lambat tapi tak jadilah pulak . Rasa mcm takde mood .. cewah !
SEtakat sini sajalah .
Aku tak tau nak isi apa lagi . Aku sebenarnya tengah mencari idea untuk menulis novel ni .
Idea cepatlah datang .. aku betul-betul nak idea ni .
Eh aisyah aku nak baca novel baru kau tu ..

Friday, January 22, 2010

Hari Berkabung Bagi Kerajaan Johor

Hari ni merupakan hari kemangkatan SultanJohor yang disayangi rakyat jelata . Sultan Iskandar telahpun mangkat tengah malam tadi. Dan yang pasti anak lelaki Sultan Iskandar akan ditabalkan menjadi sultan johor seterusnya . Malam tadi aku tengok kat berita , keluarlah muka anak dia..sideben(betul ke ejaan ni) dia panjang .. sekali tengok macam warga emas(cis! ) dua kali tengok macam santa claus pulak . Nasib baik dia punya janggut tu hitam kalau putih . Tak tahu lah apa nak jadi ..Hahaha
Mudah -mudahan roh Baginda dicucuri rahmat. ..

Aku agak kagum dengan sultan johor , walaupun dia gering dia still aktif, kalau tengok budak sekarang, manalah diaorg nak aktif dalam sukan dan kokurikulum . Malas sangat , then bagi macam alasan antara alasan nya.. " aku penatlah" , aku tak sesuailah" , "ada masa pulak aku",
Patutlah budak zaman sekarang ramai yang obes sebab apa ? sebab diaorg pemalas yang amat .

--------------------------------------------------
Nak kata aku ? aku ni rajin yang amat ..
Tahun ni aku masuk kawat kaki untuk tahun kedua 2010. Best ke ?
Sebenarnya tak best .. sebab asyik kena panas je , aku ni bukannya suka sangat panas terik ni ..Hihihi
----------------------------------------
Hari ni semua aktiviti dibatalkan sebab kemangkatan sultan johor . Kalau buat juga kena saman . AKU tanya mak aku nape nak buat macam tu?
rupanya sebab " kita kenalah hormat orang mati "
Pada aku jawapan tu " sangat kurang tepat " dan takkan diterima oleh otak aku yang cair ni ..
Hari ni pun tak boleh sekolah . Memang untung aku bangun lambat .
Hahahaha
Aku ni memang sleeping beauty Hihihihihi
Okeylah aku nak balik kampung..
Seminggu ni mak aku kata kena berkabung dengan kain putih ..
Ish ! patut ke ? ...!
Tapi aku kena juga bertolak ansur . Yelah kan aku ni dah form 2 . Ina , ina cubalah jangan selfish kat sini . Aku cakap dengan diri aku macam tu , maklumlah aku ni kan anak johor yang setia .
Suatu hari nanti aku akan jadikan johor ni terkenal.. Amin ..
***************************************************
Kepada teacher suryani , saya dah hantar email yang sepatutnya disiapkan . Harapnya cikgu dah terima .
Pada 19 dan 20 januari ialah hari lahir kepada dua orang kawanku ... iaitu Hidayah(minah hendon ) dan Hariz (montel )
yang dalam kurungan tu gelaran diorag masa kat sekolah tasek utara.
Happy Birthday My friend .. I wish the best in Arabic.. aku tau korang masuk kelas KAA sama macam aku .

Thursday, January 21, 2010

Happy Day , Tired Day , Joyful Day

Hari ni aku rasa kelakar sangat . Tau tak sebab ape ? Nilah reason paling bodoh untuk aku sebagai pelajar yang sangat bertauliah di sekolah.
The story begin like this ..
Tadi zawani tanya aku sape nama anak cikgu noritahartini ? Aku pun jawab tak tau , tapi yang aku tau anak dia duduk kelas 3KRK .
Apalagi zawani pun ajak aku pergi kelas 3KRK kejap sebab nak panggil anak cikgu noritahartini . Ah! sangat malang nasibku pada masa itu , masa tu masa BM masa cikgu sarah mengajar . Aku pun macam dah gementar sikit. Mana taknya bonda aku ada kat dalam aku aku ni anakanda nya . Cehwah!
Zawani tarik aku masuk dalam kelas tu . Cikgu sarah pun cakap ' ni kenapa ni ? dah macam kembar siam pulak tak boleh nak berpisah ?'
Aku pun senyum je . Then zawani pun cakap dengan cikgu sarah yang dia nak jumpa dengan anak cikgu noritahartini?
Cikgu sarah pun jawab ' anak dia takde , hari ni cuti sakit?'
Aku pun cakap ' ye ke ?'
Cikgu tanya lagi nape nak pinjam anak cikgu noritahartini ?
kitaorg jawablah ' cikgu catur nak jumpa dia ' . Cikgu tanya lagi sape nakjumpa dia . Kitaorg jawab lagi cikgu catur .
'Cikgu tanya nama cikgu catur tu sape '? . Zawani pun jawab ' dia tak tau sape nama cikgu tu '
Pastu adalah seorang manusia menyampuk ' agaknya nama cikgu tu catur'
Durjana sungguh manusia yang bernama zulhelmy itu .
Aku pun masa tu senyum jelah . Yang pasti mesti ramai dah ketawakan aku . Macam mane diaorg kenal aku ?
Budak 3KRK memang dah lama kenal aku terutamanya Amsyar , dia memang kenal aku dari tahun lepas .
Sambung balik ye.. Masa cakap dengan cikgu tu aku terpandang seorang budak lelaki kat depan aku ni . Aku pelik apsal dia ni berdiri kat depan ni ? rupanya dialah anak cikgu noritahartini . Budaknya tak hensem pun (ceh sebenarnya hensem , tapi bila tengok dua kali dah tak hensem )
Nama budak tu Amir Haziq , dia pernah jadi ketua tingkatan dulu masa form 1 . Begitulah kisah sengal dari aku hari ni ,

Hari ni ada arab . cikgu ainon pun masuk , then dia tiba -tiba suruh letak kerusi kat depan dia untuk buat ujian lisan . Malang sungguh nasibku ! aku memang dah hafal arab tapi aku cuma hafal satu ayat je(sadis tak ?) trustlah aku , dalam masa yang begitu singkat aku dapat hafal suku dari teks arab yang cikgu suruh hafal . Percaya tak ?
percaya jelah . Kalau tak percaya .. maksudnya korang ni kepala udang(faham ke )

Kalau nak tau otak aku ni memang sangat bagus dalam bab menghafal .
Bila ada emergency otak aku ni memang berfungsi cukup baik . Hehehe
saja je puji diri sendiri . dah lama orang tak puji aku .
orang buat aku geram adalah .
korang jgnlah buat aku sakit hati pulak . Aku dah cuba sedaya upaya untuk menjaga hati korang .

Yeah esok balik awal .. !!! Yahoo!!!
Woi zawani Go , go caiyok ! . Lawan catur tu betul-betul , jangan ingat benda lain pula nanti senang kena tipu . Kepada seniorku yang bermain catur .. ridzuan budak pandai , afiq kerdil , amir haziq(aku tak kenal kau) apepun Good Luck . I wish you all the best , do you best ..

Sunday, January 17, 2010

Today Tired Day But Happy Day

Hari ni bahawasanya aku rasa sangat penat. Cuba kira bape kali aku naik turun tangga , tapi sebenarnya banyak kebaikan malahan ada juga keburukan .. Hehehehe(alahai Ina kalau dah malas tu cakap jelah)
Sah ! dengan ini aku mengaku aku memang malas yang amat. Tapi nak buat mcm mane .Sabar jelah...

Hari ni sperti yang korang tau hari ni Isnin , semestinya aku akan bersekolah seperti biasa . Korang pun tau hari Isnin merupakan Hari Yang rasmi bagi semua sekolah tak kiralah sekolah tu sekolah kerajaan ke, swasta ke . Mesti akan ada perhimpunan ..
Nasib baik perhimpunan kat sekolah aku ni boleh duduk . Kalau tak kenalah diri masa cikgu-cikgu menceceh tak tentu pasal kat anak murid dia ni . Buat sakit telinga je..
Tadi masa pengetua menceceh sempat aku menguap. Argh !! peduli apa aku , pasal masa tu aku dah mengatuk sangat. Ada ke patut dia bagi ceramah masa aku tengah mengantuk . Ish ! patut ke ? ...

Hari ni kerja sekolah boleh dikira banyak . Cis!! tiba-tiba aku teringat kat cikgu suzeli yang mengajar aku Pendidikan Jasamani dan Kesihatan.
Pada hemat aku dia memang berbakat untuk mengajar subjek ini.
Walaupun suara tak berapa nak merdu macam suara Justin Bieber , tapi aku dengar jelah dia nak cerita ape..
Kesian betul aku tengok Zarith , Hanisah , Syazawani , Tulah masuk lambat lagi kelas cikgu . Korang pun tau macam mane perangai cikgu . Smestinya dia akan bagi denda yang tidak munasabah . Kan dah kena nyanyi lagu Pandu Puteri Remaja. Hahahaha

Pastu lagi satu part , masa taufik tanya cikgu suzeli 'mendagu ' tu macam mana ?
cikgu suruh taufik ke depan , pastu amik kerusi untuk dia berdiri atas kerusi tu . Maklumlah kawan yang sorang ni masih lagi kerdil tapi otak besar . Cikgu pun suruh dia letak tangan kat besi ape entah . Cikgu suruh dia naik atas sikit untuk mendagu . Tapi lain pulak jadinya ..
Nak tau jadi apa ? ..Jeng , jeng ,jeng jangan panik !
Tiba taufik tak jadi medagu tapi tergantung kat atas besi tu .
Sekali tengok macam monyet , dua kali tengok macam beruk kat hutan lipur sana .. Hahahahaha
Apalagi ketawalah budak kelas aku ni .. Aku include sekali pasal kelakar sangat .
Kesian aku tengok si Taufik ni . Bilalah agaknya dia nak tinggi dari tahun lepas ketinggiannya tidak berubah . Sungguh aku katakan pada korang tak berbeza seinci pun .
Taufik aku doakan kau supaya cepat tinggi . Amin ..

------------------------
Hari ni ada satu perkara yang menarik perhatian aku . Perkara apa ?
Ni pasal muhammad kawanku itu , bila jumpa aku je mesti dia panggil nama 'Najmi' . Aku sangat tertanya-tanya kenapa bila dia jumpa aku dia akan panggil nama aku 'Najmi'
Hahahaha
Aku rasa diaorg dah salah faham . Ni mesti kerja Marzuqi gemuk (tak lama lagi kuruslah tu ) yang cakap pasal cerita mak aku jadi metuanya si Najmi anak cikgu salwa tu .
Pada aku najmi tu sekadar kawan yang jarang bertegur sapa.
Aku rasa marzuqi dah salah faham pasal budak tu . Dia ingat budak tu 'najmi' . Alahai Marzuqi...
Budak yang aku maksudkan itu hanyalah Sumber Inspirasi takde kena mengena pun dengan hati ni (sebenarnya ada sikit tau ) . Budak yang aku maksudkan hanyalah sumber inspirasi dari jauh . sebab dia memang selalu jauh dari aku .

Hari ni aku baru sedar yang syahmi si kembarku itu dah jadi pengawas. Macam manelah aku boleh tak perasan. Patutlah masa aku pandang dia macam ada yang lain , rupanya pasal seluar dia dah jadi warna krim. ISH !!

Then aku baru teringat.. Hari ni aku nak wish seseorang ..
Aku nak wish Nurinisak 'Happy Birthday'
Walaupun kita cuma berkenalan setahun je , aku harap kita boleh jadi kawan baik .
Lagi satu kau jangan kedekut sangat tau . Kalau aku minta RM1 kau kena bagi tau . Hadiah kau aku bawak esok . Tadi aku lupa nak bawak .
Hari ni hari lahir kau ..
Bilalah agaknya hari lahir aku.. Cewah , takpe aku boleh sabar.
Nureen dah tua nampaknya, Aku masih lagi muda.. Hehehehe

Friday, January 15, 2010

Penatnya Aku , Tired ..

Hari ni hari ni sabtu .. seperti yang diketahui hari ni aku ada Kokurikulum , Pagi tadi aku bangun lambat tapi tetap sampai awal .
Aku dapat jawatan AJK untuk uniform puteri islam.. yg lain tu aku tak bape nak rebut jawatan , pasal ahlinya ramai sangat.. Dah macam sarang semut aku tngok..
Aku masuk .. uniform puteri islam
permainan badminton
kelab media

Semuanya ok je.. Badminton paling teruk psal ramai sangat ahlinya..
Media ramai budak yang aku kenal, macam afiq, zulhelmy, anak cikgu sape entah tapi budak KRK , ramai lagilah..
Untuk badminton pulak aku yang aku ingat AJK form 2 amsyar budak petang , untuk 3KAA pulak budak yang bernama afiq menjadi AJK..
Apepun hari ni aku memang penat gila..berpusing-pusing kepala aku ni sejak balik dari sekolah tadi, Hahahaha

Tiba-tiba aku teringat akan tindakan aku yang nak membaling kasut kat fauzan pasal dia kutip buku karangan tak cakap dengan aku , hanisah..and lain-lain..
geram betul..
kebetulan masa tu cikgu dah masuk membebel aku pun masa tu tengah betulkan kasut, bukan ape kasut aku longgar ..
lepas tu ramai yang salahkan fauzan sebab tak kutip buku kat orang lain tapi buat secara privacy .. Geram betul ..!!
Masa tu tangan aku dah sedia dengan kasut dari kaki sebelah kanan, kalau boleh aku nak baling kasut tu sampai kena kepala dia ataupun ketuk kepala dia guna kasut tu ..
Pastu budak 2KAA tengok diaorg pun ketawa..

Agaknya masa tu aku marah sangat ..yelah ketua tingkatan SELFISH(with capital letter)
kalau aku tak marah maksudnya aku ni bukan manusia tapi makhluk dari planet lain yang tidak punya perasaan ,..bukankah itu sesuatu yang pelik amat..

Yeah hari ni ada Momo Love ..Aku nak tengok Shi Lang and Chen Zhuan yang hensem tu..
Diaorglah boyfriend aku buat masa ni(betul ke ni ina ?..)
Hmmmm....

Antara Kokurikulum Dan Darjah Khas

Di sini korang mesti akan tau bahawasanya dua-dua ni penting yang amat..Ish ish..
Pada aku , aku sgt berat hati untuk tidak menghadiri sesi kokurikulum..
aku sentiasa ingin berebut untuk mendapatkan jawatan ajk.. Boleh dapat banyak markah kokurikulum nanti.

Untuk darjah khas pulak , Mak aku dah menceceh tak tentu pasal kalau aku taknak naik.. Jadi aku naik juga dgn niat untuk ilmu .
Esok aku daftar jelah darjah khas , aku malas nak pergi ..
Week lagi satu nanti baru aku pergi .
Si Zawani (sawanbabi) pun cakap tak payah datang , ada taklimat je .Aku sebenarnya tak larat nak mendengar cikgu menceceh yang bukan-bukan..tulah orang tua menceceh je..entah-entah sel hemoglobin kurang. HAHAHAHaa..
Tau ke dia hemoglobin tu ape? ..actually aku pun tak tau apa maksudnya pasal aku belum belajar biologi lagi..nantilah form 4 ..hehehe

Tadi kat sekolah nothing yang best-best .. biasa-biasa je, .
Tapi aku still tak suka budak sekolah uda ni..
Perangai macam setan, suka kacau aku , itu pun aku ni memang mulut celupar sikit je , mahu je membidas segala kata-kata diaorg tu ..
Tapi aku ingat balik diaorg senior aku , senior yang akan menghadapi SPM .. Aku hormat diaorg,aku tak lawan pun cakap diorg .. Tapi aku still kutuk diaorg dari belakang. HAHAHAHaa
Sebenarnya kalau aku nak lawan diaorg memang takde hal ..Small matterlah babe!
Budak macam tu memang takde kualiti, tak sedar diri..
Sape lagi kalau bukan budak form 4 , and form 5 yang serupa beruk anak beranak kepada babun.. Hahahahah

Esok ada kokurikulum..Ingat Ina bangun awal..
tidur pukul 12 malam.bangun pukul 6 pagi.. ok set..

Wednesday, January 13, 2010

Bersyukur Aku Kepada Yang Maha Esa

Hari ni aku rasa bersyukur sangat .. sebab,. tadi mak aku dah amik keputusan SDEA .. Aku yang kat uda ni tgh nervous gila ni ..
Lepas habis kelas, mak aku pun ambil dari sekolah .. Then mak aku pun suruh guess dapat bape peratus.. Dalam fikiran aku dah ada angka 4.00..Masa tu aku tak jawab , Pastu mak aku tanya untuk kali kedua lagi , aku dapat bape A, B, C, D ,E .. aKU pun dengan selamba jawab
Aku dapat 1A , 5B,2E .. Aku dah fikir macam tu dah

Sekali dengan lajunya mak aku pun tunjukkan result aku ..
Sungguh tidak disangka aku dapat 4A , 4C ,1B.. Gred peratus aku pun boleh tahan .. Aku dapat 2.00.. Alhamdullilah..
Aku tanya sapa lagi yang dapat gred 1 , mak aku cakap dia tak bape nak nampak result anak didik tasek tu ..
Aku rasa mesti ada yang dapat gred 1 .. Tapi aku tak tau sape..Takpe nanti aku cuba spy.... aku ni memang pakar spy orang.. Hahahahaha

Tadi masa kelas arab.. Ustazah Ainon tanya aku ni kidal ke ?
Aku pun secara automatik jawab ya..
Dia tanya lagi , memang kidal dari kecil ke ?
Aku pun jawab ya..
Dalam hati aku masa tu harap sgt jangan tanya lagi pasal aku ni left-handed person macam mane? dari sape ? keturunan mane?
Janganlah tanya..
Aku pun tak tau mcm mane aku boleh jadi left-handed person ..
Takdir Tuhan telah jadikan aku left-handed person..
Tapi aku bersyukur..
Aku tak kisah malahan aku lagi suka.. Yelah sebab aku ni istimewa..
Cuba tengok org lain mana ada left-handed person mcm aku ni ..
Hihihhi
Aku sekadar bangga je dengan diri aku .. Lagipun bila aku jadi left-handed person , bila nak tulis jawi bukan main laju .. Cewah!!
Tapi tulah asalnya, tangan aku tangan cap kayu jadi tak bape nak pandai dalam seni .. Hihihhihihi

Tadi kat kantin aku ada nampak budak tu ..
Kadang-kadang bila aku cuba nak membenci budak tu ..
Memang tak boleh ..
Tapi takpelah aku tetap akan mencuba membenci budak macam tu ..
Berusahalah ..
Kelas dia dekat sgt kelas aku , dah tu blok yang sama .. tingkat pun yang sama ..
Budak ni betul-betul menyibuk lagi sibuk..
HAHAHAHa
Pastu kelas aku tu dahlah tinggi , banyak angin .. Tension..
Saban hari aku berfikir, bila hari jadi aku nak sampai ni ..
Nanti aku dengan syahmie akan jadi budak 14 tahun.. Hihihi

Friday, January 8, 2010

Tamat Minggu Pertama Sekolah ..

Alhamdullilah..
At last tamat sudah minggu pertama persekolahan.. Minggu ni segala urusan pelajaranku sentiasa berjalan lancar..
Aku sekarang dah jadi budak yang yang baik (cewah!! ) ..Kalau nak tau aku memang baik sejak dulu lagi . Aku tak baik dengan orang yang bimbo"..Hehehe ..Sedarlah diri ye..
Eh jangan terasa pulak aku tak cakap sape-sape.. Hahahaha

Hari ni aku rasa letih sangat..Yelah kelas aku tu dahlah tinggi macam gunung everest(wah!!) ..takdelah sampai macam tu ..cuma kalau korang naik tangga untuk ke kelas aku dari tangga yang paling bawah , bahawasanya korang akan rasa macam mana mendaki gunung everest yang tinggi lagi sejuk tu .. tak percaya..trylah..kalau korang jatuh nanti aku panggilkan bomba..don worry be saddy..Hahahha
****************************

Tadi kat sekolah ada mesyuarat agung Rumah Sukan.. wah mesyuarat agung, macam mesyuarat agung PIBG pulak..
Aku macam biasa akan ke rumah sukan berwarna kuning atau dikenali sebagai Pahlawan..
Sukan tahun ni macam biasa acaranya..dalam banyak -banyak acara aku paling suka larian uda dgn kawat kaki ..
dua tu jeyang paling digemari aku , jadi aku akan berusaha untuk kedua-dua acara ini .
Ya Allah kau permudahkanlah jalanku "
Kau restuilah segala usahaku '
Kau jadikanlah rumah pahlawan juara "
Amin "

Aku ada ajak Afiqah masuk acara ni . Aku tak kira apa nak jadi , yang pasti dia kena masuk .
Jangan risau luqman , aku akan kerjakan adik kau ni kalau dia taknak aktif dalam kokurikulum.. HAHAHAHaha

Kepada murid 1kaa hari isnin dgn selasa ni aku tak boleh datang sekolah pasal aku kena balik terengganu , atuk aku sakit . Dia ada kat wad ..
ok ..?

Tuesday, January 5, 2010

Azam Aku , Azam Baru ...

Azam aku pada tahun ni adalah ingin mendapat keputusan cemerlang..
sebab tu jelah azam yang selama ini yang direkodkan dalam kepala otak ku .

Tadi aku balik lambat lagi untuk kepertama kalinya.. hari ni baru masuk hari kedua mak aku dah ada meeting. Bodoh punya principle kalau nak meeting tu cuba buat hari lain . Dia saja nak mempersiakan masa free aku petang ni . Saja buat aku sakit hati . Percaya tak suka hati dia je nak meeting sampai pukul bape . Saja nak buat aku marah .

samapai sini je aku sempat meluahkan perasaanku ini .
Tiba -tiba guruh berdentum.. bye..

Monday, January 4, 2010

First Day Aku Bersekolah sebagai Form 2KAA

Hari ni merupakan hari ni first aku bersekolah sebagai murid
Form 2 KAA 2010 . Yang pasti kelas aku tu memang sangat tinggi macam langit ketujuhlah katakan .
Tapi memang betul , kelas aku tu tinggi gila. Dahlah tinggi pastu jauh .
Argh !!! apalah nak jadi ni ... nape aku dapat kelas yang begitu buruk lagi hodoh . Macam manalah aku boleh masuk sekolah sini. Malang betul .
Tapi walauapepun aku tetap bersyukur sgt ..

Hari persekolahan bermula macam biasa . Aku rasa macam tak biasa nak bangun pagi kul 5.30 pagi..hahaha
Yelah sepanjang cuti ni aku bangun pukul 9.00 pagi .
Amacam buruk tak perangai aku .. takdelah jarang je aku buat macam tu . Kalau aku buat macam tu gerenti 50% takde sape nak masuk meminang aku . Hhahahahah

Mula -mula pagi aku sampai sekolah , aku keluar dari kereta untuk menuju ke dewan yang sebesar badan gajah tu . Lepas tu , aku tunggulah dalam bape minit untuk tunggu manusia lain yang sangat durjana tu . Yelah ada ke patut diaorg biarkan aku duduk sorang -sorang kat dewan..
patut ke ? ish sangat tak patut .
Pastu datanglah ramai orang manusia menyerbu dewan . Masa tu datanglah perasaan aku ni..sempat aku cakap dalam hati "ish rasa macam siput sedut pulak. " Hehehehe
Lepas tu kitaorg semua ni sebagai murid SMKBBU , kenalah dengar cikgu-cikgu tu merepek entah ape-ape.. aku buat faham jelah..
Ala bak kata aku " masuk telinga kiri keluar telinga kanan ",
Yang aku ingat tu cuma visi dan misi sekolah je.. Sebab ape ?
Sebab pengetua tu asyik tekankan bahagian tu je..
Tu yang kepala aku dapat terima secara lebih mendalam..
Nak tau ape visi sekolah aku tak ? Pada aku visi tu kedengaran agak pelik.
Yelah otak aku ni lain macam sikit kalau bahasa melayu bukan main susah nak translate . Kalau bahasa inggeris , amboi sepantas kilat .

Visi sekolah aku ialah .. JENG ,jeng , jeng .. Tak payahlah panik.

"Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"

Nah cuba check dulu spelling aku tu . Tadi hampir aku salah spell generasi . Generasi jadi genaresi . Betul ke tu . Smestinya salah .
Hehehehhehe..
Ada cerita korea baru .. tajuknya "You're Beautiful "
cuba tengok ..mesti korang boleh jatuh terlentang akibat pitam lepas tengok pelakon dia yang sangat hensem.. Hahahaha