Thursday, December 31, 2009

hAPPY New Year Your All..

Assalamualaikum semua..
Sudah terlalu lama aku tak mengisi kekosongan blog ni ..
Hari terfikir pula nak tulis sebab blog ni dah macam berhabuk . Hhahaha
Hari tentu korang semua dapat agak yang hari ni merupakan tahun baru . Betul , betul , betul ..
Hari ni memang hari tahun baru . 1 January 2010 bersamaan dengan 15 muharam 1431 hijrah iaitu hari Jumaat merupakan tahun baru buat aku , keluargaku dan rakanku .

Pada tahun baru ini sesungguhnya aku harap akan menjadi lebih baik dari tahun yang lalu .
Aku harap aku akan mendapat keputusan cemerlang dari tahun lepas.
Aku harap aku akan menhadi budak yang lebih baik dan akan menjadi murid yang rajin melakukan kerja sekolah (aku memang rajin..)

Hari Isnin pada 4 January akan bermula hari persekolahan 2010 .
Eeeee sebenarnya aku tgh nervous gila ni . Cuba dengar jantung aku ni . Mesti berdegup lajukan .
'Dup dap dup dap dup dap' (Hhahahahaha)
betullah tu .
Aku harap hari persekolahan jalan dengan lancar.
Aku harap semua cikgu boleh beramah mesra dengan kitaorg.

Pada tahun baru akan aku pastikan aku cemrlang dalam pelajaran juga dalam kokurikulum.
Tapi pelajaran form tu susah sangat , sungguh tidak berperikemanusiaan .
Korang patut agreed dengan aku .
Bila cakap pasal tidak berperikemanusiaan , aku teringat akan tanganku ini yang baru baik ni. Sungguh tidak berperikemanusiaan sabun cuci pinggan tu . Sampai tangan aku dilukainya. Hampir sebulan aku sengsara..

Apapun ..

" Happy New Year " " Happy 2010"

Kepada Sabrina(kepada akulah tu )

Jangan lupa siapkan Karya kau tu juga novel kau . "
Memanglah nak siapkan . Maybe hujung tahun 2010 akan diterbitkan.
Tajuknya apa.. THE title is secret.. Hhehehehe
Motto Hidupku mulai sekarang ialah

" Once Chance , Better Result "
" When I pass , When I fail "
"It will be My Goal "

Motto ni aku ambil dari Universiti of Wisconsin Eau Claire..
Aku curi sikit je..
For information university tu kat America. Eau Claire pulak merupakan bandar kecil .
Tiba-tiba datang amerika ni ..

Wednesday, December 9, 2009

Masa Cuti , Masa Sekolah

Masa cuti , waktu nilah yang paling boring untuk aku (just untuk aku je)
sebab bila kat rumah aku asyik tengok tv , main komputer , download macam - macam lagu and baca buku cerita je..
Bosan sangat..tambahan lagi aku takde kawan kat sini .
Kawan-kawan aku semua kat KIP Larkin sana. Kat Sini aku adalah jugak kawan mcm pyqa tu , and lain-lain ..
Sekarang ni pun aku tengah ketagih dengan lagu
21 GUN - Green Day with The Musical cast American Idiot dgn Lagu Do You Remember by Jay sean , Sean paul and Lil Jon
Lagu ni memang sedap sgt.. Tak percaya takpe..
Jom bet dengan aku..Hahahaha
Lagi satu Lagu Brick by boring Brick by Paramore pun sedap, Lebih rock

Berlainan pula dengan masa sekolah , Masa sekolah aku rasa busy sgt. Sebab banyak kerja sekolah , kerja khusus yang entah apa-apa..Pening, pening
Bila sekolah aku akan lupa satu perkara je ..
Iaitu "Makan " , bila sekolah aku takde masa nak makan . Kalau setakat Jamah sikit tu sempatlah ..Hahahhaha
Aku cuma ingat makan lepas dah siap semua kerja sekolah . Baru rasa lega sikit takdelah nak kelam kabut tak tentu pasal macam orang sakit jiwa..Ye tak..?

Kalau aku nak makan pun aku akan coklat untuk hilangkan rasa penat pada badanku ini .
Kalau tak pun aku pakai Salonpas kat bahu aku ni , baru hilang segala rasa lenguh ..
Cewah!! dah macam org tualah pulak pakai benda macam tu , Mak ayah aku pun tak pakai benda mengarut macam tu . Tiba-tiba je aku pulak yang pakai .
Lain kali beli mesin Mengurut ogawa baru senang. Bila aku cakap dengan mak aku mcm tu , Mak aku cakap
"mesin tu tak bagus , kalau selalu pakai nanti boleh sakit pinggang"
Aku pun angguk faham jelah ..

Aku dengarlah kan . Nanti Dear Yayah 5 :sejuknya san encluire..
Akan keluar , aku tak tau menahu pulak bila ..
Harapnya cepatlah keluar . Aku tak sabar nak tau apa yang terjadi pada
Nur Jihan dan Hazman , Suria dan Khairi , Adam dan lain-lain
Pada sambungan ni aku gerenti sgt , ia akan mengisahkan tentang Nurjihan , Suria ,Adam dan Dini pergi ke America untuk sambung belajar di Wisconsin University .
Hazman pulak sambung belajar kat University Utara Malaysia , Sofian iaitu kawan Hazman dan Nur Jihan belajar kat Universiti Kebangsaan Malaysia . Khairi Pakwe Suria kat Chicago dekat je dengan tempat Suria.
Nur Jihan pulak tak habis dengan Diarinya. Dia sering mencatatkan bahawasanya sejuknya kat sini .. Hahahha

Dalam cerita ni diorg semua berjaya.. Bestnya kalau aku and kawan-kawan berjaya . Tak dapat dibayangkan ..Hahhahaha
Aku ni kuat sgt berangan .. Takpelah sekali sekala..
Ya Allah kau berikanlah kejayaan kepada aku dan kawan-kawan ku
Amin ..