Kalau pernah tengok tulisan tangan aku . Mesti korang perasan tulisan aku mcm panjang -panjang . Betul tak ?
Tulisan aku yang sekarang adalah hasil ilham seseorang . Aku kenal budak ni masa aku darjah satu . Masa aku darjah satu aku sekolah suria dekat taman suria sana . Masa darjah satu aku merupakan budak yang paling tinggi . Nak buat macam mana ? ( itulah aku )
tengah elok -elok sekolah adalah seorang budak baru mendaftar . Nama budak ini ialah Fadullah bin Fairuz( betul ke ni nama bapa dia ?)
Akulah orang yang pertama tegur dia pasal dia duduk kat sebelah aku . Fadullah tu budaknya kecil je , bercermin mata . Comelnya...
Hahaha
Masa berbual tu aku sibuklah tanya mcm-mcm .. dia pun jawab jelah ..
Dia pernah tanya birthday aku bila ..?
Aku pun cakaplah 7 Mac 1996 ..
Birthday dia bulan 12 .. aku tak ingat bila . Aku harap sangat boleh ingat birthday dia .. Tulah aku sapa suruh taknak catat birthday dia dulu . Malangnya kita tidak boleh kembali pada masa lampau .
Tiap tahun dia akan meraikan birthday aku . Walaupun sekadar wish je . Tak silap aku dia ada bagi pen ke pensel masa aku darah satu . (darjah satu je )
Alahai ~
Periksa dah hampir tiba . Walaupun aku darjah satu aku tau mcm mane susahnya periksa tau . Jangan ingat aku takde perasaan pulak. Aku belum mereng lagi ye ..
Aku dengan dia sama menjawab soalan dengan tekun . Walaupun Fadullah kelihatannya biasa-biasa je . Tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya deh ..
Selepas habis periksa cikgu pun beri result kitaorg masing-masing .
Betul , dialah yang paling cemerlang dia dapat semua A tapi tidak pada BI , SN ..
Aku pulak sentiasa menjuarai dalam subjek science . Setiap kali periksa atau ujian akulah orang sentiasa menjuarai dalam markah science . No one can challenge me . Fadullah pun boleh ternganga tau . Hhaha
Biasanya markah scienca aku dapat 100% . Then masa akhir tahun tu aku dapat sijil sebab memperoleh markah terbaik dalam science .
Dia pula menjadi pelajar cemerlang dalam ranking No 1,2,3 . Tak silap aku nombor 1 . Aku pulak dengan sedih plus happy dapat nombor 4 .
Argh ! punyalah aku marah masa tu . Tapi aku tetap bersyukur sebab dapat markah cemerlang . Fadullah pun just pujuk aku supaya berusaha lebih lagi . Dia tau aku sedikit lemah math walaupun aku hafal sifir . Dia suruh buat math perlahan-lahan dan jgn careless. Nasihat itu sentiasa tengiang-ngiang di telinga aku setiap kali aku belajar math . Tak pernah lupa tau ..Huhuu
Masa aku naik darjah tiga aku rasa aku dah suka kat dia . Alah biasalah budak-budak zaman dulu . Walaupun tak berapa hensem aku tetap suka kat dia . Hahhaha
Dia pun memang selalu berkepit dengan aku . Yelah dah namanya pun kawan . Rupanya sepanjang dua tahun berkenalan dia tak pernah perasan yang aku ni left -handed person . Masa darjah tiga sibuklah dia nak tanya . Bila kidal ? masa darjah bape ?
then dia terangkan dulu bapa dia pernah cakap orang kidal adalah orang yang kreatif dan mahir . Aku just just buat faham . Yelah aku ni kreatif dalam apa . Tangan aku ni tangan cap kayu nak melukis pokok jadi awan . Bukankah kayu itu namanya ..
Dia just tersenyum lalu berkata " satu hari nanti awak akan mahir dalam bidang yang awak mahir . percayalah "
Aku tak pernah lupa itu . Sekarang pun aku tak pernah tau apa bidang yang aku mahir .. tunggulah !
Aku pun satu sekolah agama dengan dia dulu . Aku dengan dia sekolah agama dalam darjah yang sama . tapi kelas lain ..
Macam biasa dia pun sangat cemerlang dalam sekolah agama . Tapi dia takdelah dapat nombor 1 macam aku . Dia punya tempat just nombor 2 dan 3 ..
Aku punyalah happy dapat lawan dia ..
Dia pun tak kisah maybe kat sekolah agama memang rezeki aku untuk jadi pelajar cemerlang sentiasa .
AKU perasan masa kat sekolah kalau dia menulis mesti dia tekan dan dia tulis agak lambat tapi kemas .
Aku sangat tertarik dengan tulisan dia . Apalagi aku cakap dengan dia "tulisan awak cantiklah "
Dia pun senyum je .. Dia sudahlah pandai , tulisan pun cantik ..
Aku amat kagum dengan dia ni ..
Sejak aku nampak tulisan dia macam tu . Aku cuba untuk meniru tulisan dia . Sekarang baru aku boleh buat tulisan mcm dia .
Thank You Fadullah .
Naik dajah 4 aku sempat sekolah beberapa hari je kat situ . Then aku terus pindah ke tasek utara . Rasa macam nak nangis pun ada ..
Aku sempat cakap "bye " je kat dia..
Sedihnya.. Dia cakap nanti jumpa kat SSU . Aku pun mengangguk .
Naik darjah 5 aku dapat berita dari ayah aku yang dia dah pindah ke kedah . Aku pun apalagi menangislah kat bilik .
Aku telah terpisah jauh dari kawan aku ..
Nak buat macam mana kan .? Dia tetap sahabat yang aku ingat .
Aku sentisa teringatkan dia bila tengok tulisan marzuqi .
Macam mane tulisan dia mcm tulah tulisan marzuqi ..
Tulisan marzuqi sama je dengan dia tidak berubah langsung . Cara menulis pun sama ..
Agaknya apa khabar dia sekarang ..?
Dia mesti dah tinggi macam aku .. Dia mesti dah hensem sekarang ..
Mesti dia dah ada awek sekarang .. Atau mungkin dia dah lupakan aku
Agaknya dia ingat tak pada aku ..? Dia ingat tak pada kawan lama dia dulu ...?
Aku harap dia sihat .. Aku harap dia sentiasa menjadi pelajar cemerlang ...
Kepada fadullah
Semoga kita bertemu lagi pada masa depan . Saat aku melanjutkan pelajaran aku harap dapat bertemu kamu ..
No comments:
Post a Comment