Sempena cuti tahun baru cina ini aku dan keluarga telah pulang ke kampung. Sampai je kat rumah banyak simen dan pasir bertaburan . Rupanya rumah aku sedang di renovate . Nak tambah bilik and tandas . Maklumlah rumah kat kampung makin bertambah bilangan keluarganya. Bila balik kampung aku perasan kereta myvi biru ada kat depan rumah . Yang sedang bermain di fikiran aku ketika itu ialah "sepupu aku mesti dah balik ni "
Rupanya hanya mak long kesayangan aku je yang balik . Anak-anak dia tak balik .So rumah pun tak berapa meriah . Just ada mak long .
Aku dah sampai rumah aku pun duduk relax . Penat badan sebab naik kereta( kalau jalan kaki lagi penat) Aku pergilah ke tingkat atas untuk bergulingkan diri atas tilam yang sememangnya khas untuk aku dan sepupu aku . Sperti yang korang sedia maklum kat kampung memang panas terik . Aku dengan tidak sopannya pergi buka kipas kuat -kuat dan berdiri kat depan kipas siap menjerit dengan sepnuh hati "panasnya" ...
Time aku balik kampung mesti panas .. sabar jelah .
Masa cuti sekolah begini cikgu -cikgu tidak akan membenarkan aku dan teman-teman cuti tanpa sebarang kerja sekolah (MAKLumlah student)
Berlambak kerja sekolah aku . Entah bila agaknya nak siap ..
1. Folio arab
2. Folio geografi( untuk ini aku mohon sangat teman aku buat boleh)
3. bm ( tatabahasa je )
dan yang lain tu pandai-pandalah buat . Bulan depan dah ujian .
Cikgu rostena kata science masuk topic 1 sahaja . Sbenarnya topic one tu pun dah cukup parah untuk aku menghafal . Bahagian matalah , hidunglah , lidahlah , kulitlah , telingalah ..
Sekali 5 bahagian . Macam mane tu ?
kena minta tolong syahmi ni ..
syahmi tolong aku boleh ?
tolong ape ?
sab; tolong bagi kat aku formula yang paling mudah untuk hafal topic one ..
Kalau aku minta formulanya agaknya syahmi ada tak ? entah lah ..
Mudah -mudahan aku dipermudahkan semasa menjawab soalan ujian yang diberikan oleh guru itu . Amin .
When aku balik kampung atuk and nenek mesti rajin masak macam -macam . Macam manalah badan aku tak naik asyik disuap makanan je .
Aku ni bukannya lelaki . Kalau nak tau lelaki sangat susah untuk gemuk ( ini fakta ye ) aku bukan mcm zawani main hentam fakta .
Tapi kan yang aku pelik adik aku tu tak macam gemuk ( ehem bukan gemuk tapi sihat ) adik aku selalu membetulkan ayat aku kalau mcm tu . Alahai ..
Atuk and nenek aku ni sangat faham bahawa cucunya ( akulah tu) ini tidak suka minum air yang panas dan air yang baru keluar dari peti sejuk( melainkan aku malas )
Jadi diaorg dah sediakan satu bekas air yang besar dan dalamnya ada air tapi khas untuk aku ( air RX- water )
Itulah jenama air tapis yang ada kat rumah aku and rumah nenek aku .
Penapis air tu je yang bagus setakat ini . AKU tak suka jenama Bioaura~
air dia panas dan tak bagus . Bila aku and ayah kaji balik memang dah sah air dia tak bagus . Air dia langsung tak menyejukkan badan .
Carta air didunia ..
1. Air Zam Zam
2. Air sungai
3. Air Rx- Water
Yang lain tu aku tak berapa nak ingat ,
Folio arab tu aku dah merencanakan nak buat mcm mana . Hihihi
maklumlah aku ni budak nakal ada saja idea buruknya ( eh ! buruk tapi bijak )
percayalah ... !
Folio Geografi pulak aku kena minta tolong senior . Nanti aku cuba tanya kamarul pasal folio dia . Maybe dia pun buat tajuk yang sama mcm aku sekarang . Boleh aku rompak dari dia . Tapi tidaklah aku tiru bulat-bulat aku cuma tiru sfera-sfera je .. Hihihi
Mak long aku balik sorang pasal anak-anak dia semua dah terbang ke korea . Yelah sepupu aku tu dah pergi korea untuk menghabiskan minatnya terhadap negara itu . Sepupu aku tu semuanya gila korea . Nanti dia tau je ada cerita baru .. Datanglah obsesnya itu ..
Aku dah siap sedia tadah telinga dengar cerita diaorg.
Birthday aku and syahmi just tidak lama lagi .. 7 Mac 1996
aKU HARAP ada orang akan wish aku nanti ... Siapalah agaknya ..
Aku harapkan budak tu tapi dia tau ke birthday aku bila . Budak tu mesti tau birthday syahmi je . Dia mana tau birthday aku and syahmi sama .
Eh ! korang wish aku masa birthday nanti tau . Syahmi kau jgn lupa birthday aku dgn birthday aku sama lagi serupa . Zodiak pun sama , hari pun sama , tahun pun sama , .
1 comment:
ehem2. bday si kembar malang KRK tu pn same dgn ko la sab..
Post a Comment