Friday, February 19, 2010

Darjah Khas Separuh , Kelas Arab 1Jam Then Terus Balik

Hari ni aku pergi darjah khas separuh waktu je. Yelah pukul 10pagi terus pergi bilik guru sebab nak pergi kelas arab kat sekolah menengah. Bila bunyi loceng tu tergesa-gesa zawani dtg kelas aku
"sab cepatlah" . Aku cepat2 kemas beg sebab nak beredar . Then aku and zawani pergi pejabat . Kat depan pintu pejabat tu terlekat perkataan " closed" . Zawani pun masuk bagi salam tapi yang jawab hanyalah kipas ciling . ..Haru ~ .. Hahaha

Bila semua urusan dah selesai .Aku and zawani pun keluar kawasan sekolah dan cepat-cepat pergi kelas arab . Dalam pukul 10.15 gitu kitarg pun sampai kawasan sekolah . Masa jalan tu aku ternampak ramai budak form 3 balik dari kelas . Ahah! aku ternampak budak tu .Budak form 3 tu ~ ..Budak form 3 yang jalan tu pandang je aku dgn zawani . Maybe diorg ingat kitaorg ponteng kelas darjah khas .
Budak form 3 semua kitaorg tak ponteng kelas darjah khas kitaorg dah mintak kebenaran cikgu sebelum keluar tu . Kalau nak tau punyalah susah nak minta keluar tadi . Sengal !
Ummi pulak bila aku minta keluar dia memang sporting . Ummi ckp dia boleh baca org tu solat ke tak ,. Bestlah dapat jadi murid ummi ..Hihihi..
Jeng , jeng , jeng aku and zawani pun dah hampir sampai ke kelas , tengok dari luar apsal ramai sgt . Time aku and zawani masuk kelas tu cikgu ainon ckp " oh ponteng eh "
Aku pun just senyum je kat cikgu .. Then aku pun duduk kat sebelah aisyah . Cikgu pun teruskan mengajar . Lepas bape minit aku duduk tu datanglah pak din and the geng . Aku agak mesti baru balik CC .
Tapi nasib baik dtg kelas . Then muhammad and syafiq pulak dtg .
Lepas 30 minit tu dtglah budak 3KAA lelaki . Diaorg nak masuk tapi tempat dah penuh . Cikgu pun suruh amik kerusi kat kelas sebelah .
Masa budak 3KAA nak masuk tu ada sepasang mata yang terpandang aku . Sape entah ~
Bila budak 3KAA dah amik kerusi tu dia pun masuk . Ceh ! stop depan aku kejap . Alasannya" nak angkat kerusi " . Yelahkan kerusi lagi besar dari dia . Hahaha..

Aku ingat hari ni boleh abis darjah khas . Yelah pasal aku nak tengok budak tu dah balik dari kampung belum . Pasal hari tu masa nak keluar aku nampak kereta dia and the adik beradik dia ..

Woi korang budak 2KAA sapa rasa ada buku darjah khas lagi boleh tak bagi aku pinjam . Aku really need that book .. Please ...
Aku tengah menangis ni .. Please( <_>)
See tak muka seposen aku tu .. Tahun depan adik aku je yang beli. Tahun aku tak payah beli . Oit hafawati jgn lupa bawak buku darjah khas tu ..

Hari Isnin nanti naik sekolah .. Kepada semua budak sekolah uda jgn malas -malas tak pergi sekolah . Minggu depan aku rasa aku tak boleh online facebook and myspace . Maybe aku tak boleh post baru . .
Nantilah lepas habis ujian baru aku post baru .. Kepada followers lepas periksa dah boleh baca blog aku . ..
Sebagai ganti masa cuti ni aku akan post cerita banyak -banyak .

Malam ni jgn lupa tengok cerita Down With Love ..
Jerry sedang menunggu aku tu ... Adik aku pun suka tengok cerita tu . Dia kata" jerry hensem lah . Tapi ella tak sesuai dgn dia "
Aku setuju itu ..
Novel aku baru sampai bab 7 .Untuk Bab 8 dah ada idea ..
Untuk 9 and 10 idea belum sampai lagi . Maybe idea tu singgah kat America kejap kot..

No comments: