Friday, February 26, 2010

Bunga Angsana Atau Bunga Sakura

Lepas habis kelas darjah khas tadi aku pun agak ragu-ragu nak melintas jalan . Then aku ternampak amin ( alah anak adam tu ) Aku pun ikutlah dia melintas. Dia nampak aku kitaorg pandanglah .. Dengan muka sombong tu . Dia pun sama je still sombong . KALAu korang nak tau amin ni sape ? Sape rasa dia sekolah uda 2 tu mesti tau nama abang dia "Adib bin Adam "
Diaorg ni adik beradik . Kakak dia adibah sekolah dgn aku . Dia aku tak tau masuk mana . Tiba-tiba je datang sekolah agama kat sini . Tadi kat kelas pun nampak Ria Amirurifan ( betul ke ni ejaan nama dia ) Argh !! hentam sajalah .. Masa dia masuk kelas aku . Aku panggilah dia . Dia tenung lama muka aku . Pergh! baru dua bulan yang lepas tak jumpa dia dah tak ingat muka aku . Dah lama sikit tu dia pun senyum . Ahah ! ingat pun .. Dafi pun sekolah situ .
Jadi tak payahlah aku gusar ..Aku pulak berbual dengan adib budak form 1 tasek 2 . Dia ceritalah mcm -mcm pasal sekolah dia. Dia cakap Cikgu Kalai takde . Ganti dengan cikgu lain
aku tak taulah betul ke tidak . Kalau betul baguslah selamat kawan-kawan aku kat tasek sana.

Oh ya! masa balik tadi ..Jeng , jeng masa jalan tu aku ingat kasut aku terpijak gula getah. Aku pergilah menggesek kasut aku . Rupanya kat tapak kasut tu terlekat bunga yang sekarang makin berkembang . Bila aku tanya mak aku ni bunga apa ?
Mak aku pun kata ni bunga angsana . Tapi dari jauh aku nampak bunga yang gugur tu ialah bunga sakura . Bunga ni dari jauh nampak cantik sangat .
Tapi tulah suka sangat gugur . Lepas tu buat sepah kat atas jalan . Nak langgar pun mcm sayang . Yelah bunga cantik .. Aku kutip bunga tu tadi . Ada bau embunlah kat bunga tu .
Tapi memang sedap mata memandang.
tHen aku pun teruskan berjalan . Saja nak cari dia .Tapi tulah aku tak nampak dia aku nampak kereta dia . Punyalah lama aku berdiri kat kereta dia . Agaknya kalau azwan ada kat situ dia mesti dah kata aku ni dah jatuh cinta dengan kereta dia ke tuan dia "
Hahahaha
Alah ..nak buat mcm mana .Takde tuannya kat situlah .. AKU malas nak layan dia ..( ye ke ni)

Tadi untuk darjah khas aku kena gabung kelas .. maklumlah tak cukup cikgu . Aku tak bape kisah . Janji dapat belajar ..
Aku rasa lega tak satu kelas dgn azlan ( alah budak yg suka jeling aku tu )
cara dia pandang aku tu buat aku rasa takut dan tak suka kat dia .. Hish !
Kelas aku bising sgt hari ni ..Maklumlah ..
Kat facebook semalm aku coment kat satu gambar ni . Nama dia mohd Radzi . Wah dia pegang pialalah . Lencana baju sukan dia tu mcm kenal . Rupanya budak smk Tasek utara.
Aku tanyalah dia rumah apa menang ..? sabar ye dia belum jawab lagi coment aku tu .
Tak sangka lah pulak dia ada sukan sama dengan sekolah aku ..
Hmmm...

Minggu depan aku ada periksalah .. ujian je ..Maybe tak online kot .. Aku rasa tak sempat nak post berita baru ..Then lepas periksa kena balik kampung.. Hari ahad dah sampai Birthday aku .. Aku nak rompak hadiah dari budak KAA lah ..
Budak KRK nak ke ?
Tak payahlah kot .. Lagipun budak tu bukan tau birthday aku bila .. ?
Yang tau azwan je ..and syahmi ..

Awak tau ke birthday saya bila ? ..
p/s : aku memang boleh agak dia tak pernah amik tau birthday aku bila..
Nanti aku tuntut hadiah dari sepupu aku , mak saudara aku , ..sape lagi ye..
budak KAA. Itupun kalau diaorg ingat.. Aku tak rasa diaorg ingat .. Hmmmm..zzzz

Ya Allah aku mohon kau berikanlah aku kemudahan semasa menjawab soalan ujian nanti .
Amin ..


Thursday, February 25, 2010

Hari Ni Merupakan Hari Kejohanan Sukan Yang Ke-15

Hari ni merupakan hari kejohanan sukan yang ke .15. Jadi hari ni sememangnya meriah dengan mcm-mcm sorakan dari budak-budak mentah dan berotak . Aku sebagai budak yang aktif akan mengambil bahagian dalam pebarisan . Alahai tadi aku rasa mcm nak cair kena jemur kat matahari pagi . Kalau aku pengsan kat situ mesti kelakarkan . Hahaha
Tapi aku kuatkan diri untuk bertahan dalam upacara tu . Then yang paling aku tak puas hati ialah dengan Hj Sufaat iaitu ayah kepada kak sofea sabihah .. Kalau dah tak pandai berucap tu sediakanlah skrip ke ape-ape. Ni tidak ucap mcm siput sedut. Semput aku nak menahan kat tengah padang tu .. Geram betul .

Lepas kawat tu aku terus pergi merehatkan diri . Alamak ! nasib baik muka aku selamat dari sunburn..
Aku dah agak dah budak tu mesti tak datang . bila tanya azwan nape dia tak datang . azwan just jawab mak cik dia kata boleh cuti .
Tengok betul tidak andaian aku ..
Sebab dia malas je nak datang .. Aduhai ~
Tapi aku happylah .. yelah tak payah nak lari dari dia.. senang sikit. Hehehe

Tadi aku nampak akram nak lari dari tepi . Aku pun cakaplah kat dia 'akram lari slow-slow jgn laju -laju nanti kuning kalah '
Akhirnya aku tanya dia menang tak . Dia pun jawab dengan muka 50sen "kalah'
Aku pun just ..senyum jelah ..
Akram tu lari laju juga . Aku tengok dia lari tadi mcm angin ribut pun ada . Fuhyoo!
Untung lah sapa dapat akram tu . Dia memang orang sukan .
Azwan pulak menang lempar cakera tempat ke-3 .
Tahniah Azwan .. Kau pun agaknya memang orang sukan atau secara kebetulan je kau menang hari ni . Hihihi ( jgn marah ye wan )

Hati aku rasa pelik sangat sejak bila S.I aku tu berkepit dengan azwan . Mcm pelik je ..
Oh ya ! tadi aku nampak abang asyraf rumah biru . Rajinnya dia hari ni . Syahmi pun sama rajin juga . Abang asyraf tengok aku seolah dia kenal aku . Bila aku panggil mak aku . Aku ternampak muka dia mcm terkejut sikit. Hahaha
Padan muka abang .. Dia sejak semalam tengok aku mcm dia kenal aku . Then bila aku kat mana-mana pun aku boleh nampak dia. Aku pun senyum jelah ..
Tadi dia balik dengan cikgu kedah ... ( ANAK murid kesayangan mak aku tu )
Jealous betul... Kalau dia boleh jadi abang angkat aku pun dah cukup bagus . Kalau aku dah jadi adik dia tu mesti mcm malas nak layan .. Sengal !

Dengan happynya ku ingin menyatakan olahragawan dari rumah kuning dan olahragawati dari rumah biru . Juara keseluruhan ialah rumah biru ( tak jealous pun )
Rumah kuning pun menang .. Menang kawat lagi .. Happy aku hari ni ..

Sampai je rumah aku terus terbongkang atas katil .. argh!! penatnya..
nanti nak upload gambar kat facebook lagi .. Esok ada kelas dgn teacher maimoon . Nasib baik najmi kelas hari ahad. .argh ! hari ahad pun ada kelas jugak.. malas nya nak bertembung dengan najmi..

Apapun aku ingat pada dia ... hehehe
nak benci susahlah ..

Wednesday, February 24, 2010

Hari ni Ada Raptai Sukan. Penatnya..Badan Aku rasa Lemah

Hari ni aku rasa penat sangat . Yelah hari ni ada raptai sukan . Esok pulak ada sukan . Penatnya!!
Lepas habis semua acara barulah raptai untuk pembarisan mula .
Aku dengan bersungguh-sungguh kawat hari ni . Hhehehe
Sebenarnya rasa malas gila nak kawat . Tapi lepas nampak dia terus ada mood . Hhahaha

Aku rasa pelik sikit dengan budak tu ..
Hari ni dia datanglah.. biasa hari sukan bukan main malas nak datang.
Agaknya esok dia dtg tak ?
Hmmm.. harapnya esok dia datang . Kalau dia tak datang aku nak buat mcm mana ? tu hak dia..
Hari ni bila nampak dia aku rasa lain . Tak mcm hari-hari lain yang aku nampak dia .. ( sikit je)
Masa aku tengah jalan dengan temanku . Aku tak perasan yang dia ada kat belah kanan aku . Masa tu dia tgh berbual kot..
Dgn sape entah dia berbual . Time aku tgh jalan tu dia tunduk je. Muka pun lain mcm je..
Errr.. senang citerlah memang sengal. Aku bukannya nak makan dia pun . Tunduk muka mcm ada raja lalu . ( perempuan ratu ye )
AKU pun buat bodoh je . Hihihi

Pergh !! tadi kawat . Aku rasa dah cair mcm Ice-cream kat situ .
Panas sangat kat padang tadi . Bukan kat padang je kat tempat lain pun sama. Lainlah kalau kat padang tu ada kipas angin ( alah yg bentuk dia mcm windmill tu ) besar tu ..
Aku rasa aku punya unit berunitform makin maju . Hehehe
Saja memuji .. Tadi masa tgh syok kawat . Adalah satu cikgu ni nampak aku kawat . Dia pun sebut " anak cikgu ... "
Aku pun tengoklah kat tepi jalan tu sape . Rupanya ustaz hafiz. Eh dah takde rambut . Agaknya manalah rambut dia pergi . Dah kena gigit dgn gajah tak ( opss lupa gajah takde gigi) .
Lepas habis raptai aku pun balik . Aku ingat boleh balik awal rupanya mak aku sibuk nak siapkan astaka . Nak buat mcm mana kan ? tunggu jelah . Dalam pukul 2.15 minit gitu baru balik ..

Time habis je kawat tu . aku terus naik atas . Yelah dah kehausan yang sangat . Rasa macm baru balik dari padang pasir ( padang pasir ok lagi ada oasis) . Then aku pun pergilah mencari pyqa..
Masa jalan tu aku ternampak dia berbual dgn Azwan kat koridor mana entah . Alah yang depan kantin tu .. Mana-mana jelah .
Aku pun pelik sejak bila budak tu rapat dgn azwan . Alah .. Ina agaknya kau je yang tak tau dia memang rapat dgn wan .
Dia pun berbual dgn azwan . Pergh.. bukan main lama berbual . Aku pun turut tertanya-tanya apalah yang diaorg bualkan tu . Mesti mengutuk pasal aku . Atau pasal benda lain . Arghh ! blah lah ..
Lepas berbual tu azwan jalan kat depan aku . Huh! kurang ajar . Aku tegur tapi tak nak jawab . Baling nanti kepala tu dgn batu . Tumbuhlah satu benjol cantik kat kepala kau . Hihihi

Aku pun tunggulah kat kantin tu . Kepala aku rasa pening sangat. Ni mesti aku tak makan dari pagi . Aku just sempat jamah scott emulsion.
Aku pun rasa mcm nampak wahideen kat depan tu . Rupanya azwan .
Dia tgh duduk kat situ . Peliklah kenapa budak tu asyik berkepit je dengan wan . Sudahlah ...
Then , aku rasa .. kat mana aku ada , kat situlah dia ada .. Sibuk je

Semlam ada cerita best ...
Semalam lepas balik dari masjid tu . Aku balik semula ke sekolah .
Ahah! aku pun ternampak syahmi and the geng kat situ .
Aku just tenangkan diri je ( aku rasa nervous sangat masa tu)
Tapi aku just ingatkan diri aku " sab maintain vogue sab" .Yelah dah S.I depan mata. Aduhai ~
Masa tgh duduk tu . aku dengarlah diaorg berbual .Ermm..
Mcm ada pasal aku je dalam perbualan diaorg tu . Nak wat mcm manakan .. Aku pun maintain vogue je kat situ . Diaorg pulak syok ketawakan aku . Kurang diajar betul .
Muka aku pulak dah masam mencuka. Betul ke aku tak terasa ?
Memanglah tak ..Aku cuma bengang tahap cipan dgn diaorg tu .
Tiba -tiba zul pun dtg dgn muka kelat( esyah dah kalut tu) . Dia tanya aku nampak tak beg bimbit dia . Aku pun cakap tadi nampak . Dia kata kat situ memang ada beg tapi takde beg bimbit yang dalam dia ada baju . Ada pun beg bimbit yg penuh dgn buku . Masa tu aku dah boleh agak yang beg tu beg dia . Aku pun pelik mcm manalah dia boleh lalai sampai mcm tu sekali . Last-last aku dgn ringan mulut pergi tanya cikgu azzah rumah dia kat mana( ceh ! padahal dah tau)
Cikgu azza tanya nak wat ape? Aku pun cakaplah yang beg dia dah tertukar dengan beg kawan aku . Then dia pun call mak budak tu .
Akhirnya beg tu pun tertukarlah .
Hahaha
Masa tu muka zul dah mcm nak nangis . Nangis jelah aku nak rakam nak bagi aisyah tengok . Hehehehe( cukup sadis tak ? )


Saturday, February 20, 2010

Playlist Aku ..

Hari ni aku tak sempat nak post berita langsung . Tapi sempat letak playlist aku . Dalam tu aku ada letak lagu yang aku suka ..
Sebenarnya nak letak banyak lagi . tapi disebabkan ketetapan masa. Tak sempatlah ..
Isnin esok sampai jumaat maybe aku tak sempat nak post baru .
Kalau boleh aku akan hantar . Pasal aku busy dgn ujian , kawat lagi ..
Hati aku tiba-tiba teringin nak baca buku novel " aku kan novelis"
Tak taulah kenapa..
Nanti lepas ujian ingat nak suruh ayah beli ..
Ok ni je yg sempat aku post

Friday, February 19, 2010

About Pandamen ...Like Panda Superman



Ehem ...Korang teka gambar apa kat atas tu ..
Ceh ! memanglah dah sah korang tak tahu ni cerita ape
Biar aku remind balik ..
Okey , ni cerita Pandamen yang sekarang sedang ditayangkan di 8TV pukul 8.30 malam . Tengok jgn tak tengok ..

Kat atas tu adalah antara babak yang akan ada dalam cerita Pandamen .
Korag boleh pilih yang mana satu hensem sama ada Pan Da atau Chi Nan jie " ?
Aku mesti akan pilih Cikgu Pan Da ..
Cerita ni best sangat . Pan Da tu kalau korang tengok betul-betul dia memang suka xiao yu . Tapi xiao yu pulak tak pernah menunjukkan yang dia tu suka kat Pan Da .


This Is the details about Pandamen ..
Title: Xiong Mao Ren
English title: Pandamen
* Genre: Fantasy, science fiction, action, romance
* Episodes: 20+
* Broadcast network: CTS* Air time: Friday 22:00
Opening theme song: Pandamen by Zhan Yu Hao and Devon Song
* Ending theme song:Last Page by Jessie Chiang
* Insert songs:Love Attraction by Tang Yan

Bu Guang Exposed by Wang Jing
Lang Xue Wolf's Den by Picks
Production Credits
* Director: Jay Chou
* Producer: Jay Chou

Antara Pelakonnya... '
Ini ialah Yuhao Zhan as ‘Panda Superman’ as Pan Da










Perempuan yang tengah peluk Pandamen tulah Xiao Yu ..


* Jessie Chiang as Jiang Xiao Yu






Kuang Tian Corporation
* Tian Jing Chun as Wang Hu
* Huai Chen as Bei Dou
* Liu Geng Hong as Can Lang
* Shawn Yue as Luo Han
* Jiu Kong as Qian Shu
* Huang Tai An as A Fa
* Ye Tian Lun as Wu Long
* Liao Jian Ling as Wang Hu's girlfriend

The Police


Jerry Yan as Detective Chen
* Jerry Yan as Chen Jie Rui
Aku suka Jerry ni ..
Sebenarnya ada lagi sorang polis . Sperti yang korang tau producernya ialah jay chou . Polis lagi sorang tu kalau nak tau dia ialah jay chou .
Korang pun dah kenal jadi tak payah susah-susah aku letak gambar dia . betul tak ?
Jay Chou as Detective Leo
* Jay Chou as Li Ao (Leo)




Darjah Khas Separuh , Kelas Arab 1Jam Then Terus Balik

Hari ni aku pergi darjah khas separuh waktu je. Yelah pukul 10pagi terus pergi bilik guru sebab nak pergi kelas arab kat sekolah menengah. Bila bunyi loceng tu tergesa-gesa zawani dtg kelas aku
"sab cepatlah" . Aku cepat2 kemas beg sebab nak beredar . Then aku and zawani pergi pejabat . Kat depan pintu pejabat tu terlekat perkataan " closed" . Zawani pun masuk bagi salam tapi yang jawab hanyalah kipas ciling . ..Haru ~ .. Hahaha

Bila semua urusan dah selesai .Aku and zawani pun keluar kawasan sekolah dan cepat-cepat pergi kelas arab . Dalam pukul 10.15 gitu kitarg pun sampai kawasan sekolah . Masa jalan tu aku ternampak ramai budak form 3 balik dari kelas . Ahah! aku ternampak budak tu .Budak form 3 tu ~ ..Budak form 3 yang jalan tu pandang je aku dgn zawani . Maybe diorg ingat kitaorg ponteng kelas darjah khas .
Budak form 3 semua kitaorg tak ponteng kelas darjah khas kitaorg dah mintak kebenaran cikgu sebelum keluar tu . Kalau nak tau punyalah susah nak minta keluar tadi . Sengal !
Ummi pulak bila aku minta keluar dia memang sporting . Ummi ckp dia boleh baca org tu solat ke tak ,. Bestlah dapat jadi murid ummi ..Hihihi..
Jeng , jeng , jeng aku and zawani pun dah hampir sampai ke kelas , tengok dari luar apsal ramai sgt . Time aku and zawani masuk kelas tu cikgu ainon ckp " oh ponteng eh "
Aku pun just senyum je kat cikgu .. Then aku pun duduk kat sebelah aisyah . Cikgu pun teruskan mengajar . Lepas bape minit aku duduk tu datanglah pak din and the geng . Aku agak mesti baru balik CC .
Tapi nasib baik dtg kelas . Then muhammad and syafiq pulak dtg .
Lepas 30 minit tu dtglah budak 3KAA lelaki . Diaorg nak masuk tapi tempat dah penuh . Cikgu pun suruh amik kerusi kat kelas sebelah .
Masa budak 3KAA nak masuk tu ada sepasang mata yang terpandang aku . Sape entah ~
Bila budak 3KAA dah amik kerusi tu dia pun masuk . Ceh ! stop depan aku kejap . Alasannya" nak angkat kerusi " . Yelahkan kerusi lagi besar dari dia . Hahaha..

Aku ingat hari ni boleh abis darjah khas . Yelah pasal aku nak tengok budak tu dah balik dari kampung belum . Pasal hari tu masa nak keluar aku nampak kereta dia and the adik beradik dia ..

Woi korang budak 2KAA sapa rasa ada buku darjah khas lagi boleh tak bagi aku pinjam . Aku really need that book .. Please ...
Aku tengah menangis ni .. Please( <_>)
See tak muka seposen aku tu .. Tahun depan adik aku je yang beli. Tahun aku tak payah beli . Oit hafawati jgn lupa bawak buku darjah khas tu ..

Hari Isnin nanti naik sekolah .. Kepada semua budak sekolah uda jgn malas -malas tak pergi sekolah . Minggu depan aku rasa aku tak boleh online facebook and myspace . Maybe aku tak boleh post baru . .
Nantilah lepas habis ujian baru aku post baru .. Kepada followers lepas periksa dah boleh baca blog aku . ..
Sebagai ganti masa cuti ni aku akan post cerita banyak -banyak .

Malam ni jgn lupa tengok cerita Down With Love ..
Jerry sedang menunggu aku tu ... Adik aku pun suka tengok cerita tu . Dia kata" jerry hensem lah . Tapi ella tak sesuai dgn dia "
Aku setuju itu ..
Novel aku baru sampai bab 7 .Untuk Bab 8 dah ada idea ..
Untuk 9 and 10 idea belum sampai lagi . Maybe idea tu singgah kat America kejap kot..

Thursday, February 18, 2010

Jantung Aku Berdegup Kencang Bila Ternampak Amar Si Kawan Lama

Lepas kelas arab tadi aku terus pergi ke angsana . Then aku pun berjalan-jalan lah kat angsana .. Aku pun masuk badan bookstore pasal mak aku nak beli alat tulis sikit. ( mcm banyak je aku tengok )
Aku pun terus ke bahagian komik. Kat situ aku sorang je .. Then datanglah seorang budak lelaki dgn adik dia . Bila aku renung muka budak lelaki tu .. mcm kenal je budak ni " aku berdesis dalam hati
Bila dah lama merenung tu ..
Yes ! akhirnya aku ingat siapa budak tu ..
Budak tu namanya Ammar dan adik dia Akhbar .
Sebenarnya tengok dari kulit pun aku dah boleh ingat psal kulit dia gelap dan sangat lain daripada yang lain . Hehhee
Sorrylah aku bukan nak kutuk kau . Gurau je .. Hihihi
Masa aku renung dia tu nasib baik dia tak perasan . Dia pun sebenarnya ada pandang aku semcam . Aku pun rasa lain macam je bila nampak dia .

Yelah dia nampak lain sangat . Tinggi still sama . Aku lagi tinggi dari dia . Rambut dia tercacak sikit . Rasanya tak duduk asrama budak ni maklumlah anak ibu . Akhbar pulak still hensem tak macam abang dia.
Lepas kat bahagian komik tu aku pergi pulak ke bahagian novel PTS sebab badan aku rasa semcam . Tangan aku pulak asyik menggetar tak tentu pasal . Masa tu hanya Tuhan je yang tau macm mana nevousnya aku . Rasa kat diri ni takde darah . Sebab tu aku cepat-cepat lari dari bahagian komik . Aku rasa nervous sgt..

Lepas dah pindah tempat tu . Tangan aku tiba-tiba menggetar-getar . Jantung aku berdegup laju . Badan aku berpeluh-peluh ( padahal tak lari pun )
Dah elok -elok kat bahagian novel . Ammar datang lagi kat situ dgn adik dia .
Aku pun buat-buatlah menelaah novel . Sebenarnya dalam hati rasa nervous sangat . Dah lah tu Ammar saja berdiri kat sebelah aku . Aku kat kiri dia kat kiri . Aku kat novel dia pun kat novel .
Ammar oh Ammar ~

Ada jugak aku bisik nama Ammar kat situ . Dia dengar lah aku rasa .
Tu pasal dia pandang aku tapi tak tegur aku .
Oh ! Ammar I wish I could talk to you . I as you friend really miss you .
I want to know about you .

Kalau nak tau dulu masa aku darjah 1 and 2 aku pernah suka kat Ammar . Aku pun tak tau nape ?
Yang pasti dia ada ramai peminat . Tapi paling layan aku sebab aku sekolah swasta dengan dia dulu . Jadi kitaorg memang kenal rapatlah .
Lepas darjah 4 aku terpisah dengan dia sebab aku kena pindah tasek utara . Sedihnya ~
Bila ternampak dia tadi aku tiba-tiba jadi nervous semcam . Tak pernah aku dapat pengalaman mcm tu masa terjumpa kawan lama. Kali ni lain sikit .
Agaknya pasal ada sikit hati aku ni masih suka pada dia tulah jadi macam tu . Aku seperti ada rasa dia pandang aku semacam .
Then dah tengah hari dia pun keluar dari kedai buku tu . Aku just senyum je . Dia pun nampak aku senyum kat dia .. Then dia pun senyum kat aku
Argh ! Ammar aku rindukan kau ..
Selama ni kita dah terputus untuk beberapa tahun
Akhirnya kita berjumpa kembali ..
Aku harap semasa melanjutkan pelajaran ke universiti , aku harap kita akan bertemu lagi . Aku tau kau memasang impian untuk sambung pelajaran ke luar negara . Aku juga begitu .. Semoga berjumpa lagi

Tadi lepas habis kelas arab tu . Aku tunggulah kejap kat luar .
Jeng, jeng , jeng datanglah budak 3KAA ni . Yang pasti tgh aku sibuk bercakap dgn pyqa tu . Tiba-tiba ada sepasang mata memandang aku .
Adalah budak tu ..
Tak habis-habis dgn mata bola tennis dia tu . Punyalah tajam merenung aku . Jgnlah wat aku macm ni ...

Hari ni aku rasa happy sgt sebab .. Hari ni bersamaan dengan
... February 2010 .. ialah hari jadi dia .
Happy Birthday Awak"
Semoga sihat dan ceria selalu ..

Walaupun dia tak nak bercakap dgn aku .. just wish dari jauh pun dah kira ok ..
Aku ikhlas ye ..
Today I feel like I been touched by an angel ..
aku ada satu lagu
" Finaly I can feel heaven on earth "
" its like been touched by an angel "

Today i want to say
" Today was fairytale "
Miss dia.. huuu

Lepas Baca Blog Zawani Rasa macam Nak Cekik Dia


Hoi zawani bt rosman ! aku tau ye pasal cerita pandamen tu ..

Tiap-tiap hari tgk cerita tu . Kau tau ape pasal kau mana tgk cerita tu tiap-tiap hari . huh ' . hei aku suka kat cikgu panda ..
Woi apsal tiba-tiba ckp kau suka kat Wu Zun ni . Sibuklah kau . Aku suka dia dulu so jgn sibuk lagi menyibuk ye kat sini .
Aku tak tiru pun si kamarul punya folio dia pasal dia buat tajuk lain jadi tak boleh nak tiru ..
Akhirnya aku dah siap taip pun kerja tu . Bukan mcm kau entah apalah yang dibuatnya .. Huhuuu haru ..
Kau dah tgk ke cerita down with love mesti belum kan ^_<
Cerita tu best and ada pakwe aku kat dlm tu .. Jerry yan lah orgnya
Zawa bagitau jelah sapa yang letak buku math tu . Aku janji aku tak marah dia . Lagipun nak buat apa aku marah dia , dia dah letak buku math aku tu pun dah kira bagus . Masa buku math aku hilang tu aku menangis tak tentu pasal kau tau tak .. Habis berbaldi -baldi air mata aku jatuh hanya kerana buku math . Nasib baik teacher maimoon tak marah kat aku . Itu pun dia tak tau buku math aku dah dijumpai .
Nasib baik ~
Apapun air RX lagi bagus dari ELKEN . Eleh nama elken tu dah mcm nama alat tulis . Rx pun mcm rhinoceres pun bunyi lagi kuat daripada kau punya .. uwekkk muntah aku dibuatnya..
Semalam aku rasa happy sebab dpt jumpa kawan lama ..
Nama dia Ammar . Dulu satu sekolah dgn aku masa darjah satu sampai darjah 4 . Then aku kena pindah ke tasek . kat tasek sampai darjah 6 then masuk SMK bbu dpt kelas KAA . Kira oklah tu ..
Mula-mula aku nampak dia hati aku mengatakan aku kenal dia tapi tulah aku tak ingat sapa nama dia . Bila aku nampak adik dia yang lelaki baru ingat nama dia . Banyak yang berubah pasal dia . First sekali suara dia , suara dia berubah begitu ketara jadi garau pun ada then tinggi dia tetap tak berubah aku lagi tinggi . Kulit dia pun masih tak berubah still warna coklat gelap . Itu yang buat aku suka dia masa kecil dulu . Dia memang tak hensem aku akui itu tapi dia ikhlas itu yang penting pada aku .
Time aku nampak dia tu tiba-tiba tangan aku mengeletar tak tentu pasal then tangan aku rasa sejuk sangat( mcm takde darah ) . Badan aku pulak berpeluh -peluh ( padahal aku tak lari pun ) . Jantung aku tiba-tiba berdegup laju . Aku rasa mcm ada yang tak kena ..
Lalu aku berlari ke bahagian novel hanya untuk mengelak dari bertembung dengan dia . Dahtu dia pergi pulak kat bahagian novel .No yang aku rimas ni . Dah lah masa tu aku rasa tak keruan dia pulak sentiasa ada kat sisi aku seolah-olah tak nak berjauhan dgn aku .
Bila aku kat kiri dia kat kiri bila aku kat kanan dia pun ada kat kanan . Bila aku buka buku dia buka buku , bila aku tutup buku dia pun tutup buku . Aku sempat berbisik perlahan " Ammar" . Dia pun pandang aku tanpa riak wajah 'batu' .
Oklah tak nak cerita panjang yang pasti aku tak pernah ada pengalaman sebegitu ketika berjumpa sahabat lama . Aku tetap rindukan Ammar ..
Hari khamis 18 february merupakan hari jadi dia . Happy birthday awk ...

Tuesday, February 16, 2010

Down With Love








Hello ! . Sape rasa dia peminat cerita taiwan , korea and jepun . Aku ada berita baik untuk korang . Ada cerita taiwan yang baru telah ditayangkan di 8TV . Tajuknya Down With Love .. Pasti menarik perhatian korang sepertimana ia menarik perhatian aku . Sebab ada Jerry Yan kat dalam cerita ni ..Aku dah menjerit tak tentu pasal .Hahaha..



Cerita ini baru aku tengok episode 1 and 2 . Jadi no conclusion . But aku memang suka sangat cerita ni . Masa starting dia aku dengar lagu dia .Sedapnya lagu dia . Agaknya sapa penyanyi dia . Aku rasa mcm terdengar suara Jerry yang nyanyi . Aku pelik kenapa dalam cerita ini Ella yang menjai awek Jerry . Aku rasa macam tak sesuai. Betul tak ? Aku rasa diaorg patut pilih selina atau Hebe tian dari kumpulan S.H.E eLLA tu aku tengok macam rock lee dalam cerita naruto pun ada . Yelah tengok aje rambutnya macam mana . Macam mangkuk kan .



Itulah yang aku pelik macam manalah Jerry boleh suka ELLa dalam cerita ni . Tak sesuai lah .. Tapi tulah "cinta itu buta" .Bila dah buta kenal ke rupa ? Yang penting keikhlasan dalam cinta mesti ada . Jangan kita cintakan seseorang itu dengan sebab dia kayalah , dia itulah , dia inilah . Salah pakej tu . Kita kalau nak bercinta kita mesti pilih pasangan yang benar -benar serasi dengan kita. Jangan sorang kepala lain , sorang lagi kepala lain . Nanti bergaduh jelah kerjanya ..



Tengok mcm cerita Boys over flower. Jun pyo yang kaya tu pun tak nak awek yang kaya sebab dia suka Jan di yang miskin lagi sederhana . Pelik tapi benar . Asalkan hati baik dan ikhlas ..Jangan cuba mengambil kesempatan pula .



Jerry merupakan seorang peguam yang berpangkat tinggi dalam cerita ini . Manakala Ella merupakan seorang budak perempuan yang sederhana hidupnya , kena buat mcm-mcm kerja untuk menyara dirinya dan keluarga . Last-last Jerry pun Fall in Love with Ella . Sebab dia merasakan ella benar-benar jujur dengannya . Jangan tak tau semasa ella dicium oleh lelaki lain . Jerry pun dengan cepat-cepat tarik ella ke pangkuannya . Akhirnya lelaki tu tercium Jerry deh .. kEsian yang amat . Jerry pun marah-marah lelaki ni sebab cium dia . HAHAHA



Nanti adalah babak tu . Korang tengok jelah ..





nI GAMbar Jerry Yan .. Hensem Tak ? . AKU sUKA dia ni sebab dia ni rajin bekerja dan pandai berlakon . Tarikh lahir 1 January .Umur dia sekarang 33 atau 32 aku tak bape nak ingat . Dia ni Pakwe aku .... Hihihi, Jangan jealous ..! ( aku single lagi ) .

Konsert Fahrenheit



Ini gambar ahli kumpulan fahrenheit . Hensem tak ? . Mesti korang akan jawab hensem ..

Semalam aku ada tengok konsert diaorg . Sambil tu aku sibuk nak mencari-cari suara sapa yang sedap .. Ada dua orang yang suara nya sedap iaitu Aaron dan Wu Chun .. . Dalam gambar di atas Aaron pakai baju warna hijau . Jiro sebelah Aaron . Kat bawah pulak baju merah ke pink tu namanya Calvin dan yang pakai baju biru tu nama dia Wu Chun .

Keempat-empat orang ni merupakn sahabat baik .Diaorg ada cerita mcm-mana diaorg bertemu . Rupanya diaorg bertemu secara berasingan . Aaron yang ternampak Jiro lalu mengur "Badan awak belum cukup berototlah ' . Kawn diaorg yang mendengar dialog itu hanya ketawa. Memang Diakui badan keempa-empat lelaki ini semuanya sasa dan bertenaga . Kalau diaorg nak kahwin pun dah boleh dah . Tapi yang aku perasan , badan yang paling sasa ialah Wu Chun . Badan dia benar-benar sasa dan bertatu di lengan sebelah kanan . Dia bukanlah seorang yang kidal . Siapa agaknya dalam ahli kumpulan fahrenheit ini Left-handed person . Dalam Cerita Momo Love ada seorang ahli kumpulan fahrenheit berlakon sebagai watak utama iaitu Jiro Wang .Dalam cerita tu dia dikenali sebagai Shi Lang , merupakan seorang left-handed person . Adakah itu benar ? Tahu atau tidak untuk berlakon menjadi seorang yang left-handed person sangat susah . Percayalah ..!

Dalam keempat-empat ahli ini takde sape pun yang dah couple . Bila nak couple ni ..?. Aaron just menjawab " kami sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk bercinta " . Rasanya kawan -kawan dia yang lain pun begitu . Aku terdengar desas-desus mengatakan yang Jiro sekarng dah bercouple dengan Cyndi . Dalam Momo Love diaorg berdua ni digandingkan bersama dan last-last happy ending ... Rupanya memang diaorg couple kat luar pengambaran. Pasangan yang Sesuai ...

Keempat-empat sahabat ini juga merupakan pelakon . Sperti Jiro dia sudah berlakon dalam banyak cerita antaranya Momo Love, KO One , xfamily dan sebgainya . Calvin juga merupakan pelakon . Dia berlakon dalam cerita Romantic Princess(2008) , Momo Love dan lain-lain . Wu Chun juga merupakan seorang pelakon .DiA pelakon dalam cerita Hot Shot , Romantic Princess dan lain -lain ( sebenarnya aku takdelah nak ingat sangat ) . Untuk Aaron aku tak tau dia berlakon dalam cerita apa . No berita langsung ..

Itu jelah yang aku nak beritahu korang .. Harap boleh tau serba sedikit tentang diaorg..

Tulisan Tanganku ILham Seorang Kawan

Kalau pernah tengok tulisan tangan aku . Mesti korang perasan tulisan aku mcm panjang -panjang . Betul tak ?
Tulisan aku yang sekarang adalah hasil ilham seseorang . Aku kenal budak ni masa aku darjah satu . Masa aku darjah satu aku sekolah suria dekat taman suria sana . Masa darjah satu aku merupakan budak yang paling tinggi . Nak buat macam mana ? ( itulah aku )
tengah elok -elok sekolah adalah seorang budak baru mendaftar . Nama budak ini ialah Fadullah bin Fairuz( betul ke ni nama bapa dia ?)
Akulah orang yang pertama tegur dia pasal dia duduk kat sebelah aku . Fadullah tu budaknya kecil je , bercermin mata . Comelnya...
Hahaha
Masa berbual tu aku sibuklah tanya mcm-mcm .. dia pun jawab jelah ..
Dia pernah tanya birthday aku bila ..?
Aku pun cakaplah 7 Mac 1996 ..
Birthday dia bulan 12 .. aku tak ingat bila . Aku harap sangat boleh ingat birthday dia .. Tulah aku sapa suruh taknak catat birthday dia dulu . Malangnya kita tidak boleh kembali pada masa lampau .
Tiap tahun dia akan meraikan birthday aku . Walaupun sekadar wish je . Tak silap aku dia ada bagi pen ke pensel masa aku darah satu . (darjah satu je )
Alahai ~

Periksa dah hampir tiba . Walaupun aku darjah satu aku tau mcm mane susahnya periksa tau . Jangan ingat aku takde perasaan pulak. Aku belum mereng lagi ye ..
Aku dengan dia sama menjawab soalan dengan tekun . Walaupun Fadullah kelihatannya biasa-biasa je . Tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya deh ..
Selepas habis periksa cikgu pun beri result kitaorg masing-masing .
Betul , dialah yang paling cemerlang dia dapat semua A tapi tidak pada BI , SN ..
Aku pulak sentiasa menjuarai dalam subjek science . Setiap kali periksa atau ujian akulah orang sentiasa menjuarai dalam markah science . No one can challenge me . Fadullah pun boleh ternganga tau . Hhaha
Biasanya markah scienca aku dapat 100% . Then masa akhir tahun tu aku dapat sijil sebab memperoleh markah terbaik dalam science .
Dia pula menjadi pelajar cemerlang dalam ranking No 1,2,3 . Tak silap aku nombor 1 . Aku pulak dengan sedih plus happy dapat nombor 4 .
Argh ! punyalah aku marah masa tu . Tapi aku tetap bersyukur sebab dapat markah cemerlang . Fadullah pun just pujuk aku supaya berusaha lebih lagi . Dia tau aku sedikit lemah math walaupun aku hafal sifir . Dia suruh buat math perlahan-lahan dan jgn careless. Nasihat itu sentiasa tengiang-ngiang di telinga aku setiap kali aku belajar math . Tak pernah lupa tau ..Huhuu

Masa aku naik darjah tiga aku rasa aku dah suka kat dia . Alah biasalah budak-budak zaman dulu . Walaupun tak berapa hensem aku tetap suka kat dia . Hahhaha
Dia pun memang selalu berkepit dengan aku . Yelah dah namanya pun kawan . Rupanya sepanjang dua tahun berkenalan dia tak pernah perasan yang aku ni left -handed person . Masa darjah tiga sibuklah dia nak tanya . Bila kidal ? masa darjah bape ?
then dia terangkan dulu bapa dia pernah cakap orang kidal adalah orang yang kreatif dan mahir . Aku just just buat faham . Yelah aku ni kreatif dalam apa . Tangan aku ni tangan cap kayu nak melukis pokok jadi awan . Bukankah kayu itu namanya ..
Dia just tersenyum lalu berkata " satu hari nanti awak akan mahir dalam bidang yang awak mahir . percayalah "
Aku tak pernah lupa itu . Sekarang pun aku tak pernah tau apa bidang yang aku mahir .. tunggulah !

Aku pun satu sekolah agama dengan dia dulu . Aku dengan dia sekolah agama dalam darjah yang sama . tapi kelas lain ..
Macam biasa dia pun sangat cemerlang dalam sekolah agama . Tapi dia takdelah dapat nombor 1 macam aku . Dia punya tempat just nombor 2 dan 3 ..
Aku punyalah happy dapat lawan dia ..
Dia pun tak kisah maybe kat sekolah agama memang rezeki aku untuk jadi pelajar cemerlang sentiasa .
AKU perasan masa kat sekolah kalau dia menulis mesti dia tekan dan dia tulis agak lambat tapi kemas .
Aku sangat tertarik dengan tulisan dia . Apalagi aku cakap dengan dia "tulisan awak cantiklah "
Dia pun senyum je .. Dia sudahlah pandai , tulisan pun cantik ..
Aku amat kagum dengan dia ni ..
Sejak aku nampak tulisan dia macam tu . Aku cuba untuk meniru tulisan dia . Sekarang baru aku boleh buat tulisan mcm dia .
Thank You Fadullah .

Naik dajah 4 aku sempat sekolah beberapa hari je kat situ . Then aku terus pindah ke tasek utara . Rasa macam nak nangis pun ada ..
Aku sempat cakap "bye " je kat dia..
Sedihnya.. Dia cakap nanti jumpa kat SSU . Aku pun mengangguk .
Naik darjah 5 aku dapat berita dari ayah aku yang dia dah pindah ke kedah . Aku pun apalagi menangislah kat bilik .
Aku telah terpisah jauh dari kawan aku ..
Nak buat macam mana kan .? Dia tetap sahabat yang aku ingat .
Aku sentisa teringatkan dia bila tengok tulisan marzuqi .
Macam mane tulisan dia mcm tulah tulisan marzuqi ..
Tulisan marzuqi sama je dengan dia tidak berubah langsung . Cara menulis pun sama ..

Agaknya apa khabar dia sekarang ..?
Dia mesti dah tinggi macam aku .. Dia mesti dah hensem sekarang ..
Mesti dia dah ada awek sekarang .. Atau mungkin dia dah lupakan aku
Agaknya dia ingat tak pada aku ..? Dia ingat tak pada kawan lama dia dulu ...?
Aku harap dia sihat .. Aku harap dia sentiasa menjadi pelajar cemerlang ...
Kepada fadullah
Semoga kita bertemu lagi pada masa depan . Saat aku melanjutkan pelajaran aku harap dapat bertemu kamu ..

Monday, February 15, 2010

Ku Dedikasikan Ini Kepada Pembaca

Sempena cuti tahun baru cina ini aku dan keluarga telah pulang ke kampung. Sampai je kat rumah banyak simen dan pasir bertaburan . Rupanya rumah aku sedang di renovate . Nak tambah bilik and tandas . Maklumlah rumah kat kampung makin bertambah bilangan keluarganya. Bila balik kampung aku perasan kereta myvi biru ada kat depan rumah . Yang sedang bermain di fikiran aku ketika itu ialah "sepupu aku mesti dah balik ni "
Rupanya hanya mak long kesayangan aku je yang balik . Anak-anak dia tak balik .So rumah pun tak berapa meriah . Just ada mak long .
Aku dah sampai rumah aku pun duduk relax . Penat badan sebab naik kereta( kalau jalan kaki lagi penat) Aku pergilah ke tingkat atas untuk bergulingkan diri atas tilam yang sememangnya khas untuk aku dan sepupu aku . Sperti yang korang sedia maklum kat kampung memang panas terik . Aku dengan tidak sopannya pergi buka kipas kuat -kuat dan berdiri kat depan kipas siap menjerit dengan sepnuh hati "panasnya" ...
Time aku balik kampung mesti panas .. sabar jelah .
Masa cuti sekolah begini cikgu -cikgu tidak akan membenarkan aku dan teman-teman cuti tanpa sebarang kerja sekolah (MAKLumlah student)
Berlambak kerja sekolah aku . Entah bila agaknya nak siap ..
1. Folio arab
2. Folio geografi( untuk ini aku mohon sangat teman aku buat boleh)
3. bm ( tatabahasa je )
dan yang lain tu pandai-pandalah buat . Bulan depan dah ujian .
Cikgu rostena kata science masuk topic 1 sahaja . Sbenarnya topic one tu pun dah cukup parah untuk aku menghafal . Bahagian matalah , hidunglah , lidahlah , kulitlah , telingalah ..
Sekali 5 bahagian . Macam mane tu ?
kena minta tolong syahmi ni ..
syahmi tolong aku boleh ?
tolong ape ?
sab; tolong bagi kat aku formula yang paling mudah untuk hafal topic one ..

Kalau aku minta formulanya agaknya syahmi ada tak ? entah lah ..
Mudah -mudahan aku dipermudahkan semasa menjawab soalan ujian yang diberikan oleh guru itu . Amin .

When aku balik kampung atuk and nenek mesti rajin masak macam -macam . Macam manalah badan aku tak naik asyik disuap makanan je .
Aku ni bukannya lelaki . Kalau nak tau lelaki sangat susah untuk gemuk ( ini fakta ye ) aku bukan mcm zawani main hentam fakta .
Tapi kan yang aku pelik adik aku tu tak macam gemuk ( ehem bukan gemuk tapi sihat ) adik aku selalu membetulkan ayat aku kalau mcm tu . Alahai ..
Atuk and nenek aku ni sangat faham bahawa cucunya ( akulah tu) ini tidak suka minum air yang panas dan air yang baru keluar dari peti sejuk( melainkan aku malas )
Jadi diaorg dah sediakan satu bekas air yang besar dan dalamnya ada air tapi khas untuk aku ( air RX- water )
Itulah jenama air tapis yang ada kat rumah aku and rumah nenek aku .
Penapis air tu je yang bagus setakat ini . AKU tak suka jenama Bioaura~
air dia panas dan tak bagus . Bila aku and ayah kaji balik memang dah sah air dia tak bagus . Air dia langsung tak menyejukkan badan .
Carta air didunia ..
1. Air Zam Zam
2. Air sungai
3. Air Rx- Water
Yang lain tu aku tak berapa nak ingat ,

Folio arab tu aku dah merencanakan nak buat mcm mana . Hihihi
maklumlah aku ni budak nakal ada saja idea buruknya ( eh ! buruk tapi bijak )
percayalah ... !
Folio Geografi pulak aku kena minta tolong senior . Nanti aku cuba tanya kamarul pasal folio dia . Maybe dia pun buat tajuk yang sama mcm aku sekarang . Boleh aku rompak dari dia . Tapi tidaklah aku tiru bulat-bulat aku cuma tiru sfera-sfera je .. Hihihi

Mak long aku balik sorang pasal anak-anak dia semua dah terbang ke korea . Yelah sepupu aku tu dah pergi korea untuk menghabiskan minatnya terhadap negara itu . Sepupu aku tu semuanya gila korea . Nanti dia tau je ada cerita baru .. Datanglah obsesnya itu ..
Aku dah siap sedia tadah telinga dengar cerita diaorg.

Birthday aku and syahmi just tidak lama lagi .. 7 Mac 1996
aKU HARAP ada orang akan wish aku nanti ... Siapalah agaknya ..
Aku harapkan budak tu tapi dia tau ke birthday aku bila . Budak tu mesti tau birthday syahmi je . Dia mana tau birthday aku and syahmi sama .
Eh ! korang wish aku masa birthday nanti tau . Syahmi kau jgn lupa birthday aku dgn birthday aku sama lagi serupa . Zodiak pun sama , hari pun sama , tahun pun sama , .

Friday, February 12, 2010

First Day Aku Bersekolah Darjah Khas

Hari ni merupakan first day aku bersekolah sebagai murid sekolah.
Walaupun tak berapa nak best( memang tak best pun )
yelah kena bangun awal pagi hari sabtu hanya untuk ke sekolah . Argh ! waktu tidurku diganggu . Tapi aku bangun jugak kononnya pergi sekolah niat nak ilmu . Hihihi
Jahat jugak aku ni . First day sekolah je aku rasa tak seronok pasal ramai pelajar yang aku tak kenal . Tapi ada jugak yang aku kenal . Nasib baik ...
Masa aku tengah duduk menulis ni aku perasan budak kat sebelah barisan aku tu ada pandang aku semacam . Then masa cikgu ajar dia tukar tempat dgn budak sebelah aku kiri aku . Budak ni pun duduk sebaris dgn aku . Masa dia tulis tu boleh dia pandang aku then mata dia terkedip-kedip , kenyit mata lagi ( sakit mata agaknya)
Aku pandanglah dia dengan pandangan selamba . dalam hati sempat aku fikir" gila ke budak ni atau dah sakit mata "
Yelah dari perhimpunan tadi asyik pandang aku . Aku ni bukannya anaconda . Hish! tak patut .
****************
Tadi lepas habis sekolah aku pun lintas jalan dgn zawani . Then aku pun masuk kawasan rumah aku lalu pagar belakang .
Masa tengah jalan tu tiba-tiba aku teringat rumah budak tu . Then aku dengan sikap rajinnya mencari -cari kereta dia . Rasanya blok aku dengan blok dia bukannya jauh sgt pun selang satu blok je .
Aku duduk blok G , dia duduk blok i . Masa tgh jalan tu aku carilah kereta dia.
Jeng , jeng , jeng akhirnya aku jumpa kereta dia . Aku ingat nombor plat kereta dia .
Aku pun stop kat situ . Aku pandanglah blok tu dari bawah . Agaknya yang mana satu rumah dia . Takpelah asalkan dah tau dia duduk mana.
Tak kisahlah yang mana satu nombor rumah dia .
Lepas diri lama kat belakang kereta dia aku pun jalanlah .
Akhirnya sampai rumah aku yang sangat dicintai tu . Hehehe
*****************
Minggu depan sekolah lagi . Aku tak kira aku nak tukar bilik juga .
Nak jugak ...
Cikgu saya nak tukar bilik no 25 boleh ?
Boleh ke ? Yeah ! boleh ...
Tadi kat sekolah aku ada nampak Amin bin Adam .
Alahai budak ni saja je buat tak kenal aku . Nasib dialah sebab aku tak sempat buli dia untuk tahun ni . Ramai jugak budak tasek pergi sekolah situ . Jadi tak payahlah aku gelabah tak tentu pasal . Ye tak?
Esok aku nak balik kampung ..
Sepupu aku belah ayah semua dah terbang ke korea . Tak ajak aku langsung . Takpelah nak wat mcm mana ...
Kirim salam kat Gu Jun Pyo and SS501 group kakak..
Anyeong hi gaseyo ( selamat jalan )kakak and abang ..

Thursday, February 11, 2010

Yesterday Was A Fairytale

Hari ni aku sempat meluangkan masa untuk meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati ni ( ceh !)
Semalam entah kenapa aku rasa happy sangat ( hehe)
**************
Semalam ada check gigi. Aku sebagai budak yang giginya dah berlubang dan sudah ditampal rasa takut sangat . Mudah-mudahan jgn lah nurse tu tampal gigi aku sekarang atau aku akan meraung.
Aku tak suka kena tampal gigi.. Sakit yang amat..(<_>)
Then cikgu rahman pun panggillah budak KRK .. Masa tu aku rasa lain mcm pulak .. badan aku tiba-tiba berpeluh ..( tau-tau jelah )
Cikgu rahman pulak suruh barisan aku masuk masa tu ..
Hehehe.. masa ni nurse tu dah sedia dgn alat mengecheck tu ..
Dia pun checklah gigi aku yang tak teratur sgt ni .. dia check kasar sgt..habis sakit gusi aku ni . Masa tu aku rasa mcm nak tarik je pipi nurse tu , yelah ada ke patut check kasar-kasar.. Aduhai ~
Lepas check gigi tu aku pun duduklah luar dalam barisan belakang marzuqi ..
Tiba-tiba budak KRK pun dtg.. budak laki je masa ni.
Aku pun apa lagi happy sangatlah ..
Marzuqi pun tgk aku then dia tanya " nape sab happy ke nampak Najmi"
aku balas "takde masa aku nak tgk najmi kat sini "
Lepas keluar dari bilik kesihatan aku dah meraba-raba mulut aku pasal rasa sakit sgt.. Ni semua nurse punya pasal .. ~
Tup..tup ..
Aku pun ternampaklah budak tu nak masuk bilik .. dia ada pandang aku sambil tu sibuk nak pegang mulut dia. Dia ingat mulut aku sakit sgt ke sampai kena cabut gigi .
Tak patut ~
*******************
Lepas balik tu aku pergi bilik guru kejap ..
sebab nak amik baju sukan . Lepas keluar tu . . masa tu aku nampak budak lelaki tgh turun .. Pyqa ckp tu " sumber inspirasi ku "
Aku sibuk memerhati kat situ . Alahai Ina kalau dah tak nampak tu nak wat mcm mana kan ? Dah tentu aku ni anak-anak rabun ..
Aku pun buat tak tau jelah .. Pasal aku tak bape nak cam dia. Sorrylah awk ~
***********************
Selepas le;uar dari sekolah ..aku pun masuk balik sekolah ..pasal nak makan , lapar pulak rasanya. Budak tu still ada lagi . Lepas dah beli nasi satu pinggan tu aku pun tercari-cari kat mana kawan aku duduk .
Ya Allah masa tu Tuhan sajalah yang tau mcm mana perasaan aku ..
Ada ke patut budak-budak ni pilih meja sebelah budak tu ..(sadis betul korang ni )
last-last terpaksa jugak aku duduk sebelah dgn budak tu. Sebelah meja je.. Tak payahlah lebih-lebih
Aku punya jantung dah dup, dap , dup ,dap ..
Ni semua budak tu punya pasal .. hARu .. haru
***************
Tadi lepas bunyi loceng ( menandakan waktu balik)
Aku tanpa segan silu aku pun keluarlah dari kelas yang bersepah mcm tongkang pecah tu ..
Tiba-tiba.. azwan pun lalu dia jeling aku , aku pun jeling dia
wah nak lawan mata pulak kat sini . Mentang-mentang dia pakai cermin mata.. Hmmm .. tak heran pun
Tengah dia jalan-jalan tu boleh dia pusing belakang . Then pandang aku . Dia pun berteriak " ...."
Aku yang tengah berbual dgn zawani , rasa bengang gila( dah bengang pastu gila pulak ) ish !
aku pun menjerit " Azwan ! "
Zawani yg baik hati sambung " Sewel "
Hahaha
Tak baik betul aku ni . Nak wat cam mane kan .. Ini lah lumrah hidup kita sebagai manusia. Tadi pun ustaz ada ceramah pasal kebersihan , pasal hidup. Dengar jelah ..
***********
Tadi aku nampak dia pakai baju kuning . Eh biasalah kuning sentiasa juara . Betul tak ?
Sibuk je nak ikut aku . Semalam aku pun pakai baju kuning .
Tak pernah-pernah dia nak pakai baju warna kuning , biasa pakai baju koko warna oren .
Tadi aku tanya marzuqi hari ni sukan apa ?
dia pun jawab " bola baling "
aku tanya marzuqi dia main tak ?
marzuqi cuba meneka siapa budak tu . Adakah Najmi ( tak) . Adakah Akram ( mcm manalah budak ni boleh ada dlm hidup aku) , just kawan je. Last punya jawapan baru betul . Yes ! dialah ..
Marzuqi ckp dia main tapi main acuh tak acuh je ..
Aku pun diam jelah . Yelah nak jawab apa lagi . Aku pun tak tahu apa sebabnya dia main acuh tak acuh .
Harapnya aku boleh tahu ..

Azwan , nape budak tu tak suka sukan ?
azwan: manalah aku tau
Aku agak mesti azwan jawab mcm tu ..
Hmmmm...
Ape pun semua Happy Holiday .. Jgn malas buat kerja sekolah
kepada dia .. buat kerja sekolah tau .. jaga kesihatan ..
Bye

Monday, February 8, 2010

Hari tak datang sekolah ..Cuti Sakit..

Hari dengan sedihnya aku ingin melaporkan bahawasanya aku cuti sakit . Sebab pagi tadi aku bangun je bibir aku dah start rasa sakit . Huhuhu .. aku pun meraung tak tentu pasal..
Mak aku pun cakap hari duduk rumah je ..
Kat rumah pulak bosan tak tau nak wat ape ..
Aku startlah skodeng sana sini . Peduli apa aku orang nak kata apa pasal aku . Kalau aku tahu aku lempang orang tu mahu dia tergolek kat tanah .
*****************
Hari ni aku tak dpt tgk dia
Hari ni aku tak dpt jumpa budak 2KAA..
dAh bape hari aku tak dpt jumpa dia . Semalam just ternampak sikit-sikit je . Itupun pasal dia pakai songkok ( aku tak dpt nak cam dia)
Naiklah saham dia ...
***************
Hari ni aku rasa free sgt .. pasal hari ni tidak payah dgr desas-desus gosip aku dgn Najmi Abdul Fattah ( najmi tahi lalat)
Aku sebenarnya tak bape enak nak diskandalkan dgn dia ..
Mcm tak best je ( pandailah kau Ina )
Aku nak skandal tapi dgn org lain .. Dgn sape ye..
Aku taknak dgn budak tu ..Aku suka budak tu
Bak kata syahmi senyap-senyap sudah
Esok kena balik lambat pulak ..
Yelah esok ada kelas tambahan dgn ustaz zul ..
Ustaz esok balik awal boleh tak ? Saya tak larat nak balik lambat..
Kaki saya sakit .. Then saya kena hafal mcm-mcm perkataan arab
Ustazah Ainon suka buli budak KAA mcm aku and the friends
Sabar jelah Ina oit
Sabar itu separuh dari aku ( sabrina dalam bahasa arab bermaksud sabar)
Jadi sabarlah ...
Aku rindulah kat dia .. Semalam azwan tanya aku tapi aku mengaku sedang-sedang je .. Yelah aku malu nak mengaku dgn dia .
Dah gila nak suruh aku mengaku depan dia . Sperti dibaling sebiji batu besar sebesar tapak tangan ( dush ! amik kau ina kan dah kena machine gun canggih kat dunia ni ) ..

Sunday, February 7, 2010

Hari ni Aku sentiasa Digosip Dengan Najmi

Najmi , Najmi , Najmi
Argh ! sudah ... aku dah tak larat nak dengar nama Najmi . Mcm manalah budak ni boleh berselisih dalam hidup aku . Asal aku nak nafikan aku suka dia mesti ada je manusia yang suruh aku mengaku aku suka Najmi .
Ampun ! sungguh aku tak suka Najmi . Anis aku tak suka Najmilah jgn memandai nak menuduh orang tak baik . Muhammad and the geng korang memang suka kalau aku ada skandal dgn Najmi kan ..
Teacher suryani pun suruh aku berbaik dgn mak Najmi ( ish haru )
************************
Eh Najmi kau suka ke kalau ada gosip dgn aku ?
Mesti tak suka kan . Aku tak suka kau masalahnya .. Hati ini tidak pernah menyukai kamu .. Malang.. ( malang..) . aku suka orang lain ..
****************************
Hari ni sepatutnya aku dtg kawat . tapi sebab kaki aku dah rasa sakit gila.. Huhuhu tadi nak naik tangga pun dah mcm ayam katik .. sabar jelah ..
Hari ni sekolah aku ada majlis perwatikahan .. Aku pun tengoklah syahmi pakai blazer . Pasal semalam dia sendiri suruh aku tengok dia.( hehehe)
Hari aku rasa macam terlebih Hyperactive pulak ( ceh padahal malas)
Tadi pagi dalam pukul 7.00 pagi gitu aku ternampak crescent moon ( bulan sabit) .. Tiba -tiba aku teringat kenangan aku pada zaman kanak-kanak dulu .
Cikgu aku dulu merupakan cikgu PBSM . Then dia bagitau kelas aku apa maksud PBSM . Memang kitaorg dah tau apa maksud PBSM ( persatuan bulan sabit merah ) . Dia pun memandai putar belitkan maksud PBSM jadi Persatuan Bapok Semalaysia.. tak patut.. Satu kenangan yg tidak akan aku lupa .. .
Hari ni merupakan hari yang tak bape nak penat pun sebenarnya... tapi boleh tahanlah ..
*********************
Aku rasa ganjil sgt bila budak tu pakai songkok ...
Azwan ni sejak bila entah tahu rahsia aku . Rupanya Syahmi punya kerja yang bagitau si Azwan ni .. Tak patut..
Hei azwan tolong simpan rahsia aku tau ..

Friday, February 5, 2010

Kaki AKu Dah didera untuk Larian Uda !

Hari bersamaan dengan 6 February 2010 merupakan acara larian uda yang kedua .. meriahnya larian uda kali ni . Yelah semua budak excited dgn larian .. Lari jangan tak lari .. Hehehe
Aku sempena ahli pasukan rumah kuning iaitu pahlawan sangat gentar menunggu saat bunyi horn (mcm bunyi lembu tau horn tu ) dibunyikan . Aku dgn rasa terkejut pun larilah laju .
Inilah carta rumah sukan ..
1 ) Rumah Pendekar = biru ( mcm awan dilangit yg hitam )
2)Rumah pEWIRA = hijau ( mcm daun kering yg bertaburan di atas tanah)
3) Rumah Pahlawan( sentiasa juara )
4) Rumah Panglima =merah ( number four memang tempat dia )

Begitulah carta rumah sukan di sekolah. Sukan akan diadakan Pada
25 February 2010 hari Khamis .. Haru .. haru .
***************************
Masa kat padang tu aku sempat mencari - cari kelibat dia . Tapi dia pulak yg takde . Aku sering tertanya -tanya .. nape dia tak lari ?
Betul ke anggapan aku selama ni . Betul ke dia sakit ?
Soalan seperti itu seperti selalu bermain di benak otakku .
Takpelah nak buat mcm mane . Kalau dia taknak dtg bukan hak , Kalau dia nak dtg lagi bagus.
***************************
Seperti yg diketahui hari ni sekolah aku ada kejohanan catur peringkat daerah . Hebat ! yelah sekolah aku sendiri jadi tuan rumah . Sebab ape?
Sebab dewan kat skolah aku tu besar mcm gajah berbulu . ( ape bendanya tu ?)
Zawani anatara salah seorang wakil catur . Yang aku ingat : Rizuan , Afiq 3KAA , Amir haziq 3Krk ,Hariz dan selebihnya aku tak bape nak ingat . Bukan apa tapi tadi aku cuma jumpa zawani , afiq ( ketot) , rizuan and hariz. yANG lain dah menghilangkan diri.
Afiq yang selalu menjeling aku ( selalu ke ? takdelah sgt jarang - jarang je ) mengaku dia tu rumah kuning . Nasib lah aku ni masih baik lagi kalau tak dah lama aku tarik telinga dia ( ish ina suka hati kau je nak buli senior sendiri ) Jahat nya aku ..
Zawani pulak terkejut sebab kakak dia dapt nombor 15 perempuan 18 untuk larian uda . Tulah kau sapa suruh taknak lari . ..Tahun depan jgn tak lari .
Lepas lari tadi Marzuqi dan makin kuruslah . Mcm nilah kurus . lepas ni jgn makan banyak - banyak tau . Alahai !
Aku dah makin kurus . Huhuhu .. Seluar dah longgar balik ...
Nape sekarang aku rasa aku nak makan ice -cream . ?
Takpelah nanti nak suruh ayah beli pizza dgn ice- cream . Ice- cream mcdonald ducklah yg menjadi kegemaran aku .
Ice- cream , Ice -cream ...

Esok ada Larian Uda atau dikenali sebagai Merentas Kota

Ehem esok ada larian udalah .. kali kedua bagi diri aku sebab tahun lepas aku dah lari sejauh 5 km . Jauh tak jauh tak ? Ish mestilah jauh berpuluh batu je ..
Tadi pyqa telefon aku dia kata mcm ni " sabrina aku rasa esok aku tak boleh larilah sebab aku dah terkena flu . "
Aduhai ! pyqa ni . Tulah cari pasal lagi dengan kolam ikan . Sabar ina sabar. Sabar itu separuh dari aku ( yelah nama aku kan Sabrina maksudnya sabar) lain kali belajarlah bahasa arab .

Hei , hei rumah kuning lari betul - betul tau ..
Ya Allah kau berikanlah kekuatan kepada rumah pahlawan kuning . Semoga usaha kami direstui-Mu . Amin ..

*****************************
Tadi petang aku ada tuisyen dgn cikgu Maimon kat rumah dia . Rumah dia sunyi je . Yang ada hanyalah kucing yang berkacukkan suka menggangu aku belajar . Aku start pukul 3 hingga pukul 5 .
Aku yakin yang amat kalau anis nak belajar kat rumah cikgu , mesti dia dah cabut lari ke luar rumah . Yelah kat rumah cikgu banyak kucing . Aku sabar jelah dengan kucing tu .
**************************************
Kenapa dah dua hari aku tak nampak sumber inspirasiku .
Dia hilang ke ? atau saja menghilangkan diri .
Kalau aku nak pergi rumah dia bukannya jauh sangat sebenarnya dekat je tak sampai puluh batu pun .. Ish ish ..
Agaknya dia lari tak esok . Aku harap sangat dia lari esok ..
Awak , awak larilah esok ( nak pula dia dengar cakap aku )
*************************
Tadi pagi aku tengah duduk bertenggek kat tepi dewan sambil saja nak tengok bulan . Hari ni bulan separuh ( half moon ) . bila agaknya dapat tengok crescent moon . Pagi tu aku ternampak lah dia ni .. ( my inspiration) dia tengah jalan dengan syahmi( kembar aku ) dan lain lain ( sebenarnya aku tak perasan sangat )
adalah budak perempuan ni panggil nama budak tu (........)
Terdetik jugak perasaan jealous dalam hati ini . Tapi buat apalah aku nak jealous dgn kawan dia . Lantak dialah tu hal dia .. ( jealous sebenarnya )
**************************
ESok ada kejohanan catur peringkat daerah . Helo Zawani ( mei mei)
esok buat betul - betul tau . Ye ye aku tau kau taklah sehebat Rizuan yang ketot tu tapi cubalah sedaya upaya sekurangnya ..
Rizuan pulak aku memang tau kau memang dah pakar dalam catur ni .
Apepun aku doakan wakil catur johan dalam kejohanan catur nanti . Amin ....

Tuesday, February 2, 2010

Kaki ku Lenguh .. Badan rasa makin Tegap(Ceh!)

Baru lepas kena dera ni rasa sedap sikit badan ..
Yelah biasanya aku duduk rumah main komputer . Tapi minggu ni dan bulan ni aku kena keluarkan peluh waktu petang . Huuu sihat sikit rasanya . Hari ni aku tak tahu nak catat ape .
Semalam adalah episod terakhir cerita Boys Over Flower . Last-last Jun pyo with Jan di , Ji hoo sorang- sorang dan dia kerja sebgai doktor. Yi jung dengan Gan Eul dan Woo bin takde dengan sape-sape .
Happy Ending .. Hihihihi
Lepas kawat ni aku rasa mcm nak sepak orang . Kalau bolehlah nak sepak bola tapi disebabkan bola takde aku sepak jelah kasut adik aku sampai masuk gol .Hahaha
* * * * * * * * *
Tadi masa dok tunggu mak aku kat kereta . Ya ALLAH panasnya masa tu . Rasanya aku dah cair mcm ais-krim .. hehehe
Masa ni aku nampak si Nazrin tengah jalan nak baliklah tu , bapak dia dah tunggu dah pun . Aku pandang je dia masa dia jalan . Sekali dia pandang aku balik . Aku pun cepat-cepat mengalih pandanganku .
Tiba-tiba teringat kat soalan aku di facebook .
Aku buat soalannya begini
" If yesterday you see Nazrin Lokman have hair But today you see Nazrin doen't have hair . What will you say ?
Aku pun jawablah " aku akan cakap kat dia , eh nazrin mana rambut kau ada orang pakai ke ? "
Aku rasa dia mesti dah baca soalan tu . Anis pun cakap dengan aku abang dia marah sorang -sorang ( dah sewel ke ?) . Anis sibuk nak bela abg kesayangan dia ni .
* * * * * * * * * *
Tadi aku ada bawak balik orange mandarin . Mula -mula tu aku nampak syahmi bawak satu plastik orange ni . Aku sempat minta dengan wahideen orange tu . Rasa mcm mengidam nak orange pulak . Wahideen pun ambilkan . Aku tanya dia dia amik berapa . dia pun jawab dia amik satu . Dia pun cakap lagi syed hussein (betul ke ni ejaan nama dia sorry ye awk kalau salah eja) amik sampai dua biji dah habis makan pun . ISH! durjana sungguh ..
Hari ni sumber inspirasiku pakai songkok . Dia nampak kacak sangat bila pakai songkok ( aduhai ! mesti saham dia kat sekolah naik )
Alamak terlepaslah aku .. !
Ya Allah mudah -mudahan aku boleh berkenalan dengan dia pada masa akan datang . Amin ..
Aku tak rasa dia tu jenis yang suka orang . Kalau dia dah ada aku nak buat mcm mane ?
Walauapepun "dia tetap di hati " ( ceh ! betul ke ni , InsyaAllah )

Monday, February 1, 2010

Bestnya dah start Kawat.. Ehem Hari dia Pakai songkoklah

Sperti yang korang semua tak pernah tahu , hari ni aku ada kawat . Di samping itu sekolah aku ada latihan rumah merah . Habis penuh satu kantin yang pada aku tak berapa lawa . Huuu..
Tadi aku kawatlah mcm biasa . Aku hampir terlupa mcm mane nak kawat .Bila senior aku dah ceramah mcm -mcm baru kotak ingatan aku berfungsi dengan baik ( hei aku belum nyanyuk lagi . )
Teringat pulak kat zawani masa pendidikan islam tu , cikgu tengok minah ni tulis hari ni hari selasa . Ish ! haru kan dah kena gelaran 'nyanyuk' oleh aku yang sederhana bertauliah ni . ( ^_^)
* * * * *
Hari ni ada kisah lucu tak ? Ingat balik Ina . Yes aku dah ingat ..
kisahnya bermula begini . ....
Lepas rehat aku ada masa PJK . sapa lagi kalau bukan cikgu suzeli yang suaranya tidak berapa merdu tu punya waktu . Dia pun masuk dengan cara yang sungguh pada aku sangat tidak sopan . Ada ke patu dia masuk lalu pintu belakang . Sungguh " no manners" . Dah masuk tu startlah dia mengajar .. aku pun dengarlah dengan sepenuh hati (ceh ! sebenarnya separuh jek )
Jeng, jeng , jeng cikgu ternampak sorang budak KRK ni lalu kat koridor kelas aku . Then dia tanya " najmi and akram mana ?"
budak tu pun jawab diaorg still kat bawah lagi .
.... Lepas 15 minit gitu ...
Najmi pun lalu , akram pulak takde . Cikgu pun panggil lah dia masuk kelas aku .
Dush ! amik kau Ina ! .. Budak 3 orang yang belakang tu dah mulalah mengganggu . Lepas Najmi keluar ...
Muhammad pun panggil aku " sab , sab sape yg masuk tadi ? "
Aku pun menahan malu jelah .. Cikgu pun tup tup terdengarlah pasal gosip tu dia pun tanya sapa yang suka Najmi . Bapak dia kena lagi kat aku . Dah mcm kena machine gun pulak .. berdas -das aku kena tembak. cikgu tanya sapa suka NAJmi ? dah tanya tu ada ke patut dia tuduh kat zarith . Zarith dengan mudah menafikannya .
Then cikgu pun menuduh aku ( kurang asam betul ! )
Aku menjawab dengan wajah yang serius " taklah cikgu " .
* * * *
Huuuu.. tarik nafas legalah aku jawabnya . Ish ! haru betul kalau benda ni sampai ke telinga najmi . Mahu malu dia dibuatnya . Lagi kecoh kalau sampai kat awek dia (jap , jap najmi tu ada awek ke ? )
Kalau takde awek ingin saja aku mencuba tackle dia . Mesti kecohkan ?
Hahahhaha
you wishlah Ina ....
* * * * * * * * * *
Novel aku dah sampai bab 5 .. lagi 5 bab ...
Idea oh idea cepatlah coming .. aku menunggumu ..
Oh ya .. ni cerita ni ..
Pagi tadi lepas keluar dari kereta . tup ! aku terpandang kearah seorang lelaki . Sape lagi kalau bukan sumber inspirasiku itu .
Wah ! sejak bila dia rajin pakai songkok , mustahil ada orang suruh dia pakai ..
Aku senyum bila tengok dia . Biasanya aku lah yang berusaha untuk menghindari dari dia yang sombong ( sebenarnya taklah sombong sangat)

Lalalallalala...~ Happynya hari ni ....