Friday, April 30, 2010

Penat BadanKu Ini ...My Team And Me Already Do The Best

Uwahh...Penatnya hari ni
tadi lepas balik sekolah aku terus pergi rumah pyqa ,dgn esyah sekali
kitaorg naik kereta abah pyqa
lajunya abah bawak...haha
Dah sampai rumah tu
aku pun dijemput makan
huu...kenyangnya
naik atas masuk bilik pyqa..maklumlah bilik anak dara
aku ,esyah ,pyqa pun bergolek kat atas katil...
aku pun landing baik punya kat situ
panas... baringlah 3 org anak dara kat katil tu
aku ingat nak mandi ...
tapi toilet minah pyqa ni rosak pulak
aku cuma main air je kat situ
basah lencun ...

Aku ni memang tak tau malu
ada ke patut
pergi tak pakai tudung
padahal abang pyqa..si luqmann tu ada kat rumah
sekali dia pun terkejut...
hey.luqman , kau ni mcm tak biasa tgk aku pulak
relaxlah ...

Hehe
tadi petang aku chat dgn luqman ayam
masa chat tu ,esyah,pyqa semua ada..
kitaorg ketawa je ... baca dialog aku dgn luqman tu
aku:kau tgh wat apa arr..
man:tgh rindu kau and tgh chat dgn kau dan anis
(masa ni aku ,esyah and pyqa rasa nak muntah )
aku:aku pun rindu kau ...
man:sab,kau demam ke ??
aku:aku tgh demam angau ni
man: parah kau ni .. jgnlah gini nanti s.i marah aku
aku:haha.. terasalah tu
bila masa pulak aku rindu kau ni ...
man;biasalah ,aku kan hensem sebab tu semua org rindu aku
aku:perasan tahap beruk arr kau
baik aku rindu s.i ..
man;ceh ... ingatkan betul-betul..
korang buatlah konklusinya sendiri ye..haha
kesian kau luqman..aku saja nak berdrama dgn kau tadi
jgn perasan lah ...

petang tadi aku and group aku pun buatlah
apa yg patut
powerpoint dah siap .. kak quila tukang edit
dia yg tolong kitaorg buat powerpoint ni
aku dgn esyah cari lagu
banyak lagu yg kitaorg jumpa
betul tak esyah ??
kitaorg ingat nak amik lagu ... adalah
pyqa jgn lupa download lagu tu

Tadi kat sekolah aku kena buat ujian kecergasan
maK aih!! dahlah aku pakai kain
tak pasal kena buat ujian turun naik bangku
aku dgn tak sopan kenalah angkat kain
masa tu pulak "our suzeli " dgn budak lelaki lalu
hish! tak malu skodeng kitaorg
hahaha... bukannya sengaja
maybe our suzeli minta tolong diaorg
akhirnya aku dpt 127 kiraan nadi
masa duduk diam tu ...wah lajunya jantung ni berdegup
aku boleh dgr bunyinya ..huhu

notes from nerve; aku harap masa BI nanti
group aku boleh buat dgn lancar
no gagap
no tersenyap-senyap
no sound-sound
no mute self(JGN BISU )
hehe...
hey,azwan..ohh tinggal solat jumaat ea..
tak malu
tapi takpelah ..kau sakit kan ,mana boleh paksa
boleh ganti solat zuhur..
notes from brain:
haha.. S.i kau baru tau
aku takut tengok muka kau
kau dengarlah ckp zawa tu
tapi memang betul pun
muka kau asyik berkerut je
kalau berkerut tapi hensem mcm Justin Bieber
tu takpe jugak...
ni berkerut buat aku takut..
kepala botak kau
tu style ... otak kat lutut ea..
tu bukan style budak .. tu tabiat
senyumlah sikit..
tak friendly langsung
panda pun boleh senyum
eee... dia ni ,.

Thursday, April 29, 2010

Banyak cerita...Tengok ,Aku jugak yg Kebulur

Asal aku asyik rasa lapar je hari ni ..
tadi masa balik , aku duduk kat kantin
disebabkan aku ni rajin and takmo buang masa
aku pun keluarkan buku math ..and buat
sekali abg haikal and kawan-kawan dia lalu
abg haikal mcm tgh lambai kat kawan dia....
aku ingatkan kat sapa..rupanya kat aku
tapi aku pandang je dia...haha
muka abg haikal bengang masa tu ..haha
sorry eh bang..tak tau pulak kau lambai kat aku
tapi aku dah senyum...oklah tu

Kat kantin tadi
tgh melepak tu
dtglah zul ..
ada ke patut dia tanya aku mcm ni
zul:sab,bila kau tgk luqman ,kau rasa dia playboy tak ??
aku:tak ,nape
zul:kalau mcm tu nape kau taknak dgn dia"
aku:haha...kau giler ke tak ni
zul:boleh apa,kau tau tak dulu dia suka kau
aku:haha, not intersting
zawani:ha'ah sab,kau dgn luqman tu sesuai sgt..
aku:tak boleh,tak boleh aku dgn luqman tu rapat sgt...mcm adik-beradik
zul:eleh ,sebenarnya suka,kalau nape dia mesti dtg kat kau
aku:biasalah tu ,dia memang suka dtg dekat aku ..mcm muhammad
zul:tak..sebenarnya ada motif ...

Hmm..malas aku nak layan si zawa and si zul astro ni
ada ke patut nak suruh aku balik ke luqman
tak boleh ...aku dgn dia dah rapat sgt..mcm adik-beradik
well..aku dah anggap dia adik aku
hahaha..sesuai kan mcm ni

Pening kepala sehh tadi
terutama masa math
mcm org giler nak faham apa yg cikgu ajar
tapi bila buat dpt jugak jawapan
pelik....
tapi tetap pening kepala

Aku ingat hari ni ada ujian kecergasan
tapi disebakan "our suzeli" tak panggil
takyah;ah turun
budak kelas aku dah doa..
nak turun masa math
jahat betul korang ni ...haha

Esok kawan aku nak pindah dah
takyahlah pindah
tak kesian kat kelas kitaorg ke..
sedih aku tau
bukan aku je...kawan-kawan aku pun
huhu...
argh..penatnya nanti kena buat presentation
untuk BI lah..
penatnya
aku dah fikir nak buat pasal apa
agak kedoktoran lah benda alah ni
haha.
kena cari lagu pulak ..
tolong bagi idea boleh tak ....
notes:bosannya hari ni
err. aku pelik nape budak
yg selama ni aku tak pernah rapat
tiba-tiba dia kirim salam kat aku
ada motif ke ??
kalau lah aku tau apa sebabnya
hmm...
takpelah ...
sebenarya aku tetap nak tau
nape dia tiba-tiba kirim salam kat aku..
My Life Must be Happy
Not be saddy
must have boundaries
and that the challenge
of my life
I need you ...
I just need somebody to love "justin"

Wednesday, April 28, 2010

Menerima Anugerah Cemerlang is Best Memory


Hari ni aku tak pergi KKQ and kelas sampai kul 2.20
hahha.. today is the best day ..huahua
aku ckp dgn cikgu aku kena pergi sekolah agama untuk
amik anugerah kecemerlangan ...
terkejut jugak sebenarnya ...
semalam aku dpt surat yg bertulis
"Adalah dimaklumkan Nor Sabrina bt mohd fuzi telah mendapat tempat kedua dalam ..."
pandai-pandailah korang sambungkan ayat kat atas tu ..
kul 3 aku sampai sekolah tasek...
jumpalah junior aku .. ada yg masuk sekolah seni,tasek 1 tu jelah
sebenarnya aku dah bosan dgr orang yg berpangkat berkata-kata
kalau diaorg guna ayat sastera yg jenaka boleh jugak aku ketawa
ni tidak .. terpaksa aku mengomel sorang-sorang untuk diri aku



Hari ni aku rasa bosan sangat...
asyik nak menguap je..
patutlah semalam aku tidur pukul 11
sebab nak tengok cerita

tu memang kerja aku ..sebab aku takde kerja

BONGOKSLAH ! korang ni
kalau dah nampak tikar kat tempat budak perempuan duduk tu
tolonglah angkat
aku nak duduk pun susah
aku minta tolong , tak nak tolong
jahat betul korang ni
malas aku nak layan ....
Lelaki memang mcm tu ...
ego tinggi mcm KLCC...
KLCC punya ego pun tak mcm korang.. uwekk:P

Just now i have pay a revenge
korang ingat tak budak yg "TER"pegang tangan aku tu
tadi dia jalan sebelah aku lagi.. .eishh
dia makin jalan dekat pulak dgn aku
jeng,jeng,jeng.. aku pun "TER"pijak kasut dia
hahahaha..masa tu dia pandang aku dgn bengang
aku pun cuma senyum and ckp "Sorry"
dia pun angguk je ...
hahaha..
serves you right ..
as you know i"m not very cruel
you should be graceful..hehe :)

Tadi aku pergi angsana
tujuannya
aku nak cari hadiah untuk kawan aku
yg akan berpindah
aku bagi dia... hmm..adalah
nanti dia tau jugak
sedihnya bila fikirkan
dia akan pindah
padahal kitaorg baru kenal setahun
aku ingat boleh kekal sampai form 3
tapi dia ckp ,dia kena pindah
Abby,jgnn lupakan kitaorg tau

note from nerve;bosan giler hari ni
aku tak dpt tgk S.i..
korang perasan kan takde citer langsung
pasal dia.
argh! tadi bengang giler
masa kat belakang tu ,aku duduk lepak dgn esyah
then , faizun lalu
dia pandang kelas aku
aku terpandang dia, dia pun memang tgh
skodeng kelas aku ..sekali dia senyum dah
aku pun "TER"senyum kat dia..
eee...masalahnya bukan aku sengaja
masa tu tgh ketawa dgn ayat sastera esyah
malunya...bencinya faizun ni
notes from heart; tadi masa buat arab tu
aku pandang belakang ,
jeng,jeng,jeng
najmi lalu
sekali dia senyumlah ...
senyun kat sapa lagi ?
senyum kat akulah ..
then dia senyum lagi kat pintu depan tu
argh!! najmi jgnlah senyum mcm tu dgn aku
tergoda aku nanti
susahlah.... :)
disebabkan kaulah aku tersalah salin arab tau
hahaha..
p/s; tak boleh ke S.i jadi org yg selalu tersenyum
i mean..
muka dia tu tak boleh ke jadi friendly sikit
kadang-kadang aku seram jugak tgk muka dia tu
serius sgt... mcm org tua tgh main chess..
haha... senyumlah !
pyqa betul ckp kau
watak yg ada dlm novel tu
memang serupa dua kali 10 dgn aku
maklumlah aku suka
"merepek,merapu,berdrama,bersastera,
ish3..memanglah tabiat aku mcm ni ,tak boleh ubah lagi
takde ubat
hehehe

Monday, April 26, 2010

And You Shake me till You Wake Me From This Nightmare

Argh..nape kepala ku pening semacam ni
asyik mengantuk je.
padahal semalam aku tidur awal..pukul 10
awal kan .. ??
bagus anak yg baik .. haha

Tadi lepas habis berkumpul
aku pun jalanlah mcm biasa
eishhh
time jalan tu aku ...adalah budak lelaki ni
dia jalan sebelah aku
dekat pulak tu
cis...sekali dia terpegang tgn aku
argh!! sengalnya budak ni
dah lah budak KRK.. aku pun tak tau sape nama dia
aku masih lagi geram kat dia ni
lain kali jalan tu ...hati-hati lah sikit
dia ckp sorry tapi ..aku tak balas pun
argh...no forgive to you
Tiada maaf bagimu ...haha
takdelah ...aku maafkan kau
lain kali jgn buat mcm tu and one more thing
jgn mengendap kelas aku ... ye
tadi aku nampak kau buat mcm tu ...
PELIK ... hmmn

Tadi masa balik
I say that i saw MK
YEAH thats true...
ceh..malu-malu pulak dia..
boleh pandang aku ..pastu tunduk
and senyum..
tak faham aku dgn tindakan dia tu ..
apa-apa ajelah

Panda ..
kau rumah merah ke rumah hijau
hari ni tiba-tiba pakai baju merah
pelik aku . ..takpelah
asal kau bahagia ..hehe
nureen,comel tak panda aku
betul kan ..badan dia memang mcm panda
hahaha..

aku tak tau nak cerita pasal S.i
sebab takde perkara yg menariklah
dia diam je... and aku diam je
tu pasal malas nak layan
nak tengok pun malas
huh!
but i still like him
hmm..this is strange...whatever

Tadi masa lalu kat koridor bilik guru tu
abg haikal and abg aslam lalu
aku pulak jalan tunduk je
abg haikal pun tegur aku
"jalan pandang depan dik oit"
aku pun terkejut ...abg haikal boleh ketawa
pastu aku keluar dari bilik guru
nampak abg haikal and abg aslam lagi
masa tu muka aku monyok mcm siput je..
hahah
abg haikal nampak ...and dia tegur aku
"kau nape ?? asal sedih semacam "
aku " sedih ke ?? ..takdelah "
abg haikal " ye ..muka monyok je..pakwe takmo layan ke"
aku "hahaha..takde maknanya..muka aku sedih sebab perut aku lapar"
abg haikal"hahaa..ingatkan apa.. kalau ada org buli bagitau aku "
begitulah dialognya
sayang jugak abg sorang ni kat aku .. hahaha


hey ..azwan bila masa aku ckp kat hafa pulak
really ??
aku tak ckp apa-apa pun
jgn buat cerita kat sini ye...

korang boleh follow aku kat
http:formspring.me/mrsbloggergirl
aku pun tak tau apa benda alah ni
tapi aku buat je
huhu...

Rain Cat And Dog Make me wanna Sleep..hmzzzz...

Lebatnya hujan...
ni buat aku mengantuk yg amat
masa cikgu rahimah ajar .. aku langsung tak dengar suara dia
hujan lebat sgt
jadi aku and the friends kenalah tutup tingkap and pintu sebab
nak dgr suara cikgu ..
cikgu cuma ckp sekejap..sakit tekaklah katakan

Aku tak pasti sama ada ni berita baik atau tidak
team cheerleader sekolah aku terpilih mewakili johor
Team cheer perempuan [PUPPETS]
ada ke patut letak nama anak anjing
hahahaha
Team cheer lelaki [IGNITED]
team ni memang aku suka sgt..
hahaha
aku suka abg yg pakai cermin mata tu
Asraf nama dia...masa diaorg practice hari tu
aku tengok dia dgn seorg budak lagi
budak tu form 1..dan muka dia hampir mcm muhammad
hehe
nama budak form 1 tu Amar ..tak silap akulah
budak tu budak yg memang hyperactivelah
cara dia lompat,dance..memang tajam..hahha
Nama Amar pulak tu ..ee
nak try ..tackle,tapi mcm tak baik pulak ..hehe

Hari ni masuk library masa teacher yanie
ehem3..
korang fikir tak apa yg aku fikir
betul,betul,betul
Aku rasa mesti "mat kepit" ada(MK)
sekali masuk tu ..huuu memang ada pun
tapi aku still malu dgn dia... haha
sapa suruh dia perasan yg aku tenung dia lama-lama

Tadi aku nak pinjam buku
aku buat keputusan muktamad dah ni
takmoo tengok dia..sampai je kaunter
memang aku tak tengok dia pun
aku just bagi kad kat kawan dia ..sapa entah nama dia(al-Amin)kot
pastu si esyah pulak gatal sgt pergi sana sebab nak kacau MK and kawan dia
kawan MK ckp kat esyah ..."baru aku kenal sabrina yg mana satu "
esishh...kawan MK ni memanglah
pastu muka MK dah tunduk ..malulah tu (sorry MK)
si esyah pulak masih nak teruskan sesi mengusik
Esyah ..jgn berani kau usik MK mcm tu
tak baik tau ..
MK jom kita sembelih esyah kalau dia kacau kau
pastu kita buat sup..hahah
then ,bagilah ikan paus rasa..mesti dia akan ckp sedapya sup ni
hahaha...

Wah !
tak sangka panda takut kucing
hahaha
panda ni biar betul ..
aku yg kurus kering ni takdelah takut sgt
ni dia yg badan mcm panda pun takut ...ish3
jgnlah takut panda oit...kau tu dah lah besar .

Asal mcm tak nampak s.i hari ni??
ohh...tadi ada nampak dia kat kantin
Tapi aku tak nampak sgt..pasal masa tu hujan
bila hujan pandangan aku jadi kabur semacam
hmm...kesian aku
aku nak tau weight kau ..
sebab kau kurus sgtlah s.i
haha..bagitaulah ...hehe

Tadi nama hafa kena panggil
aku tak pasti apa sebabnya
nantilah aku tanya ..
tanya kawan dia ...eee tiba -tiba je nak marah
kau pehal beb ..kalau tak tau ckplah jelah baik-baik
memang dasar tak mesra alam langsung
ni lah satu benda yg aku tak suka dgn manusia...
Meloyakan .. uwekk!!

Apapun hari ni aku rasa..
bosan..sebab tak dpt tgk s.i
happy..sebab mat kepit malu-malu nak tegur [haha]
sejuk....sebab tadi hujan ,dan aku kena hujan ayoyoyo
sakit..urat tgn aku terkehel..sebab tulis banyak sgt,cikgu samsiahlah ni
kelakar..panda takut kucing..haha
sakit hati ...sebab budak tak mesra alam tulah ..sikit-sikit nak marah ,membosankan dude

Sunday, April 25, 2010

Tired... Ponteng Kelas..Mata Bengkak..

Hari ni aku tak dtg pun tuisyen math
sebab semalam aku tidur pukul 3pagi
bangun pagi ni mata aku bengkak semacam ,,
hah tidur lambat lagi ..kan dah ngantuk
asyik sangap je.. tak senonoh betul

esok dah sekolah
pergh! malasnya nak pergi
semalam dah sekolah
tak adil sungguh mcm ni

Hari ni kat KL tu
ada konsert KELLY CLARKSON
aku rasa nak pergilah ..
tapi sebab aku dah dgr semua lagu dia
tak payahlah pergi membazir jek... hehe

Tadi aku tengok Hana Kimi Special
Argh sano Izumi ada.... hensemnya
dah lama sgt tak tengok izumi lepas cerita tu habis
hahaha...
dlm episod kali ni
izumi dah tau yg mizuki tu perempuan
jadi dia pun cubalah melindungi perempuan ni
mizuki pulak berusaha bersungguh-sungguh supaya secret dia tak dibongkar
hehe.. kelakar sungguh
pastu kawan mizuki ,julia dtg dari America
sebab nak bawak balik mizuki
Argh..izumi my love..your take my breath away..huhu
ye ye aku dah nak start berdrama

Hey kau ..
ohh pelakon AdamMaya ek..
ye kau memang patut pegang watak adam
sebab org yg pegang watak adam tu ....
eiih..aku nak pegang watak maya
tak nak jadi mak kepada adam
jahatlah kau ..
sampai ke hati ckp watak tu sesuai untuk aku
takmo layan! ..sulking..huh!
merajuk...
nak cari pandalah ..
haha.. gurau aje

Esok sekolah ..
penatnya
aku amat yakin masuk je dewan mesti
banyak kerusi meja..
azwan ,syahmi and the geng ..
angkatlah kerusi meja tu cepat sikit
hehe... angkat tau :))
kalau takde syukur Alhamdulillah
penat...

Saturday, April 24, 2010

Komputer ku rosak...then get a new laptop

Dah bape hari tak post baru ..
the problem adalah.... laptop aku rosak..
aku tekan and tunggu ..kat skrin warna hitam je.
hampeh langsung tak keluar gambar ..pelik tu jelah yg aku boleh ckp
rasanya laptop ni tak pernah kena thunder or storm ..
ni tiba-tiba je tak keluar gambar ..aduyai
aku ckp kat mak aku ..
dia tak marah .. tapi nanti mcm mana dia nak buat kerja..
and malam tu jugak ayah aku ajak pergi kedai komputer beli laptop baru
esoknya aku dptlah laptop baru ,..
ni tgh tessting laptop barulah .. hehe:)

hari ni kena pergi sekolah ganti ..
sebenarnya aku malas nak pergi ..
tapi sebab ayahanda(cikgu rahman) aku dah ugut mcm-mcm ..
jadi aku dgn takde hatinya pergilah sekolah
sekali tak belajar lah .. ada teknik menjawab soalan
aku kena berasak dgn budak-budak form3 untuk masuk ke dewan tu
aduyai..berpeluh satu badan
exercise..

lepas rehat tu
cikgu haslinda suggestkan sambung kerja kayu
aku and the geng memang agreedlah pasal
aku tak larat duduk dalam dewan tu
pas tu kena layan kerenah budak 3KAA yg giler kepala tu
pyqa,kerja kayu aku tinggal sikit lagi .. hehe jgn jeles..

Hari jumaat hari tu "out suzeli" (cikgu suzeli kita)
korang jgn salah faham dgn maksud ni..
aku and pyqa memang letak panggilan memang untuk cikgu suzeli
kalau nampak dia "eh tu our suzeli"
maksudnya cikgu suzeli kita.. hehe
cikgu suzeli ada buat satu aktiviti
aktiviti ni kena guna kompas

group aku diarahkan pergi ke pondok guard
kitaorg pun pergilah cari klu kat situ
wah! mcm main "blues clues " pulak
lama jugak nak cari klu tu
pak guard dalam tu buat bodoh je
masa aku minta tolong
ceh! sombong
last-last pyqa jumpa klu tu kat dalam pasu bunga
aduyai cikgu ..napelah letak kat tempat susah sgt..
lepas tu kenalah guna kompas untuk cari kedudukan koperasi
dah jumpa tu cepat-cepatlah pergi semula ke astaka
and group aku dpt no3.. cayalah..
hehe.. susah jugak nak buat tu
lencun satu badan..

hari tu aku try potong kayu
sekali pegang tu ..
hmm..aku pulak yg gerak bukan alat memotong tu yg gerak
malang..mcm tak mkn nasi dua tahun pulak aku ni..
tadi pun sama..kayu tu siap terpelanting lagi
aduhai~..aku ni memang takde kemahiran ..

masa kat kantin tu aku duduk rehat kejap
panda ada kat tepi tu
ehem3...aku pun tengoklah dia.
lama lah jugak aku tengok dia
sekali ,,
aku nampak muka jerry yan masa tengok dia lama-lama tu
argh!! apa dah jadi sama otakku..
mcm mana muka jerry boleh lekat kat muka panda
ermm..sebenarnya bila tgk lama-lama muka panda tu
memang ada iras-iras jerry gitu ..
pada hidung and mulut dia.. seiras sgt..
ooouu..ter..pikat aku
memanglah panda ni..
nasib baik aku tak bape gemar dgn dia ni..

nurin,
nanti aku tunjuk mana satu panda aku yg
ada iras jerry tu .. hehe
tapi aku rasa kau tau budak ni
sebab aku selalu puji dia kalau dia lalu kat kelas aku
haahha.. sewel

Aliah !!
sorry lambat wish kau punya birthday
serius ni ..laptop aku rosak
tapi aku dah dpt yg baru
and now
"Happy birthday Aliah " t
aku harap tahun akan jadi tahun yg best untuk kau
jadilah pengawas yg berdedikasi
dan pastikan result kau baik .
i know that i can count on you
you smart ..and keep be smart ..
hehe

note from heart ;aku rasa mcm ada satu benda
yg aku tak taip hari ni ..apa ye,
hmmm... korang perasan tak apa??
argh! biarlah ..
eih..tak patut tau kau tulis mcm tu
sedih aku bila kau ckp mungkin pindah
huhuhu... nangis karang
rasa cm ternampak kat angsana
ergh!! sengal
bilalah dia nak berhenti wujud dlm hidup aku
when??
even i hate him
but deep in my heart i still like him
stupid..

Wednesday, April 21, 2010

Very Tired..Feel like want to faint

Penatnya... (hanya one word yg boleh aku katakan..
Banyaknya home work.. cikgu memang suka dera kita tapi untuk kebaikan lah
pagi tu aku duduk sorang-sorang je kat belakang..
tau tak sebab apa..
1]nurin dtg lambat and tinggalkan aku sorang kat belakang
2]pyqa pulak tiba-tiba tak dtg.. (nak kena sembelih dia ni)
hey zawa suruh bawak buku sejarah dia esok..kalau tak kau kena pancung.!

Hari ni best sikit...
masa rehat tu mcm manalah boleh tak perasan S.i lalu kelas aku ..
bila aku pandang tepi tu ..
eh dia dtg ..??
memang dia dtg..ini bukan imaginasi..tapi realiti.
hahaha..
Panda pun dtg.. pakai baju KPL .
tapi panda tetap gemuk..tak tembam sikit je sebenarnya.
hahaha..

Wah azwan...
tak sangka aku .. rupanya kau ni boleh tahan bermain dgn ayat..
hahaha.. aku dah jumpa dah ayat yg baik punya..
ye,ye semalam memang aku ketawakan kau pun..
kena bersanding dgn umairah memang mimpi ngeri untuk kau ..
sungguh ngeri ...hahaha
nasib baik kau jauhkan sikit kerusi tu ..barulah tak jadi pengantin baru ..
heheh..

Ada berita panas di sini.. ye,ye baru keluar dari oven ..
memang panas..
Luqman and zul berperang..
cis! mcm apalah korang ni,.
senang kata .mcm cat and rat .."
berperang just for a girl..
that is bad..real bad..
di sini aku nak menyatakan aku sokong Lonelyboy..
Aku tak sokong zul..sebab dia sepatutnya dgn esyah..
hehehe... jgn terasa ye..

Aku ajak esyah temankan aku pergi jadi along..
kutip duit untuk PPI lah ..
jadi aku pun bertawaflah satu bangunan tu ..
tapi dlm banyak kelas yg aku pergi tu
sorang je bayar RM3 dgn aku ..
BONGOKS ! punya budak petang..
bila masuk kelas tu kdg-kdg diorg malas nak mengaku ..
buatlah perangai mcm tu ..
nanti aku ckp dgn cikgu ..baru korang tau .

Jeng,jeng,jeng..sampailah kat kelas 2C1..
yE,ye ,,MK kat dlm tu ..
hanya kaum lelaki je yg ada..
esyah masuk ..
MK dah pandang dia semacam ...
eleh.. MK tu baru ada dua calon.. (calon je)
apalagi esyah.. kau tak nak cuba cucuk jarum ke..
hahaha... alahai ~
Sorrylah sebab kau kena menanggung malu untuk itu
kau ni sporting jugak act dgn budak petang tu
kalau aku takde maknanya lah ..
hahaha...

I found the new sentences..
very romantic.. sound so sincerely..
i will put that sentences later..
hehehe..
after you read.. please laugh or smile ..
:))..hehe


Tuesday, April 20, 2010

Click , click...Camera sound ...Make Me Mual

Click , click .. tulah bunyi camera yg digunakan tu ..
malang betul.. masa amik gambar tu aku kena diri atas bangku sebab aku tinggi
dan teramat tinggi .. argh~
then aku pun naik... tak sampai bape minit ..
kepala aku dah berpusing-pusing mcm naik roller coaster..
lepas amik gambar tu ..
yg aku rasa hanyalah ..tekak aku rasa mual dan nak muntah ..
nasib baik tak muntah betul-betul...
tapi kepala ni masih rasa pening..
menyesal amik gambar tadi ... Memualkan .. uwekk!!
hahahaha...

Nampaknya bitara 2010 ni takde muka S.i lah ...
dia tak datang hari ni ..
syahmi pun tak dtg.. jadi muka dia pun takdelah ..
ke mana menghilang budak dua ekor ni ..
asal tak dtg.. ??
huhu...

Luqman ayam pencen ..
hahaha.. aku takdelah simpati sgt kat kau
ohhh.. nak try org lain act..
aku sokong sangat ckp kau tu ..
nanti aku carikan calon...
ehehe.. kau nak sape ..
sini biar aku sampaikan salam perkenalan tu ..

Hey zawa ..
tak payahlah dingin sgt dgn DIA tu ..
ceh tak lalu nak ckp konon ...
dlm hati
"your take my breath away"
kau tau tak zawa ayat nilah yg selalu ada dalam hati aku
bila aku nampak S.i ..
hahha... kalau nak ckp kuat-kuat
memang diaorg takkan faham bahasa sastera yg biasa aku guna
malu lah .. tau malu tak ..

Tadi nampak abg haikal ..
hahaha.. memanglah abg yg sorang ni..
sejak bila entah aku rapat dgn budak ni ...
oh ye ..sejak jumpa kat meja batu tu ..
aku terus rapat dgn dia..
hahaha...

Hei azam ..jgn mcm-mcm ea..
larat betul nak layan kau ni..
tiap kali kau nampak aku
mcm takde topik lain yg boleh kau ckpkan kat aku
ckplah ..pasal bola ke , atau sebagainya
ni tak habis-habis S.i...
takpe ..tak marah pun .

Korang yg berkenaan ..
sejak bila act kau amik tau hal aku .
selama ni tak pernah pun nak amik tau hal aku
tak pernah nak tau aku suka sape..
tak pernah nak tau aku buat apa
tak pernah nak tau pasal blog aku .
Ceh! tiba-tiba je tau pasal MK and S.i ..

In my mind ,
your attitude is very hipocrite..
i don like this..
and to whom may concern
i hope you can change you attitude..
or you better shut up about me
no need to involve into my bussiness
just go to your bussiness .
i never disturb you bussiness..
shuhhh... (wah ! mcm halau tenuk pulak ..)
haahah

Monday, April 19, 2010

Don't do that to me...

Hei !!!
abg haikal yg aku hormati ..kurang asam act kau tadi ..
memanglah aku ingat nak ckp mute language tapi bukannya betul pun..
sekali sampai kat depan budak ni .. aku kena diam pulak..
terpinga-pinga kawan-kawan aku bila si haikal buat mcm tu ..
maklumlah dia nak aku ckp mute language..
tak pasal-pasal kena diam...
dia ckp mcm ni kat aku " kau diam,kau diam.. kata tak nak ckp jadi diam"
aku pun ..dgn biolnya ckplah bahasa mute dgn dia..
setelah dia puas hati ..baru dia lepaskan..bodohlah..
hahaha...
apa-apa hal tahniah sebab dpt jadi mentee kepada cikgu nizar..
your great bro ..!

Tadi masuk je dewan je.. wah! banyaknya kerusi ,meja..
nak susun,tak nak..
aku pun tengok je syahmi and the geng tu angkat kerusi ..
takde moodlah .. jadi aku pun tengok je.. hehe
sorrylah..
tapi aku ada tolong angkat meja tadi ,habis kemik tangan aku lepas angkat meja tu
ahhaha.. siut , tolong tak ikhlas..

Masa balik tadi je aku dapat tengok S.i ..(happy tau )hehe
masa belajar ,rehat langsung tak nampak dia..
tapi nampak MK masa rehat.
wah ! nampaknya MK nak berkenalan dgn esyah..
esyah aku nak bagi nasihat ni..
kau jgn lepaskan peluang ni ..hahaha
MK pun okey apa.. berbanding DYE~ tu
hehehe.. batu api dah lahir dah ,

Ehem3..
esok ada sesi pengambaran..
untuk majalah bitara..
jadi aku and the budak kelas aku kenalah amik gambar nanti
budak perempuan kelas aku dah rancang nak bawak sportlight banyak-banyak
and bedak berguni-guni..
hahahah.. korang ni apalah ..
kita bukan artis nak pakai make up ni..
hehehe.. gurau je..
kalau korang nak pakai ,pakailah ..
aku tak kisah dan tak ambil tau pun...
huhu..

note ; hey abg haikal esok aku nak
pakai bahasa human ,
jadi jgn suruh aku mute mcm tadi..
suka act tengok aku ckp mute language..
oh..suka tengok aku ckp teragak-agak..
kurang asam...
your luckliy cuz you are my schoolchief
and i very respect you .. hehehe
lain kali jgn buli orang mcm tu ..
kau buat lagi siap kau .aku tak
teragak-agak nak sembelih kau untuk buat sup nanti .
hehehe.. aku dah mula merapulah ..

Sunday, April 18, 2010

Ponteng darjah khas, Ponteng Kelas Math

Hey ,hey aku bukannya sengaja nak ponteng darjah khas..
cuma ayah aku kata "akak hari ni tak payah sekolah "
aku pun sambung balik tidur ..hahaha
best betul tak datang sekolah ..
1]lari dari azalan giler..suka kacau aku
2]cikgu sekolah ajar bosan dan kerja aku menguap..(sopan kan)
lepas dah pun dua tu ..

Hari Ahad pulak ada kelas math ..
nenek aku pulak tiba-tiba demam.. kesian.
jadi ayah aku pun kata"hari ni tak payah pergi kelas mathlah "
and aku pun ikut jelah ..
duduk kat kampung panas sangat ..
badan aku asyik berpeluh je..hah...malas betul..

so , dalam masa 2 hari aku tak buat apa-apa aktiviti melainkan
tidur dan baca buku twilight saga
edward i hate you ,how can you leave bella like that
bella you are so stupid..kill yourself?? if that so good go ahead
jacob ,you are really gentle..suit with bella,but you just friend to her
pity..
Hehehe.. berdrama kejap..
bila aku baca buku tu mcm-mcm gambaran yg hentam otak aku ni..
terbayang muka edward yg hensem dan cool tu ,
muka jacob yg mcm werewolf tapi hensem..
okeylah tu ... nasib baik aku faham cerita tu ..

Semalam tengok Down With Love..
Hey jerry kau memang suka kat ella kan ..??
nape tak berterus-terang ?
adakah sebab kezhong dah ambil ahli ??
jerry beranikanlah diri tu ... you're a man ..
very gentleman.. just that you..really like him..
kenapalah susah sgt..
semua lelaki memang mcm tu ke??
penakut dgn cinta... tak suka berterus-terang dan akhirnya perempuan yg dia suka tu diambil orang..
bila bertanyakan kat diri sendiri ... sah takde jawapan..



Warning; hey azwan ..lain kali kan kalau nak
tanya soalan cepumas tu ..bagi salam dulu kat aku .
ni tidak tiba-tiba tanya..aku terkejut jugak bila kau tanya mcm tu .
tapi jawapan yg aku bagi kat kau tu memang
ikhlas sangat..dari hati aku ..
aku just anggap panda mcm senior and not more than that
kau tau tak muka panda tu bila aku tengok banyak
kali kan..adalah mcm pelakon korea yg sesat masuk ke malaysia
boleh terima tak jawapan ni... ??
and aku nak kau promise takkan bagitau sape-sape
pasal tu ..please I begging you..
sebenarnya aku nak jawab benda lain ..
tapi sebab aku malas nak menipu ..aku jawab jelah yg jujur
kau tau tak aku tak letakkan apa-apa harapan pun kat dia
hati dia kan.. its up to him ,
wheather he has heart to me or not..
i don't want to know now.. maybe later
I still like him...