Wednesday, March 31, 2010

Pergh ! kalau Takde kelas tu ckplah Awal-awal

Hari ni ingat ada kelas ..memang ada tapi ustaz je yg tak mengajar .Penat aku menunggu dgn budak lain tunggu kat situ .
Last-last aku balik jalan kaki dgn zawani . Kurus aku dibuatnya .
Lepas kelas seni atau sebenarnya aku buat KH . Aku terus pergi kantin .
Huu..letihnya .Nasib baik jadual tak padat sangat .
Sampai kantin .Nampak syahmi . Dia ckp dgn aku S.i kat library .
tak sempat ku bertanya ... dia dah bagi jawapan . hahaha...

Then pergi masjid .buat rombongan biasanya ...
lepas solat tu ..aku tengok akram .
Yes! memang ada sesuatu yang menyerlah pasal dia hari ni ...
Iaitu jam dia.. zawa pun ckp macm tu .
Jam akram warna pink ...akram pakai jam warna pink..
akram kau tukar mood ke ? tiba-tiba suka warna pink ni ??
ni mesti terpengaruh dgn adik dia ni ... ahahaha
sebelum pergi tu aku ckp dgn akram " lawa jam kau "
dia pun senyum je....sporting budak yang satu ni

Lepas beli apa yg patut .Aku pergi balik ke sekolah . Masa aku sampai tu ,
masa tulah S.i nak balik . Mak dia dah sampai .
syahmi ckp " sab , tengok kau sampai je s.i terus balik "
hahaha... dia memang mcm tu . Tak larat nak layan .
dapat tengok dia sekejap pun dah cukup baik .. masa aku kat kelas bukan aku dapat tengok dia pun ...
biasa aku tengok panda je ..tak caya tanya pyqa..
kalau kelas s.i lalu aku takkan pandang pun ..
kalau panda lalu aku pandang ..heheheh

Pagi-pagi sampai tu ...lepak dgn luqman . Ahh..biasalah tu .
Aku dgn budak kelas memang rapat .
Masa PI pun aku duduk kat belakang dgn muhammad ,pak din ,luqman ,
and the geng . mcm biasalah aku lepak dgn diaorg sebab cikgu belum sampai lagi.
muhammad saja je duduk lepak pasal nak test cermin mata aku .
ceh ! dia kata power cermin mata aku cacat . sebelah kiri dgn kanan tak sama.
luqman pulak sibuklah main apa ntah ...
pak din ,taufik ,syafiq pun sama main game apa ntah.
aku kat sebelah tu tengok je.. tak berminat pun nak main ,
game zaman aku darjah 4 dulu .. apa sajalh
pyqa kat sebelah aku khusyuk baca novel ...
bagus, bagus ..teruskan membaca ..

Ingat esok nak puasa ganti ...
aku ada 8 hari .. aku nak lebihkan hari ganti ..
aku dah tak ingat bape hari yg aku tinggal puasa..
jadi kena lebihkan ...
sape-sape yg nak puasa esok ..jom lepak kat library .
Aku tak nak duduk kantin nanti aku rasa lapar ...
hahaaha... sabar

Tuesday, March 30, 2010

Time Puasa Time tulah Korang Nak Saktikan Hati Aku

Hari ni puasa ganti ... dgn anis

Pukul 5 tepat aku terbangun,sebenarnya aku tersedat pukul 4 pagi sebab mimpi yang mengejutkan .. adalah tu

pagi-pagi sampai dewan , nampak cikgu wahab dlm tu ...

aku pun tolonglah bersihkan apa yang patut...

kalau tikar tu biasanya budak lelaki yang angkat . Tadi nampak S.I angkat tikar.

Eceh ! nak tunjuk kuat kat sini ke S.i ... hahaha

teringat pulak pasal semalam ..aku nak test angkat tikar tu ..

memang nak angkat tapi tikar tu mcm berat..syahmi kata seret pun boleh.

tengah nak seret tu ..aku nampak azam ,aku pun cepat-cepat mintak tolong dia.

Tadi lepas S.i angkat tikar tu aku rasa tangan dia mcm sakit sikit ...

Heheeh...mesti lenguh ..jgn nak tipu akulah ..kerna aku sudah lama meneliti tabiat manusia...hahaha

Masa rehat pergi library..dgn anis . Nilah tempat yang aku idam-idamkan . Tempat yang sunyi dan tenang .

Kring!! Locng dah bunyi . Aku pun terus naik ke kelas. On The Way ke kelas tu .

Aku nampak zulhilmi zairee..Maybe korang kenal maybe tidak , dia tengah jalan dgn kawan dia., izzudin .

Aku pun jalan mcm biasa .Si zul dgn zudin ni tgh berbisik-bisik . Dan ketika itu aku tau apa subjek yg diaorg tgh bincangkan . Subjeknya adalah aku . sebab aku nampak diaorg tunjuk-tunjuk aku mcm orang jakkun . Hhahaah

Eleh ..nak kelentong aku mcm-mcm bolehlah tu . Pastu si zul ni stop kejap.

Dia pusing belakang ..aku tak taulah berapa darjah dia pusing .Tapi sikit je

Aku rasa dia pandang nametag aku sekejap then teruskan berjalan .

Aku tak faham nape dgn zul ?? apsal nak marah pulak ??

Aku Cuma comment status faizun itupun dia dah marah ..

Zul oh Zul kita Cuma kawan . Kan aku dah kata kalau tak kenal aku Tanya faizun ke ,amsyar ,harvind ke , amir ke , atau yang lain-lain . Diaorg semua ni kenal aku .

Jadi lepas ni jgn marah-marah lagi .

Kelakarnya...ada ke patut mcm tu sekali budak ni bertindak ...

Masa balik ...

Telah tamat waktu sejarah . aku rasa sakit hati kat budak kelas aku .

Aku tak faham kenapa diorg asyik nak bising je masa cikgu ajar ..??

Diaorg ni memang tak bertimbang rasa ...

Diorg lupa agaknya kat belakang diaorg ni ada lagi budak nak belajar ..??

Aku bencilah dgn korang ni !!.

Tak reti hormat orang ... agaknya tak sabar nak masuk neraka kot..

Masak balik tu aku pun duduk kejap kat bangku kantin . nak tenangkan diri kejap .

Nak hilangkan rasa rimas , rasa marah , rasa sakit hati kat korang ni..

Masa kat belakang tu aku tunggu je bilalah aku boleh sembelih dirorg ni ..

Pastu aku nak buat gulai untuk kenduri arwah . masjlis kesyukuranlah katakan

Jeng,Jeng masa kat kantin tu ternampak S.i and the geng . tengok kejap je .

Nak cuci mata . lagipun masa tu mata aku still berair .

Aku ckp-ckp dgn esyah sampai terkeluar air mata ..

Korang boleh fikir tak apa kemungkinannya ..?

Owh ye...aku memang menangis ..sebab aku tak tau nak luahkan kat sapa pasal ni .

Rasa sakit hati ini.. nasib baik aku puasa . Tak perlu aku marah-marah kat diaorg yang sepatutnya berada di tanjung .

Hari ni S.i tak duduk library . wah ! mcm tau je aku masuk library . Ataut memang dia tak nak masuk library .

Kalau dia masuk ...

Maybe boleh cuci mata . opss sorry S.i .. jgn marah .

Hari ni aku nampak panda dah potong rambut .

Wah nampak sangat dia takut dgn ancaman cikgu rahman .

Boleh tahanlah ..dia Cuma potong tepi je ..bahagian lain still sama .

Smartnya panda ...

Kat kantin nampak ada beberapa budak yang berambut panjang sedang menunggu untuk memotong rambut . Hahahah

Cikgu rahmat panggil tukang rambut khas untuk diorg . Hhahaaha

Cantik je tukang gunting tu cukur kepala budak-budak ni .

Wah ! sekali tengok mcm salon pun ada.

Maybe nanti akan ada salon sekolah . iaitu "Salon SMKBBU"

Ahhaahah... idea yg gila .

Yeah ! aku dah dapat cermin mata baru .

Tak sangka power naik mendadak dari +175 naik ke ..

Sebelah kanan aku naik jadi 175 . belah kri pulak naik jadi 200.

Bila dicampurkan ... 175+200

Jadi 375 . betul ke ni ??

Wow...tingginya .

Sekarang tugasan terakhir aku ialah cekik zawani . semuanya sebab yang letak aku kat belakang .kau memang tak boleh tunggu kejap kan ...

Tunggu sampai cermin mata aku siap . nanti dah siap tukarlah balik tempat duduk..

Sekarang dah siap ..so jgn kacau hidup aku ..

Hahahahaa... pergilah layan DIA tu ..

Dah putus ke ...eeheheh sorry . alamak air mata dah jatuh ..

Kau laplah sendiri air mata tu .hahaah

Kejam sikit je...

Hati aku tetap sama ...

Tadi sharifah fatimah tanya aku , aku suka sape??


Budak 3KRK tulah ...

Its Secret ....hehehe..

Saturday, March 27, 2010

Kelas Math ..Pening Kepala.Rumusan Pelik

Wake up in the morning...alarmku berbunyi" baby,baby ,baby nooo I'm like baby"
Aku pun bangunlah untuk solat subuh... then
sambung balik membuta.. ngantuklah .Malam tadi tidur lewat .
Pukul 7.30 pergi mandi .Ala Kadar je ..pasal aku kena selsema..
Pukul 8.30 sampai rumah teacher maimoon...
aku duduk kat tengah ..pasal budak lain semua dah sampai
budak perempuan aku dgn izzati ,
budak lelaki , khairul budak 3B1( hensem ) ,sorang budak spectacle adik izzati ..
aku pun startlah belajar mcm biasa ...
Naqib pun sampai ... Amanda ... Najmi pun ada..
Dia duduk kat depan aku ... bahagian tengah.
tengoklah muka masing-masing... ahhaha..mcm drama Charlie Chaplin pulak
takde suara ...hanya tanda.
Masa jalan .. tik tok ,tik tok...
masa tengah belajar tu ,kucing teacher naik .. amik kau . Terkejut aku
budak lain semua ketawa...muka kucing tu menakutkan..mcm werewolf.
budak lain semua main dgn kucing tu ..aku je gementar sikit..
pasal masa tu kucing tu keluarkan kuku dia...
Argh!! tak suka...takutnya.Kucing tu pulak selamba je kacau budak spectacle tengah belajar ,main kuku pulak tu ...jahatnya.
Dia pun kacau imran jugak... what's wrong with this cat..
bila dia jalan depan aku .. seolah-olah dia sedang menatap mangsanya..
tu yg aku ngeri .

Masa tengah duduk tu ...
tanya Najmi dia dpt no berapa .. dia dapat no 17..
Wah ! Tahniah Najmi ...kau in top20...Pandailah budak sorang ni .
Walaupun mcm jauh je no tu ...aku rasa kau memang dah buat yg terbaik.
You mother should be proud...
Lepas tanya tu ..Muka najmi lain mcm je.
Aku expect dia mesti fikir aku nak tanya pasal S.i kat dia...
memang aku nak tanya. Tapi lepas tengok muka dia mcm siput tu ..
tak jadi aku nak tanya...Ada senyuman nakal tu ,aku nampaklah ..
ahahhahahaha...
Aku dah pun masuk tajuk "Geometrical Construction"
betul ke ni tajuk dia... yelah kot..
ni yang parah..tajuk ni banyak melukis. dan aku bukanlah seorang budak seni.
Tetapi budak yang memiliki sepasang tangan cap kayu ...
tak sukanya... tapi takpelah .
Kalau berusaha mesti bolehkan ... InsyaAllah .

Got to go...
hari ni nak tengok cerita jepun pukul 3 ptg kat 8TV..
apa ntah tajuk dia...
tapi cerita yg best..
Korang pun tengoklah ..nanti boleh citer -citer..
ehehehhe...aku tak paksa pun .

Esok sekolah ... aku rasa aku sekolah tiap-tiap hari ...
semalam sekolah , hari ni ada kelas.. seminggu penuh dgn mcm-mcm aktiviti .
Kira oklah ..sebab tu semua aktiviti berfaedah daripada membuta je..
eeheheheh

Saturday ..Darjah Khas Day..Ngantuk

Bangun pagi , tengok jam..alarm aku dah bunyi lagu baby..
"you know you love me , I know you care"
aku bangun and terus menuju ke toilet , pagi yg sejuk...
air mcm perigi ..lepas mandi
aku solat subuh .Then baru aku terbongkang atas katil ..
bersiap-siap ke sekolah ..patutnya sabtu ni aku dah berguling atas katil.
tapi kena pergi sekolah .Takpelah aku ke sekolah ikhlas kerana Allah Taala
masa melintas...biasalah aku kan suka jalan menonong je gitu .
sekali ada kereta ni nak lalu ..amik kau . Terkejut aku dibuatnya
ingatkan siapa...pak cik lokman rupanya.Anis pun ada dalam kereta tu .
Nak pergi SSI ke ..
pasal katSSI (SEKOLAH SULTAN ISMAIL) hari ulangtahun yg ke -50..
sekolah Luqman (abg pyqa) dah tua..mcm atuk nenek aku punya umur

Sampai sekolah jumpa zawani ...
ingatkan gabung kelas ..kelas aku je yg gabung dgn bilik 20..
aku pun masuk bilik 20 .. dgn aisyah and the others..
aku duduk depan sekali . biasalah aku memang suka duduk depan
sometimes gerun nak duduk depan ...tapi hilangkan perasaan tu
sebelah kanan aku ada budak junior aku ...
ex sekolah rendah tasek utara .. nama dia Adib
dia panggil aku ..jeng,jeng...
macam-macam dia cerita..memang penglipu lara tau budak ni
bila dia dah start bukak mulut dia tak boleh berhenti ..parah..
aku dgn aisyah pun dgr jelah dia membebel mcm mak nenek..
tapi tak kisahlah ..pasal masa tu aku tengah bosan .
aku pun dengar jelah budak ni cerita mcm -mcm
yg bestnya budak form 1 okrkid ni dpt no 2 untuk ujian pertama
Wow..amazing.Respect you adib ..hahaha
tapi aku nasihatkan tolong kurangkan bercakap ye..atau nanti
kawan kau akan stapler mulut kau dgn stapler gun..hahaha

Tadi petang aku pergi check mata...
power mata naik lagi . Ini bukanlah sesuatu yg aku patut bangga..
rabun +silau masalah betul ...
aku boleh pilih bingkai baru . Tapi tak boleh pilih bingkai warna hijau .
pasal bapak aku kata warna hijau terlalu fancy untuk budak sekolah menengah mcm aku .
bila aku tengok cermin ..wah! memang fancy .dan terlalu menonjol.
kalau orang lain tengok apa yang diaorg akan fikir .
maybe diaorg akan fikir " wow ..apasal ceria sangat budak ni" atau
"nak belajar ke nak melaram budak ni " atau
"fancy and terlalu ceria lah budak ni " atau
"alah ..budak ni mesti gilakan Harry POtter"
Aku tak pastilah kalau ini benar...tapi aku harap diaorg tak fikir mcm tu .
Dan akhirnya ..aku pilih bingkai warna coklat -biru gitulah...
bila tengok balik sweet pulak yg tu . Ada warna purple ..cantik
tapi aku tak nak amik yg sama dgn zawani .. tak best..
jadi boria tanjung pulak...

Isnin ni sekolah...
Oh No komsas... aku dah get ready ke nak baca komsas ni..
takpe ..pasal aku baca sikit je. Pak din yg baca banyak...
aku dah bagikan tugas sama rata..jadi korang jangan bergaduh.
ehem2..suara mana suaraku ini...
aku really tak faham ..suara aku kecik ?
mcm chibi maruko chan? ?
aku nak korang pergi tengok chibi maruko chan skrg...
betul ke suara dia sama mcm suara aku ..
kalau sama aku ...tak taulah nak ckp apa..

Esok ada kelas... penat
pukul 8 PAGI .. Argh !!
malas nak pergi
aku nak tidur lagi
tengoklah...
aku dah start merapu dan merepek...

Nanti hari isnin petang aku dapat cermin mata baru .
Nanti nak tunjuk kat marzuqi... kita tengok cermin mata sapa lagi besar
I mean lagi cantik and power sape yg tinggi ..
maklumlah kita sahabat ...dan sama-sama masuk dalam golongan pemikir paling baik.
kata orang...
orang yg pakai cermin mata ni termasuk dalam golongan pemikir paling baik.
walaupun pada org lain nerd semcm...
tapi dlm diri diaorg ni dah diterapkan nilai rajin membaca
Aku tak taulah ni betul ke tidak.. tapi benda mcm ni tidak berlaku pada segelintir orang... biasalah tu

Aku sekrang tengah busy buat geografi...
cikgu maimunah mintak cepat sangat..
Oh Yes peta tempat tinggal aku dah jumpa. To S.i tak jadilah aku nak mintaK peta dari kau .

wAH ! Tadi tengok Down With Love...
Jerry >Xiang Yuping
Micheal>Qi KeZhong
dUA orang manusia ni memanglah menarik perhatian aku je
jerry yg hensem . Kezhong yang smart.
Mcm mana jerry boleh suka kat Ella ni ..?
wow! mcm tak percaya...
tapi itulah .... nak buat mcm mana kan
dah jerry suka kat ella takkan nak suruh benci pulak..
huhuhuhu....




Friday, March 26, 2010

aRGH!! Penatnya.Nice Day ..Smile Day

Bosannya hari ni ....
hari-hari hujan . tak gemar betul .
Aku kena cepat-cepat buat geografi ni .. tapi masalahnya takde peta tempat tinggal.alah ..mcm mana ni ..
aku nak mintak tolong s.i .tapi dia nak ke tolong aku ... tolong bagi peta je
please..........(dgn muka 50sen)

Pagi-pagi sampai dewan dengan keadaan yg selsema lagi . sekejap je ..
nampak syahmi , azwan and the geng tgh mengemas dewan...
Wah ! rajin jadi bibik..
diaorg ni sibuklah susun kerusi , kutip sampah .. kalau aku , aku vacuum je sampah tu .Hhahaahah
anak dara sorang ni pemalasnya...
aku nampak tikar banyak kat tempat aku duduk tu . Aku pun suruh syahmi angkatdia pun angkat . Aku pun kat tepi tu tengok je dia dari tepi .
pas tu dia ckp" woi jgnlah tengok je aku"
Hahahaha...dah sah malu

S.i pulak takde cerita.. mcm tulah
dia diam .aku pun diam . malas nak layan ....
Lepas rehat tu ..jeng,jeng nampak panda jalan ..
dia pakai cermin mata . Wow ! smartnya dia ...
Hhaahahah
Dah sah ! masa tu fius otak aku terputus .. sel haemoglobin kurang
tapi korang tak boleh salahkan aku . memang muka dia masa tu smart sangat
gaya dia pakai cermin mata tu ...wah ...hahaha
sudah , sudah

Aku suka orang bukan memandang pada wajah dia.
Aku pandang pada hati dia , budi bahasa dia ,
bila ada tu semua ciri-ciri mesti ada ..
kalau si Justin Bieber tu satu sekolah dgn aku ..
dah lama aku tackle justin . Tapi justin kat america jadi memang takde chance
kat Smkbbu ni pun budak lelakinya bukan berkualiti sgt .
Tapi adalah sorang tu ..bolehlah tahan .

Masa balik tu aku terjenguk -jenguk kat mana s.i ..
ceh ! padahal dah ckp ..tak...dia
and now here I am ..looking for him.. like sengal people..
tapi dia takde .Aku berdirilah kat tepi koridor kantin guru tu
Masa tu ada satu kereta melintas ...
jeng,jeng S.i ada dalam kereta tu . ..
mulut aku dah mengukir sebuah senyuman . Biarlah dia tak nampak ..

Masa balik tu berselisih dgn panda ...
pakai cermin mata lagi . Hish ! dia ni memang tau ..
aku tak dapat tengok s.i . Tengok panda pun jadi ...
jgn risau aku tak serius pun kat panda ni ..saja je .
aKU just anggap dia sebagai senior je ...

Aku sebenarnya tertanya-tanya lagi
bingkai cermin mata apa yg sesuai untuk aku ..
sebenarnya dalam otak aku skrg ..ada warna
hijau , biru , purple ...
aku nak warna hijau . Biar gempak sikit ...
aku nak warna hijau sebab nak nampak sikit mcm Harry Potter yg hensem sangat tu . Memang aku fans dia yg paling tak betul ...
Hijau mcm mata Harry ..

Aku nak tau S.i dpt no berapa ...
dah tanya azwan . Tapi jawapan yg mengecewakan
azwan lupa pulak ... alahai wan
kalau syahmi ...tak payah ckp . Dia sentiasa ambil tempat pertama .
Tahniah Syahmi
Azwan dpt no 11 ...Azwan Tahniah ... kau top 15
kelas aku belum dpt lagi ...
aku rasa seram betul bila cakap pasal periksa ni ..
Biasalah kat dunia ni ada dua benda yg org paling tak suka
1) kertas ujian
2) kertas periksa
dan kertas inilah yg menentukan result kitaorg...
parah ,parah
Hhahaahah

Thursday, March 25, 2010

Rain , Rain and Rain..

Hari ni hujan lagi ...letihnya. Nasib baik cikgu rostena lepas kelas awal.
takdelah rasa letih sangat.Thank you teacher .
Pagi-pagi sampai terus ...
luqman cerita, apa yg terjadi pada dia dan s.i
what ??
aku mcm tak percaya lepas dengar luqman cerita..
aku memang tak percaya ...benar ke?
hish! tak payah percaya dgn luqman tu .entah betul entah tidak...

Marzuqi ckp dia dah lama tak nampak aku pakai cermin mata...

hahahaah

t au takpe memang dah lama aku tak pakai cermin mata .

sebab takde maknanya nak pakai cermin mata ..

kalau aku pakai cermin mata tu yg aku nampak hanyalah

kelabu + asap ...

tak syok langsung .. disebabkan itu aku simpan je kat rumah buat perangkap habuk. dah tak tau nak buat apa...

Marzuqi kata dgn aku " siap kau esok sab ."

aku tanya kenapa . dia kata dia nak nikahkan aku dgn s.i ..

pergh!! siut je jawapan .

aku membalas dgn" kalau nak nikahkan aku kena ada tok kadi , wali and saksi

"

marzuqi " aku jadi tok kadi . taufiq jadi wali , dan yg lain jadi saksi ".

Aiyo! maqzuqi kau dah gila ke ??

tak patut kau cakap dgn aku mcm tu .. but aku tau kau just bergurau .

aku tetap rasa itu satu benda yg sangat kelakar .. hahaahah

Aku nak taulah mcm mana keputusan aku ... teruk ke. kalau teruk habislah aku. kena lanyak .

What ??? kena gabung kelas dgn KRK .

masa sejarah ..kat makmal komputer.Adoi..muat ke ??

kitaorg ni dahlah ramai mcm semut.Tapi cikgu rancang nak sumbat je

budak-budak ni .termasuk akulah


Janganlah org mengaitkan aku dgn S.i . Tak seronok.. kalau dah habis kelas bolehlah korang nak panggil aku mcm-mcm ..tak kisah. pasal kelas dah habis. dah habis waktu pelajaran barulah boleh berseronok..nak buat apapun boleh. nak skodeng ke ,nak mengutuk ke , mcm -mcm boleh ..

enjoy while we young ! :) . jgn terlebih enjoy

Hari ni kena pindah tempat duduk.masa aku duduk belakang tu ..yg aku fikir hanyalah nak cekik zawani sebab letak aku kat belakang...this is sadis..you are sadis .Hhahaah...aku dah nampak ekor dragon tumbuh..langsung tak cantik

aku masih lagi berusaha untuk membiasakan diri .duduk kat belakang tanpa pakai cermin mata. MasyaAllah rosaklah mata aku nanti ... aku mesti cepat-cepat buat cermin mata ni ... mesti

Tadi tengah duduk menunggu mak aku .Aku tengok jap kat papan kenyataan tu.

wow! ada pandalah dalam tu .Menjadi pelajar yg ditarget cemerlang dlm PMR.Ehem...aku dah tersenyum lebar ni . tak sangka...hahahaa