http://ida81.wordpress.com/2009/03/30/info-kelebihan-si-kidal/
Kredit dari web ni ... dia kredit dari web lain ... hehe
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
Fakta menarik
1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn
TOKOH-TOKOH KIDAL
1. Presiden Amerika Syarikat
I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )
Obama pun kidallah ... aku baru baru teringat
2. Tokoh ternama
v Aristotle (Ahli falsafah)
v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
v Isaac Newton (saintis)
sAYA suka dia ni
v Albert Einstein (saintis)
v Henry Ford Jr., (automobil)
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
1. Kesukaran bagi individu kidal:
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.
Betul-betul , memang susah .. aku rasa aku boleh tension bila . Bila nak tulis , tertulis tulisan jawi ... hakhak... banganglah hang ni !
Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.
Kalau kat rumah adik aku selalu kata , cara aku main gitar terbalik dgn cara dia . Fine! budak terlupa ke aku ni kidal ? kalau aku guna tangan kanan ... aku akan rasa menggeletar je , sebab tak sesuai okey!
Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.
Bab yg ni aku memang sgt benci , tau tak masa tuisyen sejarah bilik dia pakai meja kuliah yg sebelah kanan ... sebenarnya aku rasa terseksa dgn kerusi meja tu . sampai aku kena kanan sikit semata-mata nak manfaatkan meja kecik tak guna tu . Dalam hati aku sumpah seranah , aku lebih rela duduk atas lantai berbanding atas meja ni sebab aku rasa sgt terseksa ...
Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar
Hmm... yg kesihatan tu aku rasa mcm betul je fakta dia , kerjarumah pun sama . Aku memang lemah sikit dalam bab-bab kerjarumah ni , sebab tak boleh menjahit . paling hebat pun cross stich aku , tapi kalau tgk kat belakang punyalah bersimpang siur benang dia ... pengsan mak aku ... Hahaha
tapi, aku suka buat kek ... entah dari mana entah sikap ni dtg .. pelik je.
2. Kelebihan bagi individu kidal:
Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
Haa.. yg ni korang jgn percaya , kalau korang tgk buku sekolah agama aku tulisan dia semua mcm tulisan Khat rekaa'h .. semua panjang-panjang dan berekor . . kalau betul aku tak taulah ...
Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
Kawalan muzik ?? mcm mana tu erk ? boleh tak sesapa volunteer terangkan kat aku ? nanti kalau korang dah jumpa jawapan korang bagitau aku tau , jgn bagi aku tertanya sendirian ye..
Seni pulak , rasa mcm dah tertipu je ni . Sebab apa , selama ni lukisan aku yg buruk semua pyqa and daddy aku yg selalu repair nak harap org lain memang diaorg gerenti takkan tolong aku punya . aku ni memang menyusahkan sikit kalau bab seni . Tapi kan ... aku perasan jugak markah seni selalu tinggi kalau nak dibandingkan dgn pyqa. Bila tgk lukisan pyqa , aku fikir balik cikgu ni mata dia kero ke okey erk ? lukisan aku ni lagi buruk dari pyqa asal aku punya markah tinggi ? asal markah pyqa rendah ? mcm tak adil pulak ... tapi bersyukur jelah ye .. sejak dulu aku selalu dpt A+ untuk seni , tak taulah kenapa jadi mcm tu ...
Kreativiti tu ,.. teringat apa yg anis ckp kat sekolah tadi ... "mak aku kata org kidal ni kreatif" . Aku deny apa yg dia ckp mcm ni " salah tu anis , fakta tu tak betul pun " .
Tanggapan tu .. apa maksudnya erk ? aku selalu anggap org ke ? atau maksud lain ?
Emosi tu ... aku tak perasan pulak emosi aku mcm mana . Korang rasa mcm mana ?
Kebijaksanaan pulak ,.. hahaha... buat aku rasa nak gelak dgr perkataan kebijaksaan ni . Adakah aku bijak , entahlah .. rasanya korang lagi bijak dari aku .. kan ?
Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
Haa.. yg ni memang betul , .. sokong!!
“Adaptability:
· Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”
Aku tertanya bilalah nak ada syarikat yg keluarkan barang semuanya untuk org kidal . Tak sayang aku ke ? Hahaha... bodoh je soalan ni . Nantikan kalau aku dah besar kan , aku nak make satu syarikat yg keluarkan barang untuk org kidal ... Ke syarikat mcm tu dah ada cuma aku je tak tau ... cepat-cepat cari ada ke tak erk ??
Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.
Yg ni aku tak fahamlah babe ? apa maksudnya ? selama ni aku baca doa pun tgn kiri atas tgn kanan ... kalau buat tgn kanan atas tgn kiri aku akan rasa terseksa sgt-sgt . Tak kesian kat aku ke ?
Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:
a) Teknologi Maklumat
Bill Gates
Yg ni aku sokong sesangat . Hehhee.... saya pun giler IT dan tak boleh hidup kalau satu hari tak hadap laptop , tak FB takpe lagi , tapi laptop ni haa.. kalau takde kat depan mata rasa gian sgt nak hadap , rasa mcm nak memberontak kalau takde laptop depan mata ... Isy3
b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
Saidina Umar Al-Khattab
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci
Disini saya nak ingatkan , saya tak reti melukis , suara saya tak sedap ,nyaring . Pertahanan diri saya tak bape kuat pun ... sekadar bagi flying kick tu bolehlah .
c) Musik dan hiburan
Michelangelo Buonaroti,
Beethoven
Selebriti
Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal
Betul ke diaorg ni kidal ??? aku rasa mcm pelik je ... kan? kan ?
d) Sukan
Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)
Diaorg ni memang aku tau kidal , lagi-lagi pemain bola atas tu dgn Lin Dan . Rossi , aku baru tau dia kidal .
Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
Aku je yg ganjil dalam family ...
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
7. Individu Kidal, Individu Elastik
Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.
Haa... jadinya jgn buat aku terseksa ye . Bila org buat aku terseksa , dah tak lamalah tu ... haha... org duduk sebelah kiri aku , tolong ye .. tolonglah tepi sikit , masa menulis tu jgnlah langgar tgn aku , terseksa tau aku rasa , aku mcm nak mengamuk je ... nasib baik aku boleh fikir lagi ...
Orang kidal pintar?
Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.
Yg ni mcm tak boleh percaya . sebab otak aku secara maksimumnya paling kuat menghafal je . So, 60% je tahap kepandaian aku ni ... kalau suruh aku buat math kadang-kadang tu mcm bengang tau , bila sains rasa mcm okey je ..bila suruh buat seni aku terpaksa berkerja lebih keras . Sebenarnya , nak suruh aku buat benda ni boleh tapi aku perlukan satu bunyi atau muzik disebalik semua kerja tu , barulah aku boleh buat dgn baik . Tapi kan masa periksa mana boleh selamber badak bawak ipod nano masuk kan ? Kalau takde mungkin otak aku tak terangsang .
Makan tangan kiri
Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)
Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.
Selama ni aku memang pegang sudu guna tgn kiri pun . Cara pegang dia terbalik , sudu pergi tgn kiri , garpu pergi tgn kanan .... so, jgn gelak eh , aku cekik karang . gunalah tgn je untuk kebaikan diri sendiri ... tapi yg part sudu garpu tu kat rumah je terbalik . Kalau kat luar aku sgt amalkan budaya hipokrit dan etika , jadinya tak terbaliklah sudu dan garpu tu . Hehe... makan ice-cream mcflurry pun guna tgn kiri.
Wallahualam.
“only left-handed are in their right minds”
No comments:
Post a Comment