Monday, February 14, 2011

Hari isnin , sakit kaki tak ?


Delicious gakuin


yO,yo .... assalamualaikum dimulakan ye
first sekali , sila abaikan image kat atas tu , ia hanya untuk hiasan internal je . Haha!

Hari isnin dimulakan dgn perhimpunan oleh suara harvind yg sememangnya penuh dgn semangat waja ! ..hahha
bila dgr harvind jadi pengacara tu , semangat je rasa ... bagus, bagus
ada jugak penyampaian hadiah untuk P18 and L18 yg menang hari tu . ceritanya mcm ni , pengetua sempat call pn noraino iaitu mantan pengetua bila dia takde supaya simpan untuk lelaki and perempuan , dia nak sampaikan anugerah tu nanti . Hari sabtu tu dia tak dtg sebab anak dia kahwin , so lepas balik tu mak aku terus pergi kenduri kat rumah dia di Mutiara Rini . Besar jugaklah , tapi an rumah ayahanda lagi besar . Hahaha
Aku tak larat nak pergi , dahlah baru lepas lari . Ceh! kononlah nak diet , tapi tgk kat beg ada 2 bar coklat iaitu perisa Hazelnut and Blackforest .
Tgh-tgh makan tu teringat pulak peristiwa tahun lepas yg nenda beli coklat besar , tapi kitaorg masing-masing tak yakin melainkan aku selamber badak sumbu je makan coklat tu dgn muka innocentnya . ..Hahaha..

Sebelum start apa-apa assembly tu kan , tetiba je teringat kes minggu lepas ...
masa nak nyanyi lagu negaraku tu , aku ni get readylah nak diri .
sekali bila separuh lagi kaki aku nak start diri , tiba-tiba je ada kasut melayang kat depan aku .Terpinga-pinga aku tgk kasut tu . Sekali aku pandanglah budak depan ni , budak lelaki ni tgh sibuk dok ganyang kawan dia . Pastu masa dia nak jalan dia tgk kaki dia takde kasut , dia pandang belakang cari kasut dia . Dia tgk aku , aku pun sepaklah kasut dia .
Dia cepat-cepat amik dan terus nyanyi lagu negaraku .
Hahaha...
budak pompuan krk semua gelakkan dia . Aku lagilah nak gelak , tapi kena tahan jap sebab kena nyanyi lagu . Lepas habis je lagu tu , aku terus gelak mcm org giler .. sampai hafa yg kat belakang tu pelik , asal aku tetiba gelak ni ??
Bila distory baru dia faham,...

Budak lelaki tu pun , dia ckp kat depan aku tapi jarak sepanjang 50cm :
"Siap kau , hari ni hari aku . Esok hari kau "
Hahhaa... aku gelak lagi lepas dgr dia kata tu . Eleh ...
cik abang ni bengang nampaknya ... haha..

P&p pun start mcm biasa . Lepas aku rasa happy giler sebab ..........**
*____* dia punya tahap happy tu mcm nilah "Winkwinkwink" triple wink tau .
barulah ada mood nak belajar kan ?
belajar mcm biasalah , aku ni memanglah khusyuk habis bila dgr org cerita .
Tapi hari ni ckgu rahimah ajar apa eh ?
ohhh... dia ajar tajuk Aidilfitri aND aIDILadha .

Yang kelakarnya masa SN tadi .
Cikgu rostena kesayangan kita tu ckp mcm ni tau :
"saya nak awak senyap bila saya ajar ni . jgn keluar satu bunyi pun"
Jadinya ceritanya mcm ni , kitaorg ni taatlah jugak kata dia tu .
Bila cikgu tanya mcm ni :" apa yg ada pada jantung?"
Time ada org nak jawab je , si syafiq burn buat mcm ni "Shhhh.. diam"
Time ada je org nak keluar suara mesti ada yg suruh diam .
Pastu bila cikgu tanya :"bila kita inhale rib cage jadi apa"
Disebabkan tak boleh keluar suara , si zul buat body language , topek pun .
Last-last kitaorg semua gelak , cikgu pun ...

Tapi an , untuk first time nye ..
aku faham apa yg cikgu ajar . Aku rasalah nanti bila time cikgu rostena kita kena senyap , ckp pun guna mute language atau body language . Hahaha...
baik arr!!

Lepas beli makanan , kitaorg terus naik kelas ...
sebab faham-fahamlah cikgu maimunah punya masa kan . Nasib baik dia tak kisah kitaorg mencekik dalam kelas . Pasal dia pun ikut menyedut air dalam plastik .

Aku rasa belajar bm hari ni paling best sebab takdenya nak buka buku teks pastu baca ayat-ayat dalam tu mcm cartoon . Tapi buat komsas , pastu cikgu soal menyoal ...
whoa~ paling bestlah !

Waktu pk pulak , hmmm..... adakah korang akan tanya soalan tu ?"
aku tak taulah , mungkin akan tanya kalau ingat , kalau tak ingat ...
maafkanlah saya cikgu .

Bi , kitaorg balik awal sebab teacher ada kelas kat UTM .
sebetulnya , hari ni aku rasa jadi budak kuliah pulak . Cikgu just ckp , kita dgr atau catat .
Heheh...

balik pukul 3.50 . Penat giler !
cikgu haryatie belanja budak pbsm and aku and nenda makan tau .tapi makan kuih jelah . bukan makan pai limau .

Yg kelakar an , masa kat masjid tu aku nak naik tangga . hadoy!!! sakitnya kakiku ~!
naiklah satu tangga, satu saat . Lambatlah jugak .... sabor jelah ..

Balik rumah pulak , bagi makan kat kucing aku . Tapi bila dah letak ikan taknak makan pulak . Tak faham aku . last-last aku kena cubitkan isi ikan tu sikit-sikit .
Sambil cubit tu membebellah kat kucing tu .

"gemuk ni ngada-ngada auw . akak penatlah nak cubit-cubit ni . asal malas nak makan sendiri ni? hee..."
Hahah... pastu dia jawab ni je : "miaww , auww miauww"
Siotlah dia ni , taulah aku tak reti bahasa dia . Isy3

Akhirnya ..
esok cuti

Kepada orang islam seluruh dunia :
Selamat Menyambut Maulidur Rasul"
Malam ni ingat nak pergi masjid , tapi bila nak gerak kaki pun dah cukup seksa . Tak boleh pergi lah ... sedih tak dtp makan sedap kat masjid ...Hahaha
hey , aku pergi ikhlas lah `

Byebye ...

No comments: