Friday, April 29, 2011

STUART Collin





Seriously aku tak tahu kenapa aku tetiba je post gambar budak ni ?

adakah korang ingat lagi akan sinetron MUTIARA?

adakah korang ingat lagi mat salih tinggi yg ada kat dalam tu?

ingat lagi tahi lalat dia?

ingat lagi nama dia?

ingat lagu keramahan dia?

ingat lagi fasihnya indon dia?

ingat lagi unitform sekolah yg dia pakai?

ingat lagi dia suka sapa?

ingat lagi nama dia dalam MUTIARA?

ingat lagi dia bergaduh?


ingat lagi tak ?


Nama dia STUART COLLIN

korang memandailah sebut mcm mana

yg pasti sebutnya mesti STU-ART COL-LIN

orait? ngerti anak-anak ku?


aku bukan nak ajar korang spelling atau menyebut lah


Masa aku duduk termenung ni , tetiba je image dia ni keluar dalam otak aku

aku pun pelik jugak, rasa mcm pernah nampak muka dia

ouuhh!! rupanya dialah ... mat salih tu

mat salih indon yg memang aku suka giler masa sekolah rendah

dulu yelah , skrg sikit-sikit je


opps! bukan kipas ye..


aku hanya menjadi KIPAS kepada 2 orang IDELEN (dari kata dasar IDOL)
hahaha.. siapa? siapa?

alah, korang dah tauu, so what nak tau...


Jang Geun Suk kan nak buat concert kat sini..

4 JUNE 2011

fewitt!!


Hahaha!




STUART COLLIN

(Kalau salah , maafkan saya)



Wednesday, April 27, 2011

Ball versus Bola







Images bola itu seperti pernah dilihat sebelum ni
tapi bukan aku nak cerita pasal bola
mcm budak lelaki kelas aku

actually bola tu bukanlah sesuatu yg bosan ,
tapi bila sampai budak lelaki tu bawak subjek BOLA
hingga ke kelas dan buat cikgu naik hangin tanpa bantuan DORAEMON
ia telah menyebabkan sang lelaki di kelas aku disound tanpa proof oleh cikgu
Hahaha!

oKEYLAH ,come meh start the story ...

Jengjengjeng...
Masa PJK tadi cikgu aminah ajak kelas aku and KRK ke dewan
so kelas aku must be the fasters onelah arrive at qa'ah tu
tapi masa tu yg hilang nenda dgn miqi ..
kalau miqi tu apa aku heran , kalau nenda tu bukan aku je
yg lain dok tertanya ...
sebab diaorg kata kalau nenda jalan sorang skrg adalah sgt berbahaya kerana....
nanti aku story bab lain ...

Cikgu ajak beberapa orang untuk tolong dia amik barang kat stor
yg tinggal hanyalah kitaorg segroup dan budak lelaki kelas lain ..
opps! mcm kenallah kelas tu ,,..
oh my! tu kan kelas Amir Rafi pak cik aku merangkap abg tiri angkat Zarith
WHATEVOR!

Anis pulak mengemudi kittaorg dgn membuat satu bulatan
dan dia suruh kitaorg duduk ...
dia pun bacalah :

"mari kita sedekah al-fatihah untuk nabi, para sahabat dan .... "

aku terlupa apa entah ayat dia yg last tu
pasal masa tu budak lelaki tgh bising kepalang mcm zebra sesat jalan
dan kami semua pun bacalah al-fatihah dgn khusyuknya

dalam masa 2,3 minit gitu budak KRK pun dtg
dan diaorg teriak "apa korang buat ni?"
but still, kitaorg buat BODOH sebab cikgu ainon kata budak pandai tak layan soalan bodoh ..
jadi, kita semua kan tgh baca al-fatihah mana boleh bercakap ..

Budak KRK pun ikutlah sikit , itupun mcm apa jek ...

then, kami semua warm up ..
kalau nak tunggu cikgu gerenti tak sempat nanti
jadinya buat jelah ..


Cikgu suruh kitaorg berkumpul buat 4 barisan
so, adalah 2 barisan KAA dan 2 barisan KRK
yang tak bestnya tu line aku kena lawan dgn line yg dianggap ENEMY
manakal line kelas aku yg lagi satu tu
dapat lawan dgn line yg agak sporting
shit! tu aje yg mampu aku maki masa tu .. hoho

Apalagi startlah lawan
aku jadi tiang gol mula-mula tu
pastu esyah pulak nak ganti
so, aku jadilah GK je
dan memang aku punya tamparan tu memang tampar habis lah

Pasal masa main tu aku boleh tertampar humaira
Hahaha!!
pastu kuku aku terkena tgn dia
dan jari dia kena tarik dgn tgn aku ...

yg piqah pulak hampir terkena bola yg aku tahan tu
aiseh! bahaya siot~ sorry maa aunty
yg kinah dgn kena dgn izzati
lepas tu tukar balik tiang gol dia
khai pulak jadi tiang
isy3 sampai tiga kali tukar tiang
teruk bebenor ni

tapi yg kelakarnya tu masa syok main tu
tetiba je bola takraw boleh melayang kat situ
sampai je bola tu melayang kat group sebelah ni
semua org lari mcm org tak betul
aik takut bola takraw ??

oh.. tak
diaorg cuma nak elakkan diri je
dan cari kesempatan

Manakala abg tu , terkial-kial nak cari bola takraw dia

Times up!!

Bila times up tu , aku relax arr kejap
tapi mcm dgr suara mendayu-dayu
"darah.... darah...... "
dan suara tu hilang mcm tu

aku nampak humaira tgh syok ngadu kat cikgu yg tangan dia darah
its my stylr to jeling-menjeling ok

dan bila duduk dgn yaya,
dia cerita kat aku
yg humaira mcm org tak betul ckp mcm ni bila nampak tgn dia
"darah! darah! darah!"

Hahaha!
ceh konon minat TWILIGHT tapi takut darah
pegirah !
dalam erti kata lain nak ckp "bimbo"
atau " bombi"


Notes:

= bulan april merupakan bulan histeria

= masa science tu kan , tetiba terdengar suara menjerit "aArghh!!!,pergi,pegi"
fine... masa tu aku rasa mcm tgh tgk drama pun ye jugak . kinah kata tu suara budak 5PD.
dan budak lelaki kelas aku begitu kecoh , diaorg kata suara ada kat atas makmal yg kita tgh belajar tu aje ...

=Azri ketua rumah merah tercedera masa latihan lompat jauh hari tu . tapi yg kelakarnya tu masa aku tgh dok baca buku kat car stand dia dalam kereta boleh lagi nak byebye dgn sengihnya yg lebar .

Wey! azri! tak rasa bersalah ke? semua harapkan kau tau untuk sukan nanti. nasib baik nenda masuk larian dan kinah masuk lontar peluru dan larian . kira cukuplah kuota tu ..

guwa kesian kat azri tau ..
semoga cepat sembuh senior ku

= masa bi teacher suruh baca doa panjang-panjang . maka, kitaorg pun bacalah ayat-ayat amalan , pak din kata tambah 3 kul sekali .
then,"arghhh!!!"
terdengar lagi suara tu ... aku nampak abg hariz kat 5bio
pastu ada dua org budak perempuan tgh papah sorang budak ni.

= dan pukul 1.10 lepas azan je "arghh!!"
terdengar lagi tapi tak sure kat mana . semua org kecoh pasal masa balikkan .
pak din ,syafiq,raja semua nak ikut busybody

=lelaki skrg memang busybody tahap babun lah

=yg penting esok ada SUKANTARA . ouhh.. my kaki sakitlah ...
malas den nak lari , ada sesapa nak ganti aku tak esok??
sila kelip mata mcm saya . 'winkwink" (*_*)

Tuesday, April 26, 2011

Macaroons make a roons

Hello ! Hello !
Assalamualaikum readers and followers
hari ni aku nak post benda yg dah lama sgt aku nak post tapi tak pernah post
ya , lets talk about this cute dessert . Yummy~

Sebelum ni kat sekolah aku pernah tanya bebudak ni

"eh korang tau tak MACAROONS tu apa?"
dan dioarg hanya membalasnya dgn muka shit
of courselah aku faham maksud muka shit tu
muka yg tak tahu apa yg disoal dan otak diaorg tak boleh bayangkan apa kejadahnya benda alah yg aku sebut tu.
Hoho... time tu aku rasa dalam hati diaorg
"sabor jelah kat sab ni, suka ckp benda yg aku sendiri dgr mcm racoons"

fine, skrg aku nak ckp benda yg korang fikir mcm racoons tu
MACAROONS how it spell
so anak murid sekalian cepat amik pen dan note book yg ala-ala blues clues tu
cepat tulistulistulis (tagline cikgu maimunah ku )

orait dah tulis,
dan kita ke segmen teliur pulak ye ...

Bayangkan ketika ini anda sedang berjalan-jalan dan ingin cari sesuatu yg manis .
di samping itu anda asyik menyanyi lagu sedih seperti lagu " In My Dream" atau "Fixed Star" atau " 0330" .
Tiba-tiba deria bau anda mula bertindak, tett tett tett
deria bau mula mengesahkan bahawa di kawasan terdekat ada sesuatu yg YUMMY!

Anda sebagai sorg manusia yg ada sense of humour akan terus mencari arah bau tersebut tanpa memikirkan yg skrg anda skrg berada di khalayak ramai .
so, Sila berhati-hati semasa berjalan kerana khuatir anda terlanggar orang yg sedang syok pegang IPAD sambil berjalan dan bila IPAD dia meletop boom boom! dia akan salahkan anda kerana jalan mcm org mabuk dua hari tak tidur .

Conclusion di situ , anda mungkin kena minum RED BULL a.k.a Roh binatang .
Hahaha....
tak,tak... yg salah disitu semestinya org yg dgn IPAD tadi
kerana dia jalan tgk IPAD dan bukan tgk JALAN

Selepas bape minit mengorak langkah kaki
anda pun tiba di sebuah kedai yg bernama ...... (korang fikirlah sendiri)
mata anda yg tak ppernah juling jadi juling
hidung anda yg jarang kembang jadi kembang
nafas anda yg selalu tercungap jadi straight
badan anda yg takde tulang jadi cukup tulang

Haahah... apa pun algebraic expression aku bagi tu
jgn ikut teori kotor tu , tu untuk aku je ...
kerana TEORI SABRINA bermakud teori yg merepek tapi akan berlaku

anda terlihat images di bawah ini .:







Anda terlihat banyak benda bulat yg comel mcm dotdotdot
mulut anda mula ternganga sedikit demi sedikit
air liur anda makin sarat untuk ditelan serta bunyinya ada yg mcm ni "GULP"
mcm nama benda alah yg kat 7/11 tu .

Whoa!!! banyaknya macaroons !! aku paling suka warna purple ni .
anda sungguh terpesona dgn warna-warna macaroons dan bentuknya
dan ....
jom check beg duit masing-masing
opss! adaRM20
boleh beli bape ye?
1= RM2

so pikirlah sendiri




Selepas anda telah memilih macaroons yg anda suka
ia akan dibungkus dalam bekas yg lawa seperti ini
opps! ini hanyalah khayalan semata-taik mata
yg kat kedai aku tak tahu dia pakai apa
tapi lainlah dari yg kotak ni ,

anda pun pulang ke rumah dgn senyuman 32 batang gigi yg bersinar-sinar
konon-kononlah mcm baru lepas pakai darlie shiny
ceh!


Bila semua orang tgh nyenyak tidur hasil penangan nasi beriyani yg mengandungi kalori tetinggi dalam carta makanan .
anda pun dgn silentnya keluarkan macaroon yang anda beli tadi dan renung lama-lama sebelum makan ...

tetiba otak anda bertindak sebagai pencetus idea utama
hehe.... mulahlah terbayang EIFFEL TOWER tu
dan tangan anda yg gatal pun akan mula menyusun MACAROONS tersebut hinggan jadi seperti yg dibawah tu .
Hahahaa!!!




Anda pun mula berencana nanti bila anda kahwin anda nak buat KEK MACAROONS dan disusun dalam bentuk EIFFEL TOWER .
dan diatas sekali ada BARBIE NEWWELDYS (betul ke eja ni ?)
Haahah.... okey sila abaikan IDEA tadi , kerana ia hanyalah TEORI SABRINA
yg merepek

Okeylah , sampai situ je story merepek mereban ni

aku ingat nak post something pasal hari ni
dan , okey post itu aku akan post kat tempat lain
nanti,nanti ....

kalau nak tahu lebih lanjut pasal MACAROONS tu
here it is
Macaroons Recipe

Byebye
annyong gyeseyo ~
saranghae chinguya

Monday, April 25, 2011

oH yeah lagu yg bising tu lagu


In My Dream yg aku suka sgt


Tak nak dengar boleh lah Silentkan korang punya tooot


okey, selamat mendengar dan baca post kat bawah ni


Piece totally :D

Post me, Post






Hello! Hello !
amcam dah sakit hati belum dgr lagu tu ?
haha...
jgnlah mcm gitu , lagu tu sesaja je..
nanti aku tukar jadi lagi best

Bape lama tak post tak menjadi masalah pun pada aku ...
sebabnya aku sgt busy dgn busy dgn dotdotdot...

dan aku dgn rasminya telah melantik diri sendiri menjadi KIPAS kepada si tettt dan lagi sorang budak KRK tu ... yg bercermin mata tu .

of courselah ye , saya memang suka budak cermin mata ..
muka dia tu lah .. mcm cool je ..
hehehe..

okey,okey stop it sab
he is your junior
yes, but .....
no but,but junior is junior
uwekkss ! make me loyar

Teringat masa di masjid aku bermain kapal terbang kertas bersama seorang budak lelaki botak dan tembam dan comel dan i like it .
Masa tu dia main sorang je , kesian benorlah aku tgk
dan aku pun menegur:

a: hai wak , nak main kapal dgn awak boleh ?
d; haa.... (tgk ni aku terkebil-kebil)

dan dia pun baling kapal terbang kat aku
aku sambutlah .. dan baling balik kat dia
hahaha....
agak kebudak-budakkan , tapi mcm tulah kerja aku bila balik kampung

tapi kat kampung stylor sikit , main badminton dgn cousin berumur 7 tahun dan hanya reti buat smash . whoa~
i pun tak reti buat smash , sebab i suka lempang org laju-laju
so, tiada perkataan 'smash' dalam ayat lempang laju-laju
(entah apa relationship lempang dan smash? Manglish? )

hari ni tak pergi kelas sains sebab nak pergi kedai jahit
eh? boleh caya ke alasan sebegitu rupa?
aku sebenarnya tak ikhlas so, aku pun pergilah keluar dan cari public phone
sambil ckp kat eomma tunggu kat kedai jahit
untuk apa?

ada ke orang pergi kedai jahit baju untuk cuci longkang serta minum kopi?
takde kan ? sooo... buat bajulah apa lagi ..
baju untuk apa pun aku tak amik tahu , yg pasti eomma suruh ukur ...

Sebelum tu aku nak jadi patung cendana kat depan masjid
hanya kerana aunty korang ni nak tunggu si L amik dia
si L ni kalau bawak kereta tau straight je
dia mana reti nak tgk kiri kanan
samalah mcm dia tak pernah cam mana nak corner melainkan gerai mat corner

dan selepas aku baca 5 pages surat kobar kat depan masjid tu
barulah nama Si L dtg ke arah sini ..
dan , mcm mana ye dia nampak kitaorg kat sini ?

Bila dah balik semula ke sekolah ..
dan aku cari wahideen
mana kau wahideen? jgn kau tergolek tgh jalan hanya kerana kau ngantuk wahideen
ya,ya... wahideen hampir demam dan muka dia merah
sebelum tu aku dah tanya dia

a; kau tak pergi kawad kan hari ni?
w;entahlah
a;takyah pergilah , nanti memandailah si faiz ckp
w;aku memang nak balik pun ni , tak larat benor

dan pak din pun temankan budak ni ..
al-maklumlah buddies baru kelas
diaorg kan su sesama kat dalam kelas
dan kita sekelas pun memang happy buddies
mcm Marry and Mu Kyul ... hoho
M to M


di cafe guru pulak ...
hehehe.... tau jelah aku ni
diaorg semua dah habis kelas sains dan aku boikot kelas sains
for what?
i pun tak kenapa, tapi ada something yg buat aku rasa aku tak perlu dtg kelas ni
don ask.. aku pun tak kenapa ...

di cafe ushar budak tu dan budak ni ..
dan .... firaz terkejut kejap tgk aku
what? apsal terkejut?
takut aku spy kau ke?

Dalam kereta, panasnya rasa...
aircon tu cukup untuk badan aku je
tapi mata aku ni mcm mana?
sakit tau mata ku
habis bengkak , tak boleh nak fikir apa-apa

mata bengkak tapi kepala yg berdenyut
entah apa relationship diaorg ni ?
takpe,takpe aku restu ...

tO Nurin , hey Jason tu budiman ...
aku restu wey ~ haha

Ye, aku ,pyqa and nurin ..
demam Dream High dan takkan berpaling dari si dotdotdot
bukan apa
dalam dream high tu aku suka Hye Mi dgn Jin Guk
what nenda? jin guk jongang is so cute?
whoa~ medium taste .. i like .
as you say nenda, jongang is cute for somebody and not for somebody

Hye mi , takde perasaan ..
althought happy,sad,emergency and so on ...
her face only become red when speaks about L.o.V.E

nanti kalau rajin aku sambunglah DVD tu

relax aku bukan Pinocchio and not danger like album f(x)


notes:

- tak taulah kenapa letak gambar bintang tu . tapi star tu is "bintang yg super"
as "SUPER STAR" i mean ... hehe... so cute.

- org nak tgk org lain , but then why org lain yg keluar .
soalan saya apakah gaya bahasa bagi ayat di atas ?

- Saya benci sukantara !
(just for 1 mark? urghh ... not my stylr )

-I'm your KIPAS . Hohoho ... (for AH and SPectacles )

-You, i dah tau nama you. pas ni i taknak tgk muka you lagi. berambus~

-CIKA,cika,cika... sabun yg sibun ."that gonna be our great senteces" . like ada sorang kak pengawas ni (masa sesi ambil gambar) dia panggil sapa ketua dan zul buat pekak (ceh konon jual mahal.. sekali) . bila kak pengawas tanya nama ketua, budak lelaki yg kelas aku yg nakal mcm patrick ni pun ckp "sibun".
then,kak pengawas tu pun "sibun!"
Hahahah..!! i'm so pity plus happy for you .
its a happy tragedy for twice after sir RajaSEGAR call him like that.
Hahaha~

dan zul, ceh konon selamber kepala je beb. padahal dalam hati dia dah agak-agak nak Bakor budak -budak tu . hahaha!

- lastly dah habis baca Valentina Nervosa . Ouhh! kak syahida i like it ~

okeylah , aku dah start nak tergolek-golek mcm sushi dan
akan cuba taip post yg entah apa-apa tu esok ..
byebye...
ma'as salamah


tajuk tu mcm familiar je ... (yg atas sekali tu )

Friday, April 15, 2011

Dengar jek ~

Kejap .... !!

Sebelum korang takut dgn bunyi yg bising tu

Dengarlah kejap Marry me, Marry punya Ost tu

Hehehe....


Kat bawah ye, bawah nun..

Thursday, April 14, 2011

Kung Fu Dance 2



Tau tak ......

aku teringin sgt nak tgk filem ni

"Kung Fu Dance 2"


Happy Birthday Qiu Sheng Yi

Annyong haseyo! Huwahahahaha!!! nak tergelak tau tgk gambar atas ni . ni lebih kurang kali kedua letak gambar ni . tapi yg ni versi baru , masa photoshot .. apapun :

Happy birthday to you !



saya takde hadiah lah nak bagi awak ,

hahaha!


Pagi-pagi tu sampai sekolah je ...

terus menjerit kat yaya

: "Yaya!!!"

dgn tgnnya yg mcm haper ...


tapi dialognya ada kat blog yaya .

hey yaya, kau jgn nak menokok tambah eh

ada 1 part tu kau tokok tambah .

dia ni memang kurang bersejarah tau

asyik nak menokok tambah je

Yg kelakar tu dia boleh tak tau hari ni hari apa

hadey haiii

Kesian bebenor , buat apalah agaknya kalendar epop tu ek ?


aku biasa tgklah jugak, tapi semalam handphone aku ada alarm tak guna berbunyi


rupanya alarm tutt... tettt... = trot


Hoho... malas nak layan , aku terus tidurlah ...


kepada Qiu Sheng Yi kat atas tu dan merupakan ahli mantan bagi kumpulan lollipop F


selamat menjadi budak yg tua sikit .... hohoo


tau tak mantan tu apa?


ceh! cepat-cepat pergi tgk kamuih dewan dan pustakaq


tapi dalam Lollipop F (four) tu aku lebih suka dua org daripada 4 org


yg lagi 2 org tu Wang zi dgn Lil jay mantan wey .


Jadi 2 org tu ada kat bawah ni .... jengjengjeng!


Haa... aku suka kat dia ni tau , maksud aku yelah dia org yg ke-2 sebelum org kat bawah ni .


Dia ada dalam TLBSC (cari sendiri ,Haha)


Dia jadi watak pengemis yg hensem giler tahap dolphin wey !!! terpikat kejaplah dgn dia ... jom tahu pasal dia :


Owodog


Nama panggilan: Hanzi tradisional: 敖犬; bahasa Tionghoa: Áo Quǎn Nama lahir: Hanzi tradisional: 莊濠全; bahasa Tionghoa: Zhuāng Háo Quán


Tinggi: 177 cm


Tanggal Lahir: 30 Oktober 1982 (umur 29)


Berat: 62 kg


Golongan Darah: O



Darah O? whoa~ berat dia ... fuyoo! tinggi dia? whoa~ tapi umur dia? apsal muka mcm budak-budak ?



Haa... ni budak watak utama dalam TLBSC .


Sapa erk nama dia dalam cerita tu ?


guwa boleh pulak lupa


padahal dah beribu kali tgk ... cuma malas nak ingat je


kalau nama Guo Jing tu ingatlah jugak


sebab nama dia kelakar ... Hahaha


ala-ala nama buah GOJI tu haa..


Jom ushar Fabien ni :



Nama panggilan: Hanzi tradisional: 小煜; bahasa Tionghoa: Xiǎo Yù Nama lahir: Hanzi tradisional: 楊奇煜; bahasa Tionghoa: Yáng Qí Yù


Tinggi: 172 cm


Tanggal Lahir: 5 Juli 1985 (umur 26)


Berat: 60 kg


Golongan Darah: AB


Yang Qi Yu a.k.a Fabien


suka dia ni sebab muka dia selalu serius . takdenya nak senyum-senyum Hahaha.... peliklah!


Kenapalah aku suka sgt lelaki dingin ni ?


haiii .............


tak boleh nak fikir sendiri lah ,


sesapa ada tak soalan psikologi kenapa seseorg suka lelaki dingin yg tak suka senyum kecuali masa tertentu ??


ada tak ? ada tak ?


Kalau ada bawak-bawaklah sharing ye


Hehehe... !



Notes: Ude !! ude kijam , sampai hati lupa ina kat sini ! orang tanya dia dia tanya org sapa pulak ? hello uda, kousin sendiri pun lupa ke?


pas ni malaslah nak layan ude, taulah sibuk prepare untuk SPM


tapi jgn sampai lupa ina ude, kalau takk....


ina nok cekik ude kat ganu nanti , siap mu ude... get EVEREADY lah ude


ceh, padahal ude lagi tinggi dari aku , ada hati pulak nak cekik dia.


sekali aku kena KARATE KID dgn dia .


Hahaha...

Wednesday, April 13, 2011

Beast and my day





Hello,


saja-saja je nak post kat sini ....

lagipun aku malas nak buat kerja , jadi nak buat kerja ni pulaklah

kerja lain tu aku boleh buat esok


Subjek KH kena buat litar pintas berirama

Irama apa enttah yg akan keluar nanti


Part PJK yg paling best lah ,

bila cikgu dah sampai terus dia kata


"okey mcm biasa lari satu padang"


Apa!!

alah cikgu , kat padang tu ramai budak rumah biru tgh lari

cikgu pun kata"alah, potong je,lari setengah padang"

tapi masa lari tu takdelah kitaorg potong padang tu

sebab kat tgh-tgh ada budak main softball(hardball wey)


Cikgu pun suruh kitaorg pukul bola softball tu dgn bat

whoa~!!! baby i like it

mula-mula gerun jugak , setiap kali nenda tu baling bola je

mesti bola tu senget dan org yg pukul tu tak dpt pukul .


Si Nad , dia punya pukulan tu nampak sgt geram , boleh tahan jauh beb

cikgu kata asal ada bunyi kat bat tu dah kira pukul lah tu ..


Aku sgt pasti cikgu dok nawok ngan kita sume .

doh tu takkan dia dok ckp dakpe , awak pukul je... kek gi kalau dok kena pukul balik deh


Hahaha!!


Ohhh ... sweet suga Honey!


Wahideen pun tgk sambil tersenyum dgn lebarnya

"sab .. hari ni kau ada kan ??" aku tgk je muka dia yg penuh harapan supaya ada kawad sama dgn dia .


Aku senyum sambil kelip-kelip mata

"alah, hari ni takde kawadlah , tak boleh nak temankan kau "

Hahaha!


"Alah kau ni "

wahideen yg kata


Tulah kau awat time aku ada kawad hang tak takde kawad ?

hang suruhlah sarjan hang tu buat ikut timing PPI

takdelah kau keseorangan ...

Fighting bro!


selain itu ,


ayah yaya iaitu ayahanda telah mula meronda deret-deret kelas kitaorg

sambil membebel panjang lebar ...

ayahanda awat hang bebel panjang ngat? patah jadah aku dok paham pun ngoyak benda eh


Masa cikgu azlina tgh berceramah free kat ktiaorg semua ni

aku bengang jugak dgn ayahanda ni

ada ke patut dia dok membebel mcm ni kat budak kelas sebelah ....


"buku sains ni asal kosong ? pergi sekolah takde subjek sains ke? tulisan pun buruk . ......"


dan panjang lagi , salah budak tulah ada ke patut tak siap kerja

sekali hamik kau! 1 sebatan versi perancis mari ke bontot dia .

Hohoho


Kat atas tu kan ada gambar BEAST kan ?


Tumpukan pada Maknae SON DONG WOON

dan FAKE MAKNAE Yang Yoseob

Kalau tak kenal cari sendiri lah ...

rasa mcm gambar terapung di awan-awangan tu kelakar pulak .;

hadey haiii

Friday, April 8, 2011

Kenal tak kenal layan jelah


Rainbow,rainbow

where do you come from?

rainbow,rainbow

why you only come once in my life?

rainbow, rainbow

can i say i love yeww ?

rainbow,rainbow

please makes my tears stop



HaHAHA... okeylah atas tu cumalah idea merapu yg entah apa-apa

lepas dgr lagu K.will yg comel giler dalam MV dia .

Ah~ IU and Lee Joon sgt comel

saranghae,saranghae,saranghae ....~

korang sambunglah sendiri lagu dia

Hhoho



Tadi kan lepas solat jumaat tu

aku dgn eomma pergilah ke kereta sebab adik aku nak amik barang

sekali bila adik aku dgn kawan dia keluar je dari belakang dewan tu


Adalah seorg budak ketot , aku rasa form1 lah

dia jalanlah kat depan aku

adik aku pun apa lagi


adik: eh,mat lama tak jumpa kau sihat ?

dia ucap sambil bersalam ...


dia(budak tulah): urghh... haa.? (dgn muka blurrnya)

tapi budak tu tetap sambut salam adik aku tu ..


adik aku kata, org islam mestilah bersalam bila jumpa kak oit!


pastu budak blurr tu pun jalanlah tanpa jawab soalan adik aku tu

sampai kat tgh jalan tu dia dok garu kepala pastu geleng-geleng

Hahahah!!

aku pun gelak mcm org giler lepas tgk dia kena bangbangboom


eomma tanya: kenal ke budak tu ?


adik: entahlah, adik tegur je ...


Hahaha... siotlah dia ni , patutlah muka budak tu mcm terkejut .

dahlah adik aku ni lagi besar dari dia

Hadoy!! adikku !!


Adik aku ni memang , dia kalau kat sekolah tu

budak dari form1 sampailah form6

tu semua kawan dia

Kalau nampak je kat bus stop tu ada budak senior duduk sorang

dia mesti tegur mcm ni


a; eh bro, apa khabar? nama kau sapa ? dok kelas mana?


d; err... haa? ohh khabar baik, kelas form3RAA., nama.....


a;bro, kalau kau nampak kereta aku , nanti kau jerit eh panggil nama aku


d; ohh.. okey no hal



Haha... lebih kurang gitu lerr dia punya ayat .

budak form 6 pun dia kenal

lagi-lagi yg ketua pelajar tu

dia kata Shahriman ketua pelajar tu jambu deh

hahaha...


pelik aku mcm mana anak beranak qahar boleh jadi ketua pengawas

entah sapalah undi dia ni

hadoy!!!


okeylah itu je nak cerita,

esok sekolah wey , tapi malas nak buat homework

errmm....

Thursday, April 7, 2011

Ibtun - Ketiak


Ohhh... gambar apa tu ye ?


ye! betul!

itu gambar ketiak

kenapa letak gambar ni ?

mesti pelik kan ?


Jap,jap ... aku bukan nak suruh korang cukur bulu ketiak ke apa

cuma nak cerita sikit di sebalik ketiak tu


Masa Bahasa Arab kan ,

cikgu pun suruhlah kitaorg semua tutup mata masa ni

sebab dia tak puas hati asal dia suruh tunjukkan benda je

mesti kitaorg semua tgk dijah

nak tgk dijah tunjuk apa

pastu baru ikut .


Semua org pun tutuplah mata tu ,

cikgu pun katalah

"tunjukkan ..... "

apa entah ...

kitaorg tunjukklah


then sampai yg kedua tu ,

masih lagi tutup mata

"tunjukkan saya Ibtun "


Aku pun dah tersengih sambil tunjuk ketiak aku yg wangi semerbak ni

pastu bila bukak mata je , aku nampak majoriti budak-budak

tunjuk ibu jari .

What the? apsal ibu jari ?

takkan aku yg salah ?

mcm pelik je Ibtun ibu jari ?

antaranya, wahideen,topek, zul, pyqa, ..dan sesapalah yg tunjuk tu .


Sekali cikgu pun ketawa

hahaha...

cikgu kata kitaorg ni terkeliru antara Ibtun dgn Ibhamun

hahaha.... tulah expect sgt .


Entah apa-apalah korang ni ..


Aku ingat yg Ibtun tu ketiak sebab

aku selalu ejek org dgn perkataan tu

of course aku tau

Hehehe....

Injection free




Jarum atas tu buat korang rasa apa?

Okeylah, hari ni merupakan hari Injection Sekolah
form3 semua dah get ready pakai baju suka apa semua semata-mata untuk inject ni
pagi-pagi tu , masa belajar BM, tak taulah kenapa
tapi semua org otak dia ada kat bilik kesihatan
dan bukan kat papan putih

Pak din siap ckp :
"asal aku rasa sejuk seram je ni , wey boleh tak tolong slowkan kipas"

Hahaha... ketawa aku dgr dia ckp mcm tu

Farah lagilah sampai meleleh air mata darah putih
takut sgtlah tu ... tapi yg ni biar rahsia tau
jgn heboh kat sesapa

Aku pulak tgn dah rasa sejuk je
tgn auntie korang kat sebelah ni panas je
aku pun takut , aku bukan apa
aku takut nak ckp kat nurse tu
yg aku kena inject belah kanan
sebab aku anak kidal

Dan.... jengjengjeng

Bila budak KRK dah habis inject diaorg panggil kelas aku
kitaorg semua turun tangga dgn semangatnya
sambil membawa sumpit-sumpit dari sarawak ...
nak berperang dgn jarumlah ni kononnya

Lelaki kena inject dulu,
sampai pak din je muka tak boleh blah,
sedih je .... hahaha
tulah sapa suruh takde lemak

MariMar pulak dok tersengih-sengih mcm kerang wangi
apa kes? nampak sgt badan dia berisi

raja pulak , masih lagi blurr walaupun kena inject
adeish ! dah keluar bilik tu baru dia ckp sakit .
Hahaha

Turn perempuan pulak ,
aku org kedua yg kena inject
tak ingat pulak sapa makhluk pertama
sebab masa tu aku tgh dok berangan entah ke mana

Sampai je turn aku kan ,
nurse inject tgn kanan aku , aku pandang belah kiri
sambil menyanyi lagu Happiness part ryeowook je
pastu sambung lagi part dong ho lagu baru dia

Pastu si nurse tu dah cuit-cuit aku
"dik pegang ni nanti keluar darah pulak "

Aku : haa... apa dah jadi ? apsal darah ? kan belum inject?

nurse: dah siap inject dah . pegang kapas tu .

Aku pun terus keluar dari line perempuan

Haaa... betullll ke ni aku dah kena inject
guwa tak caya arr
sekali guwa tgk ada darah kat kapas tu
hahahaha!!!
baru guwa percaya , apsal guwa ni sengal sgt

terserempa kat nadra, dia tanya sakit tak
aku angguk sambil berkata
"tak sakitlah mangkuk! jgn lupa bagi tgn kanan kau tu kidal .nadia pun sama"

Hahahaa....

Agak sial ye, mcm mana boleh tak sedar .
padahal aku rasa dia dah pegang jarum tu
pastu aku tunggu je bilalah dia nak inject aku ni
rupanya dah siap pun .... hadoy!
bengang guwa sorang-sorang kat situ

Terus aku naik ke atas dan terdengar budak lelaki bersuara
"FFewitt sexy youuu"

Aku pulak: yewww ....












Kat kelas semua budak lelaki dah berenjoy sakan
si Zul gatal nak tgk tgn budak perempuan
aku siap kata:
"kau kalau nak tgk sgt meh sini aku bagi pelempang, pastu bolehlah kau tgk"

Yelah, kau ingat boleh tgk percuma ke?
bayar dulu bai!
nothings free in this world wey
kau nak ckp I love Yeww pun kena bayar tau
Hahaha...

bak kata Ji Hoo cuma "air" UDARA sahaja yg free di dunia ni
yelah, sebab masa korang inhale tu ada ke org tetiba dtg mintak duit korang?
ada ke?
ada ke masa korang exhale tu ada org dtg mintak duit korang?
ada ke?

Kalau ada meh sini ckp dgn aku , biar aku bedal dia sampai koma
Hhaahha.. cuma bercanda ni .

Kalau zaman skrg ni masih ada org inject kat bontot
rasa mcm nak lari satu kawasan sekolah tu sampai pengsan
biar bangun esok pagi pun takpe
aku tak marah pun
Hahaha...

Eomma pernah kata dulu dia darjah satu nurse inject kat bontot wey
kalau yg lelaki tu nasib lah dia , tak nak inject nurse tu ikat dia kat kerusi tau
Hahaaha...

tapi dia bukannya buka semua pun , bukak sikit je pastu inject
mcm tu barulah cepat berkesan

Tapi aku bersyukur sebab takyah inject kat bontot
kalau tak ....
tak boleh aku fikir mcm mana
isy3

Okeylah , next post again

Kalau rasa nak marah tu
cepat-cepat pergi profile FB aku dan tgk Lee Hong Ki punya video
kat situ ada video pasal eunhyuk serang rumah dia ..
cantik woo rumah dia....
dan Hong Ki tak pakai seluar pulak
Hahaha... senonoh sgt lah dia ni .

Abang Khai Tomboi

Hello there world and friend ! annyong haseyo ~! Sebagaimana yg anda tahu, hari ni saja saya ada masa free untuk update blog bila ditenung, blog ni dah mcm bersawang-sawing dah lebih baik aku bersihkan cepat-cepat, sebelum anak spider lahir hahaha... Hari ni aku update sikit je ..

So,adakah anda perasan gambar atas tu ?
saya baru je habis baca novel tu , dan ternyata
ohhh!!! Omo!!!
saya sangat suka cerita ni mcm saya novel JCC
skrg novel tu pada tangan yaya .

Cerita ni mengisahkan pasal Khai seorang gadis yg berwatakan tomboi tapi disebalik tomboi dia seorang yg berbakat dalam lakonan dia dah banyak berlakon dalam drama sebagai budak pengkid Disebabkan oleh kematian kakaknya Khairiah, dia kena jaga anak saudaranya yg 3 org .

Di samping itu, Rizal dapat surat wasiat dari abangnya Razlan untuk menjaga anak saudaranya di KL . Maka, bermula di KL Rizal Syafiqin telah bertemu dgn Khai atau Khairina .

Nak baca?
jom beli!!

nak pinjam? isi borang, sewa RM0.20 hahaha...

Kalau nak ckp kat sekolah nanti .
mcm biasa tak lebih 4 hari .
Kalau renyuk ganti RM0.50 hahaha

Khai, tak nak baca ke?

JCC= Juara Carta Cinta

Mula-mula aku nampak buku ni aku tak tau best ke tak tapi bila nampak gambar teddy bear , aku pun terus beli buku tu tak sempat nak baca sinopsis pun .
Bila baca je , whoa~ tak boleh stop langsung bila dah start baca sampailah aku sangap baru aku stop baca .
Bila buku tu ada kat tgn cik kinah , aku tanya dia best tak ?
dia kata "best" Hahah...

Yaya pun kata best, aku ingat cicit ni nak ckp tak bestlah citer org dewasa entah apa entah sekali bila dia kata best tu ... hahaha
dalam kepala aku dah muncul ayat ni
"cepat-cepatlah matang wahai cicit"


Hohoh Sabar,sabar .. jgn kau campak dekstop tu cicit
kalau dah habis baca nanti pulang buku tu

Dan ternyata dalam buku JCC tu aku sgt sukakan nama Haiqal .
nama penuh Haiqal Z(ebra) b.Arshad Hahaha... tu maya yg ckp ..
Haiqal Zahari nama dia , muka boyish je
bila dia ckp Boyish tu
aku dah terbayang muka Kim Bum dalam BOF

atau Son Dong Woon maknae

atau Ryeowook SUJU

atau Nichkhun 2pm

atau Donghae org dewasa yg boyish sekali muka dia
atau ...... sesapa jelah

Sunday, April 3, 2011

Chess dan Orang


Pada pagi yg ditenggelami dgn bunyi hujan yg sgt lebat

aku tersedar dan terus menghampiri tingkap untuk menutupnya

namun, hujan ini begitu kijam , dia bukak balik tingkap

aku pun bangun semula sebab nak tutup tingkap

sejuk wokk! kalau biar bukak je tingkap tu

boleh jadi ice girl aku nanti .


tepat pukul 6.30 aku terus solat subuh dan mandi

then,sambung tidur balik ...

muahaha... aku terlupa nak baca yasin ni

pukul 7 eomma aku tarik selimut ..

sah! dia nak suruh aku pergi kelas


Aku memang takde bantahan , pergi jelah kelas tu

anyway, tu kelas arab percuma sapelah yg taknak dtg

hahaha... jahat nya aku . Kalau kena bayar an memang aku gerenti takkan dtg


Eomma ada urusan dgn budak pertandingan catur

adik aku ... hmm dia tu cuma watak tambahan je kali ni

sepatutnya dia dok rumah cuci kasut

bila dah sampai sekolah tu , adik aku bisinglah


adik: mak laparlah , nak sarapan


aku meluat je tgk budak ni , tapi lepas tu

perut aku pulak berbunyi , padan muka akulah !

eomma pun hantar kitaorg dua beranak pergi sarapan kat dahlia

maka, kitaorg berdua pun merayap lah kat dahlia tu sebab nak cari makanan


aku cuma perkena roti canai dgn teh o limau .

adik aku roti telur dgn milo ais .

org-org kat situ pelik je tgk kitaorg

aku faham,aku faham ... sebab eomma aku takde

jadi diaorg fikir mcm ni : banyak duit betol budak ni


Hahaha.... kalau betullah diaorg fikir mcm tu

diaorg semua ni silap tersangatlah

sebab dalam poket aku ada berlambak duit RM1 je

apa-apa jelah diaorg ni


Masa bayar tu , auntie cashier tu ckp :

"haa.. bagus-bagus mak cik suka duit kecik-kecik "


Pelik benor aku dgr ayat dia tu

adakah dia nak ckp dia suka duit sejak kecik

atau

dia suka duit kecik yg aku nak bagi untuk bayar makanan tu ?



Di Sekolah :


Tamat je kelas arab aku terus cabut pergi dewan sebab nak tgk

ada tak sesapa yg aku kenal dalam dewan tu


Apalagi bertenggek lah kat tepi pintu tu dgn budak-budak QM

masa tgh menjenguk tu ....

nampak afiq dah habis lawan , tapi dia tak bangun ..lawan dia bangun pulak

huh... kalah lah tu .Hadey !

Ridzuan tgh fighting lagi masa tu , Azri pun sama

yg perempuan ada yg menang masa pusingan first tu

tak ingat guwa nama dia .


Harvind tak jadi main pulak , sebab dia nak balik kluang

aigo~ harvind-ah apsal baru nak balik ? asal tak balik awal-awal?


dia jawab mcm ni :saya dah rancang nak balik dari tahun lepas lagi


Hahaha... siot punya senior !


Tgh syok cuci mata tgk budak-budak catur tu kan ...

tiba-tiba dtglah seorg QM yg tidak aku ketahui namanya

dia tegurlah :


d; apsal syok sgt tgk diaorg

a;entahlah, mcm best je tgk diaorg

d; kenal sesapa ke?

a;kenal... semua budak tu aku kenal (hahah.. makir kau sab!)

d;bohong!


diam sekejap ... dan aku masih khusyuk tgk budak-budak tu


d;nak main game?

a;game apa? smackdown ke?

d;botak kau ! kita main game cari pasangan .

a;kira mcm mana?

d;yelah , contoh mcm kau kira A,B,C pastu ada budak bangun . tulah pakwe kau


a;ohhh... gitu ya? baru ku ngerti ni ..

d;kau start dulu

a:orait!


Aku fikir dululah mcm mana nak kira tu , sekali teringat kat justin .

dan aku pun kiralah mcm ni :

"Eenie meenie miney moo ,

catch a bad chick by her too

if he hola if if he hola let he go...."


Baru sampai situ je ....

jengjengjeng adalah budak lelaki cina dari sekolah convent ni bangun

Hahahah... berdekak siot .


a;haa.. tgk tu dia bangun, dia bangun ...mesti jap gi dia pakaikan aku stokin

d;Hahaha... terrolah !. turn aku pulak eh


Dia punya cara tu simple je , dia kira guna nombor

1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11...."

sampai je 11 tu , ada budak perempuan india bangun dari kerusi

Hahaha!


a;wah! cantik awek kau .. terrorlah!

d;Wah! dia memang nice . aku memang terrorlah


Hahaha....

mcm manalah boleh bergurau dgn budak yg aku sendiri tak pernah kenal ni ?

maybe dia perasan aku punya muka dia mcm nak mengamuk je kot

tapi masa tu memang rasa nak belasah org lah

tak boleh dibendung lagi

lagilah ....


bila nampak AWE kat kantin ...

pak cik botak ni, hari ni dtg bawak isteri dia sekali

isteri lawa, tapi gatal . What the Geek

anak dua org dah pun ,

Mudah-mudahan berubah lah dia lepas balik umrah ni


Lepas borak dgn budak tadi aku terus pergi kantin teman adik aku dari merana

dia merana wey kena duduk dgn kawan mak aku

aku ni lagilah ..

bukan sekadar merana , mengamuk lagi



Tgh dok termenung pasal Dong Ho tu

tetiba mata aku terperasan satu budak yg ...... jengjengjeng

Whoa!!

mata budak ni begitu Shinee

Hahaha

tapi badan cekeding mcm cicak tokek je

but still nampak Smart dgn baju sekolah dia .


Hmm... bila difikir balik budak mcm dia ni tak mustahil dah ada awek

betul tak ? betul tak?


Budak Tasek 1 lalu kat depan aku

dan aku berbisik :

"asal baju diaorg sama dgn baju cleaner sekolah aku erk ?"

Hahha... kijam tak ? kalaulah adik aku dgr

habislah aku kena pancung dgn dia .


keputusan nya adalah ..

SIGS menang tapi untuk perempuan lah

yg lelaki aku tak tau pulak ..


Sekolah Ikan Gold Siot

ni versi aku ...


Aliah, abg kau pakai baju apa erk?

rasa mcm ternampak dia

tapi kau jgn risau aku tak ushar dia

takut nanti kena jadi kakak ipar kau

hahaha... jgn marah ea gurau je nak ushar tu


Mari kita baca dan Geram

Yo! Annyong Haseyo ! Semalam dah janji nak post tapi tak post-post sebabnya semalam penat sgt , balik je rumah terus tunggang terbalik atas katil kat sekolah pun dah rasa ngantuk je, aku pantang betul kalau ngantuk memang jawabnya mengamuk jelah .... tak kira masa dan tempat . haaha Sewel. itu satu perkataan yg sesuai untuk aku .


Hari ni start dgn post ni dulu , nanti jap gi aku post pasal semalam .. Pagi-pagi pukul 9 dah get ready nak pergi giant eomma kata nak pergi giant tampoi , daddy kata nak pergi giant tmn suria adik kata nak angsana aku kata nak pergi katil Hahaha... dan resultnya pergi giant tmn suria .


pagi-pagi dah ada beberapa ekor manusia dtg kat giant ni yg pasti antara salah satunya msti org singapore yelah, nak borong minyak banyak-banyak aku kesian kat org kita , bila nak beli minyak je rak minyak dah kosong paling-paling pun adalah minyak buruh dgn minyak carotino atau minyak olive .


Total beli barang tu adalah dalam RM151.50 Nak tergelak aku tgk harga dia ni , total tu biasa je , ni baru 4 org beli kalau campur lagi beberapa family lain kan ke boleh sampai 300-400 lagi hebat ye tak ? tapi aku belanja sakan bukannya selalu wey biasanya awal bulan, sebab ayah dpt gaji dan akhir bulan sebab mak dpt gaji dah memang tugas aku sebagai anak untuk kikis harta diaorg Hhaaha... gurau jelah eomma , daddy .


Lepas shopping tu , aku terus pergi kedai buku sebab nak langsaikan pesan budak tu aku pun beli sekali buku tu ... hehe yg bestnya cover dia ... jengjengjeng ....


aku sempat bermagazine walking kan tetiba pulak ada satu muka surat ni tunjuk pasal ... Jang Geun Suk dgn bakal awek dia dalam drama baru serta Choi Jong Hoon dalam Ft.Island pun ada tau


Arghh!! kalau jong hoon ada mesti tgk cerita ni Lepas habis page tu , aku beralih lagi page lain ada behind the scene of Shock , Big Bang , Super Junior semestinya ada Big poster DREAM HIGH dgn Super Junior masa kat Malaysia wey !!!


aku betul-betul shock skrg ni wey !

dan ada pasal Kim Tae Hee , Kim Hyun Joong , Park Jung Min Happy Birthday Park Jung Min !


So, motif aku letak gambar dia tu kat atas tu adalah kerana ....


jikalau anda ke EPOP page 41 anda akan nampak dotdotdot


Ya! tentu sekali Prince a.k.a Wang Zi . dia akan tulis kat situ

"Prince nak jadi Pelumba Kereta?!"

Hahaha.... dan ye, dia sangat gatal .

Hohoh suka hati akulah !

dan perhatian , kalau ada masa tgklah "Big Bang Secret Garden Parody" kalau nak kelakar saja tgk Part 1

kalau nak Extra kelakar tgk Part 2 ..


"Emm smelll .... " Hahaha!! Bongoks

Friday, April 1, 2011

Kiss Me of U-Kiss


Hello, annyong haseyo !

Yo whats up to you ~

Hoho...


Selasa hari tu baru post , dan hari ni memang patutnya post mengikut jadual yg ditetapkan .

Aku baru je lepas tonton video 0330 ...

Argh!! nak jerit je kat diri sendiri

"Sabrina bila kau nak stop ulang-alik tgk benda alah ni ?"

Tapi hati aku menjawab pulak

"Tak boleh, tak boleh .. sekian lama aku tak tgk Dong Ho "


Hahah.... okey kat images atas tu carilah mana satu yg korang suka ..

tapi yg pakai baju pink dua dari kanan tu aku punya , don't kacau-kacau

yelah dia bukannya kuih pun nak dikacau-kacau ... Hohoh


Rabu didatangi dgn Cikgu Nurul Hana dan Mr.Mustamir .

Ohh~ i tabik mereka berdua ...

dalam makmal komputer aku rasa mesti budak laki terbeliak je tgk muka cikgu tu

apa diaorg ingat aku tak perasan ke ?

yg masa cikgu lelaki tu kitaorg semuas ni kena buat ice breaking .


Mulalah sorang demi sorang manusia kenalkan diri ...

bila dah habis gaduh dari mana nak start , maka startlah dari MariMar .

Hahaha... Hapa panggil Mar Mara ke Mak Mara ..

cikgu ainon panggil MariMar ..

Style betul nama untuk dia .


Sampailah turn aku untuk kenalkan diri


"My name is Nor Sabrina..."

belum sambung ayat cikgu tolong sambungkan "Yes,Sabrina the magic witch "Hahaha

Lepas gelak aku pun sambung balik . .

"I live at padi malinja 1 , my nickname is....."

Satu kelas menjawab "Moyang!"

Aku "Eih! ...moyang pun moyang lah "

Bingit satu kelas jap

"my hobby is reading and my ambition is an engineering"

Cikgu"what kind of material you like to read?"

aku " comic"


Cikgu pun nak tergelak tau lepas dgr nickname aku tu ,

pastu turn nenda dia kata " moyang dah, nenda dah , atuk belum"

wahideen pun tunjuk kat luqman " tulah dia atuk kat kelas ni cikgu "

Hahaha.... kantoi kau luqman ... jgn ingat boleh selamat wey


Dan belajar buat poem

poem korang pasal apa ?

mula-mula poem aku pasal awan,

lepas tu terus tukar jadi ......

biarlah berahsia kan ? kan?

poem adalah rahsia di sebalik ayat

atau membuka rahsia di sebalik ayat .


sebelum terlupa, kepada Abdul Syahmi selamat berpindah .

Tapi kau ni peliklah kenapa dah masuk bulan 3 baru nak pindah ?

masuk sekolah tahfiz pulak tu ... aku tabik senapang kat mak kau wey


Sketsa balik dari tuisyen sejarah tadi :

Mak aku malas nak amik sebab ada khemah yg menghalang laluan jalan kat depan rumah aku ni

so jln memang sempit mcm jambatan air .

Maka,tumpanglah abg pyqa si luqman .

Abg dia pun tanya mcm mana nak lalu jalan tu ada khemah .

dgn susah-payahnya dia U-turn kat depan tu dah stop kat pagar kecik dekat rumah aku .

Hahaha....


Dalam hati aku masa tu mcm ni tau "Mak haih u-turn dia mcm bapak aku punya style wey!!"

Daddy aku tu dia memang reti aje kalau nak langgar peraturan , hoho

u-turn pakai gear 3 tau .


Kamsahamnida ya abg pyqa . mudah-mudahan cepat-cepat tumbuh rambut .

ayat lepas keluar kereta mcm tu , tapi dalam hati jelah ...


Dan berjalan dan berjalan .....

tetiba perasan yg beg aku warna putih tu dah nak koyak ...

sadis sekali beg ni ,

terimbau semula kenangan dgn beg putih ni ..

aku guna beg ni sejak start upsr masa darjah 6 sampai form 3

lama giler , patutlah dah sampai masa untuk nazak lah ni kiranya .


Setelah 10 minit berjalan ...

tepat-tepat je sampai kat depan pintu rumah tu , pagar dah terbukak

Zuppp//!!! //

bunyi lebih kuranglah


aku; Eomma!!!

dia: haaa.. apa-apa?

Eomma dgn kelam kabut nya keluar dari rumah dgn sudip goreng ayam kat tgn , apron ,..

dia ckp dgn aku ayat tu .

Aku terus ternganga masa eomma keluar mcm tu .. Hahaha!!

nasib baik dia tak keluar dgn topi chef yg panjang , sarung tgn oven , baju chef dan kunyit hidup .

MasyaAllah ....


HAHAHA.... eomma pun kata : apa bising-bising ni , kot ye pun nak jerit masuklah dalam jerit dalam bilik air kuat-kuat .

Aku tunjuklah beg aku dah putus .

Adik aku pulak ketawa sambil berkata: nak tempah kepok dgn nisan ke ?

Siot benor budak ni !


dan nanti beli beg barulah , apa susah


okeylah sampai situ dulu nak cerita ...

esok sambung lagi ..

nak gi kelas , tuisyen pastu balik rumah

opps! jgn lupa beli pen 10 btg , correction tape 5 dan ink 4

hergh.... tension betul dgn menatang atas tu ..