Saturday, January 30, 2010

Berhabuk Ke Tidak ni ... ?

Yeah setelah beberapa hari aku tidak menulis blog . Makin berhabuk lagi berdebu blog aku ni . Yelah kan jadual aku sangat padat sejak minggu lepas termasuklah minggu ni bulan ni .(sadis sungguh) . Bulan depan pulak aku sememangnya busy , aha tau takpe aku ada ujian formatif pertama . Alahai sekolah ~ . tak taulah aku apa nak jadi ....
Esok dah start kawat . Penat , penat .
Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan untuk merempuh segala cabaran sepanjang aku berkawat kaki dengan senior ku . Amin ..
* * * * * * * * * * * * * * *
Pada 6 February 2010 akan diadakan aktiviti " Merentas Kota(sebenarnya merentas desa , tapi disebabkan kawasan sekolah aku kawasan elit tanpa sebarang hutan kalau nak dikira pokok tu adalah dalam sepuluh batang tentera satu jalan ) Hihhihihi
Yang pasti minggu ni aku kena kuatkan staminaku untuk lari sepanjang 5km . Ya ampun jauhnya . Tapi tahun lepas aku dah test lari . Memang gila jauh lah . Itupun ada yang kena lintas jalan . Sengal !
* * * * * * * * * * * * * * *
Semalam aku ada tanya Aisyah kalau-kalau dia ada tulis novel baru . Boleh jugak aku membaca di samping mengisi kekosongan bosan ini .
Ya Allah Aisyah itu memang dianugerahkan bakat yang ssngat terpendam . Dia memang layak jadi penulis .
Aku pun ada novel sendiri , tajuk belum setting lagi tapi jalan ceritanya dah ada . Tak taulah cerita itu best atau tidak aku rasa aku dah berusaha sedaya upaya tak memerah otak hanya untuk menulis karya aku itu . Tinggal nak taip and then print cerita tu . Nanti aku cuba jadi syarikat yang boleh publish cerita itu . Sebenarnya aku nak hantar kat PTS je cerita tu .
* * * *
Ini ialah antara sinopsisnya ..
Sabrina yang keletihan itu mengambiol keputusan untuk pulang ke rumah . Semasa berjalan , tiba-tiba seorang lelaki terlanggar dia dengan rasa yang sangat tidak bertanggungjawab . Lelaki tadi hanya selamaba berjalan tanpa rasa kasihan terhadap sabrina yang sedang tunduk mengutip fail dan bukunya yang bertaburan . Sabar jelah .. Dengan rasa sakit hati Ina menjerit ke arah lelaki tadi
" woi mamat kau dah tahu langgar orang tu cubalah ringan-ringan kan badan tolong orang , ni tidak buat bodoh je entah- entah kau ni memang bodoh nak mampus mamat ? "
lelaki yang mendengar teriakan itu berpaling dengan keningnya terangkat sedikit . Lalu dia memjawab" Hei mak cik kau kalau nak orang tolong kau cubalah cakap-cakap baik " Ina yang mendengar hanya menahan sabar . sabar Ina sabar .
" Eh ! mamat gila kalau kau taknak tolong sudahlah . Pergilah berambus sana . Dahlah bodoh , pemalas pulak tu tambahan lagi mamat ni memang takde otak . Otak kat lutut agaknya . Hei mamat berambuslah kau , kau ingat muka tu hensem sangat ke ? kau ingat aku ni nak sangat tatap muka kau tu " jawab Ina bersahaja ..
* * * * *
Itulah antara sinopsis nya. Kalau bacalah sendiri ye ..
bye


No comments: