Sunday, January 17, 2010

Today Tired Day But Happy Day

Hari ni bahawasanya aku rasa sangat penat. Cuba kira bape kali aku naik turun tangga , tapi sebenarnya banyak kebaikan malahan ada juga keburukan .. Hehehehe(alahai Ina kalau dah malas tu cakap jelah)
Sah ! dengan ini aku mengaku aku memang malas yang amat. Tapi nak buat mcm mane .Sabar jelah...

Hari ni sperti yang korang tau hari ni Isnin , semestinya aku akan bersekolah seperti biasa . Korang pun tau hari Isnin merupakan Hari Yang rasmi bagi semua sekolah tak kiralah sekolah tu sekolah kerajaan ke, swasta ke . Mesti akan ada perhimpunan ..
Nasib baik perhimpunan kat sekolah aku ni boleh duduk . Kalau tak kenalah diri masa cikgu-cikgu menceceh tak tentu pasal kat anak murid dia ni . Buat sakit telinga je..
Tadi masa pengetua menceceh sempat aku menguap. Argh !! peduli apa aku , pasal masa tu aku dah mengatuk sangat. Ada ke patut dia bagi ceramah masa aku tengah mengantuk . Ish ! patut ke ? ...

Hari ni kerja sekolah boleh dikira banyak . Cis!! tiba-tiba aku teringat kat cikgu suzeli yang mengajar aku Pendidikan Jasamani dan Kesihatan.
Pada hemat aku dia memang berbakat untuk mengajar subjek ini.
Walaupun suara tak berapa nak merdu macam suara Justin Bieber , tapi aku dengar jelah dia nak cerita ape..
Kesian betul aku tengok Zarith , Hanisah , Syazawani , Tulah masuk lambat lagi kelas cikgu . Korang pun tau macam mane perangai cikgu . Smestinya dia akan bagi denda yang tidak munasabah . Kan dah kena nyanyi lagu Pandu Puteri Remaja. Hahahaha

Pastu lagi satu part , masa taufik tanya cikgu suzeli 'mendagu ' tu macam mana ?
cikgu suruh taufik ke depan , pastu amik kerusi untuk dia berdiri atas kerusi tu . Maklumlah kawan yang sorang ni masih lagi kerdil tapi otak besar . Cikgu pun suruh dia letak tangan kat besi ape entah . Cikgu suruh dia naik atas sikit untuk mendagu . Tapi lain pulak jadinya ..
Nak tau jadi apa ? ..Jeng , jeng ,jeng jangan panik !
Tiba taufik tak jadi medagu tapi tergantung kat atas besi tu .
Sekali tengok macam monyet , dua kali tengok macam beruk kat hutan lipur sana .. Hahahahaha
Apalagi ketawalah budak kelas aku ni .. Aku include sekali pasal kelakar sangat .
Kesian aku tengok si Taufik ni . Bilalah agaknya dia nak tinggi dari tahun lepas ketinggiannya tidak berubah . Sungguh aku katakan pada korang tak berbeza seinci pun .
Taufik aku doakan kau supaya cepat tinggi . Amin ..

------------------------
Hari ni ada satu perkara yang menarik perhatian aku . Perkara apa ?
Ni pasal muhammad kawanku itu , bila jumpa aku je mesti dia panggil nama 'Najmi' . Aku sangat tertanya-tanya kenapa bila dia jumpa aku dia akan panggil nama aku 'Najmi'
Hahahaha
Aku rasa diaorg dah salah faham . Ni mesti kerja Marzuqi gemuk (tak lama lagi kuruslah tu ) yang cakap pasal cerita mak aku jadi metuanya si Najmi anak cikgu salwa tu .
Pada aku najmi tu sekadar kawan yang jarang bertegur sapa.
Aku rasa marzuqi dah salah faham pasal budak tu . Dia ingat budak tu 'najmi' . Alahai Marzuqi...
Budak yang aku maksudkan itu hanyalah Sumber Inspirasi takde kena mengena pun dengan hati ni (sebenarnya ada sikit tau ) . Budak yang aku maksudkan hanyalah sumber inspirasi dari jauh . sebab dia memang selalu jauh dari aku .

Hari ni aku baru sedar yang syahmi si kembarku itu dah jadi pengawas. Macam manelah aku boleh tak perasan. Patutlah masa aku pandang dia macam ada yang lain , rupanya pasal seluar dia dah jadi warna krim. ISH !!

Then aku baru teringat.. Hari ni aku nak wish seseorang ..
Aku nak wish Nurinisak 'Happy Birthday'
Walaupun kita cuma berkenalan setahun je , aku harap kita boleh jadi kawan baik .
Lagi satu kau jangan kedekut sangat tau . Kalau aku minta RM1 kau kena bagi tau . Hadiah kau aku bawak esok . Tadi aku lupa nak bawak .
Hari ni hari lahir kau ..
Bilalah agaknya hari lahir aku.. Cewah , takpe aku boleh sabar.
Nureen dah tua nampaknya, Aku masih lagi muda.. Hehehehe

No comments: