Selamat Kembali Ke Sekolah Semua~!
Hari ni Isnin bersamaan 3 January
bertempat di SMKBBU dan berpengetuakan
PN.hj Siti Raudah bt Moh (bak kata Zarith Puan Odah )
Aku kini berada di kelas 3KAA dan telah mempunyai junior sebanyak 3 KELAS
2kaa,2krk1,2krk2....
Didewan perdana , kami semua bagai semut-semut yg dtg sekolah
masing-masing sempit dan sesak kat dewan ni ...
disebabkan aku duduk depan sekali , aku terpaksa berhadapan dgn lelaki-lelaki tak guna
dan bau gel diaorg ~ fuu... menusuk bulu hidungku`
Puan Odah punya ceramah penuh dgn semangat berkobar-kobar
kalau boleh nak aje aku rakam, tapi nanti kang dia mintak duit sebab rakam dia punya speech tu naya aku !
aku sendiri dpt rasakan bertapa hebatnya semangat dia tahun sebab dpt jadi pengetua sekolah kita... maklumlah pengetua muda ni ~
Teacher yani kata , puan pengetua ni rajin meronda dan cek buku ...
habis tu kalau dah rajin sgt apsal aku tak dpt sijil aku ??!!!
saman karang baru tau , cepatlah bagi sijil tahun lepas~ aku tgh hangin ni!
Untuk acara ke kelas baru pulak ... (aku dah lama tahu kelas kita)
berhabuk giler kelas~ berhabuk giler~ sampai aku rasa tak boleh nak buat apa-apa
(sifat yg paling buruk masa coke terkena baju dia)
then bila teringat tisu dalam beg, aku terus keluakan benda alah tu dan lap meja aku yg berkarat mcm gigi biawak ~
tempat duduk pulak hitam mcm warna batu arang~!
huhu....
sekali cikgu ainon serang kelas kitaorg (kelas dia jugak )
Cikgu ainon agak serius , tapi ada sikit nak main-main ...
dia start pilih ketua .. kitaorg terus kata zul ajelah (wah zul 3 tahun berturut-turut pegang jawatan yg sama) guwa tabik sama kau zul!
penolong pulak ... miqi dah tak nak jadi . so cikgu main tunjuk je kat Anis sebab dia duduk depan sekali (alah, mcm mi nam tunjuk tae kyung masa pilih bilik tu . hahah)
Anis dah geleng-geleng tak nak ~ cikgu buat tara tau je dgn gelengan dia tu .
Aku rasa dlam banyak-banyak part jadi penolong ni , mesti dia tak suka part yang AWE SEWEL tu masuk kelas , lepas tu membebel ada ketua.ada penolong tapi bising .. tak reti jaga ke?
lebih kurang mcm tulah dia punya bebel yg very nagging dan buat tahi telinga kelas aku terus membeku sebab dia punya bebelan tu mcm lalat
"zang , zang" ... hadoyyy~~!!
Then, tepat pukul 8.45 Pagi jam tgn aku .. seorg parent dan seorg budak (yg lebih tinggi dari aku) ni dah betul-betul menggugat kedudukan aku dalam kelas sebagi budak twin tower"
sekali dia dtg.. tinggi 5 cm lagi tinggi!! hangin je aku kat sini !
parents tu tanya kelas 3kaa , aku nak je jawab ni kelas 3 kanak-kanak adalah .HAHA
Sekali budak lelaki tadi pun masuk kelas kita ...
tak berkenalan apa semua , dia duduk je ikut suka jiwa dia ..
ceh!
cikgu ainon tanya "nak panggil Raja ke Suhaimi ?"
masa perkataan suhaimi tu semua org pandang nenda~ uwek~hahah
as well, hehe... nama penuh dia
- Raja Mohd Izammudin bin Raja .....
suhaimi tu bapak dialah erk ?? kalau ikut logik akal memang ye pun
tu mengikut si Luqman,Zul dgn Wahid lah masa kitaorg berborak kat pondok kereta tu
org semua panggil AJAI ke ACAI (aku kurang peka(K) )
zarith gatal nak panggil ANJE` (meremang bulu kaki aku )
Hari pertama dah start belajar(warm up bak kata cikgu Yanie)
BI buat Essay , Bm buat kertas objektif je....
Senarai cikgu yg mengajar kita dah ada kat tangan ...
semua ternganga~
BM - cikgu samsiah
BI - teacher kita
SEJ - cikgu hafizah (alah ,yg garang mcm singa tu tapi boleh pulak gosok kepala pak din masa dia kena ketuk dgn penyapu masa kita Form 1 kaa tu)
GEO - cikgu maimunah (semua org pun bersyukur)
MATH- seperti yg di jangka cikgu Thiaga yg ajar kita (semua org berkobar-kobar)
SN - cikgu rostena (semua org membantah , sebab dia kuat membebel!)
PI - cikgu rahimah ( bersyukur kepada Allah ...)
BA - guru kelas kita yg tercinta
KH- untuk lelaki - cikgu esah , untuk perempuan cikgu haryatie kott (sebab cikgu haslinda cuti setengah tahun tanpa gaji ,bibik dia dah terbang jadi dia kena jaga anak dia )
PSV- cik muzaida (guwa pun tara tau ni gerangan sape )
PJK - cikgu noraminah
Kesimpulannya cuma dua subjek je yg berubah arah dan ke arah yg lebih baik ~
Masa balik pulak aku tgk je parents dtg hantar anak diaorg
aku pun ckp dgn pyqa
a; masa aku kecik dulu mak bapak aku takde pun nak hantar sampai pintu kelas
p; tulah ... kalau hantar pun hantar sampai gate lepas tu pandai-pandailah nak hidup
Hahah... tau xpe.. aku lagilah sampai tak tau nak beratur kat line mana , hentam sajalah..
budak skrg ni form 1 pun nak kena hantar , manja betul.
Aku rasa kalau campak kat hutan mau dalam masa 5 minit jugak dia mati . Ish3
Kat pondok kereta , bersembang dgn luqman,zul,wahideen,hafa...
entah apa-apa .. sekali dok borak-borak tu
tiba-tiba ada satu makhluk aku pandaing dia kejap je(kejap je lah !)
dia nak pergi kat parents dia rupanya ( aku masih pandang lagi )
sekali zul bersuara
z; eh , tu mak dia ke ? ohhh..
wahid ; yelah tu
zul ; sab, sab mak mertua kau tu
aku ; botak kau
luqman ; okey apa S &S (aku nak je cekik budak ni sampai pengsan!)
wahid ; sesuai sgtlah ...
Diaorg ni sengallah !! ada ke patut ...
tapi tu memang mak dia pun .. dah biasa sgt aku nampak kat kawasan rumah aku ni
Sebab apa dia dtg sekolah erk ???
oh ye!! adik dia masuk form 1 lah .... adik dia yg perempuan rasa aku
(dia mcmlah ada adik lelaki )
oKEylah ... rasa mcm post kali ni terlebih panjang ( bukan terlebih , memang sgt panjang pun!)
yelah,yelah... ssory-lorry-dorry sebab ambik time korang lama sgt nak baca post ni .
Aku just nak cerita pasal hari pertama sekolah 2011 tu aje .
P/S : Pyqa !! aku suka kalendar tu . Cantik giler... lagi cantik bila dia tanya hari jadi Yoseob 5 jANUARY ni , CheonDoong bulan oktober , jerry yan bulan january , hongki bulan march , joonghoon ft island(leader) pulak sama birthday dgn aku ..huwahhh!! best giler!! Thank You~
So , Bye bye ...
Assalamualaikum ~
No comments:
Post a Comment