Hari ni hari yang biasa biasa je.. yang pasti bosan giler..
Hari ni pyqa x datang dia kena demam sejuk .. tulah aku da cakap jangan main hujan .. dahlah badan antibiotik x cukup.. hehehe.. apelah yg aku merepek ni ..
------------------------------------------------
Hari ni agak memeningkan .. tadi pagi masa arab , entah apalah ustaz hafiz tu merepek.. tak faham betul aku ..
tapi betulah aku memang tak minat arab ...tapi , taklah sampai tak tau semua .. sekurangnya aku taulah mata tu ape maksudnya dalam bahasa arab ..itupun sebab bulan bape entah.. tak silap aku bulan jun ke julai , ustaz ada wat sesi soal menyoal .. first sekali kitaorg satu kelas ni kena keluar kelas.. pastu ustaz akan panggil ikut suka hati dia nak panggil sape.
Bila dah panggil nama org tu .. ustaz akan soal dia .. ustaz akan soal ikut sukahati dia.. tak boleh jawab .. get out of the class and try again later.. ( hahaha)
sadis sungguh ..
sampai hati dia buat anak murid dia mcam tu ..
###################################
Hari ni cikgu rostena cakap ..kalau dalam science kitaorg dapat "A" CKG akan belanja kitaorg makan KFC.. WOW!!.. bestnya.. and kalau macam dua tiga orang je gitu yg dapat 'A' dia bagi RM5 sorang..
kalau macam ni aku kena berusaha supaya dapat 'A'..
Kawan - kawan janganlah main -main lagi .. belajarlah periksa da dekat.. korang tak takut ke.. aku punyalah takut tapi korang tak takut bukankah itu sangat pelik ..
Aku doakan budak 1KAA dapat semua 'A' .. Amin ..
************************************************
Next week dah periksa.. minggu ni form 4 periksa..
Hati aku cakap macam ni tau .. Ina takutlah kalau tak dapat 'A' atau lulus dalam subjek tertentu.. ..
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Lagi satu aku takut dgn subjek bahasa arab ni .. agaknya keluar soalan apelah nanti .. kalau aku boleh tau soalan tu dalam mimpi aku kan bagus.. bukan aku je,.. aku harap kawan-kawan aku pun tau apa soalan dia.. jadi kitaorg boleh sama-sama pakat nak meniru .. (hahaha)
Ina , ina .. kan tak baik buat macam tu .. KALAU NAK BERJAYA KENALAH BERUSAHA..Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yg gigih dan tekun..
Tapi tulah masalahnya aku tak pandai arab .. macam kawan -kwan aku jugak ramailah jugak yang x pandai arab .. tapi still boleh dapat markah yang baik .. .
Another one is.. Subjek Geografi .. aku memang tak bape minat subjek macam ni .. dahlah kena baca peta..
Banyak cantik muka peta.. ada ke patut aku kena baca peta.. patut ke ?
Memang tak patut.. campak kat Air terjun Niagara je peta tu .. Aduhai terkesima aku bila baca ayat aku tadi .. Hahaha.. aku belum sewel lagi ..
Sekarang ni aku tak tau macam mane nak baca and hafal peta dan seluruh tajuk dalam SUBJEK GEOGRAFI .. tolonglah otak ku berfungsilah dgn baik ..
Nape otak cikgu aku yg tua tu boleh berfungsi dgn baik sedangkan otak aku tak boleh bukan ke bengong namanya tu ..
Lagi satu ,cikgu ni pun satu tak payah lah nak bagi soalan yg susah -susah .. setakat arah mata angin tu cukuplah..
Kalau cikgu bagi soalan yg susah .. nampak sangat cikgu nak dera otak kitaorg ni ..
Wahai cikgu - cikgu yang mengajar aku , kitaorg pelajar cikgu yang tak bape kualiti dan tak bape mutu ni .. tau- tau jelah yang bahawasanya otak kitaorg ni bukan OTAK CAP KANCIL .. OTAK CAP KANCIL TU OTAK yang sangat pandai .. yang ada otak tu cuma ADIPUTRA YANG belajar kat unisel sekarang.. baru 9 tahun dah masuk universiti .. Anugerah Tuhan ..
Cikgu , bahawasanya otak kitaorg ni jenis CAP BATU DALAM SUNGAI ATAU OTAK LEMAU MACAM BISKUT .. .
jADI cikgu kena jadikan kitaorg ni keras macam cookies yang baru keluar dari oven yang mahal..
Betul tak kawan - kwan . ? hihihi..
No comments:
Post a Comment