Monday, December 26, 2011

ICity Shah Alam Walking

Annyong Haseyo

Tgk tajuk tu betul-betul
Icity? yes Icity...
aku pergi sana awal bulan 12 hari tu
bape hari bulan aku tak ingatlah
rasanya 3 disember 2011 sebab masa tu ada konsert kat KL
kan?

alah konsert MOA tu
yg MISS A, B1A4,SUPER JUNIOR and F(x)
yelah yang tu .. yg mana lagi
tak caya pergi beli epop cina terbaru dptlah kot buku dia yg kecik tu

mula-mula pergi melaka sebab nak hantar atuk aku berubat
tau tak Ahsraf muslim ? (mcm tu ke eja nama dia?)
haa.. kat tempat tulah atuk and nenek aku pergi berubat.
takdelah lama sangat berubat tu
lepas zohor habislah

kitaorg dua keluarga ni termasuk mak cik akulah
start perjalanan pergi Shah Alam pulak
nak pergi rumah cousin aku kat sana

sampai lebih kurang pukul 5 gitu .
sekejap je rupanya ..
alah rumah cousin aku tu sebelah UITM je
cousin aku yg laki belajar kat situ bawak motor je

Rumah ada tv yg serupa dgn tv kat rumah Pyqa
disebabkan ramai budak tak diundang
aku pasanglah Animax
masa tu ada story Nura:the rise of yokai
anime dia best sangat!
hensem giler hero dia... huwahh!
lepas tu ada Beelzebub ..
lagi kelakar .. baby tu suka sangat buat elektrik
mentang kat mulut dia ada BULB suka-suka je nak sakitkan org
anime ni korang kena follow sampai chapter 50 tau

Malam ...

Lepas solat maghrib rumah jadi kelam kabut sebab
semua nak cepat bersiap
mesti dpt tgk kerenah mcm ni
"wey mana tudung ni?"
"brooch aku hilang !"
"jam tangan aku kat mana haa!"
"kipas mana kipas?" (kipas tgn tulah)
"kunci kereta kat mana?"
yg paling hebat ..

"wey kau tendang sandal aku sampai mana haa"
rupanya sandal dia ada kat bawah kereta..
Haha! gempak !

Pukul 7.45 gitu sampailah aku dgn family kat Icity Shah Alam
Jeongmal !~~
its full with colour and i amazed
masa tu lagu Infinite Amazing dah start putar
Tapi nak cari tempat parking bukan main susah beb
bengang je ..

Lepas tu kami semua turun dan pergi ke Icity
ada festival KFC rupanya kat situ
tapi sebab aku nampak si Chicky kat situ
terus tak jadi pergi
mana taknya .. besar sgt ..

pastu ada zoo mini.. ada kuda dgn ular.
jgn haraplah aku nak dekat.
tgk muka binatang tu pun aku dah takut

Pergi pulak ke lampu neon
whoa~ banyak giler lampu cantik kat sini
tak tahu nak describe tapi korang kena tgk ni

aku ajak Isah naik Pirates Ship tu .
alah ~ korang pernah tgk Protect the Boss tak ?
yes.. kapal yg dia naik masa kat amusement park tulah ..
tiket dia RM2 je.
org tu siap nak bagi free lagi ...
tapi hanya kami dua org je nak naik benda tu
family yg lain tak nak walaupun bagi free tiket tu

Hey.. benda tu bagus tau untuk tingkatkan adrenalin .
(apa yg kau tahu pasal adrenalin sab?)
aku pun tak tahu apa-apa

Okey.. dah bagi tiket, dah duduk,seat belt dah pasang
1,2,3
Arghh!!!!!!!!`
mcm tulah bunyi jeritan aku .
Isah pun sama ..
kaki aku menggeletar je..
rasa mcm nak turun balik dari situ ..
seram giler tahap naik kapal terbang

Last-last aku nyanyi lagu I'm Loner
sebab aku memang loner kat atas tu ..
sampailah last round kapal tu naik tinggi giler..
rasa mcm.. mcm nak terjun masa tu jugak

Kapal tu berhenti je.. kepala aku pening, kaki aku getar-getar
tapi aku rasa mcm ada sesuatu mcm ....ZERO
ZERO ... rasa mm free je ..
takde apa-apa problem pun .
Hahha!!

Akak aku sama jugak mcm aku
Dizzy je..

Dan jalan lagi ,
sampai kat Snow World .
Yo hoo~!
bapak ramai orang kat situ
aku rasa mcm diaorg ni beratur punya panjang ni sebab
nak beli tiket konsert U-KISS
tapi rupanya nak ambik jaket , boot dgn sweater aje

aku takde mood nak masuk bila tgk ramai org mcm tu
rasanya tempat yg sejuk pun akan jadi sejuk
sebab ramai sangat org..
penguin pun tak nak dekat dgn diaorg .. urghh

Disebabkan itu aku terus pergi ke tempat main token
yeah~yeah !
aku sudah freedom
masa tu main benda alah ni sebab nak lepaskan geram

lepas tu ada bumper car
tapi aku dah taubat lepas naik pirates ship tu
ada org main Billiard .
teringat Goguma Couple main benda tu ...
haha.. aku kidal, jadi bila main tu mesti nampak pelik
samalah mcm main gitar, mesti pelik .

Pukul 9.00 gitu kitaorg pun balik .
serius rasa mcm terlebih kurus ..
penat sgt agaknya.

Malam tu main laptop and dapatkan episode running man dan Ikemen De Sune
UNIFI memang laju .
huhu..

Ila balik rumah lambat..
bila aku tanya dia, dia kata dia pergi tgk konsert
arghh!! jealousnya
aku nak tgk Amber ~
aku nak tgk Suju
aku nak tgk Miss A
aku nak tgk B1A4

Huwaahh~ serius frust
ila boleh kata lagi
"kenapa tak ckp nak dtg? kalau tak ila dah belikan tiket"
dia memang tak tahu aku dgn family dtg
kitaorg dtg pun last minute bagitau

Esoknya, balik ke kampung semula
aku sempat pesan pada Ila
"Ila nanti pergi korea.. Album CNBLUE +Poster + Calendar"
dia pergi sana seminggu .
huwahh.. nak ikut, nak ikut..

Haii.. penatnya .

tulah cerita aku yg lengkap pasal pergi Icity ni
serius tempat lampu neon tu agak panas..
senang aje nak berpeluh
sebab tu masa kat rumah aku dengar dialog
"kipas mana kipas?"
kena bawak air jugak .. sebab bila kat situ kita rasa cepat haus .
walaupun cuma berjalan.. ini serius.

Icity lebih meriah waktu malam..
siang mana bukak .

Byeye...

Gambar aku post lepas post ni .. tgk lah ye ..

No comments: