Hello ! Hello !
annyong haseyo !
Tadi masa tgh cari info pasal masjid , tetiba MY PRECIOUS Mr. Google pun termuntahkan satu web yg bertulis "GANGGUAN MISTERI LANDA SMKBBU"
SMKBBU? bila aku ulang akronim tu banyak kali, baru aku sedar tu sekolah aku rupanya.
Hahha!!
Dan, baca-baca laha artikel yg ditulis oleh guwa tak tau sapa an ..
memandai buat cerita pasal sekolah orang
bakor kang!!
Jom baca artikel pasal sekolah aku dan kita ni :
JOHOR BAHRU: Sejak lebih dua minggu lalu, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU), di sini diselubungi kebimbangan setiap kali melangkah masuk ke kawasan sekolah berkenaan angkara gangguan misteri yang dialami.
( yoyooo bebenor lah tu ada histeria, dah tentu-tentulah bulan April kat sekolah kita ni memang bulan histeria. apsal tak tau? )
Pada pandangan mata kasar, gangguan itu dianggap histeria yang berlaku hampir setiap hari persekolahan, namun yang peliknya ia turut membabitkan pelajar lelaki dengan waktu kejadian biasanya antara jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari sebelum bersambung pula selepas jam 5 petang. Akibatnya, rata-rata pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran, malah ada yang lari ketakutan sejurus melihat rakan terkena gangguan. Pelajar Tingkatan Tiga, Erra Natasya Mohd Asri, 15, berkata hampir setiap hari sejak dua minggu lalu, ada pelajar yang diserang histeria di sekolah berkenaan.
(yah! awak yg menulis artikel ni tau tak sebenarnya pelajar lelaki tu bukannya kena betul-betul pun. Cikgu saya kata diaorg mula-mula just nak main-main. sekali kena sakat punyalah kuat budak laki tu jerit sebab terkejut.. bila budak tu jerit mcm org giler mulalah org lain pun join sekali jerit.maka, satu kelas tu menjerit. Kuat giler bapak bunyi dia. dah lah semua org tgh penat giler dgn sukan tara. still tak nak sedar diri budak bawak kelas aku ni . bawah tau.bawah! )
"Malah pada satu pagi, sekurang-kurangnya tiga pelajar perempuan dan dua pelajar lelaki diserang histeria mulai 9.30 pagi. Sebaik terkena gangguan, ustaz membantu dengan membacakan ayat al-Quran.
(aku tak boleh nafikan pasal ni. betul agaknya..)
"Sebelum ini, histeria pernah membabitkan antara 15 hingga 20 pelajar, menyebabkan guru sibuk membantu mereka yang mengalami serangan itu," katanya.
Rakannya, Noor Fazila Mohd Jais, 15, berkata kejadian histeria yang dialami di sekolah itu boleh dikatakan berlaku setiap tahun, cuma berbeza masa dan bulan.
"Sejak saya bersekolah di sini dari Tingkatan Satu, setiap tahun pasti ada kejadian histeria. Biasanya ia mengambil masa antara satu hingga dua bulan untuk berakhir.
(alah... biasalah tu kan. cuma tahun ni sekolah aku je yg kena dulu. sekolah tasek dah tak serentak dgn sekolah aku lagi. agaknya diaorg dah start dulu pagar sebelum sekolah kita ni . )
"Tahun lalu, kejadian sama berlaku di Blok E. Pengurusan sekolah menggunakan lada hitam dijampi yang ditabur di sekeliling sekolah sebelum gangguan itu reda.
(abg alam join tau masa ni ,tahun ni pun ada jugak diaorg buat.. alahai normalisms je)
"Sejak dua minggu lalu pula, kejadian berulang lagi tetapi kali ini bermula dari tandas pelajar perempuan di Blok A. Selain ustaz, ada kala imam Masjid Jamek Bandar Baru Uda turut dipanggil untuk membantu," katanya.
Seorang lagi pelajar, Nurul Najiha Ramli, 15, berkata setiap kali berlaku serangan histeria, pelajar yang menjadi mangsa akan menjerit, menangis serta meracau sebelum merebak kepada rakan lain.
"Keadaan itu membuatkan kami ketakutan melihat rakan yang mengalami gangguan berkenaan kerana selalunya mereka ambil masa lama untuk pulih," katanya.
Bapa seorang pelajar ketika tampil mengadu kejadian itu, menggesa pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengambil langkah segera menangani kejadian terbabit bagi mengelakkannya berulang.
********************
Sabor ajelah lepas baca artikel merepek lagi tak sahih ni ..
hahahaha!!!
gelak tergolek aku lepas baca artikel ni
kalaulah ada e-mail si penulis ni aku nak je hentam dia
buat cerita separuh betul, separuh lagi tak betul .
tanya budak yg tak tau ..
tapi aku gerenti sgtlah kalau dia tanya cikgu seklah gerenti cikgu malas nak cakap pasal diaorg je tahu masalah sebenarnya.
masalah nya cuma satu iaitu MAIN-MAIN
tu je...
apalagi lepas ni kita simbah je dgn air longkang + air 100plus
baru semangat lebih weh ~
Dah bulan MEI lah . dah habis dah .
apsal baru keluar skrg artikel ni ?
tak munasabah langsung ...
apapun, selamat menulis cerita yg baguslah ..
cerita ni tak bape bagus pun
baiklah tulis pasal biodata Osama ke,
novel menarik bulan ni ke,
kandungan kalori dalam makanan ke ,
pasal super junior ke ,
aku rasa kalau cerita pasal super junior
gerenti ramai org akan beli BH dan gunting gambar SUJU tu
hohho ...
ceritalah pasal kereta terkini
atau enjin kereta
atau JENSEN BUTTON atau SEBASTIAN VETTEL
baru aku suka beb !
Okeylah ,
tak larat nak menceceh
penat tau ketawa , eomma aku pun gelak lah
serius, tak sahih
lebih afdal tanyalah CLEANER kat sekolah aku
memang gerenti tau .. hahaha!
lepas baca artikel atas tu barulah aku bukak blog mak cik nurin
dia pun letak benda yg sama ...
aku cuma nak ckp
"WHAT THE HELL ARE YOU TALKING ABOUT?,
and i was like, what the hell are you talking about
what the hell are you talking about ?
THIS IS SCHOOL IS ALWAYS MY SCHOOL "
Thankz to my precious Dani Shay for teaching me this
Saranghaeyo Chinguya
Byebye ~
1 comment:
Kau kata main2.. Serius lah kau sekolah kat sini? ... Bodo kau... Betol lahh...nampak sgt kau bukan pelajar sekolah ni
Post a Comment