Saturday, May 28, 2011
Happy HOLYday
Aku tak nak post apa-apa masa cuti
sebab internet slow mcm siput sedut + babey
Annyong!
byebye~
Thursday, May 12, 2011
Hello! Hello !
Assalamualaikum semua readers & followers
Last post hari tu aku ada ckp "mulai 9MEI akan diblock"
tapi disebabkan kerja kursus aku semua siap lebih awal dari jangkaan aku
so, bila dah siap type dan print dan hantar
lega bukan main kepalang aku ni
sebelum tu , dah mcm org gile
asyik nyanyi lagu "Going Crazy " je
sampai betul-betul crazy sebab buat salah ..
SHIZ*
Tapi sebaik aje elemen 3 tu siap diprint berserta cover
maka, nyanyilah aku lagu "FLY"
OST untuk Superstar K
Kalau salah tu
lagu "LET iT gO " pula berkumandang
di campur sekali dgn lagu " Rainy Days"
menandakan kesedihan berbuat kesalahan
tapi , itu risiko !
*************
Okeylah, nak story pasal sekolah ku Syurgaku
first sekali ,
Tiba saja di kelas semua budak busy buat kerja ....
ye, itulah namanya KERJA SEKOLAH
Aku pula terus keluar kerana berasa terlalu rimas
Berita buruk untuk minggu ni :
mungkin kita akan berpanas-panasan sambil bermandi peluh
Seriusly panas ni memang serius... (ada ke panas main-main?)
hari isnin tu , aku tak taulah kenapa..
tapi dari katil sampailah toilet sampailah pakai baju sampailah sekolah
aku asyik berpeluh tanpa henti ... seluar aku dah naik longgar dah ni
Teringin nak KIPAS angin dekat kat aku . dalam erti kata lain KIPAS jepun
lepas yaya bawak kipas dia, esok aku pun bawak ...
dan esok lagi khai dgn zul pulak bawak .
zul siap kipaskan teacher yanie lagi , pasal teacher pun dah naik STEAMBOT
aku ni bukan setakat STEAMBOT - COALBOAT lagi .
Nasib baik tak beratur , kalau disuruh beratur
aku nak buat pakatan ramai-ramai dgn budak kelas aku
campak cat PELANGI kat muka cikgu
tak tau ke kitaorg panas ni ,
Naik turun tangga mcm orang sakit jiwa tau !!
SABORjelah
esok kita pasang BACKUP!1
hahaha!
*********
Hari Mother hari tu takde apa yg menarik pun
sebab hari-hari pun hari ibu
cuma Eomma aku dapat handphone baru beb!!
mak aku bukan dpt but beli ...
NOKIA C3
telefon pintar lah khabarnya.
aku testinglah juga, testing main game ..
banyak giler game kat dalam tu
jealous ni wey ,..
sebab lagi banyak game dari aku
Boleh bukak FB, TWITTER,GOOGLE,BLOGGER...
dan semua segala bagai lah ..
telefon lama?
ada lagi dalam simpanan eomma aku .
Apapun eomma memang tersenyum dgn images 32 batang gigi
hehe...
***********
Omo!
OUR yaya mula menjadi baby jaguar dalam blognya "rawwrr"
WHATEVOR yaya~
kalau yaya jadi baby jaguar , sapa jadi DIEGO ?
aku nak jadi kakak DIEGO ...hehe
Bagai nak gelak tergolek aku bila baca post dia tu ...
ketawa jap eh
Hahahahaha!!!!!!!!!!!!!!!
puas hati aku
yg tak boleh blah tu kan
ramai org minat JGS dia
punyalah angry dia....
haha
wey,wey !
dah sah-sahlah JGS tu memang ramai peminat
tak tak perasan ,
aku rasa kalau kau pusing satu sekolah ni
beg budak form 4 &5
gerenti ada banyak gambar JGS
serta my lee Hong Ki
diaorg pun ada tau badge You're beautiful
lagi budak besar mcm tu Hwang Tae Hyung ..
err.. aku Kang On Yu a a.k.a Jeremy ...
"I Love you Forever"
fewitt!!
**************
Semalam pergi angsana sebab daddy nak shopping
eomma,aku and adik nak cari makan je
masing-masing dah kebuluq bebenor
then... PIZZA
Whoa!! pizza ?
di PIZZA ada dua org anak murid eomma bertegur sapa dgn dia..
diaorg kerja situ ..
yg perempuan tu nama dia Didy
yg lelaki tu nama dia Hafiz Farizuan
Yg lelaki tu comel tau ..
haha...
walaupun agak gemuk ...
tapi aku suka .
oh... korang tak tau erk ? aku suka lelaki gemuk tau
sebab diaorg comel ... tapi tgklah gemuk mcm mana
yg ni dia memang baik , masa pergi amik PIZZA tu
abg tu belanja mak aku 3 Mushroom soup.
bila eomma aku tanya kenapa ?
dia kata tu untuk hadiah Hari Guru
dia tak tau nak bagi apa,
alang-alang dah jumpa ni belanjalah sekali ...
Oh... eomma ku memang beruntung
dpt makanan free dan paling penting sekali dia ada anak murid yg baik dan peramah
untung,untung...
******
Aku rasa aku kan aku suka pulak cerita
"NORA ELENA"
taulah kenapa ..
mungkin sebab ....
mungkin sebab ....
atau
mungkin sebab adaptasi novel
Okey,...
annyong !!
byebye ....
Sabtu ni aku balik terengganu
tolong sesapa rakamkan ceramah tu untuk aku guna handy cam
dan tolong amik kan bahan yg diaorg bagi tu
PLEASE!!!!
fine! sapalah aku untuk ditolong kan ....
nak puasa arr dari tulis blog
hmmmm..... sobsobsob... sedihnya...
Saturday, May 7, 2011
Hari ni Teknik Dari Ayahanda
Terima Kasih sebab ajar dgn best
aku tgk jelah dia pegang kerusi yg tinggi melangit tu
takyah baca pun takpe sebenarnya
Friday, May 6, 2011
Lawak Apakah?
Wednesday, May 4, 2011
Aku Suka Anime dan Drama
Annyong haseyo ~
Assalamualaikum semua.
Hari ni sekolah aku ada bengkel teknik menjawab .
maksud perkataan 'bengkel' tu bukanlah aku dgn budak form 3 duduk kat tempat yg bernama bengkel semata-mata nak dgr ceramah tu .
Hisy kome ni cubalah dok fikir bebenor sikit.
Aku ingatkanlah kita akan ada meja dan kerusi
rupa-rupanya duduk atas tikar je !
okeylah, TIPU kalau aku tak menceceh mcm tok nenek aku
tapi tulah...
lepas 30 minit dengar cikgu rahimah give ceramah tu
kaki aku dah start rasa bersemut-semut
aiii semut tak sabor-sabor nak mengeletek aku nampak ??
ni yg bikin guwa panas kepala ni
Berita happy untuk aku ...
Jumaat ni tak jadi balik kampung
Fewitt ...
ni jugak berita sedihlah untuk adik aku
sebab tak dpt ponteng sekolah
aku faham, memang seksa giler sekolah kat situ
now,tutup cerita ..
*******************************
Dari aku lahir, tadika,kanak-kanak riang, primary dan secondary
aku sgt sukakan anime, drama,cartoon,
aku bolehlah dikira sebagai OTAKU
yg bermaksud memang obses giler dgn anime
Tapi antara anime yg memang aku rasa dah lama tak muncul
melainkan kat astro ceria(hari tu baru tgk )
tak,tak... ni bukan anime
tapi cartoon
ye, ini dia cartoon dia ... trettt !!

Tadaa!!
ni dia cartoonnya
CHIBI MARUKO CHAN
lepas aku addicted giler pada cartoon ni, tetiba masa darjah 6 ke 5 gitulah
muncul pulak MARUKO CHAN versi drama . versi LIVE ACTION
memang masa tu rasa nak terjun bangunan guna payung terjun (selamat sikit!)
masa tu jugak mulut aku tak henti-henti mencampakkan senyuman dgn 32 BATANG GIGI menghiasi . FEWITT!!
Serius tahap dolphin
budak yg berlakon dalam LIVE ACTION tu memang serupa dgn Maruko
cara dia cakap pun... ohh comelnya dia.
Sama mcm comelnya budak kat images ni dgn ayah dia .

Tgk tu, tgk betul-betul
rasanya hari tu kat Animax ada cerita Oh! My Lady
Cute tau Sung Ye Eun tu atau nama sebenarnya Kim Yoo Bin
Yg lelaki tu Sung Ming Woo atau nama sebenarnya Choi Siwon SUJU
Teringin nak tgk cerita tu balik tau (dalam korealah)
nak tgk, nak tgk , nak tgk !
kena buat rusuhan dulu agaknya baru dpt tgk erk
Okey,masa is times
tutup cerita pasal Ye eun dan Maruko
**************************

Perghh !! fewitt !
Cute tahap gaban lelaki tu
dan perempuan tu cantik jugaklah (ceh! bunyi mcm tak ikhlas)
hey, aku ikhlas tau .
Selak-selak EPOP MAY dan aku terasa nak tgk cerita ni
tajuk dia
ni sinopsis dia:
Aku pinjam org punya . hehe
credit beb
Yg penting MIURA HARUMA(lelaki yg berlakon tu) kali pertama tgk dia lah
hehee...
MIURA HARUMA pun dipilih kerana perwatakannya dan expression nya
sama dgn kAZUHAYA SHOUTA.
Memang mirip giler ..
tak caya tanyalah Mr.Google
kan ?

Haaa...
muka dia masa part ni memang innocent je
shiny beb muka dia
hohoh....
tergoda habis moyang korang ni
Hahaaha

Yg ni LIVE ACTION
dalam filem bertajuk "Kimi ni Todoke"
cute tak ?
atau yg ni lagi cute ...
slide ke bawah ....

Ye, Cheon Dung aku sentiasa cute lagi comel
Annyong cheon dung !
Okeylah time is money
so, byebye ...
Tuesday, May 3, 2011
Gangguan Misteri landa SMK BBU
annyong haseyo !
Tadi masa tgh cari info pasal masjid , tetiba MY PRECIOUS Mr. Google pun termuntahkan satu web yg bertulis "GANGGUAN MISTERI LANDA SMKBBU"
SMKBBU? bila aku ulang akronim tu banyak kali, baru aku sedar tu sekolah aku rupanya.
Hahha!!
Dan, baca-baca laha artikel yg ditulis oleh guwa tak tau sapa an ..
memandai buat cerita pasal sekolah orang
bakor kang!!
Jom baca artikel pasal sekolah aku dan kita ni :
JOHOR BAHRU: Sejak lebih dua minggu lalu, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU), di sini diselubungi kebimbangan setiap kali melangkah masuk ke kawasan sekolah berkenaan angkara gangguan misteri yang dialami.
( yoyooo bebenor lah tu ada histeria, dah tentu-tentulah bulan April kat sekolah kita ni memang bulan histeria. apsal tak tau? )
Pada pandangan mata kasar, gangguan itu dianggap histeria yang berlaku hampir setiap hari persekolahan, namun yang peliknya ia turut membabitkan pelajar lelaki dengan waktu kejadian biasanya antara jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari sebelum bersambung pula selepas jam 5 petang. Akibatnya, rata-rata pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran, malah ada yang lari ketakutan sejurus melihat rakan terkena gangguan. Pelajar Tingkatan Tiga, Erra Natasya Mohd Asri, 15, berkata hampir setiap hari sejak dua minggu lalu, ada pelajar yang diserang histeria di sekolah berkenaan.
(yah! awak yg menulis artikel ni tau tak sebenarnya pelajar lelaki tu bukannya kena betul-betul pun. Cikgu saya kata diaorg mula-mula just nak main-main. sekali kena sakat punyalah kuat budak laki tu jerit sebab terkejut.. bila budak tu jerit mcm org giler mulalah org lain pun join sekali jerit.maka, satu kelas tu menjerit. Kuat giler bapak bunyi dia. dah lah semua org tgh penat giler dgn sukan tara. still tak nak sedar diri budak bawak kelas aku ni . bawah tau.bawah! )
"Malah pada satu pagi, sekurang-kurangnya tiga pelajar perempuan dan dua pelajar lelaki diserang histeria mulai 9.30 pagi. Sebaik terkena gangguan, ustaz membantu dengan membacakan ayat al-Quran.
(aku tak boleh nafikan pasal ni. betul agaknya..)
"Sebelum ini, histeria pernah membabitkan antara 15 hingga 20 pelajar, menyebabkan guru sibuk membantu mereka yang mengalami serangan itu," katanya.
Rakannya, Noor Fazila Mohd Jais, 15, berkata kejadian histeria yang dialami di sekolah itu boleh dikatakan berlaku setiap tahun, cuma berbeza masa dan bulan.
"Sejak saya bersekolah di sini dari Tingkatan Satu, setiap tahun pasti ada kejadian histeria. Biasanya ia mengambil masa antara satu hingga dua bulan untuk berakhir.
(alah... biasalah tu kan. cuma tahun ni sekolah aku je yg kena dulu. sekolah tasek dah tak serentak dgn sekolah aku lagi. agaknya diaorg dah start dulu pagar sebelum sekolah kita ni . )
"Tahun lalu, kejadian sama berlaku di Blok E. Pengurusan sekolah menggunakan lada hitam dijampi yang ditabur di sekeliling sekolah sebelum gangguan itu reda.
(abg alam join tau masa ni ,tahun ni pun ada jugak diaorg buat.. alahai normalisms je)
"Sejak dua minggu lalu pula, kejadian berulang lagi tetapi kali ini bermula dari tandas pelajar perempuan di Blok A. Selain ustaz, ada kala imam Masjid Jamek Bandar Baru Uda turut dipanggil untuk membantu," katanya.
Seorang lagi pelajar, Nurul Najiha Ramli, 15, berkata setiap kali berlaku serangan histeria, pelajar yang menjadi mangsa akan menjerit, menangis serta meracau sebelum merebak kepada rakan lain.
"Keadaan itu membuatkan kami ketakutan melihat rakan yang mengalami gangguan berkenaan kerana selalunya mereka ambil masa lama untuk pulih," katanya.
Bapa seorang pelajar ketika tampil mengadu kejadian itu, menggesa pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengambil langkah segera menangani kejadian terbabit bagi mengelakkannya berulang.
********************
Sabor ajelah lepas baca artikel merepek lagi tak sahih ni ..
hahahaha!!!
gelak tergolek aku lepas baca artikel ni
kalaulah ada e-mail si penulis ni aku nak je hentam dia
buat cerita separuh betul, separuh lagi tak betul .
tanya budak yg tak tau ..
tapi aku gerenti sgtlah kalau dia tanya cikgu seklah gerenti cikgu malas nak cakap pasal diaorg je tahu masalah sebenarnya.
masalah nya cuma satu iaitu MAIN-MAIN
tu je...
apalagi lepas ni kita simbah je dgn air longkang + air 100plus
baru semangat lebih weh ~
Dah bulan MEI lah . dah habis dah .
apsal baru keluar skrg artikel ni ?
tak munasabah langsung ...
apapun, selamat menulis cerita yg baguslah ..
cerita ni tak bape bagus pun
baiklah tulis pasal biodata Osama ke,
novel menarik bulan ni ke,
kandungan kalori dalam makanan ke ,
pasal super junior ke ,
aku rasa kalau cerita pasal super junior
gerenti ramai org akan beli BH dan gunting gambar SUJU tu
hohho ...
ceritalah pasal kereta terkini
atau enjin kereta
atau JENSEN BUTTON atau SEBASTIAN VETTEL
baru aku suka beb !
Okeylah ,
tak larat nak menceceh
penat tau ketawa , eomma aku pun gelak lah
serius, tak sahih
lebih afdal tanyalah CLEANER kat sekolah aku
memang gerenti tau .. hahaha!
lepas baca artikel atas tu barulah aku bukak blog mak cik nurin
dia pun letak benda yg sama ...
aku cuma nak ckp
"WHAT THE HELL ARE YOU TALKING ABOUT?,
and i was like, what the hell are you talking about
what the hell are you talking about ?
THIS IS SCHOOL IS ALWAYS MY SCHOOL "
Thankz to my precious Dani Shay for teaching me this
Saranghaeyo Chinguya
Byebye ~
Monday, May 2, 2011
Shin Dong Ho

Hello! Hello!
annyong haseyo!
Apa-apa hal pun tgk dulu images atas tu
comel tak SHIN DONG HO aku
awek kat sebelah tu bukan awek dia okey
tapi yg berperanan sebagai awek dia dalam 0330 MV
Hehehe.... tak, aku tak jeles pun
Actually, baru je balik dari kampung
nenek belah ayah sakit ,
dan bila hari kedua kat pontian
terdengar berita nenek belah sakit lalgi teruk
nenek ku terkena serangan strok
tak taulah mcm mana kisahnya dia boleh terkena
ni pun mak su aku yg bagitau
Eomma pun kata,
mungkin hari jumaat ni aku takkan sekolah sebab
kena balik terengganu
bila eomma kata mcm tu ..
aku rasa sedih tau ,
sebab..........
aku tak boleh dtg kelas cikgu Thiyaga
HUwahh!!!
SAYANG giler kat cikgu thiyaga sampai nak ponteng kelas dia tu
kena fikir juta-juta kali tau .
samalah mcm kelas GEO, nak ponteng kelas tu kena fikir ribu-ribu kali dulu
Aku ni bukan apa, skrg ni dah mahir sikit dalam math
kalau dulu setakat bab Ratio dgn Transformation je aku reti
baik tak yah amik periksa math kalau mcm tu sabrina oit!!
skrg dari tajuk 1 sampailah tajuk 6
aku faham sesangat lah tanpa sebarang masalah
Alhamdulillah
Apapun selamat mendengar lagu 0330 kat sebelah tu
takde apa-apa yg menarik pun untuk diceritakan .
Kamsahamnida kerana membaca
walaupun contentnya agak sikit
Totally Piece :D
Kalau ada apa-apa boleh lah post pada SHOUTBOX sebelah
atau COMMENT kat bawah ni .
Lastly , Selamat Kembali ke Sekolah
happy tak ?
To Ude:
kalau ina ingat, ina tegurlah ude. Kitakan dah lama tak sembang. kalau sembang pun gerenti kaku smcm je.
sebabnya ude lagi tinggi dari ina !!
Hahaha!!
tu je yg buat ina selalu bengang kat ude ni
yg lain tu takdelah sgt.
kitakan... penyokong Manchester United
InsyaAllah, Jumaat ni ina balik kampung tgk nenek tersayang.