Hey You! hahaha
Pagi-pagi nak pergi sekolah dah start rainy . aduhai~
aku ni bila masuk bab hujan terus lemah. sebab aku ni memang tak boleh kena hujan nanti *hatchumhatchumhatchum >_> nanti muka aku jadi mcm nilah. hahah
Masa nak masuk dewan tu.. aku mcm rasa something redup je kat atas kepala aku ni. macam takde lampu je yg menyala kat pintu aku masa masuk tu (taulah aku bukan VIP! )
Rupanya ada benda alah yang dalam gambar tu atas kepala aku. Diaorg tiup belon tu pastu letak dalam satu jala ikan. then, diaorg ikat kat atas pintu dewan masuk. plus kat pintu dewan tu dah bentang carpet merah. walaupun aku tak pernah tau kenapa mesti carpet merah .
tapi aku lagi prefer carpet rainbow. Masa pijak atas rainbow carpet tu baru terasa "I believe I can Fly "
hahaha
Hah! mcm nilah carpet tu. tak sangka jumpa jugak kat google images. seriusly kalau nak apa-apa images cari jelah kat situ. senang cerita. Lawa kan kalau diaorg bentang karpet ni. Kalau diaorg taknak takpe, nanti kalau aku kahwin carpet ni mesti ada. hahah ( gurau je <_<)
Dalam bape minit gitu bermulalah majlis Hari Guru SMKBBU 2012 ni.
Cikgu-cikgu semua dah masuk tapi diaorg ni masuk lalu pintu lain bukan pintu yang ada belon tu dengan alasan hujan. Hujan memang lebat. sampai aku pun menggigil kesejukan. sampai sekolah baru terfikir nak bawak baju sejuk sebab nampai ramai budak lelaki pakai sweater.
"konon smart arr tu" . Aku ckp mcm tu dalam hati. Padahal memang smart pun .Wahahaha
Acara dimulakan dengan Nyanyi 3 buah lagu.
Lagu negeri johor, lagu sekolah dan lagu negaraku atas bimbingan cikgu syakirah. Lepas tu ada ucapan dari ketua pelajar , Mahsuri bt Khalid. Aku tak sangka sejarah berulang semula. Budak perempuan jadi ketua pelajar. Terasa lain memang lain. tapi kalau tu cara yg adil,aku tak kisah. lagipun mahsuri tu senior rapat aku. Fighting senior!
Ucapan dari ketua pelajar adalah dalam 3 minit gitu, tapi aku bukannya dengar pun. ucapan dari cikgu syakirah pulak, dia ketua KEBIRU sekolah. Ucapan cikgu lagi pendek rasanya. tak sempat aku nak berfeeling-meeling mendengar ucapan dia. lepas tu ucapan penolong kanan . dia baca perutusan.
Dia siap kata "perutusan ni panjang sikit "
oMO! kenapala dia ckp ayat tu. takkan dia tak tahu budak sekolah aku memang sgt allergic dgn ucapan. even karangan ucapan pun diaorg hampeh tak sentuh. pandang dua belah mata pun tidak. Isy3
Last yg bagi ucapan is our Pengetua sekolah. Dia ceritalah pasal cikgu sekolah rendah lagi banyak dpt hadiah dari cikgu sekolah menengah.
Kat situ aku dah dpt satu conclusion: Jgn ajar budak sekolah menengah
Pastu dia cerita lagi, semalam dia teman cucu dia pergi beli barang. bila dia tanya nak bagi hadiah cikgu bape orang. cucu dia kata "11 orang" . tapi bila sampai budak sekolah menengah mak tanya nak bagi hadiah ke tak ?
of courselah kan budak tu cakap "tak payah~"
kalau dulu zaman sekolah rendah dengar aje kata cikgu. kata eomma dan ayah aku hampeh jugaklah nak dengar. Dulu aku tak suka cikgu, sebab kadang-kadang aku dpt rasa dia ajar mcm tak ikhlas. bila aku dpt rasa mcm tu aku akan jadi senyap aje masa belajar. takde rasa excited langsung. Oleh itu, aku selalu berdoa supaya aku dpt cikgu yang ikhlas mengajar aku. Biar ilmu tu berkat. ..huhu nostalgia betul .Pengetua pun menangis tau masa berucap tadi. tapi aku je yg lambat sikit feeling. siap tanya diri sendiri
"Nak nangis sebab apa hah?" malu arr nak nangis, sebab belah kiri aku tu ada selonggok budak laki. dah lah junior plus senior. Malu wey~!
Habis je semua ucapan, keluar pulak UDA MC. kalau korea ada nation MC. Uda pun ada MC. haha
persembahan pertama oleh budak KAA 1,2,3
tapi FANS takde pun dalam tu. sebab semua budak choral speaking arab + terjemahan melayu tu sama tinggi.
memang sekali pandang pun dah tau yang dia takde. tambah terkejut bila pandang kiri, ternampak FANS tengah duduk dan berbual dgn happy. mcm lega aje takpayah masuk choral speaking tu .
Kisah choral speaking tu pasal pergi sekolah. To yaya: baca cerita ni .
* Kringg* jam loceng berbunyi
"bangun,bangun!" . " alamak dah lambat" . Lalu dia berjalan ke sekolah .
*Di kelas*
"mana buku kamu?" .
"tak bawakkk cikguuu..." memang panjang giler harakat dia cakap tu . haha
Zasss! (bunyi rotan ayahanda )
"kawan-kawan , lain kali jgn lupa bawak buku pergi sekolah."
= jap. yg bestnya part ni masa budak-budak tu buat gaya rotan ayahanda and bunyi zass. kitaorg yg kat bawah pentas semua pandang ayahanda. ayahanda senyum je. hahaha. happylah tu
*hari sukan*
belah kanan =" tarik -tarik!!"
belah kiri balas balik= " tarik balik, tarik balik"
All= "Hari sukan merah biru ke LAUT..~ hijau kuning ke darat.. (part ni kureng sikit jelas.)
Okeylah sampai situ jelah yg aku ingat. tapi seriusly memang kelakar. kalaulah aku bawak camera mesti boleh rakam.
jealous tgk budak-budak bawak GALAXY TAB pergi sekolah pastu amik gambar and video sesama.
Persembahan seterusnya ialah nyanyi,nyanyi dan nyanyi .
yg tu sgtlah boring. aku ni harap aje ada orang acting and dancing. kalau nyanyi tu aku tak heran pun.~
Lepas rehat ada ceramah. nampak mcm tak best. tapi berdekak jugak aku ,nenda,aunty and anis ketawa.
Well, tahniah pada penceramah sebab dpt berinteraksi dgn kitaorg. hehe
Habis je semua tu, aku pun nak balik .
aku nampak eomma bawak hadiah. wow~ tak sangka dpt jugak hadiah.
Ada satu hadiah tu set pinggan dgn mangkuk isi kuah. Aku tanya eomma
"Ma, sape bagi ni? baik benor bagi pinggan mangkuk ni"
Eomma: Nilah A**** form 5 bagi .
Aku; hah? budak tu? budak yg tiap kali ada pertandingan bola sepak,bola jaring,rugby and so on tu? budak yg selalu naik pentas bila team- dpt juara tu? budak poyo tu !
( part yg poyo tu aku ckp dalam hati jelah)
Eomma: ha'ah budak yg putih tulah. dia tu anak orang kaya, ada syarikat sendiri. kalau cuti je rajin manage syarikat sendiri. baik, bagus.. blah3
Aku mcm *_+ (hahaha!)
Fine, masa mak aku ckp dia baik,bagus and blah3 tu. aku dah start rasa bersalah sikit (sikit aje!) sebab aku dgn pyqa kalau nampak aje budak tu terus keluar :
"Eh tgk tu budak poyo,budak poyo.."
Seriusly rasa berdosa pulak ckp dia mcm tu. tapi sebab dah terbiasa aku panggil jelah dia mcm tu. Maafkan aku A****. Hahaha.
tulah sape suruh kau buat muka poyo, selalu naik pentas, nyanyi atas pentas .. and anything else lagilah .
nampaknya mak aku sayang kaulah A****
Yang kelakar tu kan masa mak aku sebut nama A**** tu.
aku terdengar mcm "Izumi"
bunyi dua nama ni lain. tapi mcm mana aku boleh dgr mcm tu. Hahaah.
Nampak sgt tak suka bila dgr nama si budak poyo tu .
Masa ckp dgn eomma tu pun
"Izumi tu memang baik eh?" Sampai mcm tu aku punya angau sawan lalat pada Izumi.
Ni salah halkum dia tu!!
sape suruh dia tunjuk halkum dia?!!
kalau tak takdelah aku rasa mcm >_?
mcm tulah muka aku . tertanya kenapa terpikat kat halkum Izumi tu?
Pada yg membaca, jgn gelak kuat sgt,jgn ckp kat orang.
Lepas ni aku kena elakkan pandang halkum lelaki lah
(tapi izumi punya halkum tu memang ... O_0 tau. )
hahaha
1 comment:
hahaha~
kalau aku sesorang dekat rumah ni, dah lama aku ketawa kuat-kuat!
hm... senpai, senpai...
Post a Comment