Monday, January 9, 2012

Minggu ke-2 Sekolah

Annyong Haseyo everyone ~

kretkkkrektt.... (bunyi apa entah ni?)
bunyi ni ada aje kat luar time aku tgh taip entry ni

Yeah !!
dah minggu ke-2 sekolah
dan aku sangat relax.. mcm takde apa-apa aje
kerja sekolah hari ni semua dah buat kat sekolah
yelah .. dah namanya SCHOOL WORK buatlah kat sekolah
takkan nak buat kat rumah pulak ..
no way man

Kat rumah ... walaupun takde SCHOOL WORK
aku tetap kena bukak buku
revision apa yg akan dibelajar esok .

So, hari ni orang mcm berkurang .
tapi sebenarnya dewan sekolah aku makin sendat dan SOLID.
serius tak boleh bernafas... kalau nak kentut pun mesti kena mintak izin .
hahah!

pastu cikgu maseriyani siap suruh keluarkan buku catatan dgn pen
catat apa yg pengetua ckp tu ..
sememangnya, aku ni bukannya rajin sgt
tak pernah seumur hidup aku buat kerja mcm tu
yelah kerja "keluarkan buku dgn pen masa perhimpunan"
perghh~ mcm sekolah tasek pulak .. tasek satu lah

Budak form 4 dah makin berkurang sebab semua nak berambus
yelah .. dah dpt result cemerlang lupa diri
terus nak pindah sekolah ...
kalau boleh tak nak muncul langsung kat SMKBBU
kan?
biasalah budak pandai ...

Bila ramai yg masuk teknik ...
ramai jugak org nak pindah kelas..
yg tak layak masuk ST nak masuk ST
yg layak masuk ST tak nak masuk ST (aku lah tu)
yg masuk ST nak masuk PA

entah apa-apa ajelah korang ni ...
korang pilih kelas ni bukan suka-suka tau
tapi sebab cita-cita korang ..
katakanlah nak jadi doktor, fine masuklah ST tu
kalau nak jadi engineer , masuklah ST,MPV
kalau nak bertani sgt, masuk kelas SI
kalau nak jadi accountant masuklah PA

kan senang tu ...
dari skrg lagi patutnya dah kena set cita-cita
kalau tak tahu nak jadi apa ..
bolehlah cop tapak kaki korang kat bilik kaunseling
pstu tanya cikgu salwa ada tak ujian yg menentukan cita-cita
kiranya "ujian personaliti" lah


Then, hari ni takdelah tension sgt..
kalau minggu lepas bukan main tension
yelah .. bila aku kat luar bilik guru tu ada je cikgu ckp mcm ni
"kenapa awak masuk kelas MPV? sayang tau awak dpt 6A... blah blah .."

seriusly tak dengar pun dia ckp apa
pastu masuk bilik guru .. cikgu samsiah ckp lagi
"sabrina, kenapa tak masuk ST? sayang lah result baik mcm tu ... blah blah blah "
even mak zaman form 1,2,3 pun ckp mcm tu

cikgu sarah pun ckp
"kalau taknak masuk ST pun masuklah PA.. cikgu ada ... "
Aiii!! jeongmal ~!
aku nak aje ckp mcm ni
"cikgu tau tak selama ni masa KH, kerja saya tidur je .. time account saya tutup mata lagi..
skrg cikgu nak saya amik akaun pulak . apa kes ni ?!!"

cikgu suryani pun ckp mcm ni
"sab, kau betul masuk MPV ke? baguslah sab teruskan dgn minat kau tu ..nanti kau jgn download citer korea banyak-banyak pulak sab."
haha.. yeah-yeah for the first time (tapi apsal citer korea pulak ?.. haha)

Tulah dia...
yg paling buat aku tension minggu lepas ..
memang drama habis ...
bukan cikgu tu je ..
even cikgu thiyaga ckp mcm ni
"sabrina, awak betul taknak pindah kelas ni? kalau awak nak pindah ST cikgu boleh uruskan"

ni lagi sorang ... bertambahlah botak kepala aku ni ..
elok-elok ada rambut panjang lepas seminggu gerenti botak licin

kalau korang ada kat tempat aku apa korang buat?

dan hal eomma aku pulak ...
"ina, hasyir amik subjek ICT (teknologi) ina amiklah sekali "

aku dah buat muka selenge badak air kat sebelah eomma
apa hal pulak nama Hasyir disebut-sebut ni ?
aku dah boleh agak dah ... memang dia syg betul kat Hasyir KRK tu
Hasyir tu dulu budak KRK .. skrg kat 5MPV.. sama ajelah status dgn aku
dia budak 7A dah masuk teknik pun, tapi masuk SMKBBU balik
... haha... tak terkata bila dengar citer ni tahun lepas

Dan masuk hari ni hari 5 eomma aku asyik sebut nama Hasyir
aku pulak layan ajelah ..
memandangkan budak Hasyir ni senior setaraf aku
sebab dia masuk MPV..

Wey Hasyir, (aku biasa sebut hanyir... sebab nama dia susah nak sebut)
kau baik belajar baik-baik dgn eomma aku
eomma aku dah lah syg kat kau .. (seriusly jealous..tapi tukan hal sekolah)
baik kau dpt kan A+ mcm tahun lepas ..
apa pun good luck senior . (si Hasyir budak rambut kerinting ~..haha)
I tak like you .. haha ..

OKeylah ... satu minggu sekurangnya aku kena buat 2 post.
nanti hari sabtu aku sambung lagi ..
hari rabu ni ada mesyuarat kokurikulum
budak KAA.. masuk permainan PING PONG tau .
Assalamulaikum ..

rasanya nak tambah 2 subjek
1] tasawwur islam
2]ICT... ni semua hanyir(hasyir) punya pasal


No comments: