Wednesday, January 25, 2012

Happy CNY .. Yehaaa~!!

Annyong Haseyo

Dah berzaman aku tak menulis kat sini,
busy sikitlah .. kalau tak busy dah lama aku taip mcm-mcm post kat sini
tapi kalau taip banyak-banyak pun sapa ajelah nak baca blog aku ni
semua org dah start mengorak langkah ke SBP,MRSM,SMKA....
dan banyak lagilah ..
tinggallah aku sorang terpinga-pinga kat sini ..

Anyway, sekolah mcm mana?
mesti WEIRD kan ? yelah tak pasal dah jadi Junior untuk up secondary
dan SENIOR bagi down secondary .
tapi tahun depan bila dah form 5 ..
kita semua pun akan jadi SENIOR OF THE SENIOR.
Senior yg bakal membuli dan menggegarkan sekolah .
Hahaha.. udah lah tu . takyah nak market lebih-lebih dok !

Hari tu aku adalah phone dgn org MRSM ni ..
jom baca dialog dia
aku dan dia.

a; boleh saya tanya sikit tak ? kenapa tak ramai yang terpilih masuk mrsm kali ni ?
d; ohh.. ingat tak ujian nak masuk mrsm tu, kami org mrsm menilai para pelajar yg layak masuk ke MRSM dgn ujian tu .

a; ohh.. maksudnya kalau tak dpt banyak soalan makin tak dptlah?
d; lebih kurang mcm tulah ... soalan ujian tu kan susah, kami cuma nak amik yg betul-betul genius aje. kami sikit pun tak pandang result PMR diaorg, kami pandang markah ujian yg mereka sendiri buat .

terkejut aku. tak pandang result PMR? perghh hebat giler.

a; ooo... jadi bila awak pilih budak tu awak masukkan ke MRSM top 3 ke?
d; ya, mcm tulah kisahnya. kami hanya nak yg terbaik.

a; mcm mana dgn form 1, diaorg dah belajar ke?
d; setakat ni diaorg still main kejar-kejar dan main indoor game. sampai bulan 6 ni diaorg still orientasi

Perghh ~!! kalaulah aku form 1 tahun ni .. memanglah best pergi lawatan sana sini mcm
kat MRSM ni . Untung wey ~!!

a; err.. mcm mana pulak dgn MRSM pasir gudang.. saya tgk MRSM tu kosong aje
(bakal menjadi MRSM aku tak lama lagi rasanya.. haha)

d; MRSM pasir gudang akan menjadi MRSM paling elit.
a; takde benda freelah ni kiranya?
d; ya, semuanya akan dibayar .. budak yang ada pun mungkin kebanyakan org kaya dan sederhana.

a; mak saya nak saya masuk MRSM tu dan dia akan bayar semua yuran
d; boleh,.. masuk aje. ada mcm-mcm aliran.. awak aliran apa?
a; aliran seni pluss GB (dgn hidung kembang kempis)
d; mungkin awak boleh amik ICT . sebab GB tak ditawarkan.

Aku sudah tergelak-gelak . ngeks! aku main-main aje..
tapi part yg mak aku nak masukkan tu betul lah
bulan jun ni . huhu..(aku belum beri kata putus lagi, sebab aku dah start suka kelas tu)
korang pun bolehlah ... agaknyalah
lagipun nanti semua budak form 4 yg baru terpilih akan disumbat kat pasir gudang

eomma; kalau ina masuk mrsm mak bayar semua yuran dia.

entah apa agenda eomma ni nak aku masuk mrsm tu .
takkan lah lepas ni dia nak sumbat aku masuk UniKL kat sebelah tu ??
no way man .. aku tgk aje pun dah meremang bulu roma.
dah lah kawasan mrsm pasir gudang tu sunyi , takde 7/11,takde tesco,jusco,angsana..
semuanya jauh !

Lagipun tiap2 tahun aku duduk mrsm , siap main basikal lagi .
siap bagi ikan makan lagi ..
takyah lah kot eomma. org malas nak duduk asrama ni .
memanglah asrama dia lawa giler masa lawat tu .
tapi kuarters cikgu lagi lawa dari asrama dia .
cis cheezynut betul ~

masa CNY ni rajin betul org main bunga api +mercun.
jaga-jagalah keselamatan .

Okeylah, aku tak nak lagi panjang .

at miqi, kalau masa kau masuk SMKA kau takde kawan
cari je nama budak Wan Syakirah dgn Maisarah. dgn Iqmal Syuib.
diaorg tu semua member aku . sebaya dgn kau .
kalau nak suruh kau cari cousin aku si Amirul tu memang tak arr jawabnya.
bayang entah kemana , org entah kemana ..
lagi pun nama penuh dia langsung aku tak ingat.
yelah selalu sgt panggil

"mirul .. "
"mirul .."
tapi nama bapak dia aku ingat pulak . ..
dia skrg form5 .. PMR 9A. hobi main PS2 sampai tgn bengkak .
(NI Kes jealouslah sebab dia mampu main game dgn happy tapi result bukan main gempak)

bila balik kampung , kerja sekolah entah kemana aku pun tak tau
bila tanya
"mirul kerja rumah kau ..... " tak habis lagi soalan
"aku takde kerja rumah lah " menjawab aje kerja. budak SMKA takde homework? pelik!

tukang pasang Animax pun dia juga.
skrg .. dia dah pun rabun dgn senang hati mcm aku .
Hahaha~!

Aiii sudah, bercerita pulak pasal cousin aku yg mcm alien ni kat sini
dibuatnya malam ni dia bersin ke haper susah aku .
tak pasal2 adik dia yg sebilik dgn dia pun kena jangkitan .

stop ,stop ..
okey ... byebye

Monday, January 9, 2012

Minggu ke-2 Sekolah

Annyong Haseyo everyone ~

kretkkkrektt.... (bunyi apa entah ni?)
bunyi ni ada aje kat luar time aku tgh taip entry ni

Yeah !!
dah minggu ke-2 sekolah
dan aku sangat relax.. mcm takde apa-apa aje
kerja sekolah hari ni semua dah buat kat sekolah
yelah .. dah namanya SCHOOL WORK buatlah kat sekolah
takkan nak buat kat rumah pulak ..
no way man

Kat rumah ... walaupun takde SCHOOL WORK
aku tetap kena bukak buku
revision apa yg akan dibelajar esok .

So, hari ni orang mcm berkurang .
tapi sebenarnya dewan sekolah aku makin sendat dan SOLID.
serius tak boleh bernafas... kalau nak kentut pun mesti kena mintak izin .
hahah!

pastu cikgu maseriyani siap suruh keluarkan buku catatan dgn pen
catat apa yg pengetua ckp tu ..
sememangnya, aku ni bukannya rajin sgt
tak pernah seumur hidup aku buat kerja mcm tu
yelah kerja "keluarkan buku dgn pen masa perhimpunan"
perghh~ mcm sekolah tasek pulak .. tasek satu lah

Budak form 4 dah makin berkurang sebab semua nak berambus
yelah .. dah dpt result cemerlang lupa diri
terus nak pindah sekolah ...
kalau boleh tak nak muncul langsung kat SMKBBU
kan?
biasalah budak pandai ...

Bila ramai yg masuk teknik ...
ramai jugak org nak pindah kelas..
yg tak layak masuk ST nak masuk ST
yg layak masuk ST tak nak masuk ST (aku lah tu)
yg masuk ST nak masuk PA

entah apa-apa ajelah korang ni ...
korang pilih kelas ni bukan suka-suka tau
tapi sebab cita-cita korang ..
katakanlah nak jadi doktor, fine masuklah ST tu
kalau nak jadi engineer , masuklah ST,MPV
kalau nak bertani sgt, masuk kelas SI
kalau nak jadi accountant masuklah PA

kan senang tu ...
dari skrg lagi patutnya dah kena set cita-cita
kalau tak tahu nak jadi apa ..
bolehlah cop tapak kaki korang kat bilik kaunseling
pstu tanya cikgu salwa ada tak ujian yg menentukan cita-cita
kiranya "ujian personaliti" lah


Then, hari ni takdelah tension sgt..
kalau minggu lepas bukan main tension
yelah .. bila aku kat luar bilik guru tu ada je cikgu ckp mcm ni
"kenapa awak masuk kelas MPV? sayang tau awak dpt 6A... blah blah .."

seriusly tak dengar pun dia ckp apa
pastu masuk bilik guru .. cikgu samsiah ckp lagi
"sabrina, kenapa tak masuk ST? sayang lah result baik mcm tu ... blah blah blah "
even mak zaman form 1,2,3 pun ckp mcm tu

cikgu sarah pun ckp
"kalau taknak masuk ST pun masuklah PA.. cikgu ada ... "
Aiii!! jeongmal ~!
aku nak aje ckp mcm ni
"cikgu tau tak selama ni masa KH, kerja saya tidur je .. time account saya tutup mata lagi..
skrg cikgu nak saya amik akaun pulak . apa kes ni ?!!"

cikgu suryani pun ckp mcm ni
"sab, kau betul masuk MPV ke? baguslah sab teruskan dgn minat kau tu ..nanti kau jgn download citer korea banyak-banyak pulak sab."
haha.. yeah-yeah for the first time (tapi apsal citer korea pulak ?.. haha)

Tulah dia...
yg paling buat aku tension minggu lepas ..
memang drama habis ...
bukan cikgu tu je ..
even cikgu thiyaga ckp mcm ni
"sabrina, awak betul taknak pindah kelas ni? kalau awak nak pindah ST cikgu boleh uruskan"

ni lagi sorang ... bertambahlah botak kepala aku ni ..
elok-elok ada rambut panjang lepas seminggu gerenti botak licin

kalau korang ada kat tempat aku apa korang buat?

dan hal eomma aku pulak ...
"ina, hasyir amik subjek ICT (teknologi) ina amiklah sekali "

aku dah buat muka selenge badak air kat sebelah eomma
apa hal pulak nama Hasyir disebut-sebut ni ?
aku dah boleh agak dah ... memang dia syg betul kat Hasyir KRK tu
Hasyir tu dulu budak KRK .. skrg kat 5MPV.. sama ajelah status dgn aku
dia budak 7A dah masuk teknik pun, tapi masuk SMKBBU balik
... haha... tak terkata bila dengar citer ni tahun lepas

Dan masuk hari ni hari 5 eomma aku asyik sebut nama Hasyir
aku pulak layan ajelah ..
memandangkan budak Hasyir ni senior setaraf aku
sebab dia masuk MPV..

Wey Hasyir, (aku biasa sebut hanyir... sebab nama dia susah nak sebut)
kau baik belajar baik-baik dgn eomma aku
eomma aku dah lah syg kat kau .. (seriusly jealous..tapi tukan hal sekolah)
baik kau dpt kan A+ mcm tahun lepas ..
apa pun good luck senior . (si Hasyir budak rambut kerinting ~..haha)
I tak like you .. haha ..

OKeylah ... satu minggu sekurangnya aku kena buat 2 post.
nanti hari sabtu aku sambung lagi ..
hari rabu ni ada mesyuarat kokurikulum
budak KAA.. masuk permainan PING PONG tau .
Assalamulaikum ..

rasanya nak tambah 2 subjek
1] tasawwur islam
2]ICT... ni semua hanyir(hasyir) punya pasal


Thursday, January 5, 2012

Cita-Cita dan Angan-angan

Annyong !
Hello! Hello!

Hari ni second day for school .
Second day menjadi Senior High School
tapi .. tapi ..
bila jadi high high school ni
aku tak rasa aku senior, sebab aku form 4..
of courselah yg paling senior Form 5
kalau aku form 5 nanti boleh lah ..
panggil ... Senior of the Senior ~
hoho..

Pergi sekolah dgn perasaan tak teruja.
tiba-tiba aunty pyqa kata
"bila kita nak belajar amik gambar ni? tak sabarnya"
Yeah~

Bercakap pasal amik gambar ..
kat kelas MPV ni aku bakal belajar cara mengambil gambar
dgn camera sebesar badak dgn betul , mengikut sudut tepat dan mcm-mcm
lepas tu .. gambar yg di capture
akan di edit menggunakan Adobe photoshop .. terbaru .
semua budak MPV akan buat benda tu
sebab benda tu termasuk dalam kerja kursus.

Kalau aunty tak sabar nak amik gambar
aku tak sabar nak cipta Animasi guna Studio Max 3D.
Haha..
semestinya, lepas aku habis pengajian nanti
aku nak kerja Les Copaque punya company.

Les Copaque Company adakah awak still ada jawatan kosong pada 10 tahun akan dtg?

Saja saya tanya. nanti saya nak datang temu duga .
Haha... fighting~!

tak pun aku nak kerja kat syarikat tv .
yg paling nak kerja mestilah SBS kan ...
aku nak kerja edit-edit video dia,
lagi-lagi video RUNNING MAN.

sudahlah kau sab, SBS tu jauh sgt..
S One kat astro tu tak nak tolong pulak .
padahal dekat aje..

Kalau kerja situ kerja aku penterjemah bahasa ajelah
yelah, ada drama kat channel tu pakai BM punya subtittle.
ngek betul~

apapun yg penting aku happy dgn apa yg aku buat..~
kalau tak happy aku akan kata
"Ahhh STRESS~ " dgn style KANG GARY
setuju? setuju ?
hahaha...

Apapun .. belajar baik-baik .
walaupun aku pandai tapi tak semestinya kelas ST tu sesuai dgn aku .
and please stop tanya soalan
"sab kenapa kau masuk MPV?"
aku benci dgr soalan tu ,
aku akan pastikan aku berjaya nanti...
Just see and wait.. animasi terhebat selepas 10 tahun
haha.. main-main aje.

nanti kan, aku nak buat animasi pasal KAA boleh tak ?
hehe... (ber DREAM HIGH lah kau sab)

tulah dia cita-cita aku . Grafik Engineer.

Bukak tajuk cita-cita sebab tadi belajar sivik pasal "Wawasan Diri"

okeylah nak check homework .

Untill the next post.

Wednesday, January 4, 2012

Tahun 2012 dan saya dah Form 4

Yeah ~
Annyong Haseyo

4 January 2012 merupakan tarikh permulaan bagi
pelajar sekolah menengah mahupun sekolah rendah

bagi darjah 1 ada orientasi
bagi form 1 pun ada orientasi
aku jealous sebenarnya, dulu masa aku form 1 takde pun orientasi
nak pergi jamban carilah sendiri !
haha..

Aku rasa bila tgk kalendar tu .. mcm tak percaya
lalu berkata " eomma tahun ni (2012) umur orang bape eh?"
umur sendiri pun aku tak sure

Bangun pagi hari ni aku nyanyi

"bangun pagi
gosok gigi
pergi mandi
minum kopi ... (bukanya minum kopi pun)

entah apa-apa aje..
pastu
my HEARTBEAT suddenly feel like this
"oh.. can you feel my heartbeat" aku ckp dgn image Nichkhun
Nichkhun pun jawab " Of Course, it beat faster than ussually"
ngek ~

Sampai sekolah je ,
rasa mcm baru kali pertama aku sampai kat sekolah ni
"eh aku kat mana ni?"
boleh tanya lagi mcm tu ..
maklumlah dah berzaman dah dtg sekolah
last dtg sekolah masa amik result PMR
lepas tu .. haram jadah aku nak dtg situ

aku pun jalan-jalan mencari makan
takde sapa pun aku jumpa
kalau kenal pun aku akan buat tak kenal je
Haha...
takdelah, sebenarnya semua org pun aku kenal

Perhimpunan .. dijalankan dgn penuh semangat
dari jauh lagi "apasal aura Harvind ni lain mcm je eh ? lagi hitam dari sunglasses"
aku tak maksudkan kulit dia eh .. (jgn nak memandai korang ni)
aku banyak sgt tgk cerita SKIP BEAT sebab tu boleh tahu pasal aura ni

Time pengetua speech tu ..
haha.. semua org dah buat suara pelik .
serius bosan kalau dia yg bercakap
tapi kalau cikgu noraini ckp lagi bosan ..
better ayahanda aje yg ckp .. SIMPLE. tulah dia punya character

pengetua panggil sorang-sorang budak yg dpt straight A
dan nama pertama of courselah my cicit
haha.. lepas tu, hafa, dijah .. dan sapa-sapa yg sepatutnya

Tamat je perhimpunan ..
sesi masuk kelas pulak .
untuk form 4 kami semua kena tunggu
sampai nama kami disebut-sebut dan di eja-eja ..
baru kami boleh masuk kelas tu
haha

Aku awal-awal lagi dah tahu aku masuk 4ST2
sebab math aku B
tapi aku ada mohon MPV (multi purpose vehicle " yaya yg kata)
jadi aku dapat MPV
dah 3 tahun berturut-turut aku duduk kelas depan
apa salahnya kalau tahun ni aku nak merasa duduk kelas belakang-belakang pulak
tak salah kan ?
Hahah..

Sekarang carta organisasi kelas aku :

Ketua: Syafiq ( tahu dari kelas mana, tapi muka kenallah)
Penolong : Izzaty ( panggil izzat je .. haha)
Bendahari : Iza Liana (ttak kenal langsung)
Ajk keceriaan : Zaleha ( panggil Leha je, haha)
Ajk Perabot :Afiq (cousin pak din)
Ajk Subject :

BM- Ungku (lelaki lah)
BI-Baharani
MM - Chu Wei Hong ( panggil Chu je, mcm lagu Chu tu ..haha)
SEJ- aku lah tu
PI - Assraff (budak paling tinggi dan besar)

subjek lain aku tak ingatlah

Masa rehat ... semua berkumpul balik dgn happy
(happy ke? rindu adalah )
potpetpotpet...
aku tanyalah nak masuk kelab apa?
kelab boling dah tutup ..
tetiba yaya kata " masuk kelab ping pong lah sab"
ceh, mentang-mentang rumah ada stadium PING PONG kecil-kecilan
ajak masuk kelab ping pong pulak
dulu masa form 1 aku AJK kelab ping pong tau ...
kalau aku ckp dgn adik yg aku masuk permainan ni
dia akan kata
"kelab TING TONG tu baguslah untuk mental .. "
Jeongmal babogateun ~!


Habis rehat..
kelas cikgu thiyaga
perghh ~ 3 masa sekali
tau tak kesuluruhan masa Grafik Berkomputer tu bape?
semuanya 8 MASA TAU !!
hari ni 3 masa, esok tiga masa,, jumaat 2 masa ..
whoa~
Bilik GB tu betul-betul mcm kat kutub
giler sejuuk ... boleh jadi SNOWGIRL aku kat situ

Anyway, cikgu terang kan pasal apa GB itu dan ini
then, buat ujian kelayakan ..
serius soalan mcm budak tadika..
padankanlah, lukis bentuk itulah inilah..
kalau dia suruh buat pelangi pun aku boleh buat rasanya..
InsyaAllah

cikgu bagi Pendrive setiap sorang untuk tulis nama ..
4GB tau ..
sebenarnya mulut aku nak tanya
"cikgu beli ni masa PC FAIR hari tu ke ?"
tapi tak terkeluar ... sebab aku duduk depan sekali ..
sadis giler... tapi oklah . boleh nampak skrin

Alang-alang... terjumpa kawan lama ..
kawan masa darjah 1 dulu .
kalau korang duduk JB ni takyah heran kalau terjumpa kawan darjah 1 ke, tadika ke,,
sebab memang gerenti akan terjumpa..
nama dia Iqmal Daniel .
budak paling kememeh yg pernah aku jumpa sejak darjah 1 sampai skrg..
dulu dia tak reti baca, tak reti kira, homework pun tak sentuh...
dah hampir nak dekat dgn Fauzan tu ..(Dia pun malas buat homework dulu )

dialog kitaorg mcm ni lah
a: kau ni dulu taman suria kan ?
d: ha'ah .. kau kenal aku ke?

memang dasar lelaki ...

a: dulu aku 3 musytari
d; kelas cikgu nazifah tu ke?
a; yelah ..
d; apsal aku tak ingat ha?

memang dasar lelaki !!!

kureng awesome punya budak ..
Tapi lepas tu kitaorg pun berbual lah mcm biasa...


mcm tujelah ... hari ni punya kisah ..

takdelah boring sgt ,
dan aku akan berkenalan lagi dgn budak kelas aku

Kelas 4MPV kelas aku sekarang dan tahun depan
tapi dalam hati tetap rindu sgtttt... kat 3KAA
agak-agak boleh tubuhkan 4KAA dan 5KAA tak?
hahaha!
Mustahil sab, its just a DREAM HIGH

i DREAM HIGH 4KAA..
hindeul ttamyeon nae gumgol gamgo ...
hhahha!
stoplah karut lagi mengarut kau tu sab..

ok .. see ya next post..