Thursday, May 17, 2012

Happy Teacher Day

Annyong Haseyo~

Hey You! hahaha 

Pagi-pagi nak pergi sekolah dah start rainy . aduhai~
aku ni bila masuk bab hujan terus lemah. sebab aku ni memang tak boleh kena hujan nanti *hatchumhatchumhatchum >_>  nanti muka aku jadi mcm nilah. hahah

Masa nak masuk dewan tu.. aku mcm rasa something redup je kat atas kepala aku ni. macam takde lampu je yg menyala kat  pintu aku masa masuk tu (taulah aku bukan VIP! ) 
 Rupanya ada benda alah yang dalam gambar tu atas kepala aku. Diaorg tiup belon tu pastu letak dalam satu jala ikan. then, diaorg ikat kat atas pintu dewan masuk. plus kat pintu dewan tu dah bentang carpet merah. walaupun aku tak pernah tau kenapa mesti carpet merah . 
tapi aku lagi prefer carpet rainbow. Masa pijak atas rainbow carpet tu baru terasa "I believe I can Fly " 
hahaha

 Hah! mcm nilah carpet tu. tak sangka jumpa jugak kat google images. seriusly kalau nak apa-apa images cari jelah kat situ. senang cerita.  Lawa kan kalau diaorg bentang karpet ni. Kalau diaorg taknak takpe, nanti kalau aku kahwin carpet ni mesti ada. hahah ( gurau je <_<) 

Dalam bape minit gitu bermulalah majlis Hari Guru SMKBBU 2012 ni.
Cikgu-cikgu semua dah masuk tapi diaorg ni masuk lalu pintu lain bukan pintu yang ada belon tu dengan alasan hujan. Hujan memang lebat. sampai aku pun menggigil kesejukan. sampai sekolah baru terfikir nak bawak baju sejuk sebab nampai ramai budak lelaki pakai sweater. 
"konon smart arr tu" . Aku ckp  mcm tu dalam hati. Padahal memang smart pun .Wahahaha 

Acara dimulakan dengan Nyanyi 3 buah lagu.
Lagu negeri johor, lagu sekolah dan lagu negaraku atas bimbingan cikgu syakirah. Lepas tu ada ucapan dari ketua pelajar , Mahsuri bt Khalid. Aku tak sangka sejarah berulang semula. Budak perempuan jadi ketua pelajar. Terasa lain memang lain. tapi kalau tu cara yg adil,aku tak kisah. lagipun mahsuri tu senior rapat aku. Fighting senior! 
Ucapan dari ketua pelajar adalah dalam 3 minit gitu, tapi aku bukannya dengar pun. ucapan dari cikgu syakirah pulak, dia ketua KEBIRU sekolah. Ucapan cikgu lagi pendek rasanya. tak sempat aku nak berfeeling-meeling mendengar ucapan dia. lepas tu ucapan penolong kanan . dia baca perutusan. 

Dia siap kata "perutusan ni panjang sikit " 
oMO! kenapala dia ckp ayat tu. takkan dia tak tahu budak sekolah aku memang sgt allergic dgn ucapan. even karangan ucapan pun diaorg hampeh tak sentuh. pandang dua belah mata pun tidak. Isy3 
Last yg bagi ucapan is our Pengetua sekolah. Dia ceritalah pasal cikgu sekolah rendah lagi banyak dpt hadiah dari cikgu sekolah menengah. 


Kat situ aku dah dpt satu conclusion: Jgn ajar budak sekolah menengah
Pastu dia cerita lagi, semalam dia teman cucu dia pergi beli barang. bila dia tanya nak bagi hadiah cikgu bape orang. cucu dia kata "11 orang" . tapi bila sampai budak sekolah menengah mak tanya nak bagi hadiah ke tak ? 
of courselah kan budak tu cakap "tak payah~" 


kalau dulu zaman sekolah rendah dengar aje kata cikgu. kata eomma dan ayah aku hampeh jugaklah nak dengar. Dulu aku tak suka cikgu, sebab kadang-kadang aku dpt rasa dia ajar mcm tak ikhlas. bila aku dpt rasa mcm tu aku akan jadi senyap aje masa belajar. takde rasa excited langsung. Oleh itu, aku selalu berdoa supaya aku dpt cikgu yang ikhlas mengajar aku. Biar ilmu tu berkat. ..huhu nostalgia betul .Pengetua pun menangis tau masa berucap tadi. tapi aku je yg lambat sikit feeling. siap tanya diri sendiri 
"Nak nangis sebab apa hah?" malu arr nak nangis, sebab belah kiri aku tu ada selonggok budak laki. dah lah junior plus senior. Malu wey~!




Habis je semua ucapan, keluar pulak UDA MC. kalau korea ada nation MC. Uda pun ada MC. haha
persembahan pertama oleh budak KAA 1,2,3 
tapi FANS takde pun dalam tu. sebab semua budak choral speaking arab + terjemahan melayu tu sama tinggi. 
memang sekali pandang pun dah tau yang dia takde. tambah terkejut bila pandang kiri, ternampak FANS tengah duduk dan berbual dgn happy. mcm lega aje takpayah masuk choral speaking tu . 


Kisah choral speaking tu pasal pergi sekolah. To yaya: baca cerita ni . 


* Kringg*  jam loceng berbunyi 
"bangun,bangun!" . " alamak dah lambat" . Lalu dia berjalan ke sekolah . 


*Di kelas*  

"mana buku kamu?" .  

"tak bawakkk cikguuu..." memang panjang giler harakat dia cakap tu . haha


Zasss! (bunyi rotan ayahanda ) 
"kawan-kawan , lain kali jgn lupa bawak buku pergi sekolah."


= jap. yg bestnya part ni masa budak-budak tu buat gaya rotan ayahanda and bunyi zass. kitaorg yg kat bawah pentas semua pandang ayahanda. ayahanda senyum je. hahaha. happylah tu 


*hari sukan* 
belah kanan =" tarik -tarik!!" 
belah kiri balas balik= " tarik balik, tarik balik" 
All= "Hari sukan merah biru ke LAUT..~ hijau kuning ke darat.. (part ni kureng sikit jelas.)




Okeylah sampai situ jelah yg aku ingat. tapi seriusly memang kelakar. kalaulah aku bawak camera mesti boleh rakam.
jealous tgk budak-budak bawak GALAXY TAB pergi sekolah pastu amik gambar and video sesama. 


Persembahan seterusnya ialah nyanyi,nyanyi dan nyanyi . 
yg tu sgtlah boring. aku ni harap aje ada orang acting and dancing. kalau nyanyi tu aku tak heran pun.~ 


Lepas rehat ada ceramah. nampak mcm tak best. tapi berdekak jugak aku ,nenda,aunty and anis ketawa. 
Well, tahniah pada penceramah sebab dpt berinteraksi dgn kitaorg. hehe


Habis je semua tu, aku pun nak balik . 
aku nampak eomma bawak hadiah. wow~ tak sangka dpt jugak hadiah. 
Ada satu hadiah tu set pinggan dgn mangkuk isi kuah. Aku tanya eomma 
"Ma, sape bagi ni? baik benor bagi pinggan mangkuk ni"

Eomma: Nilah A**** form 5 bagi . 

Aku; hah? budak tu? budak yg tiap kali ada pertandingan bola sepak,bola jaring,rugby and so on tu? budak yg selalu naik pentas bila team- dpt juara tu? budak poyo tu ! 
( part yg poyo tu aku ckp dalam hati jelah)


Eomma: ha'ah budak yg putih tulah. dia tu anak orang kaya, ada syarikat sendiri. kalau cuti je rajin manage syarikat sendiri. baik, bagus.. blah3


Aku mcm *_+ (hahaha!)
Fine, masa mak aku ckp dia baik,bagus and blah3 tu. aku dah start rasa bersalah sikit (sikit aje!) sebab aku dgn pyqa kalau nampak aje budak tu terus keluar :
"Eh tgk tu budak poyo,budak poyo.." 


Seriusly rasa berdosa pulak ckp dia mcm tu. tapi sebab dah terbiasa aku panggil jelah dia mcm tu. Maafkan aku A****. Hahaha. 
tulah sape suruh kau buat muka poyo, selalu naik pentas, nyanyi atas pentas .. and anything else lagilah . 
nampaknya mak aku sayang kaulah A****


Yang kelakar tu kan masa mak aku sebut nama A**** tu. 
aku terdengar mcm "Izumi" 
bunyi dua nama ni lain. tapi mcm mana aku boleh dgr mcm tu. Hahaah.
Nampak sgt tak suka bila dgr nama si budak poyo tu . 
Masa ckp dgn eomma tu pun 
"Izumi tu memang baik eh?" Sampai mcm tu aku punya angau sawan lalat pada Izumi. 


Ni salah halkum dia tu!! 
sape suruh dia tunjuk halkum dia?!!
kalau tak takdelah aku rasa mcm >_? 
mcm tulah muka aku . tertanya kenapa terpikat kat halkum Izumi tu? 
Pada yg membaca, jgn gelak kuat sgt,jgn ckp kat orang. 

Lepas ni aku kena elakkan pandang halkum lelaki lah 
(tapi izumi punya halkum tu  memang ... O_0 tau. )
hahaha



Tuesday, May 15, 2012

My Style ~

Annyong Haseyo! 

Bulan mei ni ada beberapa hari yg bolehlah dipanggil istimewa kan? 
Esok dah 16 mei, maka sambutlah satu malaysia ni HARI GURU. apa slogan tahun ni erk? 
tak tau , tak tau ~ 

 Yeah! Happy Teacher Day To all the Teachers~

Dengar kata ada selebriti datang esok ? ye ke? betul ke?
Mcm-mcm soalan dtg dalam kepalah aku ni 
mulanya esok ingat nak cuti-cuti buat sendiri 
tapi bila fikir balik
kalau aku duduk rumah sape nak bagi makan aku ?
sapa nak masakkan untuk aku? 
boring,boring ~ (pasal takde makanan)
lainlah mak korang, duduk rumah .. suri rumah pulak tu 
bolehlah korang melantak hari-hari 
aku satu hari makan nasi sekali je tau 
yelah, beras dah mahal , minyak dah nak habis ..
pergi mana-mana pun jumpa minyak paket je
adohai~ 

yg ada bibik tu lagilah ~
amboi makan~ 3 kali tambah, jgn lupa baca bismillah kalau makan tu 

ni kes jeles ke haper aku pun tak tau.
maknanya skrg ni aku tgh menaip post dalam keadaan perut yg berbunyi dgn berbagai jenis instrumen.
boleh aje kalo nak buat orkestra ke simfoni ke 

---------------------

Mid Term exam dah nak habis. 
tapi budak sains baru je nak start berperang dgn subjek sains tulen dia yang berlambak-lambak mcm pasar lambak tu.
Haha!
Aku ni nak letak harapan dpt result cemerlang dgn rama-rama terbang memanglah tidak~ 
belajar pun takdelah beriya mana , tapi nak result cemerlang
tidur je adalah ~ 
eomma pun kata, " tidur je kerja, bila masanya belajar pun mak tak tau."
tapi style lah tu kan ? 

 
 Kan best kalau setiap kertas, setiap orang boleh dpt 'benda' yg kat dalam gambar tu dgr mudah . aku kalau dpt cop tu dah lama aku cop semua kertas periksa aku dgn benda alah tu . Hahaha
habislah aku kena tempeleng dgn mak aku ~ 

Minggu ni 3 hari je aku freedom 
minggu depan dah start balik exam
so sab, kau takyah nak berlagak sgt ketawakan budak Sains tak tulen tu . kau pun sama je~ iyelah

Sesiapa yg membaca sila jgn ikut style saya ni 
ia amatlah tak bagus . 
masa exam mid term dgn final term belajar lah betul-betul 
kalo ujian tu lain ceritalah, jawab 15 minit dah boleh tidur .
pasal masa dia biasa 1 jam aje . 

kalau periksa ni sampai 2jam 30 minit. 
aku jawab satu paper tu satu jam 15 minit aje . 
frust je aku jam kat tgn aku ni 
"bilalah nak habis masa ni ~.. " 
tidur jelah kerjanya , apalagi kan . 
My Style :D 

 

 

Sunday, May 13, 2012

Sejarah = History

Assalamualaikum , 
Annyong Haseyo!

Sebenarnya aku tertanya kenapa aku menaip di sini. 
Sab, kau tak tau ke kau periksa sejarah esok ??!! 
Omo~ baru aku teringat .. hahaha

Okeylah. Dah kantoi esok aku periksa sejarah . tapi sekarang still nak taip blog sambil dengar lagu SHERLOCK by Shinee. lepas dengar lagu Shinee's tu. dengar lagu yang ada kat Immortal Song semalam. Lagu JYP= Jang Yang Pi tajuk dia Honey. Ohh..melody dia cukup catchy. 
Even JYP pun terkejut tengok Niel Teen Top nyanyi. Dia suka, sebab tu dia puji diaorg. Pada aku JYP ni memang berbakatlah. Sebab tu dia boleh bertahan dalam industry seni kat negara dia.Tak caya tengok Running Man episod 92. Jeongmal Daebak! hahaha

 History,history ,history ~
Tomorrow History~ 
Dear you should be Happy ~
Lalalalala ~ 

(Err..kalo nak nyanyi lagu atas tu, bolehlah guna melody MISTERY by Beast) 
Hahaha. Boring punya pasal . 
Kalo dah aku dapat jadi composer nanti, aku kena cari ilham banyak-banyak . Kan?

Okey guys, sesapa yang rasa ada History esok selamat menjawab. Good Luck Yo! 
 

Tuesday, May 8, 2012

Laugh is the thing I need

Assalamualaikum, 
Annyong Haseyo ~

Aku ni sebenarnya tengah mid term exam 
tapi nak jugak nak tulis kat sini 

nampak gambar atas tu ? hahaha 
bila tgk gambar tu, first thing yang korang kena buat is LAUGH. 

Aku harap ketawa aku tidak akan berkurangan bila usia aku meningkat.
tulah tujuannya aku buat post ni 
I thing that my laugh will become less as my age become more 

Apalagi ~ ketawalah