Assalamualaikum...
Alhamdulillah semua debaran masa menunggu result spm yang dikatakan oleh kawan aku hilang dari radar skolah telah pun landing dengan selamat. (Tu ayat kawan2 guwa la.. diorg kan kreatif. Haha)
Okey.meh nak citer result aku dan kawan-kawan yang lain.
Aku ni taklah hebat...amik pun bidang sastera je. Tapi kawan-kawan aku yang lain ada ramai la yg amik bidang sains. Jadi aku harap diorg manfaatkan ilmu yg diberikan. Jgn pernah rasa diri tu hebat sedangkan ada lg org yg lagi hebat dari kita. *terselit ayat motivasi pulak*
Dari 10 subjek...ye kat skolah uda aku tu..ada 2 orang yg amik 10 subjek. Tapi tak ramai tau sebab guwa jenis org yg tanya baru guwa akan cerita. Ye..jgnlah korang main sesuka hati bercerita yg best pasal korang sedangkan org tu tak tanya. Bukan apa..takut dia terkecil hati. Yesh..bukan jgk nak menjaga hati org tu..tapi seseorang tu bila sakit hati dia akan pendam je...thats even worse. Jgn biar dia buat mcm tu sebab boleh mendatangkan penyakit angin kus kus yg berbau telur tembelang .. haha
*sebenarnya ni merujuk pada diri sendiri gak. Aku cuma akan ckp bila org tanya je. Kalo tak tanya ..silakan diam. Sebab hati manusia ni ada mcm2...kenalah faham.*
Masa duduk duduk kat dewan besar skolah aku tu..yesh.. bila ditengok majoriti budak perempuan pakai baju kurung tapi ada jugak yang pakai baju biasa. Apa yang pasti aku pakai baju kurung warna hitam sebab aku konon ala ala berkabung la. Haha.
Sekali sampai sekolah tengok... budak perempuan semua pakai baju warna ceria - ceria belaka. Aku macam *DIORG NI ADA PERASAAN KE TIDAK!!*
Bila tengok budak lelaki pulak... hahaha *bagi aku gelak dululah*
Diaorg lagi la..double triple badi berkabung sebab majoriti budak yang duduk kat depan tu..*antara barisan pertama dan ke -6 la..*
Diorg pakai baju serba hitam..seluar hitam..rambut hitam..kasut pun...hahaha nasib baik muka tak...*oppss..tak ckp apa2.. jgn terasa. Ampunkan saya!*
Ada bape org je yg baik hati nak mencuci mata aku dari warna badi berkabung dengan pakai kemeja yang biasa-biasa. Haha.. terima kasih kat orang tu..(kamal dgn fauzan).... pagi-pagi sampai skolah kan...dlm kul 8.45 pagi la. Takkan malam pulak kan..haha
Taklimat tu ckg start kul 8.30..tapi sebab pukul 8.30 aku baru keluar dari rumah..apa yang kau boleh expect dari orang yang jalan kaki dari rumah ke sekolah nak sampai dalam masa 5 minit...haha. dah lah kat skolah agama depan rumah aku tu jalan jem...nasib baiklah aku ni berpakaian cantik lagi ayu..so ada satu kereta berhenti bagi aku lalu.haha
Pastu sampai je dah ramai orang.Aku pun duduklah barisan belakang antara 12 dan 14 la.. takdelah belakang sangat. Still boleh nampak cikgu.. kat depan semua dah penuh weyy...lagipun nak ke aku duduk depan dengan keadaan ibu jari kaki aku berinai cantik dan comot ni...tak pasal-pasal lena tegur dengan budak- budak tu. Haha
Okey..jam dah kul 10 pagi..kalo malam aku dah get ready nak tido kut. Akhirnya berjalanlah pengetua dan yang dipertua PIBG ke dalam dewan. Tgk muka pegetua macam sedih gak ahh.. *hati aku dah mcm degapdeguphatikutakberhenti*
Pak cik Zahrin pun berucap...sebenarnya aku paling suka dengar dia cakap sebab dia suka cerita..pengetua pun..aku SUKAlah jugak dengar dia cakap. Tapi kalo topik marah-marah kitaorg ramai memang aku rasa masa tu nak je amik tisu tutup telinga dengan tisu berlapik lapik. Haha.. jahat noo aku ni..
Sampailah masanya untuk nama-nama yg terbaik di panggil. Sebenarnya..nak cerita mcm ni la..aku tak letak harapan nak naik pentas sama sama dengan budak-budak uda lain.. tapi jauh di sudut di hati aku,aku memang nak tengok budak budak melalut ,mpvnation, dan budak-budak lain naik ke pentas even bukan aku..
Sekali...nama syaiful zainal,kamal,kamalia,amalina,naqiudin,firdaus yg comel, zulhelmi tapai, syuhada, khadijah,miqi, dan ramai lagi la.. tak reti nak kira macam mana..sebab terlalu ramai wey... dan tetiba *Nor sabrina bt mohd fuzi* ... aku macam mata dah sedia terbeliak sangat.. senang citer orang jb kate *nak terkojol biji mata aku*
Nenda kat sebelah aku dah kata cepat sab.. aku macam terpinga-pinga la.. haha. Serious tak sangka.. even terselit 1B + kat situ.. aku happy la jugak...pastu jumpa cikgu english menangis Gila gila pengantin remaja sebab aku dah hancurkan harapan dia. tapi dia dengan cikgu azah cikgu rusiah semua dok pujuk aku kat situ... sedih beb.. jauh di sudut hati aku bersyukur tapi masih ada duka la sebab aku rasa bersalah dengan cikgu BI aku tu.. *pastu berazam nak belajar BI sampai jadi orang yang berilmu tinggi.. haha ye..sila gelakkan sabrina banyak-banyak sebab dia tak pandai BI*
Tibalah sesi amik gambar..yeah dpt duduk sebelah ayah angkat..hahaha (pengetua la)
Aku ingat lagi dialog dia dgn pak cik Zahrin masa aku naik pentas tu ... *nilah anak cikgu skolah ni*
Masa tu jugak aku pandang dia dgn mata terkojol..haha. terkejut ..dia ingat aku? Aku fikir macam tu lah..haha. terharu pluss sebak berkali ganda tau masa tu...bersyukurnya dia ingat aku. Haha. Terasa dihargai walaupun sekejap.
Pastu aku dengan budak budak atas pentas salam-salam dulu. Terus turun bawah dengab miqi,kamalia semua sebab tgk nenda tgh nangis. Dari atas lagi miqi dgn aku ckp pasni terus tgk nenda..aku pun mcm pelik nape dia nangis... *ahh yg tu tak boleh ckplah sebab tu antara dia dgn kitaorg je*
Kawan-kawan aku yang lain yg dulu pernah skolah uda dan skrg dah pergi ke teknik jb,sbp sepah-sepah.. dan mrsm pun ada update result diorg....kebanyakan straightA. Alhamdulillah.. masa nilah aku rasa doa aku termakbul sebab setiap hari aku ingat kat budak-budak yang masuk asrama ni dan doakan supaya urusan diorg sentiasa dipermudahkan..belajar senang..even subjek susah-susah..sebab aku sentiasa ada keyakinan kat diaorg.. bila diorg cemerlang gemilang terbilang...serious aku rasa nak nangis..happy weyhh....hahaha *poyolah sabrina ni*
Ada juga yg taknak ckp dia dpt bape...entah dah bape kali entah aku tanya dia..asyik bagi jawapan kalis je.. nak je lempang dia tu. Tapi instinct aku kuat kate dia tu straight A. Pendek kata aku terluka jugaklah dgn sikap dia ni. Bila aku tanya.. dia kata nak tau subjek apa? Aku mcm ... what the hal with you? Aku tendang masuk gol kang!!!
Susah sgt ke nak ckp...tu belum face to face...kalo f2f..memang aku malas dah nak layan dia. Aku cuma nak tau result..bukan dia ada pakai beg jenama LV ke haper... haihh. Tolonglah... aku seriously ckp dgn kau la..aku terluka dgn sikap kau. Seolah-olah aku ni mcm orang asing yg entah apa-apa je dalam hidup kau yang langsung takde hak nak tau bila kau dpt yg terbaik mcm ni..
Kalo kau taknak ckp...bagilah alasan mcm *kau takyah taulah..biasa2 je*
Okey i take it.... ni sampai suruh pilih-pilih subjek...masa tu aku terasa sapa aku pada kau? Dan aku sedar...aku bukan sesiapa.... budak yang zero...
Tercalar sikit la... sebab dia kawan aku. Kalo bf ..aku sakit hati je aku terus mintak putus .. senang cerita..takyah nak pening-pening. Kalo dia org yg aku admire tapi tak pernah ingat aku pun,aku terus tido je..nak hilangkan rasa kecik hati. Bila bangun terus tak ingat dah benda-benda mcm tu. Tapi kalau dia kawan...memang sampai ke dalam la aku rasa..mcm family jgk..kalau dia ckp benda sensitif kat aku..memang aku terus hempas pintu pastu duduk jelah dalam bilik. Malas nak layan.
Behave yourself...kalau dengan aku,kau mcm tu..aku faham sebab I'm not anyone.. aku takde kepentingan pada kau pun..aku tak lalui kehidupan susah payah kau kat sana...tapi dgn kawan kau yg rapat tu jgn buat mcm tu.. apa salahnya berkongsi. Even member aku yg dulu aku kawan kat tadika..skrg kat EC pun dia ckp dia dpt bape .. dia tu lagi lama aku tak jumpa..budak teknik jb pun dah lama tak jumpa diorg still share. Takpe kalo dgn aku mcm tu...tapi dgn kawan baik yg sampai kau ada group based on nama korang..jgn pinggirkan dia..dia kawan kau.
Ada banyak lagi yg aku nak kata... tapi ingatlah kalau kau nak cerita apa-apa kat aku even benda yg remeh temeh aku akan dengar...sebab kita hidup saling memerlukan....
Korang..semoga kita menjadi sahabat dunia akhirat.. yg sentiasa amik berat..yg sentiasa kongsi susah dan senang walaupun tak semua boleh dikongsi..takpe..sikit-sikit pun jadi. Semoga kita semua menjadi orang yang berilmu tinggi...ingat lagi tak konsep fardu ain dan fardu kifayah? Ye..dah habis skolah kan semua..dah boleh fikir sendiri yg betul yg mane salah.
Tuntutlah ilmu sampai ke peringkat tertinggi..kalo kita bercakal tanpa ilmu..kau ingat org nak pandang kita? So.. bila dah masuk Universiti ni... kena lebih serious..yg masuk matrikulasi lagilah kena serious sebab korang lagi padat nak dibandingkan aku yang amik diploma je. Hehe
Okeylah korang.. selamat maju jaya :D
Lepas SPM ni korang yg akan bina jalan sendiri..tak kiralah ada highway ke jalan kampung ke..asalkan tu jalan yg korang bina..
Hwaiting!
Caiyok!
Ganbatte!
Haha.. okeylah Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment