Friday, August 15, 2014

Upside Down of My Life

Kehidupan bermula di IPGK IPOH 

Tarikh Daftar: 25 Jun 2014

Tak banyak yang perlu dikata ~
jom layan gambar-gambar masa Jamuan Raya Q7 ni 

Tempat:Siantan 81
Tarikh: 8 OGOS 2014
Kelas Yang Dijemput : Q1,Q3,Q6,
JPP yang dijemput: Abang Achik 









Teman-teman guwa semuanya :D
hehe

Wednesday, May 28, 2014

Ceritera Bulan Mei sesi #Throwback1

Assalamualaikum~

Fine~aku baru rajin nak post skrg... nak buat mcm mane kan. Di saat teman-temanku pergi meninggalkanku, 
sendirian menghadapi jalan baru , 
sebatang kara di negeri orang, 
ditakut-takutkan oleh manusia lain, 
dan ... ye...aku rasa nak nangis "_"

Budak-budak asasi dgn matrikulasi masing-masing dah dapat kelas..dah habis orientasi mungkin. Ada pulak budak UM tu kena homesick pasal dia tu orang Johor tetiba kena duk KL. memeylah homesick. pastu ckp kat group Whatsapp dengan emoticon menangis. bila jauh dari family asyik rasa tak sedap hati. entah apa jadi kan. 
aku faham perasaan tu... 

Macam aku ni...beberapa bulan sebelum ni
january,february,march,april dan Mei ... aku duduk kat rumah menanam anggur hijau dan hitam. membaja buah anggur sehingga dia membesar dan dpt merayap ke kayu yang telah dipacak di situ.... (eh apa kena mengena ni???) 

Haha... takde2 tu metafora je. 

aku ni selalu duduk rumah, selalu buat house chores..everyday never end house chores tu. kalau pasal cuci baju.. memanglah er... =_+ 
mesin basuh pun buat muka mcm tu kot
pasal mesin tu boring tgk muka aku
agaknya kalau dapur tu boleh cakap mesti dia halau aku keluar, pasal aku paling suka bertenggek kat situ 
sambil siang ayam,tumbuk cili,blend bawang,masak telur,masak nasi, masak maggi, masak nasi goreng segera, 
haha.. 

masa aku membuang kulit anggur di rumah ni, aku sendiri je.. yeahh!!! 
"INI RUMAH AKU YANG PUNYA !!" jgn kau expect dialog tu dari mulut aku la. pasal memang tak keluar pun. 
Aku mengalami tahap KEBORINGAN yang melampau semasa duduk di rumah. dan asyik teringat kelas,langsir buruk kat kelas,penyapu yg aku selalu guna buat belasah orang,tong sampah yg banyak dengan plastik,pantry yg ada cerek dan boleh masak maggi kat belakang kelas, pantry yg tetibe jadi tempat photoshoot kami (iaitu budak Blok E form 5)
aku rindu cikgu membebel, aku rindu mak,ayah dgn adik aku pasal diorg pagi-pagi buta dah tinggalkan aku sendiri. kdg-kdg tu aku bangun kul 7 rumah dah sunyi. 

yeahhh "Lonely,yes i'm a lonely, there's gonna be one less lonely girlll.... "
entah apa aku merepek...

senang citer masa duduk rumah ni.... aku teringat semua benda kat sekolah. pasal sekolah dgn rumah aku ni mcm asrama jgk la... even taklah mcm SBP dgn MRSM 
still aku anggap mcm asrama sebab rumah aku tu kawasan dia akan ditutup pada kul 11 malam. nasiblaaa yg balik lambat tu mesti kena soal siasat dgn guard... Krik Krik*

aku dulu masa sekolah hari-hari sampai awal, pastu lepak dewan 
amik udara segar *tak segar mana pun pasal pagi-pagi jalan kat tepi tu dah jam*

kul 7 pagi biasa dah sampai. pastu lepaking sambil usyar dak-dak laki yang ada kat situ. tanya mcm-mcm. blablabla.
pastu tunggu kehadiran imam utk baca yasin. 
kalau sharafi baca.... memang aku cair ... haha
lepas tu masuk kelas. dewan biasa memang riuh sebelum nak jalan ke kelas tu. 
bila kami semua keluar dari dewan...org memanggil kami "semut dah keluar" tu kalau cikgu dari tingkat 5 nampaklah. haha. 

dan aku akan jalan jauh *perjalanan jauh memang kurasa* (bajek lagu balik kampung je tuhhh)
pasal kelas aku kat blok E dekat dgn makmal MPV la. 
masuk je kelas semua sibuk berlari,berjalan,merangkak,kalau ada yg sekali tu budak tu patah kaki.. kelas dia kat atas kelas aku la... 
masa dia naik tangga dak belakang akan automatic stop. 
pastu yg belakang-belakang ni termasuk aku pun terus terlanggar budak depan. ACCIDENT la senang. 
jalan jem. pasal budak tu. haha
pastu dak depan sekali tu jerit..."harap bersabar...bagi dia melintas dulu"

aku pulak dah mcm +_+ 
finee.... kenapa kau tak pasang je traffic light dgn lampu melintas kat sini. takdelah orang belakang ni terlanggar beg aku. aku terlanggar beg dia. 
(haha.. ada addition dlm  tu)

lepas 10 minit budak-budak blok E dgn sabarnya jalan sikit demi sikit mcm yg pernah nampak dlm  tu .. drama korea tu kan. haha.. memang slow la.. 
tapi kitaorg jaga tau budak junior tu. siap bagi lalu lagi. aku pernah lalu sebelah dia aku siap tolong angkut beg dia lagi. haaa... *aku tau korang nak puji aku baikkk....haha*

kesian jgk la kat dia.... muda-muda kaki dah sakit gitu. huhu
aku ni senior yg baik la jgk... kalo aku jahat aku dah tolak budak tu sampai jatuh tangga. elok-elok kaki kanan takleh jalan tak pasal-pasal dua-dua kaki sakit. hehehe... 

lepas tu kelas akan bermula dgn benda biasa iaitu memberi salam dan baca doa ... 
ya.. aku rindu nak dgr cikgu bercerita pasal isu semasa, ustaz hafiz cerita pasal politiklah, hal nikahlah... 
haha... 
masa time dia ajar munakahat ni lah... yg perghhh 
ZZZZZzzzzzzzz.... tertido kau budak kelas aku. hahaha!
aku pun nak tido sebenarnya,tapi aku ni duduk depan sekali. aku nak keberkatan (puihhh..keberkatan kununn..haha bajekk)
disebabkan aku nak keberkatan..aku menahan mata daripada tertutup selepas syaitan memakaikan celak tebal untuk aku. sadis sungguh~
tapi lawak-lawak dia buat aku tak gelak pun....pasal aku ngantukkkk... haha
keluar je ustaz ...aku terus lentok kat meja. hamikkkooo
serius la... memang ngantuk... tapi lepas beberapa bulan. aku tak ngantuk dah bila dia ajar... 
mcm hiburan je aku rasa bila dengar dia duk kutuk-kutuk budak ni tak pakai tudung la, budak sebelah mcm monyet la, budak kelas aku ni suka tido la, budak atas kelas ni time belajar sunyi sepi la.. *choiii dak kelas depan memang gitu la ustaz... haha...budak 4st dia kate...senyap je kelas... buat lawak tak gelak pun...*

pastu time cikgu rasimah ... 
di mana semua akan cabut sampaikan kelas tu tinggal budak bendul je.. haha
aku pun cabut gak, satu masa jelah. lagi satu masa tu aku balik kelas. ckp cikgu aku ada gi jumpa cikgu blablabla.. dia tak caya pun. tapi dia bagilah aku duduk. pasal aku buat muka kesian. masa aku balik tu budak-budak laki kelas aku memang dah tekad taknak masuk. so diorg terus angkut beg ramai-ramai gi toilet hisap rokok. Ohhh...itu sangat "gila cadbury" kate orang 

grr... sopan sgt cadbury tu ..
aku selama ni ckp vavi je takde nak kalis bagai 
sebab aku terbiasa dgn statement jujur. 
walaupun tgk aku ni memang mcm muka penipu kan ..haha
kena belajar lagi ni... "ingat bagus sgt ke belajar menipu"
hehe..... entahlahhhh

dan masa grafik berkomputer cikgu thiyaga yg ajar,
cikgu math yg paling aku suka...tapi subjek dia aku tak suka. yelah..subjek math tulah. tu pasal masa PMR kantoi habis. haha
masa GB ni kelas aku akan berjalan dan masuk ke makmal komputer yg dikhaskan utk budak GB je. bukan GILA BABI.. tapi grafik berkomputer. 
jgn nak tukar-tukar.. aku humban korang nanti. haha

budak-budak kelas aku paling suka waktu ni pasal dpt masuk bilik aircond... oh yeahhh so heaven ehh 
yelah duduk dlm bilik aircond..komputer sorang satu.. aku biasa kalau bosan gi kat belakang buat port sendiri... duduk sila pastu cari ilham... *bajeklah boleh dpt idea nak buat logo kununnn*

pastu kalau takde aku gi toilet ... *toilet pun bolehhh...haha*
pasal dlm bilik tu sejuk sgt..aku kadang-kadang baru duduk dlm 20 minit je..badan aku terus mengigil. tangan dah rasa mcm takde darah. fuhhh~ sejuk beku katekooo... 
aku berada di aisLENG ni aku rasa... sejuk bebenor. 
sampaikan aku siap ckp dgn cikgu slow kan aircond dan di saat itu budak-budak lain menentang
"panaslah sab,apa kau ni sejuk pulak" 

fine... x_x diaorang suka tgk aku mati beku. pffft

diorg ckp mcm tu pasal diorg GEMOK .. 
*amikkko capital letter..hahaha*

masa sejarah pulak, paling sempoi
pasal kalo lapar boleh makan 
ckp je dgn cikgu,nak makan sikit.. 
janganlah kau makan nasi sebungkus depan cikgu pulak..haha.. vengong
cikgu sejarah aku tahun lepas memang best. even orang kate sejarah form 5 tu bosan and blablabla.. 
tapi aku membaca nota yg cikgu bagi dgn bersungguh-sungguh dan tersengguk-sengguk dlm kelas pun bersungguh-sungguh *finee sila gelakkan sabrina sampai tergolek*

tu statement jujurlah tu. aku tak main ah mcm non-statement mcm matematik tu. 

cikgu sejarah aku tu, kalau nampak orang berangan masa dia ajar mesti dia ckp dialog ni 
"berani kau berangan masa kelas aku,aku humban kau ke bawah nanti. pergi basuh muka sana!"

Aku pulak elok-elok tersengguk terus segar... pastu gelak kejap pasal kelakar pulak.. pasal dia nak humban budak tu. patah riuk jelah pasal kelas aku ni tingkat 1 je. kalau ckp pasal baling-baling barang dari sini .. biasalah tu. 
kadang-kadang ada je budak malas naik tangga. pastu jerit dari bawah 
"Sabbb!!! " 
aku yg bendul pun gi cari suara echo tu. 
bila dah jumpa..ingatkan ape... nak suruh aku campakkan pencil box dgn botol air dia aje. 
Memang shittyyy mall punyer budak la..haha

kelas aku ni kelas kat tepi tangga..so kalau bising biasalah eh kalau kena sound pasal cikgu dgr dari tangga lagi.. kelas tengah paling untung..masa kitaorang bising diorg pun lagi bising sebenarnya... pastu cikgu tu lalu kelas aku dulu la. time dia marah-marah tu kelas sebelah automatic senyap..
kuajakkkk ini kelas... berlakon je pandai.. 
masa ni aku dah rasa mcm nak campak speaker yg ada kat kelas aku sampai ke kelas sebelah. 

kelas aku ni taklah bising sgt... 
tapi pasal budak-budak aku ni suka bawak laptop pastu bawak speaker sendiri 
bila dah mcm tu.... mahu tak jadi disko kelas aku. 
dipasangnya lagu inggeris yang entah pape. 
aku pun mcm entah apa-apa jgk pasal aku kdg-kdg suka je request lagu dari diorg... hahaha!
nak kata cikgu tak masuk...cikgu masuk.. 
tapi masa cikgu tak sampai lagi dgn masa cikgu nuri mazua memang bising habis. 
lagu head banging pun ada. wakaka... rosak budak-budak ni.

cikgu nuri mazua tu cikgu seni aku. time seni kitaorg akan buat kertas 3 iaitu folio seni ... 
masa seni la yg paling mcm disko. head banging sambil melukis.. jadi apalah agaknya lukisan tu. giler betulll... haha

kalau dah nama budak kelas 5MPV disko dgn dia takleh dipisahkan. haha. bila cikgu ckp tutuplah lagu tu. kitaorg masih hormatkan beliau ye.

disebabkan budak kelas aku ni tersangatlah kreatif... 
ada satu bilik kecil kat belakang kelas aku. kat situ port orang simpan barang-barang berharga macmm.... tak perlulah aku sebut... budak-budak yg bawak handphone beratur nak charge kat situ.. 
haha

pastu budak-budak laki ni rajin sangat la.. 
diorg pun bawak semua majalah lama-lama dari rumah diorg..pastu koyakkan sekeping-sekeping helaian majalah tu dan guna gam yg botol kuning tu nak lekat kat dinding dlm bilik tu. part yg shitty sekali masa photoshoot adha tegur aku.. "gambar tu kau rasa patut tak masuk sekali"
masa tu gambar tu tunjuk perempuan pakai bra dgn seluar pendek giler.... 

grrr.... aku pandang adha geram jekkk
dahlah ckp dgn senyuman yg sangat gatal... 
memang aku dah ready penyapu masa tu. haha
nasib laa
pastu berhadapan dengan section dinding kolaj tu 
budak-budak lelaki kelas aku ni beli cat air dan menggunakan kudrat empat kerat diaorang dengan mewarnakan tapak tangan dan cap pada dinding tu...

bayangkan ... alah... cap tapak tangan la 
tapi ada mcm-mcm warne..
serius...cantik 
aku suka section hand cop tu setiap kali ada photoshot dgn budak-budak lain.. 
budak-budak lain ada yg panggil cap mohor
entah apa-apa je. 
pastu..sebaris dgn section hand cop tu 
dioarg beli kertas mahjong putih yg besar tu 
pastu lukis garisan banyak-banyak 
alahh... mcm garisan org masuk jail nak bergambar tu. 
yeahh..mcm tu la.. 
diaorang siap beli props la
ada props "wanted" ada props "i am single and available"
mcm-mcm ada

setiap kali budak-budak bergambar kat section jail break tu memang amik props "wanted" pastu pegang dan buat muka sayu ada jugak yg senget buat muka nakal 

alahaiii... rindu bilik photoshoot kitaorang tu. entah apa jadi la agaknya. mesti cikgu dah spring cleaning bilik tu. huurmm... 

ada lagi satu yang best.. 
budak lelaki ramai-ramai ni siap bawak kettle dgn mangkuk,dgn milo dgn nescafe..mug sendiri... maggi kari... gula pasir... nestum ... 
so..kalau nak air amik je kat bawah pastu naik atas masak air. pastu kalau nak masak untuk maggi cup tu tuang ajelah nanti. 
tu lah benda yg selalu budak-budak ni buat
bukan diaorg aje..aku pun buat.. 
cuma aku taklah buat coffee dalam kelas dgn guna nescafe dan gula pasir 
haha ... sadis sangatlah tu. padahal rumah sebelah aje. 
cehyytt

mcm biasa.. bila habis je waktu sekolah aku akan terus gi belakang dan duduk bawah kipas sambil tutup mata.. kunun cari ketenangan bawah takhta sendiri. haha



aku menceritakan semula apa yang aku lalui dan rindu skrg ni...walaupun aku rindu apa yg aku lalui masa sekolah dulu. 
aku tak pernah rasa nak pakai baju sekolah balik ...err... +_=
haha.. 

okeylah ... post terlebih panjang utk menebus post bulan sebelum ni yg aku tak dpt post... harap maaf 

harap korang faham...dah setahun lebih aku tinggalkan hobi membebel di blog sebab aku hari-hari balik dari sekolah pukul 5. kenapa? aku buat semua homework kat sekolah dan kat rumah aku tidur. 

 that is me ^_^
1 june ni dah nak sambung belajar ke tempat baru .
aku harap semuanya akan dipermudahkan ... InsyaAllah ...Amin! 













hingga ke hujung dunia ini ~ lalalala 

-The End for Throwback1- 

To be Continued ~

Monday, April 14, 2014

Kecelaruan makumat ? haha

Assalamualaikum ~

Jeng jengjengjeng..... tretttt
hehe... tajuk tu mcm mat luthfi punya video kan ?
okey credit: mat luthfi pinjam ayat ye... (thank you mat luthfi)

-----------
Post kali ni menunjukkan aku telah berada di bulan April 14 2014. dah 4 bulan hidup sebagai budak umur 18 tahun. cheyttt.... haha
sampai skrg menganggur pulak tu.
duduk rumah memang habis rumah aku kemaskan
cuci pinggan,susun pinggan yg dah kering, basuh baju,angkat baju dah kering,susun kasut dlm almari, kemas meja makan kemas brg adik aku yang bersepah, kemas periuk yg bersepah,kena siang ayam,siang segala lauk pauk yg ada..... 
huhhh.... memang madah semua house chores aku kena buatlah. last2 memang tak cari kerja pun. 
kerja tanam anggur jelah. 
tapi... sempatlah merasa kesusahan mak aku buat kerja mcm tu.. kehkehkeh

------------------------
Sudah2lah tu menceceh sabrina oiii  (:3)
perasan comel la ni .... 

Kemudian, aku masih lagi mengikuti kursus bahasa inggeris. 
Ya,seperti yg korang baca last post aku tu.... BI aku teruk,walaupun org kate okey... tapi aku tak peduli pun, 
yg pasti aku kena belajar lagi. hehe...
ada lagi bape bulan entah kelas ni... memang terperinci sgtlah.. bila cikgu dia belajar kat UK dan dpt hubby omputih mat salih yg kerjanya sebagai software engineering... 
kaya ko~ haha
bila dia ajar ... dia ckp pasal perbezaan english uk dan us.
haha...selama ni aku selalu guna US la. 
hampeh... sapelah yg dok mengajar aku english US tu?
erk....bukan novel ke? haha
dulu aku tadika yg ajar aku baca buku org US.
percaya jelah .... tgk muka dia tu ada mcm tompok2 
kalo org UK muka dia kemerahan sikit. 
sebab tu org US suka kalau kulit dia gelap dan black out. 

kehkehkeh.... jgn lah terasa.. ni spontan je... aku tak ikut skrip pun.

Berbalik pada topik asal ye... jauh aku lari ni....sibuk nak describe satu-satu,nak jadi apa? sejarawan? haha
teringin nak jadi sejarawan... boleh kaji mcm-mcm. pastu boleh merantau ... boleh buat charity sambil-sambil tu. 
(apakah?? eh suka hati guwa la..aku memang suka charity,tapi tak berkesempatan nak buat..kikiki)

Okey la straight to the point
lulz...kawan aku ni dah kecelaruan maklumat
Dia ingat aku benci dia... pfffft
Aku tak tau pulak dia rajin nak baca post tu 

(Anyway aku sambung taip ni pada bulan Mei...hehe)
so..dia dah baca post bawah ni...dan erm...dia hantar mesej panjang berjela... hahha
fine...-_- dia ingat aku benci dia ... 
okey..benci dia.... 
topik benci ni pernah bangkit masa aku form 5 dulu
di mana cikgu azmi ckp kat kelas aku
Jangan benci sesapa.... nanti boleh jadi dendam...
So..sejak tu aku tak pernah benci sesapa
tapi 'tak suka'..benci....marah...merajuk.... terasa hati...tu lain 

ni la yg dikata rambut sama hitam..hati lain2
the way she joking memang tak kena
pada aku la
Aku ni pulak jenis yg suka statement jujur... statement tak kalis...
choyyy..padahal surat khabar yg aku baca hari2 tu takde yg jujur pun.. (okey..surat khabar kena...tapi betullah... sound for those yg tulis artikel dgn tak jujurnyaa sila bertaubat...gaji yg hang dpt tu haram tau... cadbury pun haram... padahal aku makan je..pasal aku tak ragu2 pun mcm hangpa semua.... so halal jelah)

Whatsapp dia hantar pun berjela
masa tu aku dpt ws tu kat persada
tgh gi MISTI  tulah dgn nenda
amikkkk kooo
aku balas panjang giler
pengsan dia nak baca aku rasa
mungkin dia baca satu hari satu perenggan 

antara isinya... kau dah salah faham la... bila masa aku benci kau...aku tak pernah benci org..tapi sekali aku tak suka..selamanya aku tak suka...sekali kau khianat aku ..selamanya aku tak kenal kau.... (eh ni addition je...hahaha)
Yg betulnya... aku memang mcm ni... kalo marah aku diam.. tapi aku tak benci ...aku cuma akan diammmm... kalo merajuk diam...kalo marah diam... sekadar angguk dan geleng sebagai jawapan 
nampaknya dia tak kenal lagi aku mcm mane... 
budak ni dia memang jenis kdg2 tu syok sendiri jgk..
Dia tak perasan...tapi aku tau je perangai dia tu
haha.... masalah angau dia pun teruk jgk 
sampai dia ingat panda makan tebu...
aku mcm .... "_" 
Gajah kot yg makan tebu... cisss


Dia dah masuk USIM
antara kawan2 aku dia sorang je masuk USIM
fineee... *banggalah kau baca ni...terus jadi sekembang panda*
Haha

ada jgk lagi sorang yg masuk UM.. 
mamat nj sorang je dlm kawan aku tu dpt UM
dgn awek dia sekali  pulak tu...fuhhh
untung lah kauuuu
haha

yg paling banyak UITM la
yg hangat jadi bahan skrg
entah pape... tetibe UITM dipersalahkan
tetibe jugak aku jadi sgt sensitif
Di mana... manusia mcm dia tu patut ku sniperkan dgn peluru tomato busuk dan mata kambing
hahaha
jgn lupa daratan sgt
Tgk balik la surat beranak kau tu
kau lahir mane
warganegara ape
agama apa
jgn sombong sgt 
Allah tak suka 
aku pun tak suka bila tempat aku bakal masuk dan  belajar tu tetiba jadi isu
hotttt weyy... 

okey...sampai sini dulu
1 june dah nak bertolak ke negara jiran
ehh...negeri laaa...
haha
jom la dtg melawat aku di situ
puihhh..haha

Sunday, March 23, 2014

SPM,Aku dan Kawan-kawan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah semua debaran masa menunggu result spm yang dikatakan oleh kawan aku hilang dari radar skolah telah pun landing dengan selamat. (Tu ayat kawan2 guwa la.. diorg kan kreatif. Haha)

Okey.meh nak citer result aku dan kawan-kawan yang lain.
Aku ni taklah hebat...amik pun bidang sastera je. Tapi kawan-kawan aku yang lain ada ramai la yg amik bidang sains. Jadi aku harap diorg manfaatkan ilmu yg diberikan. Jgn pernah rasa diri tu hebat sedangkan ada lg org yg lagi hebat dari kita. *terselit ayat motivasi pulak*

Dari 10 subjek...ye kat skolah uda aku tu..ada 2 orang yg amik 10 subjek. Tapi tak ramai tau sebab guwa jenis org yg tanya baru guwa akan cerita. Ye..jgnlah korang main sesuka hati bercerita yg best pasal korang sedangkan org tu tak tanya. Bukan apa..takut dia terkecil hati. Yesh..bukan jgk nak menjaga hati org tu..tapi seseorang tu bila sakit hati dia akan pendam je...thats even worse. Jgn biar dia buat mcm tu sebab boleh mendatangkan penyakit angin kus kus yg berbau telur tembelang .. haha
*sebenarnya ni merujuk pada diri sendiri gak. Aku cuma akan ckp bila org tanya je. Kalo tak tanya ..silakan diam. Sebab hati manusia ni ada mcm2...kenalah faham.*

Masa duduk duduk kat dewan besar skolah aku tu..yesh.. bila ditengok majoriti budak perempuan pakai baju kurung tapi ada jugak yang pakai baju biasa. Apa yang pasti aku pakai baju kurung warna hitam sebab aku konon ala ala berkabung la. Haha.
Sekali sampai sekolah tengok... budak perempuan semua pakai baju warna ceria - ceria belaka. Aku macam *DIORG NI ADA PERASAAN KE TIDAK!!*

Bila tengok budak lelaki pulak... hahaha *bagi aku gelak dululah*
Diaorg lagi la..double triple badi berkabung sebab majoriti budak yang duduk kat depan tu..*antara barisan pertama dan ke -6 la..*
Diorg pakai baju serba hitam..seluar hitam..rambut hitam..kasut pun...hahaha nasib baik muka tak...*oppss..tak ckp apa2.. jgn terasa. Ampunkan saya!*

Ada bape org je yg baik hati nak mencuci mata aku dari warna badi berkabung dengan pakai kemeja yang biasa-biasa. Haha.. terima kasih kat orang tu..(kamal dgn fauzan).... pagi-pagi sampai skolah kan...dlm kul 8.45 pagi la. Takkan malam pulak kan..haha

Taklimat tu ckg start kul 8.30..tapi sebab pukul 8.30 aku baru keluar dari rumah..apa yang kau boleh expect dari orang yang jalan kaki dari rumah ke sekolah nak sampai dalam masa 5 minit...haha. dah lah kat skolah agama depan rumah aku tu jalan jem...nasib baiklah aku ni berpakaian cantik lagi ayu..so ada satu kereta berhenti bagi aku lalu.haha

Pastu sampai je dah ramai orang.Aku pun duduklah barisan belakang antara 12 dan 14 la.. takdelah belakang sangat. Still boleh nampak cikgu.. kat depan semua dah penuh weyy...lagipun nak ke aku duduk depan dengan keadaan ibu jari kaki aku berinai cantik dan comot ni...tak pasal-pasal lena tegur dengan budak- budak tu. Haha

Okey..jam dah kul 10 pagi..kalo malam aku dah get ready nak tido kut. Akhirnya berjalanlah pengetua dan yang dipertua PIBG ke dalam dewan. Tgk muka pegetua macam sedih gak ahh.. *hati aku dah mcm degapdeguphatikutakberhenti*

Pak cik Zahrin pun berucap...sebenarnya aku paling suka dengar dia cakap sebab dia suka cerita..pengetua pun..aku SUKAlah jugak dengar dia cakap. Tapi kalo topik marah-marah kitaorg ramai memang aku rasa masa tu nak je amik tisu tutup telinga dengan tisu berlapik lapik. Haha.. jahat noo aku ni.. 

Sampailah masanya untuk nama-nama yg terbaik di panggil. Sebenarnya..nak cerita mcm ni la..aku tak letak harapan nak naik pentas sama sama dengan budak-budak uda lain.. tapi jauh di sudut di hati aku,aku memang nak tengok budak budak melalut ,mpvnation, dan budak-budak lain naik ke pentas even bukan aku.. 

Sekali...nama syaiful zainal,kamal,kamalia,amalina,naqiudin,firdaus yg  comel, zulhelmi tapai, syuhada, khadijah,miqi, dan ramai lagi la.. tak reti nak kira macam mana..sebab terlalu ramai wey... dan tetiba *Nor sabrina bt mohd fuzi* ... aku macam mata dah sedia terbeliak sangat.. senang citer orang jb kate *nak terkojol biji mata aku*

Nenda kat sebelah aku dah kata cepat sab.. aku macam terpinga-pinga la.. haha. Serious tak sangka.. even terselit 1B + kat situ.. aku happy la jugak...pastu jumpa cikgu english menangis Gila gila pengantin remaja  sebab aku dah hancurkan harapan dia. tapi dia dengan cikgu azah cikgu rusiah semua dok pujuk aku kat situ... sedih beb.. jauh di sudut hati aku bersyukur tapi masih ada duka la sebab aku rasa bersalah dengan cikgu BI aku tu.. *pastu berazam nak belajar BI sampai jadi orang yang berilmu tinggi.. haha ye..sila gelakkan sabrina banyak-banyak sebab dia tak pandai BI* 


Tibalah sesi amik gambar..yeah dpt duduk sebelah ayah angkat..hahaha (pengetua la)

Aku ingat lagi dialog dia dgn pak cik Zahrin masa aku naik pentas tu ... *nilah anak cikgu skolah ni*

Masa tu jugak aku pandang dia dgn mata terkojol..haha. terkejut ..dia ingat aku? Aku fikir macam tu lah..haha. terharu pluss sebak berkali ganda tau masa tu...bersyukurnya dia ingat aku. Haha. Terasa dihargai walaupun sekejap. 

Pastu aku dengan budak budak atas pentas salam-salam dulu. Terus turun bawah dengab miqi,kamalia semua sebab tgk nenda tgh nangis. Dari atas lagi miqi dgn aku ckp pasni terus tgk nenda..aku pun mcm pelik nape dia nangis... *ahh yg tu tak boleh ckplah sebab tu antara dia dgn kitaorg je* 

Kawan-kawan aku yang lain yg dulu pernah skolah uda dan skrg dah pergi ke teknik jb,sbp sepah-sepah.. dan mrsm pun ada update result diorg....kebanyakan straightA. Alhamdulillah.. masa nilah aku rasa doa aku termakbul sebab setiap hari aku ingat kat budak-budak yang masuk asrama ni dan doakan supaya urusan diorg sentiasa dipermudahkan..belajar senang..even subjek susah-susah..sebab aku sentiasa ada keyakinan kat diaorg.. bila diorg cemerlang gemilang terbilang...serious aku rasa nak nangis..happy weyhh....hahaha *poyolah sabrina ni*

Ada juga yg taknak ckp dia dpt bape...entah dah bape kali entah aku tanya dia..asyik bagi jawapan kalis je.. nak je lempang dia tu. Tapi instinct aku kuat kate dia tu straight A. Pendek kata aku terluka jugaklah dgn sikap dia ni. Bila aku tanya.. dia kata nak tau subjek apa? Aku mcm ... what the hal with you? Aku tendang masuk gol kang!!! 

Susah sgt ke nak ckp...tu belum face to face...kalo f2f..memang aku malas dah nak layan dia. Aku cuma nak tau result..bukan dia ada pakai beg jenama LV ke haper... haihh. Tolonglah... aku seriously ckp dgn kau la..aku terluka dgn sikap kau. Seolah-olah aku ni mcm orang asing yg entah apa-apa je dalam hidup kau yang langsung takde hak nak tau bila kau dpt yg terbaik mcm ni.. 

Kalo kau taknak ckp...bagilah alasan mcm *kau takyah taulah..biasa2 je* 

Okey i take it.... ni sampai suruh pilih-pilih subjek...masa tu aku terasa sapa aku pada kau? Dan aku sedar...aku bukan sesiapa.... budak yang zero... 

Tercalar sikit la... sebab dia kawan aku. Kalo bf ..aku sakit hati je aku terus mintak putus .. senang cerita..takyah nak pening-pening. Kalo dia org yg aku admire tapi tak pernah ingat aku pun,aku terus tido je..nak hilangkan rasa kecik hati. Bila bangun terus tak ingat dah benda-benda mcm tu. Tapi kalau dia kawan...memang sampai ke dalam la aku rasa..mcm family jgk..kalau dia ckp benda sensitif kat aku..memang aku terus hempas pintu pastu duduk jelah dalam bilik. Malas nak layan. 

Behave yourself...kalau dengan aku,kau mcm tu..aku faham sebab I'm not anyone.. aku takde kepentingan pada kau pun..aku tak lalui kehidupan susah payah kau kat sana...tapi dgn kawan kau yg rapat tu jgn buat mcm tu.. apa salahnya berkongsi. Even member aku yg dulu aku kawan kat tadika..skrg kat EC pun dia ckp dia dpt bape .. dia tu lagi lama aku tak jumpa..budak teknik jb pun dah lama tak jumpa diorg still share. Takpe kalo dgn aku mcm tu...tapi dgn kawan baik yg sampai kau ada group based on nama korang..jgn pinggirkan dia..dia kawan kau. 

Ada banyak lagi yg aku nak kata... tapi ingatlah kalau kau nak cerita apa-apa kat aku even benda yg remeh temeh aku akan dengar...sebab kita hidup saling memerlukan....


Korang..semoga kita menjadi sahabat dunia akhirat.. yg sentiasa amik berat..yg sentiasa kongsi susah dan senang walaupun tak semua boleh dikongsi..takpe..sikit-sikit pun jadi. Semoga kita semua menjadi orang yang berilmu tinggi...ingat lagi tak konsep fardu ain dan fardu kifayah? Ye..dah habis skolah kan semua..dah boleh fikir sendiri yg betul yg mane salah. 

Tuntutlah ilmu sampai ke peringkat tertinggi..kalo kita bercakal tanpa ilmu..kau ingat org nak pandang kita? So.. bila dah masuk Universiti ni... kena lebih serious..yg masuk matrikulasi lagilah kena serious sebab korang lagi padat nak dibandingkan aku yang amik diploma je. Hehe

Okeylah korang.. selamat maju jaya :D

Lepas SPM ni korang yg akan bina jalan sendiri..tak kiralah ada highway ke jalan kampung ke..asalkan tu jalan yg korang bina.. 

Hwaiting!

Caiyok!

Ganbatte!

Haha.. okeylah Assalamualaikum


Sunday, March 9, 2014

Doakan mereka di sana

Assalamualaikum...
Huhu..
Haritu 7 march birthday aku.. tetiba dgr berita pasal kapal terbang MH370 hilang dari radar lepas 2 jam berlepas.
Tgk no. dgn tarikh tu memang kene kan?

Aku asyik tertanya je manalah pi kapal terbang yg paling selamat tu .. khabarnya kapal terbang tu rekod dia paling baik sistem canggih takkannlah boleh hilang mcm tu..

Seolah dia disedut ke dimensi lain
Sejak semalam tiap masa berita pasal aeroplane kidnap ni ditunjuk kat tv
Sebak beb... aku sendiri tak boleh tido
Curious nak tahu apa jadi kat diaorg
Jauh dalam hati ..harap diaorg selamat...
Amin!

Malam semalam mula terfikir sesuatu..
Kalo tgk balik tahun dulu
2014 -1977
Tahun 77 tu sebenarnya tahun yg tragedi 4 disember.
Kalo korang tolakkan..maka dptlah 37
Sama kan dgn nombor kapal tu
Mcm ada kaitan

Hmmm...
Apapun kita kene teruskan berdoa pada mereka

P/s: aku dah lupa pasal result spm keluar bila .. hati resah je bila fikir pasal org2 ni.. hmm

Saturday, January 11, 2014

Miss this Moment

Ya,mari-mari cik adik cik abang, mari tgk apa ada di sini.
okey tak,tak payahlah. 
ni untuk tatapan family KAA dan aku je. 
masa ni kat Tascony Pizza. 

tgh hari mcm tu baru sampai kat angsana dengan t-rex yaya. tetiba rindu dengan t-rex tu. padahal selalu je nampak masa nak pergi masjid. 

sampai je kat situ, hafa dah tunggu. terus menuju ke badan cemerlang. dengan budak-budak laki 2 ekor.. 
nampak kan dlm gambar tu. 
yg putih-putih melati tu Mr.Wawa dan 
yg coklat-coklat cadbury tu Mr.Zuzu 
yg kuning-kuning bulan tu Mrs.Mong
yg hijau-hijau daun tu Mr.Amir
yg belakang dia Me
yg belakang Me, Mr.Stalker 

haha... 
kat badan cemerlang tu, kitaorg jumpa ramai jugaklah budak uda. lagi-lagi budak ST.
aku pun teringin nak keje kat situ .. 
masalahnya adalah, aku tak boleh amik keje yg waktu malam. faham?
sebab bila dah malam semua org sibuk nak tidur. 

Mr.Wawa dan Mr.Zuzu pun berbuallah dengan budak-budak perempuan kat situ. aku dgn budak perempuan yg lain ni berasap je tgk. bila di panggil tak menyahut... geram je.
then aku decide nak blah je takyah nak bagitau. 
turun bawah dan beli ais-krim yg tak beku lagi. hampeh!
nenda pulak buat hal dgn dompet hilang. 
that is she.. kalut!

lepas tu budak-budak laki tu pun dpt jejak kitaorg yg kat tingkat 5. 
hah... lain kali silakan buat kedai kopi kat situ. 

pastu, main boling. .. 
hampeh tol.. korang ni.. kalah dengan hafa? 
haha..tahniah Hafa for the strike. 

Masa diaorg main boling tulah aku dgn yaya tinggalkan diaorg. cuma aku dgn yaya je yg tak main. aku tak main sebab aku rasa boling is boring... the game is too straight.
mcm manelah adik-beradik amirul H tu boleh main boling eh?
siap masuk kelab pemain pelapis boling johor bahru tu.. 
tu kalau nasib diaorg baik diaorg mungkin boleh pergi sukma. 

aku dgn yaya pergi arcade. aku sebenarnya nak main basketball!!! huwahh tak berkesempatan pulak.. 
teringin sebenarnya nak main benda alah tu lepas tgk episod dream team yg basketball special..
Yeshh... di mana Kris Oppa and ..sape eh lagi sorang?
diaorg main basketball. OH... i'm falling in love with the... ball.. Opss! the player la. 

Teringat pulak masa ada movie transfomer
aku tgk movie tu sampai tak sedar yg mulut aku mula mengumam ayat ni 
"handsomenya optimus prime..." 
masa tu ada adik aku ... dia peliik dah...
"Haii kak, nak kahwin dgn optimus ke? dari tadi kata handsome mcm org angau pehal? dia tu belum islam tau"

Aku mcm baru tersedar dari mimpi je... Ampun..
kahwin dgn robot? dah mcm ABSOLUTE BOYFRIEND punyer drama je. haha.. ingat lagi kan?
tapi tu robot versi orang,kira lagi okey dari optimus prime. hahaha!

then,kitaorg dalam dilemma nak pilih tempat makan. 
mula aku rase MB mcm okey. sebab biasa tak ramai. tapi bila aku ingat balik Mr.Wawa tak makan MB. so aku tolak MB. bila Mr.Wawa tanya aku "kau kisah tak nak makan kat mane?"
aku ckplah aku tak kisah.. tapi org lain kisah rasanyer.
bila je dia dgr jawapan aku tak kisah tu dia terus kata pergi foodcourt..

mata aku terbeliak. ramai oranglah kat foodcourt tu.. kau giler ke Wawa?!! haha.. tu dlm hati je. 
Mr.Amir dah buat muka pelik je. yg lain lagilah. 
aku pun rasa nak separate je. sekali diaorg pergi food court aku dgn budak perempuan pergi tingkat 2. cari tascony. 
lagi sedap kot kat situ.

bila pandang belakang balik nampak budak-budak laki tu. haha
ingatkan nak makan kat foodcourt je diaorg.
diaorg kate taknak berpecah. yeahh.. ookey. faham.

aku ingatkan Wawa dah nak pergi UTP sekali harem..
dia tak jadi pergi.
InsyaAllah WawaSan mungkin ada lagi rezeki lain untuk kau.
aku tau agenda kau, nak belajar sama-sama kan dgn ehem-ehem. yeah.. faham.. 

then,kami semua balik. 

Aku dan Mr.Amir sempat membuat sistem barter last minute.
haha
aku bagi dia novel 
KETUK PINTU HATI DIA dan HERO AKU TOMBOI
dia pulak bagi novel 
CINTAKUTERTINGGAL DI KOREA dan SUAMI AKU USTAZ.

Aku tak sangka dia beli novel suami aku ustaz tu. haha
sedangkan aku tak pernah terlintas nak beli pun.
sebab tak pernah masuk senarai.
skrg dah baca..dah tulislah dlm senarai baca. 
haha.
yg CTDK tu pun dia baru beli.

Rasanya minah ni kena beli novel KAHWIN 6 BULAN JE??
sebab minah dlm tu ganas giler. suami sendiri pun nak belasah... what the... terkejut jugak aku masa baca  online tu. aku tak ragu-ragu sangat nak beli novel sebab aku selalu baca  online sebelum membeli naskhah. 

aku pun baru je beli SUAMIKU MR.BLIND. 
dan baru je habis baca  novel inggeris pinjam dari library cousin.. yeshh... diaorg ada banyak giler novel inggeris sebab diaorg suka beli beli dan beli sampai tak larat nak baca. haha
diaorg biasa beli kat big bad wolf la. kat situ kan murah.
tu yg suka borong tu. haha
tapi baguslah,sebab aku suka jugak baca novel inggeris.
baru-baru ni baca  BECAUSE YOU'RE MINE by LISA KLEYPAS. ohhh...best giler cerita dia. so...Romantic
Logan Scott was really a romantic guy youu .... 
kalaulah dia.... haha

ya,,masa tu lah .. dlm fikiran aku ada mcm-mcm persoalan
kalaulah dia... 
kalaulah dia..
kalaulah dia...

tau jelah apa yg aku fikir dan soal tu. haha

Okeylah .. 

So KAA Family batch 96'09 , for the next reunion,
jom pergi kat UDA STEAMBOT &Grilled restaurant?
or korang nak pergi CINA MUSLIM RESTAURANT SHARIN LOW. 
haa...pilih-pilih!

Ehem..ayeee boyy ~ haha

Sok! Sek! 2014!

Assalamualaikum,

okey first post for this 2014 ... 
haha... okey bangga jap (hidung kembang kempis)..padahal org lain dah berlambak post.hehe
daripada hari tu punyer hari tu nak tulis post, 
then, mak dah daftar lesen driving kat desa rahmat tu.
gambar? search sendiri okey kat pak cik google.

Happy New Year anyway, rasanyer masih belum terlambat sebab kita masih lagi  dlm 11 hari untuk tahun 2014.
oh tidak.. dah nak masuk 12 ...
wahh.. begitu cepat masa berlalu.
Alhamdulillah, Allah Taala bagi aku hidup sampailah umur aku hampir nak cecah 18 tahun ni.Alhamdulillah.

Hmm...for this 2014 apa yang berlaku dan apa yg tgh aku lakukan skrg?

1 Jan hari tu - patutnya kene amik exam komputer. then, org tu kate nama aku takde. ok fine. balik jelah. apa yg aku rasa? of course lega beribu kali ganda.  sebelum tu dah pergi KPP 5 jam. 

Apa yg terjadi masa hari KPP 5 jam. 
-pagi-pagi sampai duduk kat kerusi mcm org bodoh. (serius masa tu rasa nak bunuh diri sendiri)
-lepas 15 minit belum sempat panas punggung ada annoucement 
-KPP pergi ke bilik kuliah whatever~.. 
-aku sorang.sorang.... perghh.. semua org aku tak kenal kat situ.
-nasib baiklah ada awek zul ana,kawan dia amal and fatin syahirah yang kelas 5ST 
-duduk diam lepas dpt fail and ape semua.
-then dah siap semua proses,org tu suruh pindah sebelah. 
-sendat siot! satu bilik 50 org. 
-bila direnung balik...hari tu hari Ahad. normal la ina!.
-then pak cik baei Hj Salleh yg bagi ceramah pagi-pagi tu.
MasyaAllah...rasa nak bergolek kat situ jugak. 
ngantuk nyer kemain.. 

- tapi tu untuk 15 minit pertama jelah. lepas tu ada rehat jap. minum air teh. okey..segar dah. Haha.. poyooss kau ina!

-pastu sambung balik. masa nilah aku terfikir..dah bape lama aku tak duduk dalam kelas macam ni eh? lepas spm habis je.. aku dah tak duduk dalam kelas mcm tu dan dengar semua apa butiran yg cikgu ckpkan. haha..
seriouss rindu! aku sangat sayang akan kehidupan aku kat sekolah menengah bandar baru uda. 

apa yang aku sayang sangat tu? okey..tu post lain. 
kalo aku tak post korang diizinkan tuntut post tu okey. 
cikcik dan puanpuan janganlah segan-segan dgn saya..

-lepas tu erhh.pak cik kopiah pulak yg bagi ceramah. yg ni kdg-kdg tu kan aku tak faham langsung apa yg dia cakap. tapi yg dia ajar faham.. cuma yg lawak dia kdg-kdg tu kureng sampai. aku mcm pelik bila tgk orang lain ketawa. aku pulak...ehem! faham jelah loading sikit. haha

- dan... akhirnya balik jugak! perghh... penat kemain.
aku faham,aku faham korang yg dah pandai drive dah pernah pergi kursus tu. benda mcm nothing to you but its everything to me.

Selesai KPP. 
dan.. Alhamdulillah exam berkomputer pun dah lulus. 
aku target 42 je sebab aku malas nak fikir dah.
sekali Alhamdulillah dpt tepat-tepat 42. haha
rasa nak sujud syukur kat situ je. 
lepas ni nak tunggu L pulak. hmmm..
Ya Allah kau permudahkanlah segala urusanku.. Amin!

tu planning yg pertama untuk budak lepasan SPM ni. hehe.

2. hari tu cikgu aku ada mintak tolong suruh taip satu buku nota rujukan komsas. dia bagi upah. Disebabkan aku still tanam anggur dan bukannya macam kawan aku yang lain.. di mana semuanya sudah bekerja dan ada duit banyak dalam poket.
So,aku amiklah kerja tu.. upah boleh demand. tapi aku taklah nak berkira sgt dgn cikgu sendiri.
bila aku taip buku yg ada 146 muka surat tu, aku perasan banyak benda yg salah dlm tu. mcm tak sangka je aku belajar dengan buku yg ada salah... hmm..nasib baiklah aku selalu dengar cikgu bercerita
Ya,pabila cikgu bercerita... akulah yg paling suka dengar. 
cikgu ruzita best! syg cikgu sangat!

aku siapkan satu buku tu dalam masa 9 hari je. dia bagi masa 1 januari tu. tapi dia takde bagi tempoh masa. aku pulak benci nak biar benda macam tu je sebab budak-budak form 5 tahun 2014 akan guna buku tu start bulan 2. aku pun siapkan dan taip semua yg perlu. akhirnya 9 januari sehari sebelum aku nak exam komputer dah siap. Alhamdulillah.
siap kerje,dapatlah upah. 

lepas ni nak kena cari keje biasa pulaklah. 
sape ajelah nak amik aku keje ni? haha..
macam takde je... hmm
kalo korang nampak aku cuci pinggan kat restoran mane-mane jgn terkejut pulak. haha.
okey takpe,nanti kalau aku dah siap buku tingkatan 4 baru aku start. hehe. boleh eh macam tu?
yelah,demi cikgu yg nak mintak tolong...aku sanggup. haha
geli sehhh..

Apa aje aku buat kat rumah ?
Hmm... baca novel,belajar bahasa perancis..
yes..benda nilah yg paling aku suka. 
tak lama lagi aku nak kene daftar kelas bahasa inggeris. InsyaAllah minggu depan baru daftar. 
sementara belum belajar bahasa inggeris ni aku belajar bahasa perancis kat rumah. first-first tu stress kemain ..
mane taknya...

garcon,fille,une,un,pomme,homme,femme..
dlm banyak perkataan perancis tu aku cuma tau femme.
femme means woman.. 
sebabnya ada lagu femme fatale. pernah dengar?
kalo tak pernah sila cari. tu lagu 4 minutes. 

then perkataan eau,lait,journal,...and many. 
yeah.. france language...serious best.
tiba-tiba rasa rindu nak belajar bahasa arab
rindu cikgu ainon sangat-sangat. haha. 
akhirnya, ya..aku sangat fokus dgn bahasa perancis ni. 
aku kena belajar bahasa inggeris sebab aku tak pandai english la. kang tak pasal budak OME! sergah aku pulak. haha. cewahh! padahal diaorg pun tak bape sgt dgn english nak sergah aku pulak. 
15 januari nanti ada OME! Hello America!
wowww! makin luas universe OME! lepas Oh My Ganu skrg Oh My America pulak ye. 

 20 januari nanti no. PIN untuk UPU akan dijual. jadi sabar ye semua orang.. relax dulu. fikir dulu nak masuk mana.
kalau aku ni,tau dah,.. sama ada diploma... atau ..
hmm..ada pilihan lain ke?
haha.. well, diploma seem the best choice sebab dia ajar basic untuk ke peringkat seterusnya..

eh,eh.. mcm lagu pulak. lagu ape tu.. 
jikalau kamu, mahu ke peringkat seterusnya..
tunaikanlah apa ku pinta.... haha.
lagu ezlynn tu kan? 

11 januari... gary dan gil buat konsert kat malaysia. 
huah.. sedih tak dpt pergi. 
apepun.. gary still receive my support. i hope you'll love malaysia gary-ah. hehe

hari tu tgk gambar kwang soo dengan polis malaysia.
diaorg buat FEEL-CHOCK-CROSS! hahaa
big nosed hyung jgn marah tau .. haha