Thursday, February 2, 2012

Bertandang ke Sekolah

Annyong ~
Yuhooo ~ yuhuuu!

Haha... sewel ke haper aku ni ?
sesaja je nak bagi tak gempak sikit.

Okeylah, hari ni dah masuk 2 february.
adalah azam sikit nak buat post baru kan
sebab kerja rumah tak banyak
jadi bolehlah BERFOYA-FOYA.
hahah.. apa jenis manusialah aku ni

semua budak tgh stress mcm mana nak buat kerja rumah
berlambak
tapi aku boleh duduk relax mcm takde apa-apa
siap boleh karok-karok lagu GOING CRAZY lagi
nasib baik tak CRAZY.
haha..

Aku nak ckplah hari ni memang hari paling luck kononya
mana taknya masa koko tadi ,
aku nampak KIPAS. dia kat bangunan sebelah sana,
tgh nak belok ke kanan nak pergi kelas KKQ.
pastu aku ckplah.."dtglah sini"
tapi ckp sorang-sorang ajelah .

lepas ckp mcm tu aku pandang tempat lain .
aku pusing aje belakang..
Dush! terkejut aku tgk KIPAS dah sampai sebelah .
aikkk?!! aku ingat dia nak belok tadi, nak siap bagi signal LAGI
aku pulak bengang tak tentu pasal .
yelah, lepas ni boleh mintak nenda nyanyi BENGANG kan?
entah minah tu ingat lagi ke tidak
Hahahaha

Nurin from Teknik Jb (kalau dia baca mesti dia kembang,haha)
and Nadra bakal pelajar MRSM yg cuti pun jarang-jarang.
bertandang ke sekolah .
tulah yg berkaitan dgn tajuknya.
dijah dgn nabila stay kat sekolah sebab nak lepas rindu
haha.~
aku?

Cis~ aku mana pernah rindu diaorg .
merepek aje korang ni .
biasa-biasa aje dgn diaorg.
jauh sekali untuk rindu . Hahaha
sebab aku ni kurang sikit berperasaan.
kalau logic tu bolehlah . (apa kena mengena?)

Aku ingat bila ambik aliran seni ni
bolehlah aku kumpul sikit-sikit perasaan aku
yg sekian lama kosong ni . Haha
(apa aku merepek ni?.. hanya aku yg faham . )

Then, apalagi kitaorg semua bergosip.
cerita tu, cerita ni ..
terngumpat pun ada
tapi dijah kata bukan mengumpat
tapi ambik pengajaran .
haha. selama aku hidup tak pernah aku ambik apa-apa
pengajaran.
seriusly okey!

Kokorikulum hari ni ada sukan dan permainan
satu masalah adalah,
masa tu badan aku dah basah lencun .
WET you know!

hujan lebat aku redah .
seluar dan baju habis basah.

sedap pantun berkerat aku tu ?
haha..

Permainan yg aku masuk Badminton.
cis.sebenarnya nak masuk Ping pOng.
atau nama komersial TABLE TENNIS.
zaman aku 5,6 tahun dulu mana pernah dgr perkataan ping pong
aku selalu TABLE TENNIS.
tetiba-tiba naik form 1 jadi AJK kelab PINGPONG
pelik aje dgr perkataan pingpon tu .
tapi bukan aku yg pilih permainan tu .
cikgu kelas yg sesuka hati sumbat aku dalam tu.
dia ingat aku ni KABU BANTAL ke haper ?
main sumbat-sumbat aje.
sudah nasib agaknya, dahlah paksa rela aje masuk
pastu cikgu tetiba tunding jari jadi AJK.
bermula dari situlah aku dpt banyak jawatan
dan sampai skrg aku genggam jawatan NAIB PENGERUSI.
Hahaha (evil laugh) syukur Alhamdulillah
kalau nak start apa-apa pun, semuanya bermula dari SIFAR.
so, aku dah start dari AJK kira ZEROlah tu kan?
Fighting to you all's
aktif dalam koko pun sebahagian dari kehidupan kan?


Aktiviti permainan badminton hari ni ialah ....
ACAP si kicap (buak form 5,) tunjuk demostrasi main Badminton
dgn cara yg betul .
dalam banyak-banyak benda yg dia ajar tu ,
aku tak boleh buat smash je.
sebab.. aku ni kalau main badminton
STATIC okey
memang malas nak gerak.
nak mengejar BULU BURUNG yg berterbangan tu
mcm kejar benda yg tak berbaloi
tu pun masalah jugak.
hahaha
kesian aku ni .
kalau nak ajak aku main BATU SEREMBAN ke CONGKAK ke
SAIDINA ke SAHIBBA ke MONOPOLY ke UNO ke JENGA.ke.

gerenti aku boleh dpt first atau second .
haha..

Lepas ni aku ingat nak tubuhkan kelab baru .
nama dia OH! MY SCHOOL CLUB.
haha.. termasuk dalam sukan dan permainan.
Permainan utama bagi club ni ialah
- Dodge Ball (bola beracun)
dan yg lain mcm main spelling, monopoly ke,
main game ke..
kiranya club ni permainan dia ada dua jenis
OUTDOOR and INDOOR.
lepas aktiviti dia adakan pertandingan DODGE BALL
antara kelas dan tingkatan .

Hahaha.. ni semua idea aunty koranglah .
sebab masa PJK tadi main DODGE BALL
aku yg bermulut banyak ni pun
"lah.. yg mcm OH MY SCHOOL tu ke?"
pyqa : yelah yg tu ..

Cikgu faridah pun start ckp mcm ni
"hari ni kita akan main DODGE BALL. dgn kata lain bola beracun.
kat sini mesti ramai yg minat korea, mesti pernah tgk
OH MY SCHOOL part yg diaorg main DODGE BALL ikut rumah sukan tu."

Hahaha... cikgu mesti terdengar apa yg aku dengar tadi.
tak pasal-pasal malu sorang-sorang kat situ .
cikgu suruh lari 2 pusingan kat dewan tu .
habis je lari aku ckp kat cikgu
"Cikgu,alang-alang tgh lari ni, jomlah masuk RUNNING MAN."
Hahaah..
Sengallah kau ni sab~

Masa main DODGE BALL korang matikanlah diri sendiri
untuk bantu kumpulan sendiri.
sebab, bila kita out, kita bukan totally out
tapi kita still boleh pegang bola
dan matikan kumpulan lawan.
Nanti bolehlah main .

OKeylah ..
post kali ni melampaui batasan .
orang lain buat post pendek
aku buat berjela-jela .
sape yg nak baca?
heh, suka hatilah.
ni cuma cerita harian aje.
yg baca aku ucapkan

Kamsahamnida.
Arigato.
Syukran.
Xie xie.
Gomawo (sama aje dgn Kamsahamnida)

notes: To ehem. sorry kalau pandang kau mcm tu .
Hahaha.. bukan sengaja. sebenarya nak tgk belakang.
sapa suruh berdiri betul-betul kat belakang aku
kan dah terbeliak mata aku kat situ .
Hadeih ~
Haha.. SorrySorry naega ~ (part yg lain sambung sendiri)

to ZA: aku form 4 lah. tak tipu. betul!

to khai: post Special A tu, aku suka Kei and Hikari.
tapi part yg Hikari memasak tu paling kelakar.
Eisyh.. tak sangka sampai hancur lebur beras tu dia kerjakan.
Selamat menonton anime ya.

PIECE WITH SMILE. :D

No comments: