Hello Februari 2025
Aku rasa dah 2025 ni mesti takde siapa lagi kan yang baca blog ni
berhabuk teruk
last post pun 2021
lepas tu terus busy dengan hidup yang tertekan, insomnia, konflik kehidupan dan macam-macam lagi.
either this or that, aku banyak menulis kat buku blank catatan harian aku, perasaan aku .
mungkin sebab tu aku susah sangat nak cerita apa perasaan aku, emosi aku, kisah hidup ke apa.
yelah, siapa nak dengar kisah hidup kau yang entah haper-haper tu
diorg pun banyak lagi masalah lain weh
so aku ada 2 buku untuk aku coret-coret harian aku macam mana.
kalau malas sangat memang kosong jelah buku tu terus bawak ke tahun seterusnya .
dah tu kenapa hari ni tetibe boleh tengok blog balik ?
aku terbuka profile fb, kat situ aku letak link blog aku weh
ahahahahaha
entah siapalah yang rajin nak buka blog aku tu
aku pun buka, pastu terus la aku ke sini nak buat post
aku still orang yang sama, cuma aku rasa macam makin heartless
aku punya love cells semua dah mampoih
aku cuma ada empati je
maybe ?
cerita pasal fb ni, lucu jugak la
lama tak buka fb
kadang-kadang je aku buka fb tu sebab kak yanie selalu tag anak dia ni kat gambar program ke aktiviti pra dalam tu
aku memang tak la nak upload apa-apa dah
fb tu terus berhabuk wehh hahaha
korang tau tak fb aku ni aku buka masa 2009 , aku form 1 lagi semata nak main farmville
pastu ajak kawan-kawan aku buka fb supaya kita boleh sembang situ lepas habis sekolah.
what a reminiscene sangat kan
sambung balik la, kisah fb ni
aku baru ni tengok notification kat phone, ada friend suggestion
nama dia : "ay** jay***
something like that
aku pun macam siapa ni ehhhh
aku tekan profile tengok private
aku pun friend request la
hahahahahaha rupanyaaaaa
haaa amik kauu rupanya abang budak yang accident dengan aku dulu hahahaha
aku macam tergelak jgk la lepas dia approve tu ,
masalahnya, dia approve tu pun kejap jeee
dalam 10 minit aku hantar friend request, aku kat traffic light dalam kereta tengah tunggu lampu merah sebelah vista seri alam tu
pastu dia approve aku kat traffic light simpang empat yang ada SMKA SERI ALAM 2 tu
ahahaha
aku macam " ehhh ehh ehhhhhhhhh " ahahah
exactly my reaction
aku macam tertanya la, dia kenal tak aku ni yang di approve tu hmmm
kisah pasal budak accident ni panjang jgk
aku ringkaskan, adik abang tu dia bawak motor laju pastu langgar aku dari belakang
aku masa tu memang pasti dah aku tengok side mirror kereta atas dari lotus seri alam tu memang tengah berhenti, aku masuk la simpang kan , siap bagi signal bape saat gitu la. aku masuk tu tetibeee "booommm" motor adik dia langgar aku dari belakang .
aku terkejut , cermin belakang tercabut hahaha
aku pun berhenti tepi and jauh sikit
nasib baik masa tu halim berhenti tengok aku, aku kalau pergi situ aku tak tau nak buat apa
yelah dia lelaki kan aku nak buat apa, nak sentuh nak angkat nak tolak ke apa semua tak boleh
merisaukannn
pastu ada cikgu laki lain jugak datang tolong
sumpah cikgu sekolah aku semua baik giler huhu =(
aku terharu pun ye, tapi aku nangis jgk la tengok adik dia accident berdarah tu
tapi semua halim yang handle kat situ
sebab aku macam blur giler, tak tau nak buat apa
tangan dan menggigil, badan aku sakit sebab hentak dari belakang tu
hmmm
abang budak ni pun datang la amik motor
memang santai abang dia weh, datang bawak skuter siput sedut pastu pakai seluar pendek tshirt je, aku syak abang dia tak mandi lagi
kau jangan jap lagi dia baca ni dia hantar mesej kat aku " heyy saya dah mandi la"
berjambul jgk
pastu halim cakap apa-apa contact abang budak tu
so aku macam ohhh boleh la nanti bincang la sikit ganti rugi
tapi diorg pun senyap saja, abang ke adik sama takleh harap
memang basically mengaku tak bersalah la lepas dah langgar aku dari belakang tu
pastu abang dia ni siap salahkan aku lagi sebab masuk simpang terus la apalah,
padahal dia tengok video camcorder tu, dia tak nampak ke signal aku bagi tu bukan sekejap weh 10 saat jgk aku tunggu nak masuk simpang
aku tengok cermin pandang belakang, side mirror banyak kali
aku memang pasti masa tu ada kereta aku dengan kereta honda je sebab belah atas tu tengah lampu merah
hmmm
lastly aku jugak yang dipersalahkan, adik dia langgar aku, aku yang salah .....
aku tau je aku tak salah, aku nak bincang ganti rugi pun tak jadi
aku nak pakai separuh insurans motor adik dia
sibuk la dia putar sana sini kene pakai lawyer
haihhh gitu la orang melayu ni
last-last tergantung macam tu je
ncd aku pun jadi kosong la
insurans ni nanti aku kene bayar mahal
kot la adik dia nak bayar rm1k ke ganti balik sikit
haram , terus senyap takde apa .....
the moment aku berharap, kan bagus kalau yang langgar aku aritu tu orang kaya pastu dia ada common sense terus cakap " takpe nanti contact saya, saya bayar ganti rugi ya"
tak pun dia cakap " nanti pergi bengkel sini apa-apa saya settlekan semua'
pada aku senang je, kalau kau tak bertanggungjawab dengan aku sekarang
nanti kau akan kene balik jugak, so aku watlek jelahh ~
kesimpulannya dari cerita ni
1. lelaki semua sama je akal tak sampai skala 10
despite all of that, i still missed his brother
dayum it~
funny thing is, aku dengan abang dia ada contact number each other
tapi takpelah maybe abang dia tak bujang kot
so ikut kau laaaa
tapi dia kene tau jugak, aku rindu dia walau dia tak rindu aku
aku kadang ada teringat kat dia, walau dia tak teringat kat aku
aku kan, ada je tengok status abang dia . like kadang-kadang eager jugak tu nak tengok dia ada tak tengok status aku hahahahaha
pebende ni ye sabrina ??? aku dah lama tak suka orang tau
memang aku tergelak sorang-sorang la. dah kenapa suka orang tak suka kau ni
sejak itu, azam aku adalah untuk melupakan dia . hahaha
azam apakah ini woiii ?!!
kadang-kadang aku macam nak perasan la yang abang dia ni mungkin ada teringat kat aku
tapi lepas tengok friend fb dia, awek dalam tu lagi cantik la kot,
dah boleh lupakan dia
tiktok pun dia dah set private, kalau tak muncul je kat suggestion tu sebab aku ada nombor dia . hmmm entah entah dia detect kot ohh profile budak ni tengok aku blablabla
well, orang kata cinta padangan pertama tu legit
tak sangka dah 28 tahun boleh ada cinta padangan pertama hahahaha
sebab aku ada je termimpi abang dia dalam tido
im so done bro
like muka dia dalam mimpi tu jelas sangat
apapun, semoga abang bahagia la
the way i am so confident dia lagi tua dari aku =P
Okey cerita apa lagi ,
tahun ni aku dah 29 tahun weh
kawan aku semua dah kahwin, ada anak
happy aku tengok diorg happy
ayat ni macam cliche kan
tapi aku tengok dah macam mana kawan aku tu terseksa, terluka semua
sedih, kesian semua ada
aku yang jadi kawan tak mampu nak buat apa
sebab tu the only thing is aku buat ialah doakan sahabat-sahabat aku
diorg kene bahagia . amin !
aku? aku masa study paling terseksa, kene khianat, kene luka, 3 hari aku tak keluar bilik
yang lawak tu, yang buat benda macam tu pulak kawan baik sendiri
hhahahahahaha
thefish sangat kan
despite all that aku still hidup sampai sekrang
sebab baru ada kesedaran , ohh manusia boleh macam ni ye
you know what, aku tak payah doa apa-apa
Allah nampak je apa korang buat
pandai-pandai la nak fikir
lepas tu aku ada masalah apa semua, aku diam je
kita diam je sampai mati
sebab takde orang mampu nak dengar apa masalah hidup aku ni
biasa kalau aku cerita je, ada je yang interrupt
terus jadi pendiam dah aku sekrang ni
terus tak tau nak cerita apa kat orang lain
aku rasa 6 tahun aku kat sekolah tu, orang tak tau pun background aku semua
family aku, kampung aku semua macam mana
huhuhu
terus jadi senyap
aku tak tau nak cerita macam mana .....
orang tanya, aku jawab la sepatah dua je
sumpah terus jadi bosan aku ni
tu yang kalau nak kenal orang pun, aku tak tau nak sembang apa dengan dia
aku lost
my next resolution ialah, kita takyah bercinta la kita kahwin pastu kenal masa kahwin jelah
hahahaha
tapi entahlah siapa pulak nak kahwin dengan aku ni
tau tak, aku rasa nak pergi
pergi jauh ke tempat orang tak kenal aku
mulakan hidup baru kat sana
kerja sana
survive kat sana
aku cuma nak pergi tempat orang tak kenal aku :(
pernah tak kau rasa you never belong in this place at first place ?
aku nangis 3 hari sebab aku ada perasaan macam ni
heartbroken fikir benda macam ni lagi sakit rupanya
aku berubah sikit sikit
lepas tu baru aku faham
you don't live for those human
I should only live for Allah :(
tahun 2024, datang la aku yang terus tak fikir apa-apa
all i do is, hari-hari doa semoga dapat lalui hari ini dengan tenang
semoga orang -orang disekeliling aku adalah orang yang menenangkan dan mendamaikan
amin!
and now, that is me .
until next post 💓