Wednesday, May 28, 2014

Ceritera Bulan Mei sesi #Throwback1

Assalamualaikum~

Fine~aku baru rajin nak post skrg... nak buat mcm mane kan. Di saat teman-temanku pergi meninggalkanku, 
sendirian menghadapi jalan baru , 
sebatang kara di negeri orang, 
ditakut-takutkan oleh manusia lain, 
dan ... ye...aku rasa nak nangis "_"

Budak-budak asasi dgn matrikulasi masing-masing dah dapat kelas..dah habis orientasi mungkin. Ada pulak budak UM tu kena homesick pasal dia tu orang Johor tetiba kena duk KL. memeylah homesick. pastu ckp kat group Whatsapp dengan emoticon menangis. bila jauh dari family asyik rasa tak sedap hati. entah apa jadi kan. 
aku faham perasaan tu... 

Macam aku ni...beberapa bulan sebelum ni
january,february,march,april dan Mei ... aku duduk kat rumah menanam anggur hijau dan hitam. membaja buah anggur sehingga dia membesar dan dpt merayap ke kayu yang telah dipacak di situ.... (eh apa kena mengena ni???) 

Haha... takde2 tu metafora je. 

aku ni selalu duduk rumah, selalu buat house chores..everyday never end house chores tu. kalau pasal cuci baju.. memanglah er... =_+ 
mesin basuh pun buat muka mcm tu kot
pasal mesin tu boring tgk muka aku
agaknya kalau dapur tu boleh cakap mesti dia halau aku keluar, pasal aku paling suka bertenggek kat situ 
sambil siang ayam,tumbuk cili,blend bawang,masak telur,masak nasi, masak maggi, masak nasi goreng segera, 
haha.. 

masa aku membuang kulit anggur di rumah ni, aku sendiri je.. yeahh!!! 
"INI RUMAH AKU YANG PUNYA !!" jgn kau expect dialog tu dari mulut aku la. pasal memang tak keluar pun. 
Aku mengalami tahap KEBORINGAN yang melampau semasa duduk di rumah. dan asyik teringat kelas,langsir buruk kat kelas,penyapu yg aku selalu guna buat belasah orang,tong sampah yg banyak dengan plastik,pantry yg ada cerek dan boleh masak maggi kat belakang kelas, pantry yg tetibe jadi tempat photoshoot kami (iaitu budak Blok E form 5)
aku rindu cikgu membebel, aku rindu mak,ayah dgn adik aku pasal diorg pagi-pagi buta dah tinggalkan aku sendiri. kdg-kdg tu aku bangun kul 7 rumah dah sunyi. 

yeahhh "Lonely,yes i'm a lonely, there's gonna be one less lonely girlll.... "
entah apa aku merepek...

senang citer masa duduk rumah ni.... aku teringat semua benda kat sekolah. pasal sekolah dgn rumah aku ni mcm asrama jgk la... even taklah mcm SBP dgn MRSM 
still aku anggap mcm asrama sebab rumah aku tu kawasan dia akan ditutup pada kul 11 malam. nasiblaaa yg balik lambat tu mesti kena soal siasat dgn guard... Krik Krik*

aku dulu masa sekolah hari-hari sampai awal, pastu lepak dewan 
amik udara segar *tak segar mana pun pasal pagi-pagi jalan kat tepi tu dah jam*

kul 7 pagi biasa dah sampai. pastu lepaking sambil usyar dak-dak laki yang ada kat situ. tanya mcm-mcm. blablabla.
pastu tunggu kehadiran imam utk baca yasin. 
kalau sharafi baca.... memang aku cair ... haha
lepas tu masuk kelas. dewan biasa memang riuh sebelum nak jalan ke kelas tu. 
bila kami semua keluar dari dewan...org memanggil kami "semut dah keluar" tu kalau cikgu dari tingkat 5 nampaklah. haha. 

dan aku akan jalan jauh *perjalanan jauh memang kurasa* (bajek lagu balik kampung je tuhhh)
pasal kelas aku kat blok E dekat dgn makmal MPV la. 
masuk je kelas semua sibuk berlari,berjalan,merangkak,kalau ada yg sekali tu budak tu patah kaki.. kelas dia kat atas kelas aku la... 
masa dia naik tangga dak belakang akan automatic stop. 
pastu yg belakang-belakang ni termasuk aku pun terus terlanggar budak depan. ACCIDENT la senang. 
jalan jem. pasal budak tu. haha
pastu dak depan sekali tu jerit..."harap bersabar...bagi dia melintas dulu"

aku pulak dah mcm +_+ 
finee.... kenapa kau tak pasang je traffic light dgn lampu melintas kat sini. takdelah orang belakang ni terlanggar beg aku. aku terlanggar beg dia. 
(haha.. ada addition dlm  tu)

lepas 10 minit budak-budak blok E dgn sabarnya jalan sikit demi sikit mcm yg pernah nampak dlm  tu .. drama korea tu kan. haha.. memang slow la.. 
tapi kitaorg jaga tau budak junior tu. siap bagi lalu lagi. aku pernah lalu sebelah dia aku siap tolong angkut beg dia lagi. haaa... *aku tau korang nak puji aku baikkk....haha*

kesian jgk la kat dia.... muda-muda kaki dah sakit gitu. huhu
aku ni senior yg baik la jgk... kalo aku jahat aku dah tolak budak tu sampai jatuh tangga. elok-elok kaki kanan takleh jalan tak pasal-pasal dua-dua kaki sakit. hehehe... 

lepas tu kelas akan bermula dgn benda biasa iaitu memberi salam dan baca doa ... 
ya.. aku rindu nak dgr cikgu bercerita pasal isu semasa, ustaz hafiz cerita pasal politiklah, hal nikahlah... 
haha... 
masa time dia ajar munakahat ni lah... yg perghhh 
ZZZZZzzzzzzzz.... tertido kau budak kelas aku. hahaha!
aku pun nak tido sebenarnya,tapi aku ni duduk depan sekali. aku nak keberkatan (puihhh..keberkatan kununn..haha bajekk)
disebabkan aku nak keberkatan..aku menahan mata daripada tertutup selepas syaitan memakaikan celak tebal untuk aku. sadis sungguh~
tapi lawak-lawak dia buat aku tak gelak pun....pasal aku ngantukkkk... haha
keluar je ustaz ...aku terus lentok kat meja. hamikkkooo
serius la... memang ngantuk... tapi lepas beberapa bulan. aku tak ngantuk dah bila dia ajar... 
mcm hiburan je aku rasa bila dengar dia duk kutuk-kutuk budak ni tak pakai tudung la, budak sebelah mcm monyet la, budak kelas aku ni suka tido la, budak atas kelas ni time belajar sunyi sepi la.. *choiii dak kelas depan memang gitu la ustaz... haha...budak 4st dia kate...senyap je kelas... buat lawak tak gelak pun...*

pastu time cikgu rasimah ... 
di mana semua akan cabut sampaikan kelas tu tinggal budak bendul je.. haha
aku pun cabut gak, satu masa jelah. lagi satu masa tu aku balik kelas. ckp cikgu aku ada gi jumpa cikgu blablabla.. dia tak caya pun. tapi dia bagilah aku duduk. pasal aku buat muka kesian. masa aku balik tu budak-budak laki kelas aku memang dah tekad taknak masuk. so diorg terus angkut beg ramai-ramai gi toilet hisap rokok. Ohhh...itu sangat "gila cadbury" kate orang 

grr... sopan sgt cadbury tu ..
aku selama ni ckp vavi je takde nak kalis bagai 
sebab aku terbiasa dgn statement jujur. 
walaupun tgk aku ni memang mcm muka penipu kan ..haha
kena belajar lagi ni... "ingat bagus sgt ke belajar menipu"
hehe..... entahlahhhh

dan masa grafik berkomputer cikgu thiyaga yg ajar,
cikgu math yg paling aku suka...tapi subjek dia aku tak suka. yelah..subjek math tulah. tu pasal masa PMR kantoi habis. haha
masa GB ni kelas aku akan berjalan dan masuk ke makmal komputer yg dikhaskan utk budak GB je. bukan GILA BABI.. tapi grafik berkomputer. 
jgn nak tukar-tukar.. aku humban korang nanti. haha

budak-budak kelas aku paling suka waktu ni pasal dpt masuk bilik aircond... oh yeahhh so heaven ehh 
yelah duduk dlm bilik aircond..komputer sorang satu.. aku biasa kalau bosan gi kat belakang buat port sendiri... duduk sila pastu cari ilham... *bajeklah boleh dpt idea nak buat logo kununnn*

pastu kalau takde aku gi toilet ... *toilet pun bolehhh...haha*
pasal dlm bilik tu sejuk sgt..aku kadang-kadang baru duduk dlm 20 minit je..badan aku terus mengigil. tangan dah rasa mcm takde darah. fuhhh~ sejuk beku katekooo... 
aku berada di aisLENG ni aku rasa... sejuk bebenor. 
sampaikan aku siap ckp dgn cikgu slow kan aircond dan di saat itu budak-budak lain menentang
"panaslah sab,apa kau ni sejuk pulak" 

fine... x_x diaorang suka tgk aku mati beku. pffft

diorg ckp mcm tu pasal diorg GEMOK .. 
*amikkko capital letter..hahaha*

masa sejarah pulak, paling sempoi
pasal kalo lapar boleh makan 
ckp je dgn cikgu,nak makan sikit.. 
janganlah kau makan nasi sebungkus depan cikgu pulak..haha.. vengong
cikgu sejarah aku tahun lepas memang best. even orang kate sejarah form 5 tu bosan and blablabla.. 
tapi aku membaca nota yg cikgu bagi dgn bersungguh-sungguh dan tersengguk-sengguk dlm kelas pun bersungguh-sungguh *finee sila gelakkan sabrina sampai tergolek*

tu statement jujurlah tu. aku tak main ah mcm non-statement mcm matematik tu. 

cikgu sejarah aku tu, kalau nampak orang berangan masa dia ajar mesti dia ckp dialog ni 
"berani kau berangan masa kelas aku,aku humban kau ke bawah nanti. pergi basuh muka sana!"

Aku pulak elok-elok tersengguk terus segar... pastu gelak kejap pasal kelakar pulak.. pasal dia nak humban budak tu. patah riuk jelah pasal kelas aku ni tingkat 1 je. kalau ckp pasal baling-baling barang dari sini .. biasalah tu. 
kadang-kadang ada je budak malas naik tangga. pastu jerit dari bawah 
"Sabbb!!! " 
aku yg bendul pun gi cari suara echo tu. 
bila dah jumpa..ingatkan ape... nak suruh aku campakkan pencil box dgn botol air dia aje. 
Memang shittyyy mall punyer budak la..haha

kelas aku ni kelas kat tepi tangga..so kalau bising biasalah eh kalau kena sound pasal cikgu dgr dari tangga lagi.. kelas tengah paling untung..masa kitaorang bising diorg pun lagi bising sebenarnya... pastu cikgu tu lalu kelas aku dulu la. time dia marah-marah tu kelas sebelah automatic senyap..
kuajakkkk ini kelas... berlakon je pandai.. 
masa ni aku dah rasa mcm nak campak speaker yg ada kat kelas aku sampai ke kelas sebelah. 

kelas aku ni taklah bising sgt... 
tapi pasal budak-budak aku ni suka bawak laptop pastu bawak speaker sendiri 
bila dah mcm tu.... mahu tak jadi disko kelas aku. 
dipasangnya lagu inggeris yang entah pape. 
aku pun mcm entah apa-apa jgk pasal aku kdg-kdg suka je request lagu dari diorg... hahaha!
nak kata cikgu tak masuk...cikgu masuk.. 
tapi masa cikgu tak sampai lagi dgn masa cikgu nuri mazua memang bising habis. 
lagu head banging pun ada. wakaka... rosak budak-budak ni.

cikgu nuri mazua tu cikgu seni aku. time seni kitaorg akan buat kertas 3 iaitu folio seni ... 
masa seni la yg paling mcm disko. head banging sambil melukis.. jadi apalah agaknya lukisan tu. giler betulll... haha

kalau dah nama budak kelas 5MPV disko dgn dia takleh dipisahkan. haha. bila cikgu ckp tutuplah lagu tu. kitaorg masih hormatkan beliau ye.

disebabkan budak kelas aku ni tersangatlah kreatif... 
ada satu bilik kecil kat belakang kelas aku. kat situ port orang simpan barang-barang berharga macmm.... tak perlulah aku sebut... budak-budak yg bawak handphone beratur nak charge kat situ.. 
haha

pastu budak-budak laki ni rajin sangat la.. 
diorg pun bawak semua majalah lama-lama dari rumah diorg..pastu koyakkan sekeping-sekeping helaian majalah tu dan guna gam yg botol kuning tu nak lekat kat dinding dlm bilik tu. part yg shitty sekali masa photoshoot adha tegur aku.. "gambar tu kau rasa patut tak masuk sekali"
masa tu gambar tu tunjuk perempuan pakai bra dgn seluar pendek giler.... 

grrr.... aku pandang adha geram jekkk
dahlah ckp dgn senyuman yg sangat gatal... 
memang aku dah ready penyapu masa tu. haha
nasib laa
pastu berhadapan dengan section dinding kolaj tu 
budak-budak lelaki kelas aku ni beli cat air dan menggunakan kudrat empat kerat diaorang dengan mewarnakan tapak tangan dan cap pada dinding tu...

bayangkan ... alah... cap tapak tangan la 
tapi ada mcm-mcm warne..
serius...cantik 
aku suka section hand cop tu setiap kali ada photoshot dgn budak-budak lain.. 
budak-budak lain ada yg panggil cap mohor
entah apa-apa je. 
pastu..sebaris dgn section hand cop tu 
dioarg beli kertas mahjong putih yg besar tu 
pastu lukis garisan banyak-banyak 
alahh... mcm garisan org masuk jail nak bergambar tu. 
yeahh..mcm tu la.. 
diaorang siap beli props la
ada props "wanted" ada props "i am single and available"
mcm-mcm ada

setiap kali budak-budak bergambar kat section jail break tu memang amik props "wanted" pastu pegang dan buat muka sayu ada jugak yg senget buat muka nakal 

alahaiii... rindu bilik photoshoot kitaorang tu. entah apa jadi la agaknya. mesti cikgu dah spring cleaning bilik tu. huurmm... 

ada lagi satu yang best.. 
budak lelaki ramai-ramai ni siap bawak kettle dgn mangkuk,dgn milo dgn nescafe..mug sendiri... maggi kari... gula pasir... nestum ... 
so..kalau nak air amik je kat bawah pastu naik atas masak air. pastu kalau nak masak untuk maggi cup tu tuang ajelah nanti. 
tu lah benda yg selalu budak-budak ni buat
bukan diaorg aje..aku pun buat.. 
cuma aku taklah buat coffee dalam kelas dgn guna nescafe dan gula pasir 
haha ... sadis sangatlah tu. padahal rumah sebelah aje. 
cehyytt

mcm biasa.. bila habis je waktu sekolah aku akan terus gi belakang dan duduk bawah kipas sambil tutup mata.. kunun cari ketenangan bawah takhta sendiri. haha



aku menceritakan semula apa yang aku lalui dan rindu skrg ni...walaupun aku rindu apa yg aku lalui masa sekolah dulu. 
aku tak pernah rasa nak pakai baju sekolah balik ...err... +_=
haha.. 

okeylah ... post terlebih panjang utk menebus post bulan sebelum ni yg aku tak dpt post... harap maaf 

harap korang faham...dah setahun lebih aku tinggalkan hobi membebel di blog sebab aku hari-hari balik dari sekolah pukul 5. kenapa? aku buat semua homework kat sekolah dan kat rumah aku tidur. 

 that is me ^_^
1 june ni dah nak sambung belajar ke tempat baru .
aku harap semuanya akan dipermudahkan ... InsyaAllah ...Amin! 













hingga ke hujung dunia ini ~ lalalala 

-The End for Throwback1- 

To be Continued ~