Thursday, February 27, 2025

FEBRUARI 2025

 Hello Februari 2025 


Aku rasa dah 2025 ni mesti takde siapa lagi kan yang baca blog ni 

berhabuk teruk 

last post pun 2021 

lepas tu terus busy dengan hidup yang tertekan, insomnia, konflik kehidupan dan macam-macam lagi. 

either this or that, aku banyak menulis kat buku blank catatan harian aku, perasaan aku . 

mungkin sebab tu aku susah sangat nak cerita apa perasaan aku, emosi aku, kisah hidup ke apa. 

yelah, siapa nak dengar kisah hidup kau yang entah haper-haper tu 

diorg pun banyak lagi masalah lain weh 

so aku ada 2 buku untuk aku coret-coret harian aku macam mana. 

kalau malas sangat memang kosong jelah buku tu terus bawak ke tahun seterusnya . 


dah tu kenapa hari ni tetibe boleh tengok blog balik ?

aku terbuka profile fb, kat situ aku letak link blog aku weh 

ahahahahaha 

entah siapalah yang rajin nak buka blog aku tu 

aku pun buka, pastu terus la aku ke sini nak buat post 


aku still orang yang sama, cuma aku rasa macam makin heartless 

aku punya love cells semua dah mampoih 

aku cuma ada empati je 

maybe ?


cerita pasal fb ni, lucu jugak la

lama tak buka fb 

kadang-kadang je aku buka fb tu sebab kak yanie selalu tag anak dia ni kat gambar program ke aktiviti pra dalam tu 

aku memang tak la nak upload apa-apa dah

fb tu terus berhabuk wehh hahaha 

korang tau tak fb aku ni aku buka masa 2009 , aku form 1 lagi semata nak main farmville 

pastu ajak kawan-kawan aku buka fb supaya kita boleh sembang situ lepas habis sekolah. 

what a reminiscene sangat kan 


sambung balik la, kisah fb ni 

aku baru ni tengok notification kat phone, ada friend suggestion 

nama dia : "ay** jay***

something like that 

aku pun macam siapa ni ehhhh

aku tekan profile tengok private 

aku pun friend request la 

hahahahahaha rupanyaaaaa 

haaa amik kauu rupanya abang budak yang accident dengan aku dulu hahahaha 

aku macam tergelak jgk la lepas dia approve tu ,

masalahnya, dia approve tu pun kejap jeee 

dalam 10 minit aku hantar friend request, aku kat traffic light dalam kereta tengah tunggu lampu merah sebelah vista seri alam tu 

pastu dia approve aku kat traffic light simpang empat yang ada SMKA SERI ALAM 2 tu 

ahahaha 

aku macam " ehhh ehh ehhhhhhhhh " ahahah 

exactly my reaction 

aku macam tertanya la, dia kenal tak aku ni yang di approve tu hmmm 


kisah pasal budak accident ni panjang jgk 

aku ringkaskan, adik abang tu dia bawak motor laju pastu langgar aku dari belakang 

aku masa tu memang pasti dah aku tengok side mirror kereta atas dari lotus seri alam tu memang tengah berhenti, aku masuk la simpang kan , siap bagi signal bape saat gitu la. aku masuk tu tetibeee "booommm" motor adik dia langgar aku dari belakang .

aku terkejut , cermin belakang tercabut hahaha 

aku pun berhenti tepi and jauh sikit 

nasib baik masa tu halim berhenti tengok aku, aku kalau pergi situ aku tak tau nak buat apa 

yelah dia lelaki kan aku nak buat apa, nak sentuh nak angkat nak tolak ke apa semua tak boleh 

merisaukannn 

pastu ada cikgu laki lain jugak datang tolong 

sumpah cikgu sekolah aku semua baik giler huhu =( 

aku terharu pun ye, tapi aku nangis jgk la tengok adik dia accident berdarah tu 

tapi semua halim yang handle kat situ 

sebab aku macam blur giler, tak tau nak buat apa 

tangan dan menggigil, badan aku sakit sebab hentak dari belakang tu 

hmmm 

abang budak ni pun datang la amik motor

memang santai abang dia weh, datang bawak skuter siput sedut pastu pakai seluar pendek tshirt je, aku syak abang dia tak mandi lagi 

kau jangan jap lagi dia baca ni dia hantar mesej kat aku " heyy saya dah mandi la"

berjambul jgk 

pastu halim cakap apa-apa contact abang budak tu 

so aku macam ohhh boleh la nanti bincang la sikit ganti rugi 

tapi diorg pun senyap saja, abang ke adik sama takleh harap 

memang basically mengaku tak bersalah la lepas dah langgar aku dari belakang tu 

pastu abang dia ni siap salahkan aku lagi sebab masuk simpang terus la apalah, 

padahal dia tengok video camcorder tu, dia tak nampak ke signal aku bagi tu bukan sekejap weh 10 saat jgk aku tunggu nak masuk simpang 

aku tengok cermin pandang belakang, side mirror banyak kali 

aku memang pasti masa tu ada kereta aku dengan kereta honda je sebab belah atas tu tengah lampu merah 

hmmm 

lastly aku jugak yang dipersalahkan, adik dia langgar aku, aku yang salah ..... 

aku tau je aku tak salah, aku nak bincang ganti rugi pun tak jadi 

aku nak pakai separuh insurans motor adik dia 

sibuk la dia putar sana sini kene pakai lawyer 

haihhh gitu la orang melayu ni 

last-last tergantung macam tu je

ncd aku pun jadi kosong la

insurans ni nanti aku kene bayar mahal 

kot la adik dia nak bayar rm1k ke ganti balik sikit 

haram , terus senyap takde apa ..... 

the moment aku berharap, kan bagus kalau yang langgar aku aritu tu orang kaya pastu dia ada common sense terus cakap " takpe nanti contact saya, saya bayar ganti rugi ya" 

tak pun dia cakap " nanti pergi bengkel sini apa-apa saya settlekan semua' 

pada aku senang je, kalau kau tak bertanggungjawab dengan aku sekarang

nanti kau akan kene balik jugak, so aku watlek jelahh ~ 

kesimpulannya dari cerita ni 

1. lelaki semua sama je akal tak sampai skala 10 


despite all of that, i still missed his brother 

dayum it~ 

funny thing is, aku dengan abang dia ada contact number each other 

tapi takpelah maybe abang dia tak bujang kot 

so ikut kau laaaa 

tapi dia kene tau jugak, aku rindu dia walau dia tak rindu aku 

aku kadang ada teringat kat dia, walau dia tak teringat kat aku 

aku kan, ada je tengok status abang dia . like kadang-kadang eager jugak tu nak tengok dia ada tak tengok status aku hahahahaha 

pebende ni ye sabrina ??? aku dah lama tak suka orang tau 

memang aku tergelak sorang-sorang la. dah kenapa suka orang tak suka kau ni 

sejak itu, azam aku adalah untuk melupakan dia . hahaha 

azam apakah ini woiii ?!!

kadang-kadang aku macam nak perasan la yang abang dia ni mungkin ada teringat kat aku 

tapi lepas tengok friend fb dia, awek dalam tu lagi cantik la kot, 

dah boleh lupakan dia 

tiktok pun dia dah set private, kalau tak muncul je kat suggestion tu sebab aku ada nombor dia . hmmm entah entah dia detect kot ohh profile budak ni tengok aku blablabla 

well, orang kata cinta padangan pertama tu legit 

tak sangka dah 28 tahun boleh ada cinta padangan pertama hahahaha 

sebab aku ada je termimpi abang dia dalam tido 

im so done bro 

like muka dia dalam mimpi tu jelas sangat 

apapun, semoga abang bahagia la

the way i am so confident dia lagi tua dari aku =P


Okey cerita apa lagi , 

tahun ni aku dah 29 tahun weh 

kawan aku semua dah kahwin, ada anak 

happy aku tengok diorg happy 

ayat ni macam cliche kan 

tapi aku tengok dah macam mana kawan aku tu terseksa, terluka semua

sedih, kesian semua ada 

aku yang jadi kawan tak mampu nak buat apa 

sebab tu the only thing is aku buat ialah doakan sahabat-sahabat aku 

diorg kene bahagia . amin ! 


aku? aku masa study paling terseksa, kene khianat, kene luka, 3 hari aku tak keluar bilik 

yang lawak tu, yang buat benda macam tu pulak kawan baik sendiri 

hhahahahahaha 

thefish sangat kan 

despite all that aku still hidup sampai sekrang 

sebab baru ada kesedaran , ohh manusia boleh macam ni ye 

you know what, aku tak payah doa apa-apa 

Allah nampak je apa korang buat 

pandai-pandai la nak fikir 

lepas tu aku ada masalah apa semua, aku diam je 

kita diam je sampai mati 

sebab takde orang mampu nak dengar apa masalah hidup aku ni 

biasa kalau aku cerita je, ada je yang interrupt 

terus jadi pendiam dah aku sekrang ni

terus tak tau nak cerita apa kat orang lain 


aku rasa 6 tahun aku kat sekolah tu, orang tak tau pun background aku semua

family aku, kampung aku semua macam mana 

huhuhu

terus jadi senyap 

aku tak tau nak cerita macam mana ..... 

orang tanya, aku jawab la sepatah dua je

sumpah terus jadi bosan aku ni 

tu yang kalau nak kenal orang pun, aku tak tau nak sembang apa dengan dia 

aku lost 


my next resolution ialah, kita takyah bercinta la kita kahwin pastu kenal masa kahwin jelah 

hahahaha 

tapi entahlah siapa pulak nak kahwin dengan aku ni 


tau tak, aku rasa nak pergi 

pergi jauh ke tempat orang tak kenal aku 

mulakan hidup baru kat sana

kerja sana

survive kat sana 

aku cuma nak pergi tempat orang tak kenal aku :( 

pernah tak kau rasa you never belong in this place at first place ?

aku nangis 3 hari sebab aku ada perasaan macam ni 

heartbroken fikir benda macam ni lagi sakit rupanya 

aku berubah sikit sikit 

lepas tu baru aku faham 

you don't live for those human 

I should only live for Allah :(

tahun 2024, datang la aku yang terus tak fikir apa-apa 

all i do is, hari-hari doa semoga dapat lalui hari ini dengan tenang 

semoga orang -orang disekeliling aku adalah orang yang menenangkan dan mendamaikan 

amin!

and now, that is me . 


until next post 💓



Monday, July 12, 2021

Its July of 2021

Wowww aku baru terbuka hati nak melawat blog sendiri hahaha
Dah bulan julai ye anak-anak 
the first thing is , 2021 dah lama cancel 
tapi 2021 tetap a good year for me at least
Sebab bulan mac aritu, budak-budak aku dapat pergi sekolah at sampai sebelum raya
its quite a long time, dapat la aku pulun untuk huruf dan membaca sikit kat diorg 

Then, raya tu kita pun cuti and lockdown suddenly
walau tak faham kenapa nak lockdown tetibe hahaha 
kita pun ber hu hu hu jelah terima kan lockdown kali kedua ni
masa ni kes mencanak naik mcm gunung everest 

Tahun ni dah tahun kedua kerja 
and still work from home 
kerja depan gmeet 
mengajar depan gmeet dengan budak 6 tahun 
nasib baik anak-anak aku tahun ni tak hambar ye
semua becok 
tanya satu soalan berpatah-patah depa nak cakap 
aku okey je , asalkan kita ckp peraturan dia 
time aku ajar diorg kene dengar, time aku tanya diorg kene jawab 
bukan apa, nak bagi tak bosan je
yelah dah belajar depan gmeet, apelah sgt 
seminggu sekali pun letih mcm ape

pastuu.... kau belum tengok jadual aku lagi 
5 hari sekolah. 5 hari ada ada subjek 
ya tuhann 
nak nangis tengok jadual sendiri 
hiksss
tapi terima jelah . sebab pra memang hari-hari busy 
tu yg aku tak suka bila orang tak faham apsal lepas kelas melepet mcm penat sgt
padahal memang penat eh 
aku mmg lepas kelas lapar + tak larat nak bangun dah 
mcm tahun lepas kan, aku time ajar pra tu 
berat badan aku auto turun sendiri 
bukan tak makan tau , tapi sebab penat sgt 
fizikal mental penat . tapi orang-orang ni mana faham
dah la aku sorang ajar semua subjek
tapi aku tau la semua orang ada kesusahan masing-masing 
taknak rendahkan sapa-sapa
sekian luahan hati sayaa ehek 

so skrg ni covid 19 makin viral ye
siap ada yg kahwin pastu jadi mutasi mutasi 
amboihh kemainn
my single self cannot relate 
aku tetap maintain single dari study sampai skrg 
hahaha . dah tua dah kot aku . 25 tahun dah tahun ni
nampak gaya nak jumpa jodoh time covid ni mustahil 
aku fikir bila akan mati je ni . tengok keadaan negara, aku rasa kita mmg akan mati dulu kot hahaha . bukan sebab covid, mati sebab kerajaan tak cakna
( sekian luahan tentang negara sendiri ) 

Andd yeayyy minggu depan dah cutii 
after 25 days of school 
I've been waiting for this week 
nak rehat kejap mata dari laptop 
pedih jgk mata tengok screen laptop lama-lama
the real thing is, tak seronok pun belajar depan laptop 
not my style
tapi begitu la kehendaknya 
dah la dengan pentadbir yang mcm ape semua
sampai aritu aku stress
aku dah fikir nak pindah tempat kerja 
sebab aku tak gemar yang jenis menganggu waktu weekend aku 
kecuali parents je
parents aku halalkan la, sebab diorg kan baru dpt buat kerja anak 
itu lain cerita dia
ini nak meeting weekend sebab nak cakap benda mengarut
haihh.. .baik tidak payah 
sakit hati je dengar ye 


hmm dah sekali taip kat post blog mmg panjang
aku mcm bila lagi nak merapu kan
nak ckp semua benda dengan kawan, bukan kawan aku faham sgt aku 
butttt syukur jugak ada Allah hantarkan kawan-kawan yang memahami 

sekiannn~  



Friday, May 29, 2020

Year of 2020 My First Post

Tajuk macam dah habis je tahun 2020 ni kan 

padahal baru je bulan Mei. Eh hari ni dah 30 mei kot
hmm so lagi sehari la nak masuk bulan Jun 
tapi tahun 2020 ni macam secara automatik dah kena cancel tau  hahaha

Mula bulan mac aritu lagi, negara aku dah kene lockdown 
not exactly lockdown pun 
PKP katanya
diaorg mmg tak bagi keluar rumah or kerja or apa-apa yang kene keluar la
yg boleh kerja tu nurse, abang delivery, doktor and blablabla 
essential business je

Aku ? aku baru tahun ni tau keje
so mcm pengakhiran tahun ni keje aku kat skolah tu sampai bulan 3 je
tapi kat rumah masih lagi bersambung wehhh 
keje jadi cikgu ni mmg mane ada putus keje
pastu ada la pihak-pihak yang hati busuk ni nak suruh potong gaji penjawat awam
hati busukkk macam longkang kata orang haa amik kau jahat ayat aku 

technically, civil servant sume ni tak pernah kacau orang lain 
OT pun ciput je, kadang-kadang tu OT pun takde la anjir
kau ada nampak kitaorg mengungkit ke ?
kau ada nampak civil servant complain diorg kene bayar cukai mahal , banyak every month ,year
ada ke?
sebab diorg bayar cukai la kau ada gaji 
boleh fikir tak sebelum nak bash mana-mana civil servant 

Civil servant yang kat luar-luar kau tengok tu 
nampak mcm cikai-cikai je kan
yang bawah-bawah tu sebenarnya lagi aktif and banyak kerja 
pelaporan , apa jadah margin la, PTD, semua mcm busy hari-hari kot
orang keje ofis mana ada cuti unless cuti umum 
cuti raya pun tiga hari je kot

Diorg ni jgk aku percaya, diorg ni sebenarnya tiang negara 
doktor, nurse, kakitangan awam kat ofis tu, guru, pegawai kerajaan lain 
diorg ni yang banyak jalankan arahan dari atas 
yg atas tu bagi arahan dgn pelaporan sikit-sikit je 
so tolonglah...jangan nak sok tau sangat 
aku tak peduli pun kalo korg nak jeles ke ape ke
tapi civil servant bekerja untuk negara kita
untuk negara kita aman damai 

so stop all thus nonsense 

Okey aku done rant 
isu ni mmg aku geram jgk la 
sebab yang duk ungkit tu orang kaya-kaya yang bonus gaji sampai 6 bulan kot
kau boss kot, kau kaya kot
apsal jeles? ada mana-mana civil servant dtg kat kau ckp dia dengki ke?
ada ke? 


PKP kat negara aku ni rasanya mcm the longest among other country kot 
tapi singapore pun sampai 1 jun 2020
kitaorg sampai 9 jun 2020 kot ..hahaha 
kejap lagi kau tunggu dia sambung ke tak PKPB ni 
aku rasa akan sambung sebab dia taknak org keluar sesuka hati 
and yg keje dibenarkan keje
skrg ni matlamat diorg taknak semua org keluar rumah serentak 
kau faham tak?
so yang keje tu, pegi la keje
tapi yang takde keje kau duduk la rumah 


and at the same time
aku pun kene keje dari rumah WORK FROM HOME la kunun
hahaha 
first time aku rasa penat hadap laptop sebab nak bagi keje kat budak-budak aku 
lagi satu kan sebab budak aku 5 tahun 
so nak rancang aktiviti, latihan ape nak buat tu susah jgk 
sebab aku takut menyusahkan mak bapak diorg 
aku fikir mcm tu sebab aku fikir, nanti 
kalo aku jadi mak bapak mcm mane pulak? larat ke doh nak ajar seketul-seketul huruf?
aku ajar budak-budak aku pegang pensil selamat 3 bulan ni
barulah diorg boleh pegang pensil elok-elok tau
aku ajar bagi salam, lepas 3 bulan baru boleh jawab salam 
risau tau aku kalo budak-budak ni tertinggal 


maybe korg nampak mcm ALAHH 5 TAHUN JE
aku kalo boleh nak diorg at least boleh baca tulis kira je
yg lain-lain tu takpelah 
nanti boleh sambung belajar lagi 
nanti kut tak boleh sekolah sampai 2021 ke
takdelah aku risau sgt
diorg 5 tahun, kau expect penjarakan sosial apa???
hingus sendiri pun kesat kat baju member aduii 
im skek siot bila bayangkan kalo tetibe diorg boleh gi skolah 
diorg gi skolah untuk berseronok bukan mcm budak skolah menengah
pergi skolah dah boleh fikir

budak 5 tahun ni, cikgu dia yang bentuk rutin dia kat sekolah 
kalo dah hari-hari aku ajar pakai hand sanitizer 
itu la yang diorg akan ingat
kita kene pakai hand sanitizer 
budak aku tak boleh bentuk diri sendiri lagi. 
kene faham 
and aku faham jgk kalo kpm tak berani lepas diorg pergi skolah 

aku ingat lagi masa influenza aritu 
pernah 12 orang je budak aku dtg skolah 
hahahaha
terkejut badak jgk, apehal sikit bebenor ni 
aduyaii 


so harapnya everything is safe 
InsyaAllah 

:D 


until later 

Friday, November 6, 2015

Exam war never end 😈

Skrg ni tgh musim exam utk ipg ipoh dan sume ipg yg wujud kat malaysia ni . yg uitm yg seoul university sume tu, depa habis lama dah exam. Mcm-mcm tempat pegi berjimba diorg...
Eh eh tapi iolls pun masa gap panjang siap jalan2 jgk der... Haha
Yg politeknik pun dah habisn exam
Kawan-kawan aku sume dah sambung degree. Tahniah uolls😉
Nanti kalo ada sesape yg konvo dulu, ajak la saya ni... Ada masa dan kelapangan akan saya hadir. Hehe
Yg kat korea tu pun, hmm..kalo saya disponsor oleh anda..ofcos i'll come. Haha. Tapi tak syoklah pulak kan mcm tu. Ofcos la aku akan bawak geng2 aku yg lain join sekaki.. Kunun-kunun feeling mcm wak doyok dgn myo oh chentaku la ni masa diorg buat ke korea ke kita tu..

Sunday, February 15, 2015

Thursday, January 1, 2015

TAHUN BARU TAHUN 2015

Àssalamualaikum
Hello
Annyong

Haiii.... well pejam celik pejam celik
Tahun baru dah sampai.
Tahun 2015

Azam baru? Aku tak rasa nak ada azam baru
But yeahh...somehow..aku berharap tahun ni akan lebih baik berbanding tahun lepas

Positif tentang tahun 2015?
Bermula sem 2 utk aku di IPG IPOH
Masih lg PPISMP
Harga minyak turun
Harga emas turun
Somehow aku harap ... harga handbag pun boleh turun.
Haha

Negatifly?

Usiaku semakin meningkat >_< hate it
Tahun 2015 ni , aku = 19 tahun
Umur aku akan kekal sampai di sini je
Yesss...jetjet edward cullen la kunun
Somehow..i hope i can be like a peterpan
Never grown up
Always be 10 years old kid

Jadi dewasa merupakan sesuatu yg dinanti semasa kecil sebab kau rasa kau dpt buat banyak benda bila dah besar

Tapi bila kau dewasa nanti kau sedar jadi budak kecik tu lg seronok sebab kita tak perlu fikir lebih-lebih. Orang yg fikirkan utk kita adalah.

Dan aku... bersyukur kerana diberi peluang utk hidup hampir 19 tahun di muka bumi yg penuh dgn dugaan ni

Alhamdulillah

Well there KAA's ... we have known for 7 years now
Melalut geng ... we have known for 3 years now
My bf's .... this is our 7 years. I loves uolls  . Hehe
My IPG  friends, it nice to meet you and we have known for almost 7 months now.

I hope that our friendship will stay forever

To my parents and my brother, All my love is for you today,tomorrow and forever... ^_^

And for everyone, Happy new year

#prayforourcountryMalaysia

Friday, August 15, 2014

Upside Down of My Life

Kehidupan bermula di IPGK IPOH 

Tarikh Daftar: 25 Jun 2014

Tak banyak yang perlu dikata ~
jom layan gambar-gambar masa Jamuan Raya Q7 ni 

Tempat:Siantan 81
Tarikh: 8 OGOS 2014
Kelas Yang Dijemput : Q1,Q3,Q6,
JPP yang dijemput: Abang Achik 









Teman-teman guwa semuanya :D
hehe