Showing posts with label Ammar Si Sahabat Lama. Show all posts
Showing posts with label Ammar Si Sahabat Lama. Show all posts

Thursday, February 18, 2010

Lepas Baca Blog Zawani Rasa macam Nak Cekik Dia


Hoi zawani bt rosman ! aku tau ye pasal cerita pandamen tu ..

Tiap-tiap hari tgk cerita tu . Kau tau ape pasal kau mana tgk cerita tu tiap-tiap hari . huh ' . hei aku suka kat cikgu panda ..
Woi apsal tiba-tiba ckp kau suka kat Wu Zun ni . Sibuklah kau . Aku suka dia dulu so jgn sibuk lagi menyibuk ye kat sini .
Aku tak tiru pun si kamarul punya folio dia pasal dia buat tajuk lain jadi tak boleh nak tiru ..
Akhirnya aku dah siap taip pun kerja tu . Bukan mcm kau entah apalah yang dibuatnya .. Huhuuu haru ..
Kau dah tgk ke cerita down with love mesti belum kan ^_<
Cerita tu best and ada pakwe aku kat dlm tu .. Jerry yan lah orgnya
Zawa bagitau jelah sapa yang letak buku math tu . Aku janji aku tak marah dia . Lagipun nak buat apa aku marah dia , dia dah letak buku math aku tu pun dah kira bagus . Masa buku math aku hilang tu aku menangis tak tentu pasal kau tau tak .. Habis berbaldi -baldi air mata aku jatuh hanya kerana buku math . Nasib baik teacher maimoon tak marah kat aku . Itu pun dia tak tau buku math aku dah dijumpai .
Nasib baik ~
Apapun air RX lagi bagus dari ELKEN . Eleh nama elken tu dah mcm nama alat tulis . Rx pun mcm rhinoceres pun bunyi lagi kuat daripada kau punya .. uwekkk muntah aku dibuatnya..
Semalam aku rasa happy sebab dpt jumpa kawan lama ..
Nama dia Ammar . Dulu satu sekolah dgn aku masa darjah satu sampai darjah 4 . Then aku kena pindah ke tasek . kat tasek sampai darjah 6 then masuk SMK bbu dpt kelas KAA . Kira oklah tu ..
Mula-mula aku nampak dia hati aku mengatakan aku kenal dia tapi tulah aku tak ingat sapa nama dia . Bila aku nampak adik dia yang lelaki baru ingat nama dia . Banyak yang berubah pasal dia . First sekali suara dia , suara dia berubah begitu ketara jadi garau pun ada then tinggi dia tetap tak berubah aku lagi tinggi . Kulit dia pun masih tak berubah still warna coklat gelap . Itu yang buat aku suka dia masa kecil dulu . Dia memang tak hensem aku akui itu tapi dia ikhlas itu yang penting pada aku .
Time aku nampak dia tu tiba-tiba tangan aku mengeletar tak tentu pasal then tangan aku rasa sejuk sangat( mcm takde darah ) . Badan aku pulak berpeluh -peluh ( padahal aku tak lari pun ) . Jantung aku tiba-tiba berdegup laju . Aku rasa mcm ada yang tak kena ..
Lalu aku berlari ke bahagian novel hanya untuk mengelak dari bertembung dengan dia . Dahtu dia pergi pulak kat bahagian novel .No yang aku rimas ni . Dah lah masa tu aku rasa tak keruan dia pulak sentiasa ada kat sisi aku seolah-olah tak nak berjauhan dgn aku .
Bila aku kat kiri dia kat kiri bila aku kat kanan dia pun ada kat kanan . Bila aku buka buku dia buka buku , bila aku tutup buku dia pun tutup buku . Aku sempat berbisik perlahan " Ammar" . Dia pun pandang aku tanpa riak wajah 'batu' .
Oklah tak nak cerita panjang yang pasti aku tak pernah ada pengalaman sebegitu ketika berjumpa sahabat lama . Aku tetap rindukan Ammar ..
Hari khamis 18 february merupakan hari jadi dia . Happy birthday awk ...