Friday, February 3, 2012

Drama Queen.

Annyong Haseyo!
Hello!

Hari ni hari sabtu yg cerah lagi damai.
tapi aku tak tau mana dtg music yg terpekik terlolong
dari kawasan rumah aku ni .
sesat betul!

Tadi tgk 8TV.
ada beberapa iklan yang menarik minat aku
walaupun drama ni dah lama.
aku still suka drama ni
sebab ada tutt..
kalau korang tgk mesti korang pun suka.
plot drama ni baguslah jugak.
yalah, drama lama. mestilah baguskan ..




Nah, tu dia dramanya..
tajuk dia : Lucky Star.
Drama ni aku tgk masa darjah 6
tapi tahun sebenar dia direvealkan aku tak sure.


Si Hero ~
ni masa muda
skrg dah tua lah
hahaha
Si Heroin.
tomboy gitu .
tapi I like her

Ni gelang yang lelaki tu pakai .
kalau tgk betul-betul
mcm Gari polis yang dikecikkan
pastu disambung supaya jadi gelang.
hahah...
entah apa-apa


tgk tu .. ada Lee Wei yg dalam Bull Fighting.
Hahaha.. mamat tu muncul dalam episode yg tgh-tgh gitu.
dia jadi artis yg glamourouslah kononya.
sebab tulah aku tgk drama ni . Sebab Lee Wei

pasal minah tomboy dgn lelaki keras kepala.
tapi masing-masing taknak mengaku
dah fall in love.
masing-masing still nak tipu diri sendiri.
aku tak boleh story semua kat sini.
nanti tak surpriselah wey .

kalau yang dah tgk drama ni ,
tahniahlah ye,
haha.. (apsal tetiba tahniah ni?)
sengal betul .




eh! mcm mana drama FATED to love you ni boleh sesat kat sini
haha.. tiba-tiba rindu Dylan. uwekk!



Yang ke dua-'-

Drama ni pun dah lama (tahun lepas dikira lama ke?)
aku tgk drama ni kata channel U tahun lepas sebenarnya
sebab iklan dia tiap-tiap kali aku alih mesti ada
jadi kenalah aku tgk jugak drama ni
haha.. mcm tv tu suruh aku tgk aje.
hmm.. last-last follow up jugak drama ni
sampai mata naik juling sebab tgk hero dia hensem sgt.
hahaha!

This is it =


Yeah! Sunny Girl or Sunshine Angel .
drama ni bermula di jepun
sebab si heroin berasal dari Jepun
manakala si hero pulak hanya pendatang haram ke pulau sunny
haha.. sebab masa tu si hero tgh main payung terjun ke haper
benda entah nama dia.
pastu terlepas kat atas jamban tempat sunny mandi
then, jamban tu roboh .
sunny marah-marah.


bila dah nama takdir tu
si heroin dpt kerja sebagai bibik kat rumah si hero
tanpa dia sedari yg bos dia tu org yg dia selalu gaduh sebelum ni
si heroin ni dah jadi mcm mak pada si hero
yelah, si hero yg tak pernah bangun awal,pergi kerja tgh hari
tetiba kena bangun pukul 7.30 pagi .
gilerkan?

pastu si heroin ni selalu kena jadi TOY untuk si hero
kadang-kadang si hero ajak si heroin main baseball
kadang-kadang suruh teman dia pergi mana-mana entah.
ahahah... kalau tgk setiap episod dia memang kelakar.
tapi bila sampai episode tgh sikit
dah start konflik .
si hero muflis. hoho

isy.. aku rasa mcm nak cerita aje semua.
haha



Wu Chun (Fahrenheit) as Di YaXin.
kan aku dah kata hero dia HENSEM .
tak sah kalau tak tgk .
hahahaha


Rainie Yang as Yang Guang
org panggil sunny aje.
kat jepun panggil Yoko .
maksudnya sama aje.
dia ni memang serabai betul sebab dia tak kaya
pastu family dia suka mencuri,hutang,..
bila family dia lari dari ahlong
dialah yg kena tanggung semua hutang family dia.
jahat kan family dia tu?
tapi dia tetap panggil family dia 'ma, pa'
kalau aku ~ haha.. tak taulah apa jadi .

tu dia dramanya.
yg drama lain tak best sgt.
(ni Sunny Happiness)
lagi satu jgn tersalah SUNNY ye.
ada dua
1]SUNNY HAPPINESS (ni ada Mike He. )
2]sunny girl . (ni ada wu chun)



eh, mcm kenallah mamat ni ?
rambut tu, rambut tu !
haha.. mcm pakcik-pakcik kan rambut dia tu
ni gerenti masa drama "SKIP BEAT"
kenapalah director dia buat rambut keras semcm aje ni
tak happy peminat siwon seluruh dunia.
tapi aku suka esspresion dia masa berlakon drama ni



yg ni apa pulak?
hmm.. kalau korang rajin tgk movie yang lama dulu
atau dah pernah tgk MV IS THIS ALL by Vanness Wu .
bila dengar lagu tu gerenti rasa bersemangat smcm .
tak caye, silalah dengar.
lagu tulah yang dia gunakan untuk drama ni
Material Queen .
tak boleh dinafikan , minah tu cantik .
hahaha..
Vanness pulak ?
hensemlah agaknya ~ (mcm tak sure aje ..haha)



Victoria? what are you doing there?
seriusly sila jangan terkejut melihat Eomma from F(x)
ni ada dgn Calvin Chen Fahrenheit.
dia tgh shooting drama ~
Prince Who Without Castle. dgn happy.
Hahaha...
sebab, vic org cina. jadi mestilah tak susah bagi dia untuk
berlakon.
selain Calvin.
Zhou Mi from Suju-M pun ada.
alah yg muka ala-ala Siwon tulah .
tapi lagi hensem dari Siwon.
(Siwon, sila jgn marah. saya peminat Zhou Mi zaman dahulu)
hahaha



Uwahh! muka dia ni ~
dah lama tak tgk ekspresi muka mcm ni
kalau dah nama dia Baek Seung Jo tu
muka dia mesti takde perasaan.
haha!
konon-kononnya ada 200IQ.
ceh ~ awak tu nama ada BAEK aje
BAEK tu seratus. IL BAEK baru 200.
haha.. (ayat tak puas hati)


Dan last sekali ~
hahaha...
hi there, I am Inspirit.
please give your supports for this next drama.



Title: Shut Up Flower Boy Band.
haha... hear the title.
my heart get tickles.


Ni chibi version.
comel belaka Flower Boy ni .


Siapakah ini ? ( L kan?.. ke bukan?)


dan ini sekali (ni dah sah lah L . Elly..Pocoyo..haha)

wah~
tak sangka Malaysia pun termasuk sekali
dalam senarai "aired in 9 different countries"
Drama ni akan ditayangkan .
di tvN.
selama menonton .

Seung Hoon

L (MyungSoo of Infinite)
L suka pocoyo kan?
sebab tu dia pakai nama Elly
disingkatkan jadi L
Hero dua orang ni aku dah choop~
yaya.. no more for you ~
hahaha


So, itu ajelah yg aku nak post.
semuanya pasal drama.
pasal anime....
ahahaha.~
aku on the way nak tgk
THE NEW PRINCE OF TENNIS.
khai jealous, haha
aku dpt tau pasal Ryoga
kat gempak . Heehe..

Oklah. Selamat Membaca.


Thursday, February 2, 2012

Bertandang ke Sekolah

Annyong ~
Yuhooo ~ yuhuuu!

Haha... sewel ke haper aku ni ?
sesaja je nak bagi tak gempak sikit.

Okeylah, hari ni dah masuk 2 february.
adalah azam sikit nak buat post baru kan
sebab kerja rumah tak banyak
jadi bolehlah BERFOYA-FOYA.
hahah.. apa jenis manusialah aku ni

semua budak tgh stress mcm mana nak buat kerja rumah
berlambak
tapi aku boleh duduk relax mcm takde apa-apa
siap boleh karok-karok lagu GOING CRAZY lagi
nasib baik tak CRAZY.
haha..

Aku nak ckplah hari ni memang hari paling luck kononya
mana taknya masa koko tadi ,
aku nampak KIPAS. dia kat bangunan sebelah sana,
tgh nak belok ke kanan nak pergi kelas KKQ.
pastu aku ckplah.."dtglah sini"
tapi ckp sorang-sorang ajelah .

lepas ckp mcm tu aku pandang tempat lain .
aku pusing aje belakang..
Dush! terkejut aku tgk KIPAS dah sampai sebelah .
aikkk?!! aku ingat dia nak belok tadi, nak siap bagi signal LAGI
aku pulak bengang tak tentu pasal .
yelah, lepas ni boleh mintak nenda nyanyi BENGANG kan?
entah minah tu ingat lagi ke tidak
Hahahaha

Nurin from Teknik Jb (kalau dia baca mesti dia kembang,haha)
and Nadra bakal pelajar MRSM yg cuti pun jarang-jarang.
bertandang ke sekolah .
tulah yg berkaitan dgn tajuknya.
dijah dgn nabila stay kat sekolah sebab nak lepas rindu
haha.~
aku?

Cis~ aku mana pernah rindu diaorg .
merepek aje korang ni .
biasa-biasa aje dgn diaorg.
jauh sekali untuk rindu . Hahaha
sebab aku ni kurang sikit berperasaan.
kalau logic tu bolehlah . (apa kena mengena?)

Aku ingat bila ambik aliran seni ni
bolehlah aku kumpul sikit-sikit perasaan aku
yg sekian lama kosong ni . Haha
(apa aku merepek ni?.. hanya aku yg faham . )

Then, apalagi kitaorg semua bergosip.
cerita tu, cerita ni ..
terngumpat pun ada
tapi dijah kata bukan mengumpat
tapi ambik pengajaran .
haha. selama aku hidup tak pernah aku ambik apa-apa
pengajaran.
seriusly okey!

Kokorikulum hari ni ada sukan dan permainan
satu masalah adalah,
masa tu badan aku dah basah lencun .
WET you know!

hujan lebat aku redah .
seluar dan baju habis basah.

sedap pantun berkerat aku tu ?
haha..

Permainan yg aku masuk Badminton.
cis.sebenarnya nak masuk Ping pOng.
atau nama komersial TABLE TENNIS.
zaman aku 5,6 tahun dulu mana pernah dgr perkataan ping pong
aku selalu TABLE TENNIS.
tetiba-tiba naik form 1 jadi AJK kelab PINGPONG
pelik aje dgr perkataan pingpon tu .
tapi bukan aku yg pilih permainan tu .
cikgu kelas yg sesuka hati sumbat aku dalam tu.
dia ingat aku ni KABU BANTAL ke haper ?
main sumbat-sumbat aje.
sudah nasib agaknya, dahlah paksa rela aje masuk
pastu cikgu tetiba tunding jari jadi AJK.
bermula dari situlah aku dpt banyak jawatan
dan sampai skrg aku genggam jawatan NAIB PENGERUSI.
Hahaha (evil laugh) syukur Alhamdulillah
kalau nak start apa-apa pun, semuanya bermula dari SIFAR.
so, aku dah start dari AJK kira ZEROlah tu kan?
Fighting to you all's
aktif dalam koko pun sebahagian dari kehidupan kan?


Aktiviti permainan badminton hari ni ialah ....
ACAP si kicap (buak form 5,) tunjuk demostrasi main Badminton
dgn cara yg betul .
dalam banyak-banyak benda yg dia ajar tu ,
aku tak boleh buat smash je.
sebab.. aku ni kalau main badminton
STATIC okey
memang malas nak gerak.
nak mengejar BULU BURUNG yg berterbangan tu
mcm kejar benda yg tak berbaloi
tu pun masalah jugak.
hahaha
kesian aku ni .
kalau nak ajak aku main BATU SEREMBAN ke CONGKAK ke
SAIDINA ke SAHIBBA ke MONOPOLY ke UNO ke JENGA.ke.

gerenti aku boleh dpt first atau second .
haha..

Lepas ni aku ingat nak tubuhkan kelab baru .
nama dia OH! MY SCHOOL CLUB.
haha.. termasuk dalam sukan dan permainan.
Permainan utama bagi club ni ialah
- Dodge Ball (bola beracun)
dan yg lain mcm main spelling, monopoly ke,
main game ke..
kiranya club ni permainan dia ada dua jenis
OUTDOOR and INDOOR.
lepas aktiviti dia adakan pertandingan DODGE BALL
antara kelas dan tingkatan .

Hahaha.. ni semua idea aunty koranglah .
sebab masa PJK tadi main DODGE BALL
aku yg bermulut banyak ni pun
"lah.. yg mcm OH MY SCHOOL tu ke?"
pyqa : yelah yg tu ..

Cikgu faridah pun start ckp mcm ni
"hari ni kita akan main DODGE BALL. dgn kata lain bola beracun.
kat sini mesti ramai yg minat korea, mesti pernah tgk
OH MY SCHOOL part yg diaorg main DODGE BALL ikut rumah sukan tu."

Hahaha... cikgu mesti terdengar apa yg aku dengar tadi.
tak pasal-pasal malu sorang-sorang kat situ .
cikgu suruh lari 2 pusingan kat dewan tu .
habis je lari aku ckp kat cikgu
"Cikgu,alang-alang tgh lari ni, jomlah masuk RUNNING MAN."
Hahaah..
Sengallah kau ni sab~

Masa main DODGE BALL korang matikanlah diri sendiri
untuk bantu kumpulan sendiri.
sebab, bila kita out, kita bukan totally out
tapi kita still boleh pegang bola
dan matikan kumpulan lawan.
Nanti bolehlah main .

OKeylah ..
post kali ni melampaui batasan .
orang lain buat post pendek
aku buat berjela-jela .
sape yg nak baca?
heh, suka hatilah.
ni cuma cerita harian aje.
yg baca aku ucapkan

Kamsahamnida.
Arigato.
Syukran.
Xie xie.
Gomawo (sama aje dgn Kamsahamnida)

notes: To ehem. sorry kalau pandang kau mcm tu .
Hahaha.. bukan sengaja. sebenarya nak tgk belakang.
sapa suruh berdiri betul-betul kat belakang aku
kan dah terbeliak mata aku kat situ .
Hadeih ~
Haha.. SorrySorry naega ~ (part yg lain sambung sendiri)

to ZA: aku form 4 lah. tak tipu. betul!

to khai: post Special A tu, aku suka Kei and Hikari.
tapi part yg Hikari memasak tu paling kelakar.
Eisyh.. tak sangka sampai hancur lebur beras tu dia kerjakan.
Selamat menonton anime ya.

PIECE WITH SMILE. :D

Wednesday, February 1, 2012

Post Bulan February

Assalamualaikum ~
Annyong Haseyo
Hello !
Konnichiwa
Arigato

(konon-konon nak buat lagu Atashinchi)

Dah sekian lama tak post,
ada banyak sebab okey kenapa aku tak post.
bukan sesaja malas (ingat aku badak air ke malas-malas ni?)
Hahaha

Sekarang ni tgh sibuk mendownload anime.
tapi tengoknya tidak pulak
aku rasa kalau aku cakap dgn org lain
mesti dia kata
"sab, org download cerita untuk tgk. bukan hiasan"

Fine. memanglah aku download cerita untuk tgk, tapi takde masa nak tgk
so kenalah buat hiasan dulu .
Analogynya mcm nilah. kau ada coklat CADBURY yg besar gedabak.
tapi kau letak aje kat dalam ice box sampai 2 bulan .
mak kau pun ckp kat kau mcm ni satu hari

"coklat CADBURY tu bukan untuk disimpan aje, menyemak aje dalam ice box tu,
awak tu kalau diet lain kali pergi shopping jangan gatal tangan ambik coklat"

lebih kurang mcm tulah. kalau rasa tak puas hati dgn analogy aku ni
silakan cipta analogy lain. budak KREATIF mcm korang ni
mesti tau buat analogy sendiri. mesti tau !

Tgh download cerita ni : Nurarihyon No Mago Season 1



season 2 belum lagi, sebab belum habis download season 1.


Pastu, sejak jadi budak GB (grafik berkomputer) rasa relax aje.
hahaha... SCHOOL WORK takdelah berlambak sgt.
dalam satu hari tu kadang-kadang takde SCHOOL WORK pun.
jadi bila ada time free tu antara aktiviti kegemaran aku

1] tidur
2]lukis
3]tonton anime dgn K-Drama
dan
4] membaca novel dan komik yg belum disentuh langsung.
(mcm banyak aje, yelah.. BOOK MANIA kan?)
Haaha


Bila orang tanya aku kenapa masuk MPV?
aku akan jawab "sebab saya suka"
Haha.. dgn cara tu org takkan pertikaikan apa-apa lagi .

tapi adalah satu hari tu aku disoal kenapa masuk MPV?
aku jawablah "sesaja je .. nak realease tension"
dia pulak balas " ohh..kiranya kau amik SPM tu pun sesajalah?"

DUSH! sekali terhempap segala ayat yg dia sebut tu kat aku .
walaupun dia tak nampak,tapi aku boleh rasa bertapa beratnya badan, kepala
aku masa tu.
Serius! sengal punya balasan ~
aku tak pernah ckp pun aku buat semua benda selama ni untuk periksa
ada ke?
kalau korang mungkin pernah kan?

Aku nak nasihatkanlah, apapun yg kita buat biar niat ikhlas kerana Tuhan.
jangan sebab kau kena belajar ni sebab kau nak periksa,
sebab nak nak kalahkan semua orang ..
atau apa-apa aje niat yg tak baik .
susah nak tau apa niat orang,
walaupun orang tu pakar psikology pun .
aku yg boleh READING ORANG pun tak berapa memahami niat orang .
susah nak faham ~ aisyh .. untuk kali pertama rasa down.
Hahaa..

Sudah-sudahlah tu cerama sabrina oit!

Sambung balik anime tadi,
sekarang aku tgh syok aje baca manga

THE NEW PRINCE OF TENNIS.
ditemani dgn anime
THE NEW PRINCE OF TENNIS.









soalan aku dah terkeluar dalam majalah gempak 1 FEBRUARY.
so, aku dah tau kat celah mana nak cari RYOGA ECHIZEN
abang RYOMA.
Khai, jangan jealous~. ..
Hahaha..

(takde niat pun nak buat org lain jealous. sebab semua OTAKU dah tau pasal benda ni )
seriusly, muka RYOGA nampak mcm jahat. tapi teori ada kata
orang muka jahat ni biasa berhati baik .. dan sebaliknya. Haha
janganlah percaya sangat.
RYOGA memang sayangkan adik dia,
ada ke orang tak sayang adik ?
walaupun korang sumpah seranah dua ranah adik korang tu
esoknya, mesti korang sayang dia balik .
tu adik .. kalau abang atau kakak.. guwa tara tau maa>

Bulan february ni semua orang dah start sibuk dgn latihan.
latihan apa?
kan LARIAN UDA bulan ni ,
of courselah ada latihan beb .
takkan nak lari menonong selamber badak sumbu aje,
takkan tak penat kot?
mcmlah korang tu robot boleh lari tanpa latihan
even, olahragawan tu pun kena berlatih setiap hari .
ckp pasal sukan ni, ada sorang dua orang kawan aku kat
sekolah sukan bandar penawar.
bangga ni wey (dgn senyum sampai ke telinga)


P/s: Ryoma tu aku punya! hehe.

Wednesday, January 25, 2012

Happy CNY .. Yehaaa~!!

Annyong Haseyo

Dah berzaman aku tak menulis kat sini,
busy sikitlah .. kalau tak busy dah lama aku taip mcm-mcm post kat sini
tapi kalau taip banyak-banyak pun sapa ajelah nak baca blog aku ni
semua org dah start mengorak langkah ke SBP,MRSM,SMKA....
dan banyak lagilah ..
tinggallah aku sorang terpinga-pinga kat sini ..

Anyway, sekolah mcm mana?
mesti WEIRD kan ? yelah tak pasal dah jadi Junior untuk up secondary
dan SENIOR bagi down secondary .
tapi tahun depan bila dah form 5 ..
kita semua pun akan jadi SENIOR OF THE SENIOR.
Senior yg bakal membuli dan menggegarkan sekolah .
Hahaha.. udah lah tu . takyah nak market lebih-lebih dok !

Hari tu aku adalah phone dgn org MRSM ni ..
jom baca dialog dia
aku dan dia.

a; boleh saya tanya sikit tak ? kenapa tak ramai yang terpilih masuk mrsm kali ni ?
d; ohh.. ingat tak ujian nak masuk mrsm tu, kami org mrsm menilai para pelajar yg layak masuk ke MRSM dgn ujian tu .

a; ohh.. maksudnya kalau tak dpt banyak soalan makin tak dptlah?
d; lebih kurang mcm tulah ... soalan ujian tu kan susah, kami cuma nak amik yg betul-betul genius aje. kami sikit pun tak pandang result PMR diaorg, kami pandang markah ujian yg mereka sendiri buat .

terkejut aku. tak pandang result PMR? perghh hebat giler.

a; ooo... jadi bila awak pilih budak tu awak masukkan ke MRSM top 3 ke?
d; ya, mcm tulah kisahnya. kami hanya nak yg terbaik.

a; mcm mana dgn form 1, diaorg dah belajar ke?
d; setakat ni diaorg still main kejar-kejar dan main indoor game. sampai bulan 6 ni diaorg still orientasi

Perghh ~!! kalaulah aku form 1 tahun ni .. memanglah best pergi lawatan sana sini mcm
kat MRSM ni . Untung wey ~!!

a; err.. mcm mana pulak dgn MRSM pasir gudang.. saya tgk MRSM tu kosong aje
(bakal menjadi MRSM aku tak lama lagi rasanya.. haha)

d; MRSM pasir gudang akan menjadi MRSM paling elit.
a; takde benda freelah ni kiranya?
d; ya, semuanya akan dibayar .. budak yang ada pun mungkin kebanyakan org kaya dan sederhana.

a; mak saya nak saya masuk MRSM tu dan dia akan bayar semua yuran
d; boleh,.. masuk aje. ada mcm-mcm aliran.. awak aliran apa?
a; aliran seni pluss GB (dgn hidung kembang kempis)
d; mungkin awak boleh amik ICT . sebab GB tak ditawarkan.

Aku sudah tergelak-gelak . ngeks! aku main-main aje..
tapi part yg mak aku nak masukkan tu betul lah
bulan jun ni . huhu..(aku belum beri kata putus lagi, sebab aku dah start suka kelas tu)
korang pun bolehlah ... agaknyalah
lagipun nanti semua budak form 4 yg baru terpilih akan disumbat kat pasir gudang

eomma; kalau ina masuk mrsm mak bayar semua yuran dia.

entah apa agenda eomma ni nak aku masuk mrsm tu .
takkan lah lepas ni dia nak sumbat aku masuk UniKL kat sebelah tu ??
no way man .. aku tgk aje pun dah meremang bulu roma.
dah lah kawasan mrsm pasir gudang tu sunyi , takde 7/11,takde tesco,jusco,angsana..
semuanya jauh !

Lagipun tiap2 tahun aku duduk mrsm , siap main basikal lagi .
siap bagi ikan makan lagi ..
takyah lah kot eomma. org malas nak duduk asrama ni .
memanglah asrama dia lawa giler masa lawat tu .
tapi kuarters cikgu lagi lawa dari asrama dia .
cis cheezynut betul ~

masa CNY ni rajin betul org main bunga api +mercun.
jaga-jagalah keselamatan .

Okeylah, aku tak nak lagi panjang .

at miqi, kalau masa kau masuk SMKA kau takde kawan
cari je nama budak Wan Syakirah dgn Maisarah. dgn Iqmal Syuib.
diaorg tu semua member aku . sebaya dgn kau .
kalau nak suruh kau cari cousin aku si Amirul tu memang tak arr jawabnya.
bayang entah kemana , org entah kemana ..
lagi pun nama penuh dia langsung aku tak ingat.
yelah selalu sgt panggil

"mirul .. "
"mirul .."
tapi nama bapak dia aku ingat pulak . ..
dia skrg form5 .. PMR 9A. hobi main PS2 sampai tgn bengkak .
(NI Kes jealouslah sebab dia mampu main game dgn happy tapi result bukan main gempak)

bila balik kampung , kerja sekolah entah kemana aku pun tak tau
bila tanya
"mirul kerja rumah kau ..... " tak habis lagi soalan
"aku takde kerja rumah lah " menjawab aje kerja. budak SMKA takde homework? pelik!

tukang pasang Animax pun dia juga.
skrg .. dia dah pun rabun dgn senang hati mcm aku .
Hahaha~!

Aiii sudah, bercerita pulak pasal cousin aku yg mcm alien ni kat sini
dibuatnya malam ni dia bersin ke haper susah aku .
tak pasal2 adik dia yg sebilik dgn dia pun kena jangkitan .

stop ,stop ..
okey ... byebye

Monday, January 9, 2012

Minggu ke-2 Sekolah

Annyong Haseyo everyone ~

kretkkkrektt.... (bunyi apa entah ni?)
bunyi ni ada aje kat luar time aku tgh taip entry ni

Yeah !!
dah minggu ke-2 sekolah
dan aku sangat relax.. mcm takde apa-apa aje
kerja sekolah hari ni semua dah buat kat sekolah
yelah .. dah namanya SCHOOL WORK buatlah kat sekolah
takkan nak buat kat rumah pulak ..
no way man

Kat rumah ... walaupun takde SCHOOL WORK
aku tetap kena bukak buku
revision apa yg akan dibelajar esok .

So, hari ni orang mcm berkurang .
tapi sebenarnya dewan sekolah aku makin sendat dan SOLID.
serius tak boleh bernafas... kalau nak kentut pun mesti kena mintak izin .
hahah!

pastu cikgu maseriyani siap suruh keluarkan buku catatan dgn pen
catat apa yg pengetua ckp tu ..
sememangnya, aku ni bukannya rajin sgt
tak pernah seumur hidup aku buat kerja mcm tu
yelah kerja "keluarkan buku dgn pen masa perhimpunan"
perghh~ mcm sekolah tasek pulak .. tasek satu lah

Budak form 4 dah makin berkurang sebab semua nak berambus
yelah .. dah dpt result cemerlang lupa diri
terus nak pindah sekolah ...
kalau boleh tak nak muncul langsung kat SMKBBU
kan?
biasalah budak pandai ...

Bila ramai yg masuk teknik ...
ramai jugak org nak pindah kelas..
yg tak layak masuk ST nak masuk ST
yg layak masuk ST tak nak masuk ST (aku lah tu)
yg masuk ST nak masuk PA

entah apa-apa ajelah korang ni ...
korang pilih kelas ni bukan suka-suka tau
tapi sebab cita-cita korang ..
katakanlah nak jadi doktor, fine masuklah ST tu
kalau nak jadi engineer , masuklah ST,MPV
kalau nak bertani sgt, masuk kelas SI
kalau nak jadi accountant masuklah PA

kan senang tu ...
dari skrg lagi patutnya dah kena set cita-cita
kalau tak tahu nak jadi apa ..
bolehlah cop tapak kaki korang kat bilik kaunseling
pstu tanya cikgu salwa ada tak ujian yg menentukan cita-cita
kiranya "ujian personaliti" lah


Then, hari ni takdelah tension sgt..
kalau minggu lepas bukan main tension
yelah .. bila aku kat luar bilik guru tu ada je cikgu ckp mcm ni
"kenapa awak masuk kelas MPV? sayang tau awak dpt 6A... blah blah .."

seriusly tak dengar pun dia ckp apa
pastu masuk bilik guru .. cikgu samsiah ckp lagi
"sabrina, kenapa tak masuk ST? sayang lah result baik mcm tu ... blah blah blah "
even mak zaman form 1,2,3 pun ckp mcm tu

cikgu sarah pun ckp
"kalau taknak masuk ST pun masuklah PA.. cikgu ada ... "
Aiii!! jeongmal ~!
aku nak aje ckp mcm ni
"cikgu tau tak selama ni masa KH, kerja saya tidur je .. time account saya tutup mata lagi..
skrg cikgu nak saya amik akaun pulak . apa kes ni ?!!"

cikgu suryani pun ckp mcm ni
"sab, kau betul masuk MPV ke? baguslah sab teruskan dgn minat kau tu ..nanti kau jgn download citer korea banyak-banyak pulak sab."
haha.. yeah-yeah for the first time (tapi apsal citer korea pulak ?.. haha)

Tulah dia...
yg paling buat aku tension minggu lepas ..
memang drama habis ...
bukan cikgu tu je ..
even cikgu thiyaga ckp mcm ni
"sabrina, awak betul taknak pindah kelas ni? kalau awak nak pindah ST cikgu boleh uruskan"

ni lagi sorang ... bertambahlah botak kepala aku ni ..
elok-elok ada rambut panjang lepas seminggu gerenti botak licin

kalau korang ada kat tempat aku apa korang buat?

dan hal eomma aku pulak ...
"ina, hasyir amik subjek ICT (teknologi) ina amiklah sekali "

aku dah buat muka selenge badak air kat sebelah eomma
apa hal pulak nama Hasyir disebut-sebut ni ?
aku dah boleh agak dah ... memang dia syg betul kat Hasyir KRK tu
Hasyir tu dulu budak KRK .. skrg kat 5MPV.. sama ajelah status dgn aku
dia budak 7A dah masuk teknik pun, tapi masuk SMKBBU balik
... haha... tak terkata bila dengar citer ni tahun lepas

Dan masuk hari ni hari 5 eomma aku asyik sebut nama Hasyir
aku pulak layan ajelah ..
memandangkan budak Hasyir ni senior setaraf aku
sebab dia masuk MPV..

Wey Hasyir, (aku biasa sebut hanyir... sebab nama dia susah nak sebut)
kau baik belajar baik-baik dgn eomma aku
eomma aku dah lah syg kat kau .. (seriusly jealous..tapi tukan hal sekolah)
baik kau dpt kan A+ mcm tahun lepas ..
apa pun good luck senior . (si Hasyir budak rambut kerinting ~..haha)
I tak like you .. haha ..

OKeylah ... satu minggu sekurangnya aku kena buat 2 post.
nanti hari sabtu aku sambung lagi ..
hari rabu ni ada mesyuarat kokurikulum
budak KAA.. masuk permainan PING PONG tau .
Assalamulaikum ..

rasanya nak tambah 2 subjek
1] tasawwur islam
2]ICT... ni semua hanyir(hasyir) punya pasal


Thursday, January 5, 2012

Cita-Cita dan Angan-angan

Annyong !
Hello! Hello!

Hari ni second day for school .
Second day menjadi Senior High School
tapi .. tapi ..
bila jadi high high school ni
aku tak rasa aku senior, sebab aku form 4..
of courselah yg paling senior Form 5
kalau aku form 5 nanti boleh lah ..
panggil ... Senior of the Senior ~
hoho..

Pergi sekolah dgn perasaan tak teruja.
tiba-tiba aunty pyqa kata
"bila kita nak belajar amik gambar ni? tak sabarnya"
Yeah~

Bercakap pasal amik gambar ..
kat kelas MPV ni aku bakal belajar cara mengambil gambar
dgn camera sebesar badak dgn betul , mengikut sudut tepat dan mcm-mcm
lepas tu .. gambar yg di capture
akan di edit menggunakan Adobe photoshop .. terbaru .
semua budak MPV akan buat benda tu
sebab benda tu termasuk dalam kerja kursus.

Kalau aunty tak sabar nak amik gambar
aku tak sabar nak cipta Animasi guna Studio Max 3D.
Haha..
semestinya, lepas aku habis pengajian nanti
aku nak kerja Les Copaque punya company.

Les Copaque Company adakah awak still ada jawatan kosong pada 10 tahun akan dtg?

Saja saya tanya. nanti saya nak datang temu duga .
Haha... fighting~!

tak pun aku nak kerja kat syarikat tv .
yg paling nak kerja mestilah SBS kan ...
aku nak kerja edit-edit video dia,
lagi-lagi video RUNNING MAN.

sudahlah kau sab, SBS tu jauh sgt..
S One kat astro tu tak nak tolong pulak .
padahal dekat aje..

Kalau kerja situ kerja aku penterjemah bahasa ajelah
yelah, ada drama kat channel tu pakai BM punya subtittle.
ngek betul~

apapun yg penting aku happy dgn apa yg aku buat..~
kalau tak happy aku akan kata
"Ahhh STRESS~ " dgn style KANG GARY
setuju? setuju ?
hahaha...

Apapun .. belajar baik-baik .
walaupun aku pandai tapi tak semestinya kelas ST tu sesuai dgn aku .
and please stop tanya soalan
"sab kenapa kau masuk MPV?"
aku benci dgr soalan tu ,
aku akan pastikan aku berjaya nanti...
Just see and wait.. animasi terhebat selepas 10 tahun
haha.. main-main aje.

nanti kan, aku nak buat animasi pasal KAA boleh tak ?
hehe... (ber DREAM HIGH lah kau sab)

tulah dia cita-cita aku . Grafik Engineer.

Bukak tajuk cita-cita sebab tadi belajar sivik pasal "Wawasan Diri"

okeylah nak check homework .

Untill the next post.

Wednesday, January 4, 2012

Tahun 2012 dan saya dah Form 4

Yeah ~
Annyong Haseyo

4 January 2012 merupakan tarikh permulaan bagi
pelajar sekolah menengah mahupun sekolah rendah

bagi darjah 1 ada orientasi
bagi form 1 pun ada orientasi
aku jealous sebenarnya, dulu masa aku form 1 takde pun orientasi
nak pergi jamban carilah sendiri !
haha..

Aku rasa bila tgk kalendar tu .. mcm tak percaya
lalu berkata " eomma tahun ni (2012) umur orang bape eh?"
umur sendiri pun aku tak sure

Bangun pagi hari ni aku nyanyi

"bangun pagi
gosok gigi
pergi mandi
minum kopi ... (bukanya minum kopi pun)

entah apa-apa aje..
pastu
my HEARTBEAT suddenly feel like this
"oh.. can you feel my heartbeat" aku ckp dgn image Nichkhun
Nichkhun pun jawab " Of Course, it beat faster than ussually"
ngek ~

Sampai sekolah je ,
rasa mcm baru kali pertama aku sampai kat sekolah ni
"eh aku kat mana ni?"
boleh tanya lagi mcm tu ..
maklumlah dah berzaman dah dtg sekolah
last dtg sekolah masa amik result PMR
lepas tu .. haram jadah aku nak dtg situ

aku pun jalan-jalan mencari makan
takde sapa pun aku jumpa
kalau kenal pun aku akan buat tak kenal je
Haha...
takdelah, sebenarnya semua org pun aku kenal

Perhimpunan .. dijalankan dgn penuh semangat
dari jauh lagi "apasal aura Harvind ni lain mcm je eh ? lagi hitam dari sunglasses"
aku tak maksudkan kulit dia eh .. (jgn nak memandai korang ni)
aku banyak sgt tgk cerita SKIP BEAT sebab tu boleh tahu pasal aura ni

Time pengetua speech tu ..
haha.. semua org dah buat suara pelik .
serius bosan kalau dia yg bercakap
tapi kalau cikgu noraini ckp lagi bosan ..
better ayahanda aje yg ckp .. SIMPLE. tulah dia punya character

pengetua panggil sorang-sorang budak yg dpt straight A
dan nama pertama of courselah my cicit
haha.. lepas tu, hafa, dijah .. dan sapa-sapa yg sepatutnya

Tamat je perhimpunan ..
sesi masuk kelas pulak .
untuk form 4 kami semua kena tunggu
sampai nama kami disebut-sebut dan di eja-eja ..
baru kami boleh masuk kelas tu
haha

Aku awal-awal lagi dah tahu aku masuk 4ST2
sebab math aku B
tapi aku ada mohon MPV (multi purpose vehicle " yaya yg kata)
jadi aku dapat MPV
dah 3 tahun berturut-turut aku duduk kelas depan
apa salahnya kalau tahun ni aku nak merasa duduk kelas belakang-belakang pulak
tak salah kan ?
Hahah..

Sekarang carta organisasi kelas aku :

Ketua: Syafiq ( tahu dari kelas mana, tapi muka kenallah)
Penolong : Izzaty ( panggil izzat je .. haha)
Bendahari : Iza Liana (ttak kenal langsung)
Ajk keceriaan : Zaleha ( panggil Leha je, haha)
Ajk Perabot :Afiq (cousin pak din)
Ajk Subject :

BM- Ungku (lelaki lah)
BI-Baharani
MM - Chu Wei Hong ( panggil Chu je, mcm lagu Chu tu ..haha)
SEJ- aku lah tu
PI - Assraff (budak paling tinggi dan besar)

subjek lain aku tak ingatlah

Masa rehat ... semua berkumpul balik dgn happy
(happy ke? rindu adalah )
potpetpotpet...
aku tanyalah nak masuk kelab apa?
kelab boling dah tutup ..
tetiba yaya kata " masuk kelab ping pong lah sab"
ceh, mentang-mentang rumah ada stadium PING PONG kecil-kecilan
ajak masuk kelab ping pong pulak
dulu masa form 1 aku AJK kelab ping pong tau ...
kalau aku ckp dgn adik yg aku masuk permainan ni
dia akan kata
"kelab TING TONG tu baguslah untuk mental .. "
Jeongmal babogateun ~!


Habis rehat..
kelas cikgu thiyaga
perghh ~ 3 masa sekali
tau tak kesuluruhan masa Grafik Berkomputer tu bape?
semuanya 8 MASA TAU !!
hari ni 3 masa, esok tiga masa,, jumaat 2 masa ..
whoa~
Bilik GB tu betul-betul mcm kat kutub
giler sejuuk ... boleh jadi SNOWGIRL aku kat situ

Anyway, cikgu terang kan pasal apa GB itu dan ini
then, buat ujian kelayakan ..
serius soalan mcm budak tadika..
padankanlah, lukis bentuk itulah inilah..
kalau dia suruh buat pelangi pun aku boleh buat rasanya..
InsyaAllah

cikgu bagi Pendrive setiap sorang untuk tulis nama ..
4GB tau ..
sebenarnya mulut aku nak tanya
"cikgu beli ni masa PC FAIR hari tu ke ?"
tapi tak terkeluar ... sebab aku duduk depan sekali ..
sadis giler... tapi oklah . boleh nampak skrin

Alang-alang... terjumpa kawan lama ..
kawan masa darjah 1 dulu .
kalau korang duduk JB ni takyah heran kalau terjumpa kawan darjah 1 ke, tadika ke,,
sebab memang gerenti akan terjumpa..
nama dia Iqmal Daniel .
budak paling kememeh yg pernah aku jumpa sejak darjah 1 sampai skrg..
dulu dia tak reti baca, tak reti kira, homework pun tak sentuh...
dah hampir nak dekat dgn Fauzan tu ..(Dia pun malas buat homework dulu )

dialog kitaorg mcm ni lah
a: kau ni dulu taman suria kan ?
d: ha'ah .. kau kenal aku ke?

memang dasar lelaki ...

a: dulu aku 3 musytari
d; kelas cikgu nazifah tu ke?
a; yelah ..
d; apsal aku tak ingat ha?

memang dasar lelaki !!!

kureng awesome punya budak ..
Tapi lepas tu kitaorg pun berbual lah mcm biasa...


mcm tujelah ... hari ni punya kisah ..

takdelah boring sgt ,
dan aku akan berkenalan lagi dgn budak kelas aku

Kelas 4MPV kelas aku sekarang dan tahun depan
tapi dalam hati tetap rindu sgtttt... kat 3KAA
agak-agak boleh tubuhkan 4KAA dan 5KAA tak?
hahaha!
Mustahil sab, its just a DREAM HIGH

i DREAM HIGH 4KAA..
hindeul ttamyeon nae gumgol gamgo ...
hhahha!
stoplah karut lagi mengarut kau tu sab..

ok .. see ya next post..