Friday, August 13, 2010

Hari ke-3 puasa

Jeng3..
pejam, celik,pejam celik rupanya dah hari yang ketiga ye.
hoho.. ,makin semangat pulak nak puasa, tapi tulah aku ni suka tidur bila puasa
otak aku ni kekurangan air jadinya memang takde semangatlah
nak harap aku buat karangan berjela-jela tu takyahlah
sebab otak aku tak bape berfungsi tgh-tgh puasa ni

Pagi-pagi naik kelas kejap , then turun dewan sorang-sorang
aku ni kan selalu SOLO, jadi memang dah biasa
kat dewan tu aku sorang je perempuan yg lain semua senior lelaki
duduklah dgn muka yang hensem lagi selamba ..haha
then budak 3KRK pun masuk ...diaorg salam-salam dgn cikgu wahab
hee...geli aku tgk cara diaorg salam ...habis menggigil badan aku kat situ
diaorg perasan dari jauh ..adalah sorang tu pandang aku mcm marah je
aku pun cubala stop menggigil , boleh memang boleh tapi lambat sikit
haha... siot je

Bermulalah perasmian hari ihya ramadhan kat sekolah aku ni
mcm-mcm aktiviti ada tapi bukan aktiviti mcm PLKN tu
terdengar bunyi rotan ..
oit,oit.. ni mcm dah melebih .. tgh syok baca yasin boleh nak rotan-rotan orang
hey kau AWE GILER, kau ingat kitaorg orang-orang ni takut dgn ugutan yang lapuk mcm cekodok tu !!..
arghh!! sudahlah aku bosan dgr kau asyik cakap benda yg sama je
asyik -asyik tu , asyik-asyik ni ..
dasar BUAYA LONGKANG betul ..
grr...geram aku

Naik kelas tak belajar, teruskanlah dgn aku agenda aku untuk beribadat iaitu TIDUR
hahaha..
tak belajar pun ,
arab-buat terjemahan , ustaz ni asyik benda alah ni je.. bagilah yang seronok-seronok sikit
PI- tak belajar langsung , aku sibuk berbual dgn esyah ,zul, miqi,pojan...dan lain-lain
PJK- dgr our suzeli ajar, kitaorg dengar dan bayangkan ...tapi kat mata masih tertutup tanda tidur

Balik tu duduk relax-relax dgn esyah .. berbual itulah , inilah
esyah ikut aku pergi amik adik aku ,
haa.. sempit tak kereta aku .. hehe

Balik sekolah semula aku dgn esyah pergi melepak kat bilik akses
fuyoo..sejuksejuk... mainlah komputer tu
aku tgk kUNGFU pukul 1
kitaorg bisng-bisng kat bilik tu ...esyah pasang lagu dia
budak ni kan memang suka memekak
ahaha.... sama jelah

Esok darjah khas... ingatkan nak rancang buat darjal sikit ..
takpelah so esok duduk bilik mana ni ?
21 OR 25??
tgklah mcm mana keadaan
tapi budak-budak tu beria-ria suruh masuk bilik 25,
ada apa ek kat bilik tu ... ??
entah-entah ada POCOYO
ahahah...

Thursday, August 12, 2010

RABU-
sempena cuti ramdhan aku dah rancang nak siapkan presentation sejarah .
Pagi tu dtg rumah dia , kitaorg pun bising-bising buat benda alah tu
aku buat math , dia buat powerpoint ..
aku tukang check ..
then tgk kuih goyang syafiq.. hoho
tak boleh blah betul , entah apa-apalah nabil ni ,..buat kuih goyang lagilah mcm apa
haha... gelak..
sekali pak cik katil sampai , aku tak tau nama sapa ..
hentam ajelah nama pak cik katil tu ..haha
dia pun sampai dgn lorry dia yg besar ala-ala lorry ikan tu
hahha...
keluarga ni pun busylah mengemas sana , sini
aku pulak duduk bosan je kat situ
sekejap buat math , sekejap tgk laptop sekejap tgk math, sekejap tgk laptop
patutlah apek katil tu tgk pelik je ..
haha.. sebab seminit kemudian mesti aku dah duduk tempat lain
seminit lagi duduk buat math kat tempat lain

Masa tgh dok kat laptop, aku tgk ada mamat albino ni
entah apa-apalah arip ni .
terkejut aku tgk dia... dahlah muka silau , nasib baik aku tak jerit perkataan albino tu kuat-kuat
hahaha

KHAMIS-

Hari ni sekolah mcm biasa , hadeiii tak larat betul
then pagi-pagi kena serbu dewan pasal cikgu suruh turun
rupanya ada taklimat pasal kelas ..
aiyoyoy..buat penat jelah .
cikgu dah halau form 3krk masa tu lepas tu dia panggil balik
eissyyhhh...nasib baik diaorg tak naik satu anak tangga lagi kalau tak buat habis energy je

BI-aku dpt jawab "sawyer" .. hoho bijaksana sungguh
BA-oh tidak,tidak,tidak ..ustaz zul masuk lerr, dia buat aktiviti dengar dan tulis
dan perkataan seerti ...huhuuuu..letih betul
KH-ganti cikgu tomboy.. suara takyah cakaplah .. muka pun takyah cakp kalau dia tak pakai tudung mesti rambut dia pendek mcm rambut laki , Dialah cikgu yang dikatakan garang giler
cikgu linda cuti selama dua minggu
SEJ- aku buat perbentangan , sunguh dikatakan powerpoint aku memang ceria
MATH-hoho...POLYGON2.. faham-faham , asal tak bape susah
SN-kan aku dah kata kesimpulannya dibatalkan ,degil betul korang ni ,. aku memang ada firasat bila masa kelas dibatalkan..kalau salah balik jelah ..sape marah ??

Pyqa cakap dgn aku tadi budak tuttt...
pandang-pandang aku , betul ke?
huh lantaklah dia..
masa dia ckp-ckp dgn kawan, mata dia sibuk dok jeling aku
entahlah,,, serius ni aku tak perasan langsung
yang aku tau taknak terlanggar dgn akram dgn kawan-kawan dia tu
hampir nak terlanggar sebenarnya dgn akram tu
dgn budak-budak lain tu lagilah takyah ckp, sikit ke kiri, sikit ke kanan
lecehlah !!!.. penat kepala otak aku ni nak elak sana sini
agaknya sebab tu kott..
hmmm

balik rumah dgn keadaan letih giler
hooo...
penatpenat
takpe ..cobaan bak kata pendekar bujang lapok

aaaa...
eeee...
iiiii
oooo
uuuuu..

itulah huruf vowel ..
honhon.. !!

Tuesday, August 10, 2010

Glitter

Glitter Words







Glitter Words

Nanny Mcphee and the BIG bang

Kenal tak orang-orang kat atas nun ..
kalau rasa pernah tgk NANNY MCPHEE
mesti korang kenal ..
haha... tu kan pelakon NANNY MCPHEE iaitu nanny aku
haha..


Ni salah satu babak dalam cirita Merlin,
budak lelaki yang kecik tu yang berlakon dalam
NANNY MCPHEE ..AND THE BIG BANG
hehe..
aku dah agak dah..
patutlah mcm kenal
hehe...

Monday, August 9, 2010

Geram !! , Boikot sama dia korang !!

Hari ni sampai agak lambat , Adik aku ponteng sekolah
memang bahagia dia duduk rumah sorang-sorang
sampai je tgk luqman dgn zul tgh main badminton
hoi..hoi aku panggang karang bulu tangkis tu !

Muhammad dtg bawak tart aku , hoho
sedap giler, ...gian habislah aku ni
esok nak bawak tak boleh pasal dah start puasa
hahaha... nantilah raya
muhammad sorokkan raket luqman , aku buat tak nampak jelah
tapi dia pesan jgn ckp luqman ..

PJK-cikgu cuti , dan kitaorg kena bebel dgn sapa-sapa entah aku tak kenal ..
budak-budak lelaki naik atas sebab hujan dah mula kacau daun
haha...
tiba-tiba je ....................
AWE GILER tu masuk kelas kitaorg dgn perangainya yang KURANG HAJOR TU
dan TAK BAGI SALAM TU ..
dia terus panggil budak lelaki yang baru masuk tadi ..
Bapak kaulah AWE !! asal kurang hajor sangat hah !!!
wey bengong kau takde mulut eh nak tanya diaorg tu dari mana
yang kau PENTAN sgt pergi rotan tanpa usul periksa tu kenapa ??!

Dahlah sesuka jiwa rotan kawan aku .
ingat dia tu bagus sangat ke ?
dahlah PENDEK, GEMUK , KETOT,BENGONG
heeeeee....ni memanglah sesi lepas geram aku
dah tu masuk kelas aku dua kali tanpa bagi salam ... heyy cikgu cina pun tau ucap selamat pagi tau tak !!
manalah adab dan etika sebagai guru ,
muka tu kalau hensem mcm LEEHONGKI takpe jugak
ni muka mcm kerbau meneran adalah , kepala tu aku tengok dari jauh memang ada tanduk setan yang bertopengkan tanduk kerbau tau tak !
huhuhuuuuu....geram aku belum habis lagi ni

Budak kelas aku ni boleh pulak nak BOIKOT AWE GILER NI(bak kata panda ku )
Diaorg suruh online FB malam ni untuk MEMBOIKOT.
Boleh aje , aku kalau bab boikot ni memang no sweat lah
hahaha..!!

SN-dpt kertasnya , heisshhhh..maka dgn kertas SN tu aku telah mendapa satu D
hoho..apa aku kisah ! pasal bapak aku tak kisah jadi tak kisahlah ..haha
KH-aku kan dah ckp cikgu masuk hospital , mak akulah yg cakap
MT-masuk tajuk POLYGON, aku ingat semua nama polygon tu pasal hari tu syahmi bising-bising menghafal benda alah tu ,,jadi boleh ingat .. dia dah bacakan lah
BM-buat ujian lisan, aku dah pass dah jadi duduk buat kertas math , faham,tak faham
BI- cikgu suruh buat kerja dan boleh dpt gula , buat infomation aku kanak-kanak hyper+riang+RIBENA,,haha

Masa rehat tu aku bedal kue tiew ..(betul ke eja ni )
pyqa bedal nasi , esyah dan khai bedal mee sup
yang lain tu selamat menjamu selera dan
ucaplan BYEBYE kat makcik kantin ye
sebab dah takde kerja ... hohoh
sebelah meja kitaorg tu duduklah rombongan KRK
yekkss aku ni masih lagi ANTI-KRK
tekak aku ni dah berdehem-dehem..tandanya aku nak blah dari situ
haha.. teramatlah kurang asam aku ni ,

Naik kelas pulak ... aku dgn pyqa pun intai-intai ehem3..
haha..
aku ingatkan dia nampak dia punya ,
rupanya menskodeng aku punya tuttt..
siot je ! hahaha
dalam kelas dia kacau aku ,..ehem3.. sapelah tu makhluk tu
haha.. bodosh betul makhluk tu ..

Masa balik pulak .
zul ajak pergi masjid, aku ni memanglah nak pergi tapi ...
mak aku nak pergi tempat lain jadi kena balik cepat
zul pun masam je muka..haha
nantilah aku teman kau ,

Balik rumah terus layan
KUNG FU MACCHIATO
buah hati aku tu LING HU CONG
dah hilang entah ke mana entah , kesian dia ..

Then bedal habis-habis nasi , kari , ikan ..
huu. mcm orang kebulur je gaya aku ni
memang kebulur pun ..
then bedal tart blueberry tu .. mak aihh !! nikmatnya my world

Esok plan nak pergi rumah pyqa ..
nak buat projek sejrah ..
miqi kau nak ikut tak ??
kalau nak mesej pyqa... dan ckp dgn bapak kau
bahannya ada kat aku ,
nanti kita lepaklah lama sikit kat sana
nak tak ? nak tak ?
mesej pyqa atau aku ..
okey ??
kalau tak nak buat ....

FOYA-FOYA

Bertolak ke sekolah pukul 6.45 pagi
mak aku kata nak bungkus kertas soalan agama
huhu.. terpaksalah tolak awal , baru niat nak berfoya-foya kejap kat rumah aku tu

Sampai je dewan terang benderang ...
takde rupa rumah hantu langsung
wahab dah setia menunggu anak bukan kesayangan dia tu
aku pun naik atas lalu tangga perempuan

Sampai kelas ...
wahid mintak kertas GEO, nasib baik aku rajin
kira dah siaplah benda alah tu , tinggal bakar je kat dapur gas
duduk-duduk depan wahideen
berbual dgn dia apsal tak dtg hari jumaat , hmm..
dia sakit lah .. aku dah agak dah lepas dia mengadu kat aku yg nasi tu pedas campur lagi air gas
huuhu.. haru betul , tapi meriah jugak ..

Tiba-tiba si AWE ni masuk lalu belakang tak bagi salam ,
dASAR KURANG HAJOR !!
si AWE giler ni memang tak sabar nak kena flying kick versi aku agaknya
memang tak lamalah dia ni .. hee..
karang tak pasal-pasal naik kaki ni kat muka dia
Alhamdulilah .. itu yang aku akan ucapkan bila dah tendang dia
hahaha...
KIJAM betul aku ni , tapi dalam hati ada bunga kertas tau !
haha.. lakonan semata-mata tandanya tu
Pakdin dgn zul kena sebat tu... bapak bahagia betul AWE ni !!
suka jiwa je sebat diaorg ..
heyhey !! nak kena ke ? .. aku panggil batista karang baru tau kalah ea kau

SN-buat latihan itu , ini
GEO- buat nota , huhuh.. lenguh tangan aku
BM-ujian lisan .. cikgu memang bertolak ansur dgn aku , first tu dia nak bagi dua pengajaran, tapi aku cakap dgn cikgu bagi satu jelah , dia pun bagi satu jelah ..haha
betapa untungnya aku membebel kat cikgu .. masa cikgu tanya pengajaran tu aku tak boleh jawab ..aku pun bodeklah nanti aku bagi bukti cantik punya, kasi gempak punya
hmmm...cikgu tak bape termakan pujukan tu ..tapi markah aku memang gempak kot

PI-belajar tajuk baru dan tgk cikgu tanda kertas form3..huhu susah lorr soalan dia
SEJ-buat latihan jugak
PSV-orang-orang sekalian , cikgu kita masuk hospital pakar puteri .. tak ingat pulak sakit apa
tapi memang sakit..

Pergi cabut kat belakang sebab nak cari makanan untuk mamam..
pergi buat rombongan cik kiah ..hoho
masa lintas jalan tu boleh pulak aku main lintas je,nasib baik kereta tu nak berhenti
hahaa.. kalau tak mesti dah berdarah kat situ
Beli ice-cream, belanja nenda ice-cream .. nenda !! ganti aku RM1.50 juta tau
haha.. ganti jgn tak ganti

Nenda pulak mengadu sakit perut , dia kata panadol actifast agak mahal jadi dia tak beli
aku ajak dia balik rumah sebab kat rumah aku ada panadol untuk dia
at least aku balik berteman ..takdelah sorang-sorang je
nanti bapak aku marah ... korang tak tau dia marah mcm mana..
hmm...
sampai je rumah terus tukar baju , bukak tv
aku suruh esyah panaskan lauk aku cedok nasi
hmm..kitaorg ni boleh kira anak dara kuat berlakon kot
ke aku je yg suka buat drama lakonan semata-mata
hahaha
kitaorg pun makan nasi putih, kari ayam ..

lepas tu bukak laptop aku ..
aku bagi esyah guna pasal aku punya notification tak banyak mana pun
huuu aman facebook aku
kitaorg pun selongkar blog-blog orang,
sambil baca sambil kutok ..

Pastu bising-bisinglah , aku bagi esyah makan coklat besar kat rumah aku
aku dah cakap kat rumah aku ada coklat besar ..haha
bulat mata esyah pandang benda alah tu ..
aku pun makan sekali coklat tu
then, aku suruh esyah baca novel aku tu
hahaha... boleh blah betul
ketawa kuat giler .. adalah part-part bodoh tu
lagi-lagi part pasal dia

Tgk duyong aridinata..
esyah pun balik ..aku pun siap-siap dgn pakai topi MAN UNITED
MAN UNITED menang tau semalam .! Bangga wok!
penampilan memang rock sikit,, pakai topi , selipar LOIS , dan baju australia
haha..
hantar esyah sampai turun tangga , pastu aku tgk dia patah balik
apsal ek ?

Naik balik ..
menghadap laptop untul taip post ni
tadi tak taip pasal nanti esyah skodeng
haha.. sibuk je dia ni
nanti lepas aku taip baru boleh baca ,..kalau baca sekrang tak surprise beb !
hoi esyah ! sabar ajelah dgn berukband aku ni ..hehe
kesian kau ..haha

Nak sambung taip cerita balik..
Never Say Never !
pick it up, pick it up ,

Sunday, August 8, 2010

Buang Tebiyat




Ni Ling Hu Cong . Hensem tak ? hensem tak ?
hehehe ...
Dia ada dalam cerita KUNG FU MACHIATO .
Gambar ni memanglah smart giler
cowok aku ni ..




Tgk ni !!

Family OHKURA .

Akira,Satoru,Masaru , Chisato,Sho,Takeru ,Fu

hehe

Saja je buat tebiyat buat benda alah ni

hope korang boleh cuci-cuci mata tgk cowok aku dua org tu

hahahaha... =)