Saturday, November 21, 2009

Kenapa Aku ..

Kenapa aku takde mood ni . Asal nak periksa je takde mood. Periksa SDEA dah nak dekat ni . Aduhai takutnya .. Eleh nak takut ape ,Aku kan memang sedia pakar dalam menhentam soalan periksa ni .Hahahaha
Aku bukan apa, cuma takde mood je nak baca buku sekolah agama . Aku dah tak minat sekolah agama . Takpelah esok hari ahad ada masa lagi nak baca buku . Alah aku senang je nak baca buku . Aku cuma ambil highlight and highlight perkataan yang penting dalam buku tu . Tau tak ? tu je cara yang boleh buat ingatan aku kuat . Aku kena pakai warna . Kalau nak baca atau nak hafal apa-apa mesti pakai highlight.

Tadi aku tengok Roseate - Love . Sedihnya cerita tu . Sayu lagi pilu hati aku ni .
Pastu aku tengok Momo Love atau dikenali sebagai Tao hua xiao mei Best sangatlah cerita tu .
Entah apa-apalah tao hua ni . Shi Lang ni pun sama suka cari pasal dengan abang tao hua .
Akhirnya tao hua dapat masuk unversiti yang sama dengan shi lang .
Yuyi pun sama dia dapat masuk unversiti tu .
Cerita Yang menarik .
Dalam cerita ni aku rasa , Shi lang memang suka kat Tao hua . Tapi saja je taknak mengaku .

And aku ada dapat information baru tau . Aku agak cerita
BOYS OVER FLOWER akan ada kat 8TV .
Hehehehehehehe
Kumpulan F4 dah kembali akhirnya di sekolah Shinhwa . Yes..
Dapat tengok Goo Jun Pyo .
pAstu hari ahad , pukul 8.30 pagi -10 pagi ada cerita Hot Shot .
Cerita ni pun best sangat . Sebab ada Jerry Yan dalam cerita ni .
Jerry dikenali sebagai DongFangXiang dalam cerita ni .
Yang pasti dia memang seorang pelakon yang hebat .
Kalau korang tengok cerita , korang mesti tau punya .
Korang boleh belajar macam mana nak main bola keranjang , Menari sebagai latihan panaskan badan .

Tadi ada satu nombor mesej aku . Aku tak taulah tu nombor sape ..
Bila aku call dia cakap nama dia...
Aku memang tak percaya cakap dia . Pasal suara dia lain gila .
Pastu aku cakap nanti aku mesej dia .
Lain kali kalau mesej aku . Tunggulah sampai aku ada kredit bolehlah aku reply mesej tu .

Tiba-tiba aku teringat kat budak yang aku suka tu..
Dia tengah buat apalah agaknya..
Mestilah dia duduk rumah baca buku .

Thursday, November 19, 2009

Aduhai .. Bosannya..

Bosannya.. nak buat ape ni ..
Duduk rumah asyik main game , tengok cerita korea and taiwan kat youtube , layan facebook , myspace, tagged , friendster ..
Asyik buat tu je . Bosan gila . Kat Rumah takde kawan .
Takpe sabar , sabar. Nanti aku akan ke Europe bersama keluarga aku . Sebenarnya ke paksa je pergi sana. Nenek aku dah tunggu kat sana .
Dah siap tempah rumah sewa lagi untuk duduk sana .
Aku sebenarnya malas gila nak pergi sana . Mesti sejuk gila nanti . Nak suruh mati beku agaknya kat situ . Banyak cantik betul muka nenek ..
Hhahahaha

Pergi sana bulan disember ni .. Taknak pergilah malas
Next week ada SDEA. Lagilah aku malas nak jawab soalan yang merepek tu . Aku baru baca buku ibadat dengan akhlak . Belum lagi baca tauhid , sirah , al-quran , ibadat 2 , Arab ..
Argh!!! Cikgu saja je nak seksa aku , seksa otak aku . Aku dahlah tiga minggu tak pergi sekolah agama . Biasalah , takkan korang nak aku suruh kawan dengan budak darjah enam tu . Diaorg tu teruk sgt.
Aku raa macam tak layak ambil periksa ni . Tak payah ambillah ina . Biar je kertas tu .

Semalam result UPSR keluar . Dan ternyata ..
Sekolah aku boleh tahan jelah .
5A - 11 Orang
4A - 14 orang (melebih target )
Percaya tak percaya diaorg semua ni nak masuk sekolah tasek 1 . Ni tak boleh jadi .
Amirah Khalisah pulak dapat 3A 2B . Tak macam kakak dia dapat 5A straight . Tak faham aku budak sorang ni .
Tapi dia cakap dgn aku semalam dia nak masuk Tasek 1 . Tak boleh jadi ni .. Hahahahaha
Aku dah suruh Amira Syafiqah tutup pagar tu kalau budak Form 1 2010 nak masuk . Biar tak boleh masuk ..Hahahahaha(amacam cukup sadis tak , ke nak lagi sadis )
Nak lagi sadis campak je kat Tasek 2 , sesuai sgt dengan perangai diorg yang Bimbo belaka tu .

Cewah!! Jahatnya aku . Sejak bila aku jadi jahat ni .Eh aku memang jahat dari dulu lagi , korang je tak tau . Lain kali ambil tahu , bukan buat tak tau ..Hahahahahaha
Adik Wahideen pun sama dapat 3A 2B. Kira okeylah tu . Bukan senang nak dapat 3A . Yelah untuk orang yang pandai macam korang ni memang sgt senang .

Tahun depan adik aku pulak yang akan menduduki UPSR . Eeeee.. takutnya. Apa ni ! adik aku nak UPSR ,aku pulak yang takut . Aku takut bukan sebab apa . Adik aku prmalas sikit . Tapi aku yakin dia boleh jadi rajin kalau dia kawan dgn orang rajin . Masalahnya dia kawan dgn budak malas , budak corot , Budak gila PlayStATION . Macam -macam lagilah .
Tahun depan aku akan dera adik aku cukup-cukup .
Hhahahahaha..

Tuesday, November 17, 2009

Hari Ni Aku Cuti Sekolah Yang Panjang

Hari ni dah hari kedua aku cuti . Bosan juga duduk rumah . Takde sape nak temankan aku . Adik aku pun sekolah ..
Next week aku ada periksa SDEA . ALAMAK!!! dahlah aku tak datang sekolah agama dua minggu dua hari . Wah !! baiknya aku , ponteng sekolah mcm tu sekali . Memang aku baik pun ..
Hari ni aku kenalah datang sekolah agama . Argh!!! malasnya..!!!
Yang pasti takde sape yang berani berhentikan aku . Kalau berani nak berhentikan aku cubalah ..Hehehehehe
Kalau dia berani nak berhentikan aku , orang tu yang akan diberhentikan .
Just see .. Hahahahhaa

Jahatnya aku ni ..
Hari Isnin Hari tu , Aku suruh Hanisah baca blog aku . Masa dia baca tu , boleh lagi call aku .
Dia cakap aku tak letak gelrang budak paling cantik kat kelas ..
Bila aku ingat balik , A;ah lah aku lupa.

Ni aku nak tambah
Budak paling cantik atau paling cun sekali dalam 1kaa ialah Hanisah Lokman..
OK dah , harapanya awk puas hati dgn gelaran ni anis .. Hehehe

kEPADA budak darjah 6 sekolah agama ..
Aku nak ucapkan , Good luck . Buat yang terbaik tau .
Aku doakan kita semua lulus . Amin..
Wahideen sememangnya pasti akan lulus
Zawani pun sama pasti akan lulus
Aku pun sama pasti akan lulus

Kepada budak yang akan menduduki periksa SDKA pun Good luck juga . Korang semua ni pandai , buat yang terbaik tau .
Lepas darjah khas ni jangan lupa korang kena aktif dalam kokurikulum.
Aku Doakan korang dapat A , bukan keputusan SAA tau .

Monday, November 16, 2009

Hari Ni Hari Last Sekolah

Hari ni hari last sekolah , jadi kelas aku ada jamuan sikit.
Bising gila kelas aku tadi . Ramai yang bawak handphine , kitaorg dgr lagu . Pyqa pun bawak handphone . Macam biasalah aku dgr lagu
One less lonely girl - justin bieber , Favorite girl -justin bieber abd One time - justin bieber .
Wah! semua lagu Justin ni . Mimpi apa aku hari ni asyik nak dengar lagu Justin je . Eh biasalah tu , aku memang tiap -tiap hari dengar lagu Justin . Hahahahaha

Hari ni aku rasa banyak gila aku makan . First , pagi-pagi aku makan nasi ambang , Boleh tahan jelah . Tu jelah comment aku .
Pastu tengah hari , aku makan nasi lemak . Berlemaklah jawabnya.
Tapi nasi lemak tu sedap sgt. Aku rasa kenyang bila makan .

Pastu , sampailah masanya ..
Mula-mula kita kena undi nombor . PAStu tengok dulu nombor tu . Then barulah kita dapat hadiah .
Aku dapat hadiah Cokalt Cadbury dari Zawani
Hadiah aku Khadijah yang dapat
Pyqa dapat hadiah Aisyah diary
Hanisah dapat hadiah Pyqa ,Gelang . Semestinya dia suka.
Muhammad aku tak ingat
Sakinah sememangnya aku ingat ,Dia dapat hadiah Pak din yang buruk tu . Hahahaha . Sabar ye kinah
Zawani dapat hadiah ..aku tak ingat pulak
Aisyah dapat hadiah wahideen
Wahideen dapat hadiah nureen

Tu je aku ingat .. yang lain pun mesti dapat hadiah besar punya

Last Sekali ..
Putera 1kaa ialah "Muhammad bin Zakaria"
Puteri 1kaa ialah " Khadijah Syed Jamil "
Budak Lelaki paling popular ialah "Muhammad bin Zakaria"
Budak perempuan paling Popular ialah " Syazwani Noorizam"
Budak Paling sporting ialah " Zarith Syahirah "
Pasangan couple yang paling dikenali ialah " Marzuqi -Syafiqah khalili"

Dah tujelah anugerah yang sememangnya aku ingat .

Kepada murid 1kaa

Selamat Bercuti .. Jumpa Tahun depan
Kepada dia pun selamat bercuti .. jumpa next year..

Sunday, November 15, 2009

Esok Ada Jamuan Kelas 1KAA

Ni nak khabar kat korang , esok ada jamuan kelas . Esok kena pulang buku pinjaman .
Aku tengok beg aku dah macam guni .Guni yang diisi pisang emas . Cewah.. pisang emas dibawa belayar , Sayang sekali ni bukan pisang emas . Kalau pisang aku dah makan sampai kenyang . Bila dah Kenyang meSti sakit perut .
Hahahaha

Esok merupakan hari last sekolah . Aku akan bercuti .. untuk bape bulan , bape hari ye ..
Ermmm..(berfikir panjang)
Tapi boleh tahan lama juga. Apa aku nak buat masa cuti .
Mestilah main game . Lagi satu jgn lupa Aku ada periksa SDEA .
Aku lupa pulak maksud sdea tu , yelah selama ni aku tak pernah nak serius pasal sekolah agama . Kenapa ?
Sebab kat sekolah agama aku kawan dgn budak kecik .
Argh!! macam tak percaya aku kawan dgn budak darjah enam yang sangat berlagak tu .
Memang jatuhlah standard aku kalau kawan dgn budak macam tu .
Pastu datang depan aku , belagak yang dia tau buat tajuk integer..
Bikin gua panas je . Yelah aku memang tak pandai integer . Sekurangnya aku taulah nak buat mcm mane , daripada tak tau langsung .
Nasib aku boleh sabar lagi .. Huuuu..

Tadi pukul 4 petang , aku tgk cerita Roseata -Love . Sedihnya aku rasa sebab Lin Nuo kena kemalangan and then mati . Tanpa disangka air mata aku mengalir , Hati aku rasa pilu sgt ..

Aku memang macam tu , Kalau babak sedih sikit . Air mata mengalir . Alah bukannya banyak sgt . Sekadar air mata air je . Hahaha.
Kalau korang nak tengok cerita best .. try tengok cerita ni .:

1) Easy Fortune Happy Life : Pukul 8.30-9.30 malam ,Isnin -Jumaat
2)Roseata-Love : Pukul 4.00 - 5.00 petang , Sabtu -Ahad je
3)Momo Love : pukul 6.30 petang - 8.00 malam , Hari sabtu

Semua cerita ni ada kat 8TV . Silalah tengok . ..

Saturday, November 14, 2009

Kalaulah aku minta ..

Kalau aku minta tolong korang kirimkan salam kat Budak tu . Korang boleh tolong tak agaknya ..
Kalau aku minta tolong pyqa macm mane agaknya
Maybe mcm ni kot..

Ina: PYQA tolong kirim salam kat budak tu
Pyqa : Ah!! Tak nak aku ..
Mesti dia akan jawab mcm tu . aku tau sgt . Minah ni memang mcm ni pemalas . Patutlah ..

Kalau aku minta tolong minta tolong syafiqah khalili mcm mane ye?
Budak seekor ni aku tak boleh tafsir reaksi dia mcm mane , kadan-kadang boleh , kadang-kadang tak boleh .

Kalau aku minta tolong marzuqi , agaknya nak tak dia tolong aku . mesti dia acuh tak acuh je gitu . Lagipun dia mcm nak tak nak je .

Kalau aku minta tolong syahmie kembar aku tu mcm mane agaknya .
Maybe dia akan jawab "insyaallah nanti aku sampaikan"
Aku boleh agak dia akan jawab macam tu . Dia kan kembar aku . Takkan dia taknak tolong kembar dia kan .
Nape aku kembar dia ? sebab tarikh lahir dia sama dgn tarikh lahir aku iaitu 7MAC1996 . Baik tak hari yang sama tau .
Hahahahha
Cewah.. aku dah bangga .

Kalau minta tolong hanisah . Diam mesti akan tanya kenapa , kenapa , kenapa ..

Aduhai .. korang janganlah buat mcm ni . Tak kesian kat aku ke .

Kalau korang tak boleh tolong .. takpelah takkan nak paksa . Mana boleh , betul tak ?..
Takpelah

Kepada awk ..
Masa cuti nanti jaga diri kesihatan ye . Jgn sampai jatuh sakit lagi . And jgn pindah sekolah tau . Kalau pindah jugak tak taulah . Nanti kita akan naik form 2 . awk pun sama kan .
Oklah tu je ..


From : Ina (sabrina)

Semalam aku ....

Semalam aku tengok cerita Momo love . Cerita apa tu ?
Tu cerita Taiwan . Tersangatlah best .
Yang best pasal ada Shi Lang . Dia watak yang paling Hensem ,Pandai , pandai dalam judo dalam pelajaran pun pandai .
OH No !! aku angaukan dia .Hahahaha
Semalam Shi lang dengan Taohua keluar sama- sama sebab dia nak lepaskan tekanan . Shi lang bawaklah dia pergi naik helikopter . Bestnya . Pastu diorg pergi makan . Masa tu Taohua cakap yang Shi lang ni left handed person . Maksudnya dia tu pengguna tangan kiri .
Semestinya orang yang tengok cerita tu rasa teramatlah bangga , sape lagi kalau bukan aku .. Hihihihihi
Tau tak apa sebabnya , sebabnya aku pun pengguna tangan kiri . Nak buat mcm mane , aku je yang ganjil sikit . Aku dah cuba nak tulis tangan kanan tapi tetap tak boleh . Jadi aku pun terus guna tangan kiri .

Eh Shi lang tu hensem jugak kan . Suka pulak aku kat dia . Hahahaha
Ina , ina kau dah terkena angau apa ni ? penyakit angaukan Shi lang .
Kenapa aku suka Shi lang ?

Maybe sebab senyuman dia yang memikat ..
Maybe sebab badan dia yang sasa tu
Maybe sebab dia pandai dalam segala macam
Maybe sebab muka dia tu macam orang inggeris sikit
Maybe sebab dia pandai dalam judo
Tulah jelah agaknya..

Semalam aku pergi Angsana . Pasal mak aku nak pergi shopping . Aku pun ikutlah . Lepas dah habis shopping tu aku and the family pun terus balik . Masa tu baliklah tulah , aku terjumpa Aiman Hazwan and Aiman Hazman . Saat itulah aku rasakan "Aduh !!! malang sungguh nasibku napelah jumpa budak kembar KRK yang nakal gila ni "
Kenapalah tak jumpa budak yang aku suka . EEEEEE....
Pastu aku pun baliklah macam biasa .

Then sampai je rumah aku terus solat Isyak . Baru tengok Tv ..
Malam tu pun aku tengok cerita Momo Love . (Hahahahaha)
Apalah ina ni , asyik tengok cerita ulang je . Alah .. ulang ulang pun tapi cerita best sangat . Lagi -lagi bila nampak Shi lang yang pemalu sangat . Tapi dia tu takdelah pemalu sangat.
Dalam cerita ni .. Nah lagi sekali aku ulang . Takpelah korang mesti nak taukan ape yang jadi .

Kesian dgn Taohua , dia asyik kena control je dgn abang dia . Taohua ni ada lima orang abang .
1 ) Abang Qi
2) Abang Cheng
3) Abang Zhuan
4)Abang He
5)Abang yuyi (Paling muda )

Taohua ni je yang perempuan yang lain semua lelaki . Patutlah semua abang dia asyik nak control dia . Patut ke? Ish ish memang tak patut .
Yuyi je yang tak pernah nak control dia nak buat macam -macam .
Kiranya ni Yuyi lah yang paling rapat dgn dia .

Agaknya best tak ada abang macam tu . Pada pendapat akulah best sangat ada abang macam tu .
Yelah aku kan takde abang . sorang pun takde . Jadi kalau aku dapat abang angkat pun dah cukup baik .
Sape nak jadi abang angkat aku ? Angkat Kaki ..
Hahahahahhaha