Friday, November 4, 2011

Chihayafuru Anime

Ayase Chihaya with her friend
Look nice right?
Ayase Chihaya become teenager


Chihayafuru : Semuanya tentang seorang gadis bernama chihaya .
Ingin menjadi seorang pemain KARUTA (permainan) yang hebat.
bersama dgn temannya Taichi dan (sape erk sorang lagi tu ?)
tak ingat pulak .
tapi minah ni tomboi sebenarnya .

bolehlah try tgk ye

Kazehaya Shouta and Kimi Ni Todoke


Kimi Ni Todoke Live Action

Pada masa ini aku perlukan senyuman lelaki ini
Seorang Kazehaya suka tersenyum .





Kazehaya Shouta <> Kuronuma Sawako


Trylah tgk anime ni .

Moral: Persahabatan dan Percintaan mestilah seimbang .
apa yang kita hendak sampaikan perlulah
diucapkan dengan jujur.
Bukan mudah untuk mencari peluang .
Apapun . Ganbatte-yo

Thursday, November 3, 2011

Raya AidilAdha

Hooo....
Annyong haseyo

Hmm.. aku baru aje sampai dari kampung semalam .
letih dan sangat letih ...
senang citer dalam speaking nya .. "I'm Exhausted you"

Well, nak story apa yg berlaku .
tapi aku tak akan story secara detail .

Hari isnin petang tu eomma ketuk pintu bilik aku
dia bagitau atuk aku dah meninggal .
mata eomma merah je ....
muka aku pulak masih mcm biasa ...
hati aku ?

lepas solat maghrib aku baca yasin ..
dan aku tak sedar pulak aku dah menangis .
tapi tak teruk pun...
habis yasin aku basah . haisy~

lebih kurang pukul 3 pagi eomma kejut dan kitaorg terus bertolak balik
yg tak balik cuma adik aku .
daddy dah campak dia kat rumah kawan dia .
untuk 3 hari .

aku jalan dgn longlai pukul 3 pagi tu
yelah ... ngantuk giler boleh .
siap bawak bantal besar... jaket tebal ...
pagi tu memang sejuk beku giler ..
adakah aku di zon sejuk ?

sampai di kampung eomma dgn adik beradik dia semua menangis .
aku ? entahlah ... hati keras sgt .
aku lebih suka baca al-fatihah banyak-banyak daripada menangis .


Balik kampung tak semestinya aku bersedih .
sebenarnya suasana sgt happy ...
sebab semua sepupu sepapat anak sepupu, abang ipar sepupu ... mak cik pak cik
semua balik ke kampung .
rumah tu dah mcm KEM PINK tau .
bentang toto narita tu pastu tergolek ramai-ramai .
mcm-mcm benda kitaorg main ..

kejap main ipad2 , iphone.. e-book, mp3,mp5 ...
mcm-mcm cousin aku bawak .

Along,Abang,Uda,Eman,Apis,Shafiq,Ewan,Ateh,Kak.Z, Kak.Na, Kak Long,Kak Jah, Ayim,Miya, Ichah,Aqil,Una, Eka, Ani,Husna, Boy, Amir,Rissa, Abg Wan, Abg Lan, Anis, Achik,
dan seberapa ramai lagi ..

aku rindu kan diaorg ni bila aku dah sampai kat JB .
diaorg semua sepupu aku
tapi yg paling rindu .. mestilah yg sebaya dgn aku .
mana taknya .. dari kecik dan sampai skrg semua benda yg kitaorg buat
mesti ada persamaan .

contoh:
hmm.. masa tu khabar kat aku dia dah mohon MRSM . tapi dekat je .
kat Kuala Terengganu tu takpun kat Kuala Berang . lagi satu dia mohon SMKA.
bila result UPSR dia keluar... dia dapat 5A mcm korang .
hehehe..... Tahniah !
aku pun agaklah dia dapat MRSM.
bila tahun baru start, aku dah daftar masuk KAA sebab pengetua dulu bagi masuk .
haha...

bila eomma call mak dia .
mak dia cakaplah MRSM tak boleh terima dia sebab kokorikulum dia tak bagus .
pendek kata .. tak aktif .
sumbangan untuk sekolah pun jarang .
jadi dia tak diterima ..
aku kaget tau .. sesuka jiwa je tolak pemohonan org dia ni .

Lastly, aku belajar Arab dgn happy untuk form 1
aku pun dapat berita yg dia masuk SMKA dan belajar arab jugak.
Fine... aku rasa excited giler sangat masa tu
dia masuk asrama dan semuanya subjek dia sama dgn aku .

Masa tu aku harap dia boleh bawak subjek arab .
takmo jadi mcm Uda lagi . sedih org ...
dan skrg aku dgn dia PMR dgn 9Subjek .
seram betul ...
aku selalu yakin yg dia boleh dapat 9A tanpa ragu-ragu
kenapa ?
sebab dia cousin yg sgt genius.
Eman.

tu je nak story ...
anyway Kamsahmnida ... Domo-Arigato.... Xie xie ...
kepada sesiapa yang ucapkan Takziah .
aku terharu lah jugak .. (hati keras mcm batu pun boleh terharu ke?)
walaupun tak dpt rasa terharu betul-betul aku tetap nak terharu .

hehe...

byebye

Selamat Hari Raya AidilAdha .
kalau ada buat rendang daging tu
pos laju sikit pada saya berserta ketupat palas dan lemang .
:)

Monday, October 31, 2011

Seminar Di Sekolah Ku SMKBBU

Annyong ~

Selamat bertemu kembali di blog yang sunyi sepi
yang menjadi teman hanya lagu 0330 kesayangan aku tu .
Watak utama dia Dong Ho beb !




Tgk gambar tu ...
Eli Kim and Kevin Woo
Eli = Aunty kesayangan aku
Kevin = Aku punyalah ...

Kevin yang cute mute lagi comot
hahaha.... aku suka dia sebab suara dia
tapi ada satu images tu dia jadi JESSICA SNSD .
memang serupa dia dgn minah DEMON tu .
Cute Mute lagi Comot ...

Why Eli?
Eli-Kevin couple memang dah wujud sejak zaman CHEF KISS lagi .
Korang patut testing tgk citer tu .
Eli tu memang MASCULINE giler
Kevin pulak terlebih FEMININ
sebab tu boleh jadi COUPLE KISS

Eli mengingatkan aku pada Afiqah Solehah .
Sapalah tu ?
Aunty aku tu memang suka Eli . Sebab Rap Eli memang best .

***********



Seee .... Look ...

Ni Eli Kim yang sebenarnya .
MASCULINE kan ?
tapi dia tak boleh menyamar jadi GIRLS .
tak mcm .. Dong Ho , Kevin .
Hensem pulak dia masa ni

*********

Hari ni aku nak story sikit pasal ....
Pasal sekolah lah
kat mana lagi aku nak pergi hari Isnin yang indah ni

Sekolah aku pepagi belum buta tu dah buat aktiviti mengira .
Aku sebenarnya kagum dgn cara cikgu Rumaizah ajar .
Aku faham beb cara dia ajar .. rasa mcm nak bersuka ria melompat ala-ala teletubies kat situ

Tiba-tiba kan , cikgu panggil budak laki dgn budak perempuan ke depan untuk buat soalan yg cikgu.
Cikgu bagi hadiah tau ... Hadiah dia SKITTLES
alah .. SKITTLES yang pegang moto RASAILAH PELANGI SEBENAR ..
haha.. ye ke?

Wakil lelaki.. zulfadhli yang jadi wakil .
ceh ~ kembang kepala senget dia tu .
dia pun buatlah soalan-soalan yg cikgu tanya .
dan dptlah jugak SKITTLES tu .
Perempuan pulak , ......
memang kesiah tau , takde sapa nak jadi wakil .
sampailah cikgu pakai dialog ni

"Kalau takde wakil perempuan. budak laki boleh lah denda semua budak perempuan hari ni."

Omo~!!! Semua budak perempuan dah kaget bagai ayam nak kena sembelih .
Yelah ... sapa jelah sehh tak kisah kena denda dgn budak laki
kau kisah kan ?
aku lagi kisah ...
kita bukannya boleh jangka apa dia nak denda
dibuatnya diaorg suruh jalan itik 20 pusingan dewan tu mcm mana?
tak ke kena aniaya namanya tu ?

<><><><><><><><><><><><><><><><>
Habis je acara kira mengira .
ada taklimat pasal subjek PRINSIP AKAUN
kau ada?
hahaha

Aku tak bape puas hati sebab cikgu yg bagi taklimat tu
sangatlah ..............................
Membosankan .
Kalau aku bawak laptop nak siapkan cerita aku
gerenti boleh siap 100 pages .

Walaupun memboringkan , aku still fahamlah apa yg dia ckp .
agak-agak boleh bawak tak subjek tu ?
aku dah fikir dah ..
kalau malam esok aku buat solat mintak petunjuk pada Allah
dan lepas tu aku dapat mimpi yg aku tgh jawab soalan PA
InsyaAllah aku akan amik subjek tu .
tapi tak sure lagi aku takkan menyusahkan org .
mungkin aku akan susahkan sesetengah org untuk ajar aku .
Hahaha.... takdelah . tgk dulu mcm mana ...

Dan sampailah masanya ~
jerit kejap ( yahuouuuu ou!!!)
entah apa jenis jeritan yg aku jerit tu
apa-apa je ..

cikgu jemput encik Nazry bin Abdul Salam .
haa.. korang ingat tak dulu komik MISI 8A yang aku bagi kat korang?
alah yg cover warna purple tu ....
yes... yg watak dia sorang bercermin mata dan sorang lagi tak bercermin mata .

Aku pernah tanya pakcik Nazry kenapa setiap komik diaorg mesti
ada watak sorang bercermin mata dan sorang lagi tak ?
mcm menggambarkan diaorg berdua pulak ...
tau tak dia jawab apa ?
dia jawab - tu secara kebetulan je ..

Pada aku Afiq memang suka lukis mcm tu kot .

Pakcik Naz pun bagi ceramah kat kitaorg budak-budak mentah ni .
Aku rasa hampir semua biodata pasal diri dia ,adik dia, adik perempuan dia ... isteri dia pun
aku dah hafal ...
semua yg dia terang pasal diri dia selamba je aku sambung senyap-senyap .
sengal erk ?
Hahaha..

Kalau kak Husnan Adnan (isteri dia) dtg mungkin boleh dgr ceramah daripada dia jugak
tapi Kak Husna demam pulak . takde rezeki nampaknya ...
Saya akan terus menyokong Kak Husna dan PakCik Naz .
Fighting you all ~!!

Ada satu part ceramah dia tu yg aku rasa kelakar ..
tapi untuk korang tak kod
part yg masa dia tunjuk gambar Afiq Salam then dia ckp mcm ni

"Ya.. ini dia adik saya. Afiq. Dia masih single... "
Hahahaha!!! nak tersembur ketawa aku ni .
Macam nak promote adik sendiri je .
dgn aku takyahlah ...
adik dia tu jenis yang bersungguh-sungguh tau
seram pulak tgk semangat dia .

aku bangga sebab dpt tgk dia amik anugerah kat sekolah ..
haha.. bila? bila?
mana ada.. aku tgk kat FB lah .
ada gambar dia punya medal ke apa benda entah nama dia .
tak reti aku nak mengeja nya ..

anyway .. dia tak hensem pun eh .(afiq, jgnlah marah .. huwahaha)
apsal tadi budak perempuan semua kecoh bila tgk gambar dia?
apsal? apsal?

Lastly ..
PakCik Naz buat jualan buku .
ramai yg membeli
aku sibuk nak amik gambar
masa nak amik gambar dia tu ...
bolehlah pulak dia ckp mcm ni

"jap eh .. nak lap peluh dulu "
Hahaha.. terburai ketawa aku kat situ .

Nah ini dia ..




Abg Nazry dan Zul yang poyo .
beriya-iya si Zul ni tak nak amik gambar .
sampai aku kena tolak tarik dia semata-mata nak suruh dia amik gambar
last-last ada mamat pakai songkok tu ckp " pergi jelah zul.. degil benor"



Ni sesaja candid ...



Yg ni pun .. hehehe....

Ok lah tu je nak citer ..
terlebih panjang pulak .
nak edit blog .
tapi nanti jelah ...
so baibye ..

**************

Comel kan Kevin ni ? Cute Mute lagi Comot ... Saranghaeyo


Bye the way sapa ni?
aku suka pandangan dia tu ..
SO COOL ~
yeah Miura Haruma atau Kazehaya SHOUTA
saya suka awak ...
Anata wa Tsukidai . (betul ke ni ?)
Kazehaya Shouta tu watak dia dalam movie
KIMI NI TODOKE .

korang pun patut tgk citer tu ...

hanya untuk hiasan blog je ... hhhohoho

Friday, October 14, 2011

Feather Duster where are you ?

Assalamualaikum
Hello ! Hello !
Annyong Haseyo ~

Pada 14 oktober 2011 baru aku kembali menghadap blog yg entah berapa inci berhabuk ni
nasib baik aku dah baik selsema
Masa PMR tu aku boleh terkena selesema
so, terpaksalah diaorg kat dalam bilik tu dengar 'sok sek sok sek'
jgn marah ye syg .... aku syg korang tu sebab aku tak hembus kuat-kuat
hahaha... geli betul aku dgn ayat tu

Bila bukak je new post ni ...
aku tak tau nak post apa sebenarnya
idea dah lari ke Greenland dan Gurun Sahara
haha...
ceh ~ belajar geografi lah kononnya
aku tau korang yg calon PMR ni mesti dpt A kan untuk subjek tu ?

Kawan-kawan aku kat sini pun ramai dpt A subjek geo ..
Alhamdulillah

Subjek lain pulak ?
buat tak tahu je sudah ..hehe


Lepas habis PMR secara rasmi untuk budak kelas aku hari selasa
Mula-mula tu memanglah sedih jugak sebab
kitaorg ni merdeka lambat
budak-budak lain semua dah main mercun segala bagai
budak tasek lagi best siap baling tepung lagi
sabor jelah aku tgk member aku kat situ


Seperti tiap-tiap tahun
lepas periksa ni aku terasa pulak kebosanan nya
nampak benor tak bersyukur
nanti aku nak bawak laptop arr pergi sekolah
pastu main game

Anyway , blog yg bersawang
lepas ni bersihkan lah diri ye
hehe... saya dah bagi feather duster
reti-retilah buat sendiri
awak tu dah besar
hahaha...

Giler ke kau sab ckp dgn blog mcm tu ?
yeah~ aku memang giler

pasni tak sabar nak tgk Kimi Ni Todoke Anime
sebab tadi masa pergi angsana aku beli DVD dia
yg bestnya aku beli 2 tapi kira 1 harga je
WohohhOOOO~!

Pergi angsana aku buat apa je ye?
-first sekali bertapa kat badan cemerlang,
beli novel dan komik

-then, pergi speedy cari anime dvd ternampak you're beautiful japan (argh!!!)

-pergi kat kerusi urut pulak , aku sumbat RM1 je dalam tu (sebab aku takut!!)

- Pergi karaoke 2 lagu kat yg tempat kecik sikit tu , 2 lagu kat sebelah bowling tu
(aku jeritlah kuat-kuat lepas perasaan.. dah tak peduli. lagipun bukannya ada org)

Kesimpulannya, aku suka bersendirian mcm tu sebab boleh lepas perasaan
pusat karaoke tu kosong je

yg kelakar nya masa nyanyi lagu sorry-sorry tu
boleh pulak keluar lirik cina bawah dia
nasib baiklah aku memang hafal lagu dia
hehe

oklah , tu je nak story takde benda menarik ...
takde gambar ...
terlampau malas nak upload
skrg terlalu busy dgn project REAL SCHOOL and U-KISS VAMPIRE

byebye
sayonara

Friday, August 19, 2011

End Of Trial

Annyong Haseyo ~!

Hello-hello
Hari ni dah ramadhan ke-19, esok yang ke-20 .
Baru aku sedar ramadhan kali ni mcm singkat sgt berbanding tahun lepas
pejam celik tidur bangun sahur berbuka rupanya dah nak habis puasa .
Aku rasa mcm bermimpi pulak ....
(tarik kaki aku sikit)

Hari ni hari last trial exam ..
last sekali of courselah kertas SCIENCE.
Dgn tak happynya periksa tu habis ... dan aku serta budak kelas lain berasa lega
tapi kitaorg habis lambat sebab si RAJA tu siap lambat
ada ke patut dia dok berangan ...
tak silap aku dia sempat tidur lagi
hish~

Sebelum periksa:

Aku dgn pyqa kat luar sebab nak letak buku science tu
sekali pyqa suruh pandang sebelah kiri aku ni
aku pandang tapi mcm takut-takut
tak taulah kenapa nak takut ..
sekali bila pandang ...
auwchhh !!!! MY FANS ~ Mirwahah kat sanalah ... !!

Aku pun jeritlah
"yaya !!!" yaya!!!
tapi yaya hari ni PEKAK sikit ... tak PEKA
aku pun jerit jelah ...
sekali muhammad pun marahlah aku
dia kata :
"oit sab,.. bising arr. aku nak dengar org cakap bukan kau jerit"

aku dah buat muka annoyed ...
pastu si mamat tu tambah lagi :
tak superman lah kau ni

bertambah TWINKLE-TWINKLE little star kat muka aku ni
lepas bape minit baru aku tersengih ....
aku dah faham apa maksud dia dgn SUPERMAN tu .
pyqa yg kat sebelah terkebil-kebil tak faham bahasa kitaorg ..

Aku pun ckplah : lagu SUJU yg baru nyak....

Dekat luar tu jugak aku jerit kat si mamat :

A: Mr.Simple !!!
M: Superman
a; Mr.Simple!
M:Superman ...

dari luar sampailah ke dalam kelas aku dgn si mamat jerit mcm tu ...
NATES betul kitaorg ni .
mcm tak puasa pulak jerit-jerit mcm TARZAN .

Aku nak MR.SIMPLE ....~
heheeh...

dan teringin nak tgk UNITED CUBE CONCERT nanti .
Fly So High !! High !


Thursday, August 4, 2011


Annyong Haseyo chingu !


Hari ni nak buat post apa dah jadi pada sekolah aku?



Hari ni ramai sangat orang atau bak kata budak kelas aku


"LEMBAGA"


yang dtg ke sekolah ...

lembaga tu ada yg berpakaian kot , pastu orang tv 3 , wakil-wakil dari semua surat khabar


dan segala mcm jenis orang lagi ...


lepas ni boleh lah nyanyi koir kan ?




Pastu pukul 8 tadi aku cepat-cepat tgk tv


nak tgk jugak apa yg terjadi ....


hadeyai ~


budak manja tak sedar diri ....


lantak hang lah ... orang semua tgh busy nak trial


dia pulak nak buat hal sendiri ..




Waktu KH cikgu haryatie asyik kata mcm ni je




"yelah nanti ngadu kat orang pulak .. blah blah blah"




ee.. cikgu ni mcm lah kitaorg ni suka sgt mengadu tu


abg RAJA pernah ckp kitaorg semua dulu


hidup jgn nak mengadu ... tak berkat .



Yg paling best time BI



hahaha....


teacher pilih pasangan-pasangan untuk baca text



first , zarith dgn wahideen (fewitt~)



second, zul dgn topek



third , muhammad, pak din dgn nenda esyah



(part diaorg paling sengal ... pak din bawak watak puan aisyah... mamat pulak jadi AIDA, nenda lagi best jadi HUSIN .) sengal belaka diaorg ni



fourth, lili dgn raja


(patutnya dgn marzuqi .. tapi marzuqi boleh dtg depan ckp dgn teacher mcm ni



"cikgu saya nak nak watak sahak (ishak sebenarnya)"


teacher pun bagi jelah ... memang tau marzuq ni


lastly, marzuqi dgn ... aku



(terkujat aku masa teacher kata aku ... mcm takde org lain jek )


marzuqi dgn sengalnya berkata


"baik arr dgn sab !"



aku dah terngongo ... teacher pulak menambah


"kau kalau nak dgn sab .. hafal satu quran, hantaran 10 ribu. ....blah,blah,blah... pastu jgn lupa hantaran mesti ada satu set DVD KOREA. semua cerita yg best-best je"



Hahahahaha!!!


berdekak giler ... aku pun angkat ibu jari aku ni tanda agreed dgn idea tu


memang dah lama terfikir apa yg teacher ckp tu ...



#



#



#



#



So ... kepada awak ,


hantaran nanti mesti ada dvd korea 15 set tau


plus dgn dvd player berkualiti serta tv plasma


bertambah dgn .... kuih macaroons bertingkat


dan 1 laptop dgn 1 komputer



okey ?


benda tu je yg paling penting ..


saya tak nak make up , minyak wangi , coklat, kek .... tu semua benda zaman dulu je


skrg bagi mcm IPHONE , IPAD, IPOD , MP5 , NINTENDO WII and PS (version barulah)



okey sampai situ jelah awak ...


(melampau giler permintaan ... padahal gurau je . tapi kalau berlaku betul pun best jugak)







ni dia sang AWAK yg saya maksudkan



ohh... tak hensem ea?


korang kutuklah apa yg korang nak
tapi satu hari nanti .... tgklah ...


hahaha....



dia jadi handsome giler sampai terkojol biji mata korang


hehehe...


My Lovely Hyung Sik tu ~