Saturday, January 15, 2011
Ha~
aku berasa sgt lega akhirnya sebab dpt rembat buku yg thiyaga suruh tu .
Kat badan dah puas aku meneroka, hati dgn kepala aku asyik berdoa mudah-mudahan adalah buku tu kat sini , aku taknak pergi tempat lain lagi , Malas! .
Sekali ....
Jengjengjeng !!
buku tu ada kat bawah-bawah almari tu , masa tu aku nampak ada budak kat situ jugak tgh dok cari-cari . Aku yg nampak tu terus amik kat bawah kaki dia . Budak kat situ punya muka , habis terbeliak dia punya biji mata . Aiyo~!
Yah! saya dpt dulu jgnlah kijam sgt tgk mcm tu . Hahaha... lain kali PEKA bukan PEKAK~!
Lepas tu aku terus cabut dari bahagian buku pmr tu . Sesungguhnya buku yg aku dpt tulah buku last dan aku lah org last yg dpt ...
dikira buku tu buku saki baki yg budak krk tak amik lah kan ??
jadinya chingu chingu sekalian , byebye to book lah . Cuba cari kat popular maybe ada .
Nenda lagi best kat JIWA enterprise . haha.. kedai yg cikgu masitah ckp tu .
Pagi-pagi bangun tadi , pukul 6 lepas solat subuh dalam kepala hotak dah set 6.45 nak bangun nak mandi . Pukul 7 dah siap pakai baju apa semua ... pergi makan pulak .
Makan nasi goreng dgn fish and chip . Ohh~ rasa mcm org jepun pulak makan tempura ikan . Haha..
Dah 7.30 tu aku dah get ready go nak pergi sekolah . Tapi mak aku pulak kat jamban . Memang gerenti lamalah mak aku tu .
Sempat pulak jamah tgk pocoyo yg dah lama ditinggalkan masa cuti sebab agenda bangun dan tidur lambat .
Sampai je kat kelas ....
ehem-ehem... assalamualaikum ! nak tumpang cuci kasut boleh ??
Nasib baik depan tu kosong aku tinggal duduk je .
Mcm ternampak budak tasek je kat sebelah marzuqi tu , muka pulak mcm kenal .
Nama dia yg aku lupa .... bila di reverse" balik saraf kepala ni
Ohh.. iqbal eh ? 3AA1 eh ? mcm adik aku pernah mention mamat nama iqbal ni . Dia nampak masa rehat kot .
Kitaorg belajar pasal tut tett tott = TROT
maksudnya ??? kau tanyalah Micheal Faraday tu, atau Archimedes .Hehe
9.30 Pagi dah balik . Aku je balik lambat sikiit , tu pun badan aku dah panas semcm je . Hangin je aku rasa!
Si nenda ni baru balik dai kedai dok sapa aku masa aku atas blok A tu .
Aku ingat nak lalu tangga guru , tapi aku dipenjara tangga tu dikunci .. KIJAM~!
aku patah balik pergi tangga perempuan tak serupa tangga perempuan tu .
Esyah ajak aku pergi jumpa cikgu habibah kadir tu (ingat lagi tak korang ni?)
Dia nak ckp pasal dia akan pergi kawad minggu depan , minggu ni homework setebal daki kat ketiak . So, no time save time .
Cikgu bibah ni ckp-ckp citcitcit (mcm tikuslah) ciciiticiticit dgn aku . Dia tanya kenapa tak masuk polis ?
Aku dalam hati dah start sumpah seranah serapah , banyak soal pulak . Ikut suka hati wa lah nak masuk apapun . Kalaulah aku ada harry potter saat-saat mcm ni kan best , dan bibah ni pulak mcm Dolores Umbridge yg serupa kodok darat dah lama aku bagi dia dgr jeritan mandrake kasi senyap sikit mulut lancang sgt lancang dia tu .
Dah tu, tak cukup dgn ckp lagi . Dia cucuk pulak perut aku ! .
Aiii!!! guwa ni pantang betul sape sentuh perut guwa , taulah dia jeaolus sebab perut guwa kempis nipis kumpis . Tangan tu baik jaga-jaga kang aku speaking jerman pengsan hang kat situ !
Si esyah ni dah beramah-ramah separuh mesra dgn si bibah ni .
Masa tu dalam hati aku dah critic nenda mcm ni
"omo~ omo~ nenda ku pandai berlakon , boleh pulak kata dia semput . Haha"
Tergelak besar aku , tapi dalam hati jelah ....
Lepas habis berbasa-basi dgn si bibah tu , kitaorg cepat-cepat cabut . "Meluan" aku dibuatnya!
Aku tanya nenda mcm ni :
a:sejak bila kau semput ni ?
n: alah kau ni , depan bibah tu kita kena pandai berlakon sikit .
Aigo~ hang memang nenda seni lah ! hahaha...
Bila ek ? aku ingat lagi hari khamis lepas habis waktu thiyaga tu , aku dgn pyqa lalu makmal sains wahab .
Rasa pernah dgr je suara tikus ni , ohh.. bibah rupanya
Kitaorg mengendap kat makmal tu ..
sekali pyqa kata mcm ni :
"Kesian, budak-budak ni dah lah kecik-kecik tapi bila time sains je dpt cikgu mcm monster.isy3"
Terketawa aku lepas dgn dia ckp tu , betul sgtlah tu . Kesian habis kat budak form 1 tu . Budaknya kecik aje tapi dpt cikgu mcm cookie monster pun ye .
Hahaah!!
Okeylah nanti story lagi . Nak tgk dream high !!
Fighting !
Friday, January 14, 2011
Oh yeah~!
Hahah..
So sekian lama aku biarkan blog ni berdebu dgn tebal , akhirnya tiba jugak masa untuk update. Ingat tadi petang nak update , tapi ada tuisyen sejarah dgn cikgu syakirah kat bilik muzik. Sape rasa nak join tu jomlah , bayarannya 4oRM je...
Kan aku dah kata aku akan update blog cuma pada hari jumaat sabtu and ahad aje..
Untuk masa seminggu ni , aku rasa mcm dah FALL IN math !
haha.. apsal ek ? sebab masa thiyaga ajar aku selalu tgk mulut dia bergerak , cara tulisan dia, jokes dia .. yg paling best penerangan dia sambil dengar tu boleh kepala hotak aku main muzik beautiful . haha... mcm mana tak terus masuk otak .
Sejarah tadi , aku ingatkan ramailah sgt budaknya .. eceh sesuku bilik muzik aje. Buat penat aku je protes lebih-lebih dgn mak aku . Cara protes aku tu mcm ni :
"Mak, takyah tuisyen arr membazir duit je , duit kalau buat beli ice-cream mcflurry mesti dpt banyak "
Mak aku jawab: biarlah duit mak , tak kira kena tuisyen jugak ..!
Hadoyy~!!!
budak -budak yg ikut tuisyen sekali ialah Najmi, Kembar Aiman , Izzati, syaza, Syazwan,Eddy orkestra, dan lain-lain budak lagi ..
Hari khamis tu ada KKQ +Koko
yg tak boleh blah masa si syazwan ckp kat esyah , dia boleh ckp perjumpaan media dah habis punyalah selamber badak sumbu je ... sekali kena belasah dgn si nenda ...
time mcm tu jugaklah mak syazwan nampak , aku sengih jelah kat mak dia ..
si syazwan merana sikit "eh jangalah , mak aku ada tu " pastu dia terus cabut pergi kat mak dia. Emang dasar anak ibu lou!!
Time kkq pulak , rasa mcm kitaorg belajar sungguh-sungguh hari tu . Termasuklah aku walaupun ada part curi-curi makan , eh, miqi pun sama tau dia curi-curi makan waffle nenda. Aku curi makan mee instant nabila dgn waffle aku .. hoho
Tiba-tiba je si pak din dipanggil ustaz , dah tau cerita so takyah lah aku taip kat sini
baca kat blog family kita okay ??
Hari rabu kitaorg sekelas kena melukis ..
guwa nak ckp sama lu kan guwa tak pernah suka melukis , gua lagi suka belasah org dgn main gitar dari melukis . Ceh!
Sekali cik muzaida ni suruh buat itulah inilah , nasib baik dia tolong lukiskan , kalau tak dah koyak rabak kot kertas tu aku kerjakan . Sepanjang kelas rasa ngantuk giler , kalau dia suruh melukis lepas tu dengar lagu Hope . Find aku lukis , sebab otak aku ada sedikit aliran ye kat situ.
hehe... otak aku ni luas sangat sebab tu tak boleh tumpu pada 1, mesti budak sekurangnya 2,3 kerja baru boleh masuk otak .. mcm tulah .. (takyah kira arr pelik ke tak)
Hari Ahad ada AJL hari tu , ehem-ehem ..
aku ulang lagi ye aku sokong faizal tahir je ye , ulang suara faizal tahir .
Walaupun aku tak tgk sampai habis tapi heboh jugak kat sekolah pasal Ana Raffali menang
Meh, aku nak ckp sikit pasal persembahan dia
1] aku rasa mesti dia kekok masa nyanyi pegang microphone dan bukan gitar kapok tu
2]dia punya perfomence tu ada ala-ala Lucifer Shinee sikit ( tak tau gi cari)
So, ketua juri ni iaitu m.nasir mungkin faham apa maksud di sebalik nyanyian dan drama pentas dia tu . Tu pasal dia jadi pemenang .
Org ckp lagu mcm sampah sebab lagu tu dia cipta sendiri, dia nyanyi sendiri,lirik pun dia buat. Tambah lagi dgn keadaan sebenar dia , iaitu dia ni dari musician underground yg tak bape dikenali . Mcm yuna jugaklah , tapi kenapa tak kata lagu yuna tu mcm sampah ?? kan ke sama je .. aku lagi suka SISTAR lah mcm tu .
Conclusion nya :
Ana raffali tu = Taylor swift versi malaysia (asyik dgn gitar je)
Stacy tu = Miley Cyrus versi malaysia .
Jgn salah faham , aku cuba ckp je apa yg keluar dari saraf otak belah kanan aku dan belah kiri aku terus keluar gambaran nya mcm mana OKEY ? Ampun kalau terasa
Hari khamis hari tu jugak ada experiment sains . mesti nak tau kan experiment apa .
Experiment ni pasal rokok dgn kapas . Tau tak sapa tukang bawak rokok tu ??
Sape lagi kalau bukan BURN versi KAA . Syafiq lah .
Muka dia ada rupa-rupa najis(tahi) jugaklah masa tawarkan diri nak bawak rokok tu . Siot je budak ni !
13 janury jugak ada konsert beast kat KL . Rasa terkilan sikit sebab tak dpt pergi , tapi digi ada hantar something sebagai tatapan . Dia tunjuk gambar org penuhi stadium masa konsert tu , pastu kat tengah tu ada aeroplane beast tapi bukan yg betul-betullah , yg ada angin kat dalam aje . Kalau betul-betul memang runtuh lah stadium tu ... Isy3
Aku pun dapat caller tunes . Tak caya call phone aku skrg .
Hari ni masa PJK , first sekali cikgu jempuat kitaorg kat kelas . boleh pulak dia merungut " tingginya kelas awak ni , hilang 2kg berat badan saya "
si nenda pulak jawab " sebenarnya kitaorg memang taknak kelas mcm ni , tapi nak buat mcm mana kan " (lebih kurang gitu eh nenda? guwa tara ingatlah .)
Then kat dewan pulak , artis jemputan kita bak kata cikgu aminah iaitu teacher yanie ~!!
Hehe...
Teacher kata hari ni nak buat cacar (betul ke eja ni ?)
first sekali guna lagu hokien ke kantonis sebab sengau semcm . Tu boleh kira ok lagi .
Pastu lagu tamil pulak , tapi kitaorg bukan buat tarian bollywood kat situ ye . Kalau nak buat tarian tu kena pakai sari wey , mana guwa dgn teman-teman nak cari sari time-time mcm tu , takkan nak pergi jakell naik bas iskandar pastu dtg sekolah balik ?? .Haru nya kalau mcm tu . Dan tetiba je si AWE tu dtg pulak "menggedik" kat depan kitaorg ... uwekk!!!
Dia tgk dulu mcm ni techer buat , pastu dia sibuk nak ikut . Dia kat belakang teacher pastu buat part lagu tamil tu . Ada satu part ni dia bukan main jakun sikit sebab dah boleh buat part kedua tarian tamil tu "ho ho dpt buatlah , senang aje rupanya "
sekali teacher pun tukar tgn , dia pun kata " part tukar tgn tu yg tak syok "
Aku dgn budak-budak lain dan Meluan +"Meluat (meluan dlm buku kanang)
Akhirnya tamat sudah waktu pjk yg aku rasa paling best for the first time dalam hidup aku kot.
Untuk pendidikan kesihatan pulak . Aku cuma nak ckp cikgu aminah memang the best . Bayangkan ye , dari first masuk tu je kitaorg dah boleh ketawa , inikan pulak tgh-tgh belajar . Ada ke dia tanya kelas aku apa perkataan yg selain dari gemuk , sebab GEMUK tu mcm kasar sgt. Maka dgn pintarnya budak-budak ni pun jawab :
-buncit(syafiq answer) , chubby(nuryn answer) , "COMEL"(in capital letter with brackets), berisi , bulat, dan apa segala bagailah ada pulak org ckp badak (tu memang khas dari si pak din untuk lili kot ..haha) Siot betul!
Skrg kerja mendownload cerita my princess, dream high, mary me, mary .... sibuk sikit IT sikit takpekan . 1 Hari 1 episod . Bak kata org " sikit-sikit lama jadi bukit everest" . Cewah~!
aku tgh praktis bm ni, takut nanti tuisyen dgn cikgu sarah kena ketuk pulak . Aigo~!!
Oit zawa , hehe... serius tak pernah rindu kau pun dalam hidup aku untuk 2011 . Alah, jgn lah nangis dah gemuk pun nak nangis nanti badan panas ... hahah.!
Rindu masa meneran tu betul ea .. guwa tara tipu punya maa , ryeowook kata jgn tipu org tak baik . Eh lagu dia yg "WHEN FALLING IN LOVE WITH FRIEND " tu sungguh buat aku berfikir mcm ni : Tak baik fall in love dgn kawan , sebab kawan syg kita sebagai kawan je . Ye tak ??"
Zawa, kau cuti 1 february ni kan ?? hoho .. jgn nak temberang apa-apa tadi masa tuisyen sejrah cikgu syakirah testing kitaorg bila hari wilayah persekutuan . semua org tak ingat termasuklah syazwan yg bijaksana tu .
Lepas tu masa sejarah tadi ,cikgu cerita pasal kapal titanic tu tenggelam tapi masih lagi mystery (mystery history ~) , aku tertanya sama ada necklace warna biru tu wujud sebab part necklace tu ada dalam cerita titanic kan ??
(bak kata aku)Titanic Karam , Karam itu D-NA ..(understand?")
then kisah pasal hang jebat dgn hang tuah . aku baru tau bahawasannya hang jebat tulah hero bukan hang tuah .
Pasal rosly doby (betul ke eja ni , wa tara tau sebab cikgu tak eja pun, cikgu cerita je) pun ada . Rosly mati masa umur 16 tahun , dia kena bunuh sebab dia bunuh kris stewart kot . Pastu org british dpt tahu dia pun tangkap rosly dan bicarakan .. tapi bicara pun tak guna sebab semua yg ada kat mahkamah tu omputih je . So no chance to win lah brader ! akhirnya dia pun dijatuhkan hukuman gantun sampai mati . Tgh dalam penjara tu dia tulilah surat peribadi yg dikenali sebagai sumber pertama sebab belum diolah .
After that, kisah pasal Raja Tut atau nama penuhnya , aku tak ingatlah ... rupanya raja tut ni mati sebab jatuh kuda je... masa tu umur dia baru 16 tahun , muda lagilah . Masa tu jugak dia menghidap selsema . Bila cikgu cerita pasal muka dia ... berderau jugak darah sebab cara diorg pindahkan semua bahagian badan ke patung lain tu buat org yg tgk dokumentari tu rasa yg dia bagai hidup semula . Hebatkan teknology zaman skrg ?? Dalam kepala aku pun mcm tu .
Mcm tulah kisah sejarah yg aku dpt hari ni .. kepala otak aku ni best jugak sebab boleh bayangkan benda tu walaupun dah lama . Hehe, terima kasih wahai en.brain kerana menyumbang. Minggu depan bab2 form1 , revision form1 dulu,pastu form2 and 3.
Sekolah agama darjah enam dah keluar resultnya hari ni ~
adik aku dah amikkan slip pun , dia yg amik sendiri bukan mak aku .
Dia punya result tu boleh kira tahap-tahap sengal jugaklah . Panas je hati aku ni ~!
Tapi disebalik panas tu aku kata " padan muka " sebab selalu kutuk aku dpt result buruklah, result tak cukup A lah . Kan dah balasan tuhan tu ...
result dia : 3C 3D 3E = GP : 4.00
Mak aku pulak kata "nasib baik mak tak pergi amik, kalau tak tau lah nak hide and seek kat mana" (jgnlah caya sgt dialog dia mcm ni , kan kaedah lisan ada kelemahannya iaitu ada tokok tambah . ni memang aku menambah knorr pasti sedap pun biar gempak sikit!)
Nasib baik dpt masuk darjah khas , kalau tak aku paksa dia ulang balik darjah 6 .
Okeylah ... rasa mcm dah terlalu panjang ni , lantak korang lah nak baca ke tak nak . Guwa tak paksa pun , tapi tadi ada budak tu kata mcm ni "sab,blog please" . nak blog aku buat apa ? nak cari kebenarnya ye (aku dalam mood sejarahlah :D) haha..
Kalau rasa malas boleh baca kat wordpress , atau create blog ( tak tau buat-buat tahu boleh?), tumblr pun boleh ~
Bye Chingu
Saranghae Chinguya
http://www.annelisseboice.wordpress.com/
http://www.annelisse7.createblog.com/
Saturday, January 8, 2011
-' everything happen for reason" bak kata Nichkhun
-MYSTERY need some clue to solve it
-CLENCHING A TIGHT FIRST and be patient .
-You love me WITHOUT WORDS
-I know YOU WOULDN'T ANSWER MY CALL
-I'm asking wonder WITH OR WITHOUT YOU
-You know that i MISS YOU
-My heart need to CRY
-I always hear VOICE OF MY HEART make HYSTERIE
-TIK TOK time for hottest
-You're IN MY DREAM on wednesday
-I know that you ONE OF A KIND
-LOVE LIGHT is shining in my heart
-THANK YOU for coming into my life
-AFTER LOVE what do you want ??(gojimaliya!)
-Theres NO OTHER than you SO I LOVING YOU
-WHEN THE DOOR SHUT i want you GO AWAY !
-Time to LET IT SNOW
-I wanna be with you FOREVER
-This SONG CALLING FOR YOU
-My heart always LOVE YOU THOUSAND TIMES
-I wish theres LUCKY STICKY NOTE to write my wish
-Please STAND BY ME
-I HOPE can make new memory here(heart)
-BANMAL PIANO is relax sound make me sleep
-I'm the one who always FIXED STAR
-Wo JI MO JI MO JIU HAO
-My heart STILL LIKE YOU THE BEST
-You my ADMIRING BOY , muah!
-Please LEAVE me alone!
-Take me FLY TO THE MOON with you WINGS
-ROUND 1 to get know you
-Goodbye LOVE LOVE LOVE
-I CAN'T forget your love
-I always remember THE NAMED OF YOU
-ABRACADABRA removes from my heart , Take my BREATH
-Saranghae MY BEST FRIEND
-Theres a MISTAKE that i can't realize
-I want to shot you, HOOT you
Huwah~~!!! nak meroyan kejap . Asal kejap sgt cuti ni . Semalam ada kokorikulum . Dalam kepala dah berazam mesti gondol jawatan walaupun cuma 1 je . Akhirnya niat baik aku tu memang tercapai . Aku dpt jawatan AJK form3 untuk unit berunitform .
(kira rupa monkey yg sgt ikhlas ni )
Untuk boling pulak , malang menimpa . Asal ramai sgt yg masuk ni?? Tapi mak aku kata masa berlatih kat angsana suku org je yg dtg . Hoho . Maybe diaorg semua ni fans cik wahab , pasal aku nampak si Qahar dgn rahman pun ada kat situ . Disebabkan hujan kitaorg semua kena pindah ke kantin . Habis dua-dua bahagian kantin tu penuh dgn manusia , mcm semut pulak aku tgk . Cuma miqi ,dijah dgn ... sape lagi eh ? diaorg tak nak masuk boling . Padahal ramai budak kelas kita masuk boling termasuklah Zul .
Masa balik , asal lah mata aku ni gatal sgt nak cari org tu . Then , ternampak esyah dgn muka basi nya berjalan ke arah aku . Tiba-tiba minah ni sakit tekak asyik berdehem je mcm ni "ehem-ehem " . Aku pun pelik jugak . Asal tiba-tiba je budak ni . Dgn sengihan dia tu , aku langsung tak boleh agak .
Sekali aku pandang belah kanan aku , aku tgk ada org jalan . Aku tgk dia terkelip-kelip . Budak tu selamba badak je jalan .. Aiyo!!! Sab kenapa kau bengong sangat??!! tu pasallah si nenda ni asyik berdehem je dari tadi . Apalagi aku terus cabut pergi bus stand pergi kat wahid and nurin and hafa sambil tu cekik nenda sekali . Dia nakal sgt tu pasal layak kena cekik .
Pastu si budak tu boleh pulak berdiri kat tiang tempat aku berdiri .Hadeyy.!! dia berbual dgn Wan 3b1 . Si nenda ni "ehem-ehem " . Tak pasal-pasal muka aku jadi warna pink mcm santa clauz . Hahah!
Sekali si zul dgn adik dia dtg singgah kejap . AsaL lain benor muka budak berdua ni .Tapi dari segi komunikasi tu mcm baik je . Arr... layanlah ~
Tu jelah yg aku nak story .. tak nak cerita panjang-panjang sebab hari tu lah hari yg bengang untuk aku je... isy3
(kenalah tutup muka pakai tangan time bengang tu .Hadoyy!!)
Nanti aku tak boleh online time sekolah . Aku cuma boleh on hari jumaat ,sabtu , ahad . Hehe... jadual dah diset mcm tu . Alahhh... bukannya mati pun kalau tak bukak FB ,Blog,Wordpress,Create Blog, FS, dalam masa 4 hari tu . Org tak kuat iman aje tak boleh tahan . So kalau hati kata bukak , cepat-cepatlah baca ayat kursi ke, surah yasin ke, ..Hehe...
(kuatkan iman ,kuatkan semangat)
go-go Fighting!!! ...
Thursday, January 6, 2011
Hmm... sudah 2,3 hari aku tak post blog . Sapelah yg nak baca blog aku yg sunyi sepi bagai bunga semalu ni (pelik benor ayat ni)
So,so ...
kita mula dgn hari Rabu~
Pagi-pagi dah terkeliru dgn jadual kelas . Jadual kat depan tunjuk PI satu masa , tapi jadual kat tangan kitaorg tunjuk 2 masa . Manakala , jadual cikgu pulak tunjuk 1 masa . So .. .. keliru kejap . Tapi yg betulnya memang satu masa . Harunya jadual ni!
5 minit lepas tu teacher yanie masuk dan ajar literature . Kitaorg mengulang kaji literatur life brief candle . aku memang tak boleh lupa poems ni sebab nilah poems yg pertama aku belajar sepanjang aku sekolah menengah . Jadi , semua benda kali pertama yg berlaku dalam hidup aku memang jarang aku lupakan ....
Teacher yanie dah mula buat satu peraturan :
"sesapa yg ckp harsh word such as 'what the hell' , bitch , bastard , stupid, and sape yg ejek-ejek nama bapak,atuk,nenek, dan segala keturunan kawan-kawan dia . Dia dikehendaki membayar 10 sen setiap perkataan burok tu pada zarith iaitu bendahari kelas kaa untuk akli kedua.
Haha... mangsa pertama syafiq sebab dia panggil zul 'sibon!!;'' hahaha..~!!
PSV pulak kena buat folio tak rasmi ~ sabor ajelah dgn ayat-ayat cikgu tu . Itupun dia ada bagi 4 helai percuma . yg lain punya helaian kena bayarlah . Rumah aku berlambak kertas lukisan nak buat apa bayar . Baik aku bayar bil sekolah je .
Masa bahasa arab cikgu ainon memang takde , aku memang dah tau dia pergi tanda kertas periksa . Sebabnya jgn tak tau kelas KAA ada sampai tingkatan 5 tau (kat tasek jelah)
Cikgu amin pun ganti . Masa dia diri depan pintu aje aku dah lemah longlai ~
aku tau sgtlah kalau muka dia ni mesti bm,bm,bm.... argh!!
sekali dia suruh kitaorg buat ayat dgn perkataan yg dia bagi
first word yg dia bagi :
perbezaan antara : Telor dan Telur
semua budak dah fikir lain bila dgr perkataan telur tu .. haha.(fikir kotor betul diaorg ni)
tu tak tambah lagi dgn part cikgu ckp pasal roti jantan bermaksud roti telur yg diletak dua biji telur tu baru namanya roti jantan ..
(budak lelaki memang otak dia sial , dia fikir lain lagi ....)
muhammad lagi best masa cikgu suruh dia buat ayat "telor" dia buat ayat mcm ni :
"saya mendapat dua biji bunga telor " Haha.... nak tergelak aku tgk ayat dia tu . mcm mana dia boleh terfikir nak buat ayat mcm tu ..
Lagi satu round cikgu suruh kitaorg buat ayat berdasarkan perkataan
Undang dan Jemput "
Lepas bape minit cikgu suruh bape org untuk tulis ayat berdasarkan jemput
sampailah giliran luqman dia cuma tulis :
~ jemputlah makan !
Hahaha... cikgu suruh dia buat balik .. padan muka
Untuk perkataan undang pulak ayat yg paling menimbulkan kontroversi ialah ayat nad yg ditulis oleh farah :
"Luqman seorang yg bermuka tembok kerana datang ke majlis perkahwinan Faza tanpa diundang "
Bila semua baca ayat tu ... (diam sekejap )
pastu semua org gelak kecuali luqman (bengang ye bang ??) hahaha
maklulmlah dgrnya luqman ada skandal dgn si Faza pasal Si Faza suka dtg kat dia ...adeyy penyakit perasan ni bilalah nak pergi dari diri luqman .
Waktu geo dah masuk tajuk kedua . Aku sgt pay attention sebab masa tu aku teringat drama Attention Please ! Hahah.. mak aku suka sgt tgk cerita tu , dia suka misaki . Aku pun!
Ganbatte !
Waktu bm dalam 30 minit gitu tunggu cikgu tak muncul-muncul ..
tiba-tiba aku teringa mak aku ada meeting hari ni maknanya semua cikgu pun meeting lah . Aigo~ kesian budak-budak ni, aku pun satu asallah lambat sgt nak ingat. Aku punya kepala ni satu je tau , bila 30 minit cikgu tak masuk waktu 1.10 -2.20 aku memang nak terus balik . Peduli haper! sape suruh tak ikut masa !
then balik ajelah !!
Khamis pulak -
Sejarah di ajar oleh mak angkat pak din pada zaman 1kaa dulu . HAHAHA...
tau tak cikgu hafizah ingat pulak kat pak din berbanding dgn kitaorg .. haha
pak din memang beruntung dpt mak angkat mcm tu ..
Sejarah sedikit rumit sebab kewujudan tarikh dan slogan bodoh ~
PI mcm biasalah belajar dgn cikgu rahimah ...
Waktu sains , kat makmal dan masuk tajuk ke-2 . Cikgu rostena memang serius sikit kali ni . Hehe... sampai 2 buku panjang dia suruh sediakan .
Sampai dia asyik tanya , boleh tak terangkan kat depan . aigo~ cikgu saya sgt speechless masa mcm ni .
BI pulak zarith terlepas ckp "what the hell" sedekah 10 sen untuk kelas . Haha..
teacher makin pekalah skrg . tadi dia balik naik teksi je sebab kereta kong .
Math , cikgu thiyaga dtg masuk dan bagi pengumuman bahawa hari kelas dibatalkan ..
tapi cikgu akan ganti
actually , aku rasa dia tu seorang yg baik . Dia kena garang sebab takut kitaorg main-main barbie doll pulak kat situ . hEHE..
Fighting-Yah!!
So, esok cuti (untuk aku) nak duduk rumah sambil buat nota dan download software pembuat jadual waktu . Aku malas nak fikir apa-apa jadi aku downloadlah software tu ..hehe
mcm Park Ga In dlm personal taste pulak ~ malas guna otak tapi selalu bernasib baik
Lastly - Saranghae Chinguya~! Fighting Chingu !
Monday, January 3, 2011
Hari ni Isnin bersamaan 3 January
bertempat di SMKBBU dan berpengetuakan
PN.hj Siti Raudah bt Moh (bak kata Zarith Puan Odah )
Aku kini berada di kelas 3KAA dan telah mempunyai junior sebanyak 3 KELAS
2kaa,2krk1,2krk2....
Didewan perdana , kami semua bagai semut-semut yg dtg sekolah
masing-masing sempit dan sesak kat dewan ni ...
disebabkan aku duduk depan sekali , aku terpaksa berhadapan dgn lelaki-lelaki tak guna
dan bau gel diaorg ~ fuu... menusuk bulu hidungku`
Puan Odah punya ceramah penuh dgn semangat berkobar-kobar
kalau boleh nak aje aku rakam, tapi nanti kang dia mintak duit sebab rakam dia punya speech tu naya aku !
aku sendiri dpt rasakan bertapa hebatnya semangat dia tahun sebab dpt jadi pengetua sekolah kita... maklumlah pengetua muda ni ~
Teacher yani kata , puan pengetua ni rajin meronda dan cek buku ...
habis tu kalau dah rajin sgt apsal aku tak dpt sijil aku ??!!!
saman karang baru tau , cepatlah bagi sijil tahun lepas~ aku tgh hangin ni!
Untuk acara ke kelas baru pulak ... (aku dah lama tahu kelas kita)
berhabuk giler kelas~ berhabuk giler~ sampai aku rasa tak boleh nak buat apa-apa
(sifat yg paling buruk masa coke terkena baju dia)
then bila teringat tisu dalam beg, aku terus keluakan benda alah tu dan lap meja aku yg berkarat mcm gigi biawak ~
tempat duduk pulak hitam mcm warna batu arang~!
huhu....
sekali cikgu ainon serang kelas kitaorg (kelas dia jugak )
Cikgu ainon agak serius , tapi ada sikit nak main-main ...
dia start pilih ketua .. kitaorg terus kata zul ajelah (wah zul 3 tahun berturut-turut pegang jawatan yg sama) guwa tabik sama kau zul!
penolong pulak ... miqi dah tak nak jadi . so cikgu main tunjuk je kat Anis sebab dia duduk depan sekali (alah, mcm mi nam tunjuk tae kyung masa pilih bilik tu . hahah)
Anis dah geleng-geleng tak nak ~ cikgu buat tara tau je dgn gelengan dia tu .
Aku rasa dlam banyak-banyak part jadi penolong ni , mesti dia tak suka part yang AWE SEWEL tu masuk kelas , lepas tu membebel ada ketua.ada penolong tapi bising .. tak reti jaga ke?
lebih kurang mcm tulah dia punya bebel yg very nagging dan buat tahi telinga kelas aku terus membeku sebab dia punya bebelan tu mcm lalat
"zang , zang" ... hadoyyy~~!!
Then, tepat pukul 8.45 Pagi jam tgn aku .. seorg parent dan seorg budak (yg lebih tinggi dari aku) ni dah betul-betul menggugat kedudukan aku dalam kelas sebagi budak twin tower"
sekali dia dtg.. tinggi 5 cm lagi tinggi!! hangin je aku kat sini !
parents tu tanya kelas 3kaa , aku nak je jawab ni kelas 3 kanak-kanak adalah .HAHA
Sekali budak lelaki tadi pun masuk kelas kita ...
tak berkenalan apa semua , dia duduk je ikut suka jiwa dia ..
ceh!
cikgu ainon tanya "nak panggil Raja ke Suhaimi ?"
masa perkataan suhaimi tu semua org pandang nenda~ uwek~hahah
as well, hehe... nama penuh dia
- Raja Mohd Izammudin bin Raja .....
suhaimi tu bapak dialah erk ?? kalau ikut logik akal memang ye pun
tu mengikut si Luqman,Zul dgn Wahid lah masa kitaorg berborak kat pondok kereta tu
org semua panggil AJAI ke ACAI (aku kurang peka(K) )
zarith gatal nak panggil ANJE` (meremang bulu kaki aku )
Hari pertama dah start belajar(warm up bak kata cikgu Yanie)
BI buat Essay , Bm buat kertas objektif je....
Senarai cikgu yg mengajar kita dah ada kat tangan ...
semua ternganga~
BM - cikgu samsiah
BI - teacher kita
SEJ - cikgu hafizah (alah ,yg garang mcm singa tu tapi boleh pulak gosok kepala pak din masa dia kena ketuk dgn penyapu masa kita Form 1 kaa tu)
GEO - cikgu maimunah (semua org pun bersyukur)
MATH- seperti yg di jangka cikgu Thiaga yg ajar kita (semua org berkobar-kobar)
SN - cikgu rostena (semua org membantah , sebab dia kuat membebel!)
PI - cikgu rahimah ( bersyukur kepada Allah ...)
BA - guru kelas kita yg tercinta
KH- untuk lelaki - cikgu esah , untuk perempuan cikgu haryatie kott (sebab cikgu haslinda cuti setengah tahun tanpa gaji ,bibik dia dah terbang jadi dia kena jaga anak dia )
PSV- cik muzaida (guwa pun tara tau ni gerangan sape )
PJK - cikgu noraminah
Kesimpulannya cuma dua subjek je yg berubah arah dan ke arah yg lebih baik ~
Masa balik pulak aku tgk je parents dtg hantar anak diaorg
aku pun ckp dgn pyqa
a; masa aku kecik dulu mak bapak aku takde pun nak hantar sampai pintu kelas
p; tulah ... kalau hantar pun hantar sampai gate lepas tu pandai-pandailah nak hidup
Hahah... tau xpe.. aku lagilah sampai tak tau nak beratur kat line mana , hentam sajalah..
budak skrg ni form 1 pun nak kena hantar , manja betul.
Aku rasa kalau campak kat hutan mau dalam masa 5 minit jugak dia mati . Ish3
Kat pondok kereta , bersembang dgn luqman,zul,wahideen,hafa...
entah apa-apa .. sekali dok borak-borak tu
tiba-tiba ada satu makhluk aku pandaing dia kejap je(kejap je lah !)
dia nak pergi kat parents dia rupanya ( aku masih pandang lagi )
sekali zul bersuara
z; eh , tu mak dia ke ? ohhh..
wahid ; yelah tu
zul ; sab, sab mak mertua kau tu
aku ; botak kau
luqman ; okey apa S &S (aku nak je cekik budak ni sampai pengsan!)
wahid ; sesuai sgtlah ...
Diaorg ni sengallah !! ada ke patut ...
tapi tu memang mak dia pun .. dah biasa sgt aku nampak kat kawasan rumah aku ni
Sebab apa dia dtg sekolah erk ???
oh ye!! adik dia masuk form 1 lah .... adik dia yg perempuan rasa aku
(dia mcmlah ada adik lelaki )
oKEylah ... rasa mcm post kali ni terlebih panjang ( bukan terlebih , memang sgt panjang pun!)
yelah,yelah... ssory-lorry-dorry sebab ambik time korang lama sgt nak baca post ni .
Aku just nak cerita pasal hari pertama sekolah 2011 tu aje .
P/S : Pyqa !! aku suka kalendar tu . Cantik giler... lagi cantik bila dia tanya hari jadi Yoseob 5 jANUARY ni , CheonDoong bulan oktober , jerry yan bulan january , hongki bulan march , joonghoon ft island(leader) pulak sama birthday dgn aku ..huwahhh!! best giler!! Thank You~
So , Bye bye ...
Assalamualaikum ~
Sunday, January 2, 2011
Hari ni hari kedua new year , esok dah sekolah ...
huhu.. rasa mcm malas giler nak sekolah
sapelah agaknya yg akan jadi cikgu kita
aku tau mak shazwan dah tukar pagi sebab shazwan pun pagi (ish anak mak !)
Well, aku dah tgk jadual koko ...
wahh... aku punya jadual memang tak strategik langsung ..
dua kali hari khamis , 1 kali hari isnin ...
start pukul 2 ptg - 3.30 ptg
sukan aku memang pilih boling ... so jom lah
Minggu pertama = Unit berunitform
Minggu kedua and ketiga = kelab dan persatuan (banyak sgt !!)
Minggu keempat = sukan dan permainan .
Hmm... mcm tulah ,
aku tak nak mengulas lebih lanjut , korang tunggulah sendiri
Esyah , video tu memang best~
kamsahanida sebab bersusah payah buat semua tu (pada kau mungkin tak susah, senang-lenang lagi ada)
Apapun ,
malam ni kemas buku , gosok baju , kapur barus kasut , dan get ready telinga untuk dgr ceramah free esok ... kuku pendek kang saja je kena dgn ayahanda,
kita tunggu kat dewan ok , rehat sesama tau ,
yaya, dtg awal sikit ..(semangat ya, fighting!) aunty bangun awal sikit (solat subuh tau !)
yg lain selamat kembali ke sekolah ~!
Fighting ! ~